In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Saturday, December 3, 2011

Solat: Bertelekung Tetapi Tidak Berpakaian


SOLAT. Semua orang tahu solat tu apa. Walaupun tak semua orang solat, dan yang tahu solat tu belum tentu solat atau tidak, tapi hakikatnya kita semua tahu solat tu satu kewajipan. Tapi berapa ramai antara kita yang solat betul2 solat, atau hanya sekadar solat membabi buta. Yang lelaki mungkin hanya solat dengan pakaian yang ada di badan sebab diorang dah tak perlu pakai telekung and so on. Asalkan pakaiannya menutup aurat dan sopan untuk solat. Tapi yang jadi isu sekarang adalah kaum wanita, para muslimat. Maaf andai entri ini menyentuh hati mana2 pihak, tapi penulis tengok isu ini dah jadi kebiasaan bila kaum wanita Islam nak solat.

Isu apa?

Isu bertelekung tetapi tidak menutup aurat. Macam mana penulis boleh kata tak menutup aurat sedangkan telekung dah menutup hampir keseluruhan anggota badan, yang terkecuali hanyalah muka. Yes, isu ni mungkin dipandang remeh dan temeh oleh kebanyakan wanita, atau mungkin mereka tidak sedar apa yang mereka buat tu tak betul. Jika dilihat dari jauh, bertelekung putih suci dilihat sangat sempurna ketika solat. Tapi, andai kita dekati tiap2 hamba Allah yang sedang solat, mungkin ada khilafnya.
Khilaf apa? Tidak menutup aurat itulah silapnya. Maksud tak menutup aurat time solat tu adalah apabila terdedahnya warna kulit kita, memandangkan kain telekung masa kini tidak begitu berkualiti; nipis dan jarang. Andai kita hanya memakai short-sleeves tshirt, sudah pasti sebahagian lengan akan terdedah. Begitu juga andai hanya berseluar pendek, pasti sebahagian kaki akan terdedah. Bahagian2 yang terdedah macam ni la yang penulis kata tak menutup aurat. Sebab masih boleh dilihat dari luar telekung, bcoz of kain telekung yang tak berkualiti.

Tapi, yang paling mengecewakan penulis, tidak cukup dengan hanya memakai short-sleeves tshirt dan seluar pendek, masih ada yang lebih teruk dari itu. Dari mata penulis sendiri, ada hamba2 Allah yang hanya memakai ‘two pieces of clothes’, yang penulis anggap sama sahaja seperti tidak berpakaian. Masya Allah! Mata yang melihat pun terasa malu, adakah si pemakai langsung tiada rasa malu?
Maaf andai isu ini terlalu sensitif, tapi rasanya mata insan seperti ini perlu dicelikkan memandangkan agak jarang ahli ulamak yang bring to public isu ini.

Sedar atau tidak, bahawa kita bersolat untuk bertemu dengan Allah. Tidak ada waktu lain yang boleh kita bertemu Allah melainkan ketika solat. Then, tak malu ke kita nak jumpa Allah dalam keadaan yang tak sopan, tak menutup aurat dan tak berpakaian? Sedangkan nak jumpa raja atau sultan pun kita pasti berhias cantik dan menempah baju baru, inikan lagi dengan Raja Pemilik Seluruh Alam dan Kehidupan. Raja yang Teragung ini, yakni Allah tidak pernah meminta hambaNya menempah baju mahal setiap kali ingin bersolat. Cukup hanya berpakaian sopan dan menutup aurat. Dia tidak perlukan kemewahan duniawi. Cukup hanya dengan kemewahan hati khusyuk dan tenang untuk ber’cakap’ dengan Allah ketika solat. Cuba kita bayangkan, bagaimana persediaan kita untuk bertemu raja negara dan Raja Alam. Ada beza? Kalau ada, yang mana lagi lebih? Andai raja negara dilebihkan dan didahulukan daripada Raja Alam, bermakna ada yang perlu diubah pada diri kita.

Kata Ustaz Azhar Idrus, “jika nampak warna kulit dari luar telekung atau pakaian wanita, tidak sah sembahyang..wajib diulang semula sembahyang yang telah dikerjakan.. adapun jika nampak bayang sahaja, makruh hukumnya tetapi sembahyangnya sah..” Subhanallah. Bila solat kita dah tak sah, apa lagi yang kita harapkan dari solat kita? Bukankah solat yang kita buat 5 waktu setiap hari itu hanya sia-sia dan membazir waktu? Itu baru solat wajib, belum ditambah dengan solat sunat yang berbagai jenis lagi. Untuk makluman, salah satu syarat sah untuk solat adalah menutup aurat. Jadi, sila fahami konsep menutup aurat itu terlebih dahulu sebelum kita mencipta pelbagai alasan untuk membela kesalahan diri.

Cuba anda bayangkan, macam mana perasaan raja atau mana2 golongan terhormat andai kita rakyat biasa bertemu mereka dengan berpakaian serabai, tidak terurus, seksi dan kotor. Pasti raja akan murka bukan? Paling hina lagi apabila kita diusir jauh dari mereka. Kalau dengan Allah kita buat macam tu, agak2 apa yang Allah rasa? Kalau Allah murka, kalau Allah tak sayang kita lagi, kalau Allah usir kita jauh dari rahmatNya, agak2 apa jadi pada kita? Tepuk dada, tanya iman.

Taraf raja dengan Allah jauh berbeza bagai langit dan bumi. Hakikatnya, Allah adalah segalanya. Kita tak solat untuk redha raja, tapi untuk redha Allah. Kita hidup bukan untuk raja, tapi untuk Allah. Jadi, buatlah yang terbaik untuk Allah. Kalau persediaan untuk jumpa raja kita dah buat yang terbaik, maka persediaan untuk jumpa Allah pastinya lebih dan lebih baik dari yang terbaik itu. Allahuakbar. Seagung itu Allah pada hambaNya. Lalu kita sebagai hamba Allah yang biasa, yang hina, yang hidup hanya denga pinjaman Allah, tidak inginkah kita menjadi yang terbaik di mata Allah?


Untuk jadi yang terbaik di mata Allah, kita terlebih dulu kena jadi yang terbaik untuk diri sendiri. Terbaik untuk diri sendiri termasuklah terbaik dalam beragama, berakhlak, bermuamalat dan sebagainya. Apabila diri sendiri dah terjaga dan dijaga, penulis yakin insyaAllah hubungan dengan Allah akan terpelihara secara spontan dan ikhlas. Oleh itu, gunalah kain telekung yang tidak jarang dan berpakaian sopan dan menutup aurat di saat kita ingin bertemu Allah.