In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Saturday, August 6, 2011

Solat Berjemaah ^^,

Assalamualaikum w.b.t., selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat baginda.

Hari ni dah masuk hari ke-5 kita puasa. Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati suasana Ramadhan sepanjang 5 hari ni. Saya cuba sedaya upaya untuk mengisinya dengan perkara-perkara yang dianjurkan oleh Islam, walaupun waktu kadang kala sangat2 jeles dengan saya. Seminggu dua ni terasa amat sesak, dipenuhi dengan tuntutan assignment dan presentation yang melambak-lambak sehingga peluang untuk mencelah untuk membaca Al-Quran pun dirasakan amat tipis. Mungkin keadaan itu turut berpunca dari saya sendiri yang kurang mahir untuk membahagikan masa dengan baik. Huhu..saya memang fail kalau masuk part yang tu..

Okey..hari ni saya nak share sedikit ilmu yang saya perolehi dari tazkirah selepas solat sunat terawih malam tadi. Antara isi yang disebut dalam tazkirah tersebut ialah berkaitan dengan puasa yang bertujuan untuk mendidik nafsu dan berkenaan solat berjemaah yakni fadhilat mengangkat takbiratul ula bersama-sama dengan imam. Now saya nak fokus pasal isi yang kedua; solat berjemaah.

Sejak awal Ramadhan hari tu, jumlah jemaah muslimat di surau tempat saya belajar ni ade lebih kurang 5 saaf semuanya. Alhamdulillah.. sejuk mata memandang wajah-wajah yang hadir untuk mengimarahkan surau. Dalam hati saya berharap agar wajah-wajah tersebut akan kekal dalam saf mereka walaupun bukan dalam bulan Ramadhan. Kenapa saya kata macam tu? Sebab kalau dalam waktu biasa, bulan lain selain Ramadhan, jumlah jemaah muslimat di surau hanyalah dalam kadar kurang dari sepuluh orang. Paling tragis sekali 2 orang. Subhanallah.. sayu hati bila tengok ruang surau yang kosong sepi tanpa penghuni.

Saya komen pasal ni bukan sebab saya hadir kat surau tu 5 kali sehari untuk berjemaah, tak tak tak..saya sendiri hanya hadir pada waktu Isya sahaja.. ya, walaupun bukan pada tiap kali waktu solat kita berjemaah tapi at least hadirkanlah diri anda pada waktu malam memandangkan kebanyakannya waktu malam kita sebagai pelajar sudah free dan takde kelas lagi. Even kalau ade discussion pun, saya rase ia tidak sedikit pun menjejaskan sebab waktu untuk pergi surau, solat berjemaah dan balik dari surau hanyalah mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kalau kat bilik, masa setengah jam itu apelah sangat boleh dibuat. Pejam celik pejam celik dah 2 jam. Especially time tengah ngadap FACEBOOK tu kan??

Tau tak sebanyak mana ganjaran dan kemuliaan yang Allah bagi kalau kita gunakan 30 minit tu untuk berjemaah? Allahuakbar! sangat banyak tidak terhingga.. Biasa kita dengar pahala berjemaah 27 kali ganda dari solat bersendirian, yer itu benar sekali. Tapi hakikatnya banyak lagi ganjaran lain yang Allah sediakan untuk kita dapatkan hanya dengan cara yang sangat2 mudah. Ape caranya?? Jawapan: jalan terkedek-kedek ke surau dan solat jemaah sama-sama. Kalau nk buat kt bilik pun boleh juga tapi biasanya kat bilik jarang kita nk jemaah dengan member2 ni.. masing-masing buat hal sendiri. Ok berbalik pada ganjaran yang saya cakap tadi. Jom scroll bawah untuk tahu lebih lanjut.. Jeng!.. Jeng!.. Jenggggg.....


Rasulullah bersabda: Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'idi bahawa Rasulullah bersabda: Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu berjalan ke masjid dalam kegelapan malam bahawa mereka akan memperoleh nur yang sempurna pada hari kiamat. (Riwayat Ibnu Majah).


Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Said, Rasulullah bersabda: Apabila kamu melihat seorang yang selalu ke masjid maka hendaklah kamu bersaksi atas keimanannya. Lalu baginda membaca surah al-Taubah ayat 18 yang bermaksud:Sesungguhnya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah (yakni yang menghidupkan amalan dalamnya) ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta melaksanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut kecuali kepada Allah.

You see? Betapa besarnya ganjaran yang Allah sediakan untuk kita sama-sama rebut.. Sampaikan orang yang tidak sempat untuk join solat berjemaah kerana menyangka solat jemaah masih belum selesai pun dapat ganjaran. Jangan frust atau rasa menyesal jika saat anda tiba di masjid atau surau setelah berusaha untuk menghadirkan diri, anda lihat jemaah sedang mengaminkan doa. Terus lakukan solat anda hingga selesai dan bersyukurlah kerana ganjaran untuk anda masih ada. Tapi jangan la sengaja g lambat pulak.. =p


Rasulullah bersabda: Seseorang yang berwuduk dengan sempurna lalu pergi ke masjid untuk bersolat berjemaah) lalu mendapati orang ramai telah selesai solat berjemaah, Allah akan memberi kepadanya ganjaran pahala yang sama sebagaimana mereka yang telah bersolat berjemaah, tanpa mengurangkan sedikit pun daripada pahala mereka.(Riwayat Abu Daud, Nasai dan Hakim).


Sebenarnya banyak lagi ganjaran lain yang Allah sediakan untuk orang yang solat berjemaah. Nak tahu lagi silalah rajinkan diri untuk mencari dan mengkaji ilmu-ilmu yang ada kat sekeliling kita ni.. :)
Kebetulan malam tadi saya tidak sempat untuk sama-sama bertakbir bersama imam lantaran kekangan waktu yang singkat. Balik dari buka puasa kat luar, terus solat maghrib. Nak solat kat luar khuatir tidak sempat untuk pegi surau solat terawih pulak. Lalu jam dilihat, masih tinggal lebih kurang 20 minit sebelum masuk waktu Isya'. Bergegas untuk mandi kerana rase tidak selesa kalau solat dalam keadaan berpeluh-peluh itu. Azan berkumandang di saat saya masih berada dalam bilik air, memaksa saya rushing2 untuk menyiapkan diri. Sampai sahaja kat surau, imam sudah masuk rakaat kedua.. hishh..

Masa tazkirah imam bagi tu, beliau ada menyebut pasal Takbiratul Ula (takbir pertama iaitu takbir yang memulakan solat kita). Tiba-tiba.. dush!! alamak! satu point terkena batang hidung saya sendiri..huhu.. Kata imam tu, orang yang sama-sama mengangkat takbiratul ula bersama-sama imam, ganjarannya seolah-seolah alam dan seluruh isinya. Sedangkan saya baru sahaja missed takbir itu bersama imam. Huk..Huk.. MasyaAllah! boleh jadi jutawan kalau macam tu.. :D

Rupa-rupanya tiap perbuatan dan amal ibadat kita pada Allah dah disediakan bermacam-macam pahala dan ganjaran. Dari sekecil-kecil perbuatan hingga sebesar-besar perbuatan. Manusia je yang buta hati untuk menghargai semua nikmat yang Allah bagi. Dah la percuma, tak minta balasan pulak tu. Nak tahu ape lagi ganjaran Takbiratul Ula selain dari yang saya cakap kat atas tu?


Anas bin Malik meriwayatkan Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah kerana Allah dengan memperoleh takbiratul ula selama 40 hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik. (Riwayat al-Tirmizi).


Subhanallah lagi. Tengok! Ganjaran yang Allah sedia bukanla seringan belanje makan di KFC atau percutian di Paris selama dua hari tiga malam, bahkan lebih dari itu.. lebih dari apa yang manusia boleh buat.. kita senang-senang buat maksiat dan dosa sebagai jalan untuk ke neraka, tapi Allah yang Maha Besar tu senang-senang nak bagi kita terlepas dari neraka. Jadi mane satu kita nak? Pilihan sudah ada di depan mata.. You choose!

Emm..baru perasan yang saya dah membebel panjang dari tadi. Memang tak pandai nak tulis pendek-pendek ni, selalu je jadi esei..hehee.. Sebenarnya banyak lagi cara yang Islam anjurkan untuk kita solat jemaah, tapi rasanya setakat tu jela yang saya nak kongsi. Kalau ikut hati nak lagi tapi kesian kat korang kena baca panjang-panjang..huuu~~ Last saya nak cakap, jom la kita sama2 solat berjemaah. Bukan dalam bulan Ramadhan ni je malah berterusan sepanjang tahun. Pahala dan ganjaran dari Allah di mana-mana dan di setiap ketika. Kita sebagai hambanya yang lemah kena la pandai cari semua tu.

Ok semua, dah nak masuk waktu Zohor. Pena saya pun dah penat menaip. Minta izin undur diri dulu yer.. minta maaf kalau ada yang mengguris perasaan sesiapa. Sekadar perkongsian dan peringatan untuk kebaikan bersama. Wassalam.


Abdullah bin Abbas berkata bahawa Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solat berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya iaitu keuzuran daripada menyertai solat berjemaah maka solat yang dikerjakan (tanpa berjemaah) tidak akan diterima. Para sahabat bertanya: Apakah keuzuran itu? Jawab Rasulullah: Takut atau sakit. (Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban).

No comments: