In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Saturday, April 6, 2013

First Practicum


Alhamdulillah telah selamat menjejakkan kaki di bumi di mana tercurahnya ilmu buat anak-anak muda harapan bangsa dan agama. Bumi yang agak mengerikan pada persepsi pertamaku di hari pertama. Bumi yang dikempal tujuh abjadnya menjadi satu nama. First day duk situ dah ade perasaan "rasa macam nak quit lah. tapi saya nak bayar ganti rugi? hoho". Inilah jadinya kalau awal-awal masuk maktab dulu bukan sebab rela hati. Tapi kan, trust me, buat benda yang parents kita redha ni lain jadinya even kita sendiri terpaksa. The feeling of keterpaksaan tu gradually fades away throughout the years. Yeah, mungkin sebab hari-hari ummi tembak doa dari rumah kot. Hihii. After all, i've been here for almost 4 years lol. Anda masih berbaki kurang 2 tahun lagi. Sabaq nah.

Pengalaman pertama praktikum selama sebulan yang masih berbaki lagi 3 minggu, dan lagi 5 bulan untuk sem akan datang. Dan hari-hari permulaan minggu ini dimulakan dengan hadirnya Teacher Zombie di sekolah. Zombie-nya beliau kerana malam sebelumnya gigih bertungku-lumus "membakar minyak tengah malam" (translate sendiri eh) menyiapkan assignments yang kononnya minta postpone dengan lecturer nak hantar lepas cuti seminggu, namun hampeh dek kerana realiti hidup seorang guru pelatih yang memang payah nak hadap kerja kalau dah namanya sedang bercuti. ceh. 

Kalau begini rupanya hari-hari sepanjang praktikum, Teacher Zombie bisa jadi almarhum zombie barangkali. Haha. Maka tak hairan kalau kat Tanjung Rambutan majoriti penghuninya adalah para guru. Mana nak siapkan assignments (bagi yang tengah belajar), nak buat rph, nak uruskan kokurikulum, nak marking work book, marking exam papers, nak uruskan kelas tambahan, pengurusan bilik darjah, yadaa yadaa et cetera...banyak lagi! So far dah masuk 2 kelas- average and low level pupils. Yang average tu aku boleh manage lagi rasanya, tapi yang low tu ada juga sedikit sebanyak macam nak bagi pelempang kat dorang. Rebellious and banyak excuses.

So this week practicum macam tak hectic sangat. For the next 3 weeks wallahua'lam la. Next week dah nak kena observe, jadi harapnya my kids will behave well depan lecturer nanti. Please don't make me lose my patience kids. Teacher pun tak larat nak jerit kuat-kuat sebab Teacher pun sebenarnya bukan macam tu orangnya. Tiap kali masuk kelas mesti pesan kat budak-budak tu, "Teacher baik kalau awak baik. Teacher tak baik kalau awak pun tak baik. Nak tengok Teacher hari-hari baik, pandai-pandai awak nak buat macam mana." There you go ayat cliche Teacher, haha.

Dapat praktikum kat sekolah tu rasa macam untung sangat. Walaupun admin macam not so friendly, tapi cikgu-cikgu kat bilik guru tu serius best. Kalau bilik guru tak hingaq dengan suara cikgu, bukan bilik guru la maknanya tu. Hari-hari depa pot luck bawak makanan letak kat dapur, then anyone feel free to eat the food. Tak kisah la hangpa guru senior ke, pelatih ke. Nak kata depa ni muda sangat tak jugak sebab ramai yang anak-anak dah sebaya dengan kami. Tapi kalau depa sendiri mengaku yang depa jenis gila-gila, cheq nak kata apa lagi? huhu.

Dear kids and supervisor, ease my way, can you?