In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Saturday, May 11, 2013

Masam Manis Praktikum

_____entry ini sudah diawet selama 3 minggu dalam peti draft. maka ceritanya sudah lapuk_____


Sebenarnya jadi cikgu pelatih ni ade je indahnya, walaupun khabar angin banyak yang kata praktikum penuh dengan kepahitan. Well, secara zahirnya it is pahit. Tapi, andai direnung kembali, yang pahit itu juga bisa menjadi manis. Manis andai dirasa dengan mata hati, bukan lidah semata. Manis apabila yang pahit itu menjadi memori yang kadangkala terlakar secara tak sengaja. Manis apabila yang pahit itu ada ibrah yang memaniskan hidup. Eh! Tadi kata tajuk masam manis, pehal tiba-tiba jadi pahit manis pulak? Haha..pardon me. Okay back to the topic. Actually banyak je masam manis sepanjang praktikum ni, tapi since dah peram 3 minggu maka banyak yang dah lupa.

# Di sudut dapur bilik guru ada dapur kecil yang punya meja makan berkerusi enam, yang hari-harinya pasti dihidangkan makanan itu ini. Rupanya cikgu cikgi sekolah tu tak lokek orangnya. Selalu buat pot luck. Dan bila punya waktu senggang, meja makan penuh pakat p serbu makanan. And i see how this thing can tighten the bonds among us.

# Kala terserempak dengan murid, pasti bermacam panggilan yang aku dapat dari mereka. Teacher, cikgu, ustazah pun ada. Ada juga yang menukar panggilan dalam sesaat sekelip mata. "Assalamualaikum cikgu. Teacher masuk kelas tak hari ni?"

# Di satu pagi di bilik ict, there was a girl from my class, datang berbisik bertanya apa bolehkah dia ingin menghadiahi aku sesuatu. Lalu teacher yang cover malu ni pun menolak dengan alasan usah dibazirkan duit. Melihat budak itu terkelu, aku tarik balik ayat tu by saying "takpela kalau nak bagi jugak pun takpe.." Few days later, i got a handmade brooch from her. Katanya ditempah khas dengan harga singgit setengah. Haha innocent betul. Btw, thank you girl.

# Suatu petang usai memantau murid berlatih untuk merentas desa, ada senior teacher yang tanya kenapa balik lambat. Then we said saja nak solat dulu kat sekolah sebab nanti nak singgah makan nasi kukus kat kedai. Then, gave a brief plan to him kat mana kedai tu before kami mintak diri. Usai menelan nasi di kedai, tak disangka-sangka muncullah beliau yang dengan selambanya tarik kerusi di meja kami. Bercerita itu ini tanpa ditanya. Saat aku bangun ingin membayar, he said "eh dah bayar laa.." sambil buat muka selamba. O.O Alhamdulillah rezeki petang itu.

# Ada 1 hari tu budak sangat tak bagi cooperation masa T&L dan serius itu hari buat aku sedikit bengang. The next day, i decided to change class with my partner sebab dia pun tacing juga dengan budak kelas dia. Haha. So respon dari budak bila jumpa aku "Teacher kenapa tak masuk kelas? Teacher merajuk dengan kami, kami pun nak merajuk juga lah. Esok teacher masuk la, teacher ajar best. Teacher suka buat lawak." Eh! Dan ini pula respon dari anak didik my partner. Siap bagi hadiah bagai. "Teacher, kami minta maaf, kami nak belajar dengan Teacher. Teacher tadi tak best, dia garang." Haha padan muka. Memang masa tukar kelas tu sikit pun aku tak senyum.

# Ada sorang cikgu tu yang selayaknya boleh dipanggil "mak" masuk dapur minum air teh panas yang ada atas meja. "Uih sedapnya air teh sapa bancuh ni?" Budak perempuan kat sofa tu sengih macam kerang busuk.

# Sepanjang masuk kelas 3 minggu ni, dah 3 orang budak nangis dalam kelas. Sorang kena terajang dengan kawan, sorang sebab terlalu pendiam sampai tak boleh tersalah sikit. Dan sorang lagi perempuan, sebabnyaaa aku rasa sebab aku marah dia kot. Heheh

# Budak-budak sekolah tu memang jakun. Aku guna bluetack nak tampal kertas kat board depa tengok nganga. Aku bawak masuk bilik tayangan depa melompat-lompat. Aku guna lcd tunjuk slide show rahang depa terus jatuh. Lol

# Teacher fadhliah is a teacher who cannot bear with children yang attention seeker or budak yang mengada-ngada dalam kelas. Serius, rasa macam nak lempang. Pardon me kids, teacher memang tak reti nak melayan budak dan tak sabar. Last thursday, aku tak pandang pun muka budak lepas habis kelas. Sebab masa kelas tu aku kena observe dengan mentor, and the kids sangat-sangat tak behave. Rasa nak nangis pun ada. Akhirnya, ada budak perempuan tu nak tanya ape entah. Aku pusing belakang tahan marah sambil suruh depa pegi balik sebab loceng pun dah bunyi. :'(

# Masuk bilik guru lepas tu, practicum mate pas satu bookmark kat aku. Katanya ada budak kelas aku bagi. =)


Saturday, April 6, 2013

First Practicum


Alhamdulillah telah selamat menjejakkan kaki di bumi di mana tercurahnya ilmu buat anak-anak muda harapan bangsa dan agama. Bumi yang agak mengerikan pada persepsi pertamaku di hari pertama. Bumi yang dikempal tujuh abjadnya menjadi satu nama. First day duk situ dah ade perasaan "rasa macam nak quit lah. tapi saya nak bayar ganti rugi? hoho". Inilah jadinya kalau awal-awal masuk maktab dulu bukan sebab rela hati. Tapi kan, trust me, buat benda yang parents kita redha ni lain jadinya even kita sendiri terpaksa. The feeling of keterpaksaan tu gradually fades away throughout the years. Yeah, mungkin sebab hari-hari ummi tembak doa dari rumah kot. Hihii. After all, i've been here for almost 4 years lol. Anda masih berbaki kurang 2 tahun lagi. Sabaq nah.

Pengalaman pertama praktikum selama sebulan yang masih berbaki lagi 3 minggu, dan lagi 5 bulan untuk sem akan datang. Dan hari-hari permulaan minggu ini dimulakan dengan hadirnya Teacher Zombie di sekolah. Zombie-nya beliau kerana malam sebelumnya gigih bertungku-lumus "membakar minyak tengah malam" (translate sendiri eh) menyiapkan assignments yang kononnya minta postpone dengan lecturer nak hantar lepas cuti seminggu, namun hampeh dek kerana realiti hidup seorang guru pelatih yang memang payah nak hadap kerja kalau dah namanya sedang bercuti. ceh. 

Kalau begini rupanya hari-hari sepanjang praktikum, Teacher Zombie bisa jadi almarhum zombie barangkali. Haha. Maka tak hairan kalau kat Tanjung Rambutan majoriti penghuninya adalah para guru. Mana nak siapkan assignments (bagi yang tengah belajar), nak buat rph, nak uruskan kokurikulum, nak marking work book, marking exam papers, nak uruskan kelas tambahan, pengurusan bilik darjah, yadaa yadaa et cetera...banyak lagi! So far dah masuk 2 kelas- average and low level pupils. Yang average tu aku boleh manage lagi rasanya, tapi yang low tu ada juga sedikit sebanyak macam nak bagi pelempang kat dorang. Rebellious and banyak excuses.

So this week practicum macam tak hectic sangat. For the next 3 weeks wallahua'lam la. Next week dah nak kena observe, jadi harapnya my kids will behave well depan lecturer nanti. Please don't make me lose my patience kids. Teacher pun tak larat nak jerit kuat-kuat sebab Teacher pun sebenarnya bukan macam tu orangnya. Tiap kali masuk kelas mesti pesan kat budak-budak tu, "Teacher baik kalau awak baik. Teacher tak baik kalau awak pun tak baik. Nak tengok Teacher hari-hari baik, pandai-pandai awak nak buat macam mana." There you go ayat cliche Teacher, haha.

Dapat praktikum kat sekolah tu rasa macam untung sangat. Walaupun admin macam not so friendly, tapi cikgu-cikgu kat bilik guru tu serius best. Kalau bilik guru tak hingaq dengan suara cikgu, bukan bilik guru la maknanya tu. Hari-hari depa pot luck bawak makanan letak kat dapur, then anyone feel free to eat the food. Tak kisah la hangpa guru senior ke, pelatih ke. Nak kata depa ni muda sangat tak jugak sebab ramai yang anak-anak dah sebaya dengan kami. Tapi kalau depa sendiri mengaku yang depa jenis gila-gila, cheq nak kata apa lagi? huhu.

Dear kids and supervisor, ease my way, can you?

Saturday, March 2, 2013

Chocolate Cheese Cake


Ehemm!! baking kek lagi, lagi-lagi kek, asyik-asyik kek. haha. apa nak buat, tuannya suka makan kek. pulak tu suka baking kek, sebab rasa masak kek lagi senang dari masak benda lain dan tak kisah even kena tunggu berjam-jam sampai kek masak dan tunggu lagi berjam-jam untuk kek sejuk sepenuhnya. dan bila kek yang dibuat menjadi, itulah satu kepuasan. dan senyum melebar hingga belakang kepala kalau kek yang menjadi itu mendapat komentar baik dari para pemakan. sebiji kek ni habis tak sampai satu hari. hehe

Abah duk tanya "kek ni nama apa?" entah berapa kali, maklumlah orang-orang berumur bukannya tahu sangat nama kek-kek yang segala bagai tu. rasanya sepanjang terjebak dalam bidang buat kek ni, kek yang pertama kali dibuat dan terus sedap adalah kek ni. yeah, walaupun nampak macam lapisan kek tu tak 'flat and smooth' sangat macam kek para chef tu, just ignore that. rupa tak penting janji sedap. hewhew. 

Sejak berkecimpung dalam kerja baking ni, aku perasan tiap kali nak buat kek, masa yang akan aku ambil adalah waktu tengah malam. waktu yang orang lain dah enak beradu di kamar sementara aku masih ketung-ketang di dapur keseorangan. walaupun dah plan awal-awal nak baking, aku tetap lengah sana-sini nak tunggu waktu tengah malam. mungkin sebab aku tak suka orang tengok aku buat kerja kat dapur, dan aku sangat suka bila orang dalam rumah bangun tidur esoknya kek dah tadaaa depan mata. maksudnya di sini, bila diorang buka saji atas meja, makanan pertama yang ada depan mata adalah kek buatan aku. dan pastinya ummi orang pertama yang rasa kek tu sebab dia yang akan masuk dapur dulu. hehe

Walaupun sukatan gandum dan bahan-bahan berdebu yang lain aku tak ikut sukatan macam dalam resepi asal, Alhamdulillah still sedap. aku derhaka dengan resepi asal sebab aku sukat guna cawan besar, i mean cawan yang sedikit besar dari biasa, jadi kena pandai-pandai tolak tambah sukatan untuk bahan lain jugak. well, this is my firs time doing kek kukus. dan mungkin kesedapannya juga disebabkan kek ini dikukus, tak dibakar macam selalu. kek kukus ni teksturnya lawa, gebu dan lembut. jadi sapa-sapa yang nak try boleh la buat ye. oh ye, resepinya aku tiru bulat-bulat dari blog Kak Izah ni. tak tahu kenapa dalam banyak-banyak resepi yang aku cari, resepi dia yang terpilih. mungkin sebab bahan-bahannya mudah dan ada yang dah tersedia kat rumah. selamat mencuba! xD