In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Sunday, November 27, 2011

1 Muharram 1433H


Assalamualaikum w.b.t. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji dan syukur dengan nikmat dan kurniaan Allah. Hingga detik ini kita masih bernafas, diberi peluang untuk menutup tirai 1432H dan memulakan tahun baru 1433H. 1 Muharram. Hari yang seringkali disimbolikkan sebagai hari permulaan hidup baru, hidup yang jauh lebih baik dari hidup yang sebelumnya. Hidup yang sebelumnya penuh kejahilan dan kebatilan, berubah ke arah kebenaran dan ilmu pengetahuan. Hidup yang penuh kegelapan ke arah cahaya dan petunjuk.
[ Surah Az-Zumar: 36-37]
"Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertaqwa)? Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain dari Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?"

Masa zaman sekolah dulu, selalu belajar tentang hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke Yathrib iaitu kota Madinah. Tiap kali tahun baru hijrah, hanya itu yang sering diselitkan dalam fikiran. Tentang sejarah2 nabi yang hanya diambil tahu melalui buku teks. Yang lain, langsung tak diambil tahu. Yang membezakan 1 Muharram dengan hari2 biasa hanyalah nyanyian lagu “hijrah itu pengorbanan, hijrah itu persaudaraan, hijrah membentuk perpaduan, bla..bla..” Main nyanyi je, tapi maksud lirik langsung tak dihayati.


Hakikatnya, HIJRAH, bukan hanya satu perkataan berhuruf enam, namun makna disebaliknya punya erti yang sangat besar. Erti yang tidak akan difahami andai tidak punya usaha untuk memahami. Subhanallah.. Andai aku tahu dari awal nikmat hijrah ini bagaimana, pasti aku tidak seperti hari ini. Aku yang hari ini baru dicelikkan mata, dari hidup yang selama ini hanya tahu membuta tuli menafikan kekuasaan Tuhan. Sebak saat mengenang kembali bagaimana tempoh hampir 20 tahun disia-siakan begitu sahaja, walaupun insan2 tersayang seringkali menyejukkan hati mengatakan diri ini sudah ‘sempurna’ dan lebih baik dari insan lain. Namun, hati masih tidak berbangga dengan ungkapan mereka lantaran hanya diri sendiri yang mampu merasai. Kadang2, apa yang dilihat dari peribadi luar tidak setanding dengan isi di dalam yang hanya mampu dirasai oleh pemilik jasad. Kadang2, tahap keimanan dan ketaqwaan tidak dapat diukur dengan hanya perhiasan pakaian yang menyelimuti diri dan pertuturan pemilik jasad. Dan hati ini tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada pada diri sendiri walaupun sering disogok dengan pujian. Tidak merasa puas bukan kerana tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada jasad ini, tapi kerana diri sendiri tidak mampu meletakkan Allah sebagai yang utama di hati.

Masih segar di ingatan, saat tahun 2011 melabuhkan tirainya selama beberapa bulan, hati ini sangat2 tidak tenteram dan merasa kosong. Sehinggalah pada suatu saat, sang hati dijentik dengan sebuah perasaan yang tak mampu diungkapkan dengan kata2. Sebuah perasaan yang mengundang pelbagai soalan dan jawapan yang kadangkala amat menyesakkan minda kerana tidak punya jawapan yang memuaskan hati. Jiwa memberontak inginkan identiti sendiri, inginkan kebenaran bagi semua persoalan. Lantas, baru tersedar bahawa Allah ingin anugerahkan aku sebuah cahaya untuk menerangi hati yang gelap dan hitam, yang selama ini terlalu mengagungkan cinta manusia dan cinta dunia. Betul la orang kata, hidayah Allah itu tak kira masa dan ketika, tak kira rupa dan bentuk. Penuh rahsia sukar dijangka. Lalu hati bertekad untuk mencari kebenaran. Hidup perlu diubah. Walau tak banyak namun nikmat hidayah itu tetap terasa. Hati yang kosong kini terisi. Sungguh, perasaan itu sangat indah.

Dan maal hijrah tahun ini membawa impak yang besar pada hidup. Alhamdulillah. Hati bertekad tidak mahu berpaling lagi. Mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajar dari mereka yang berpengalaman, mendorong diri untuk mendekati orang ‘baik’. Ikut rasa hati, ingin sahaja memaksa insan2 yang disayangi untuk sama2 berpimpin tangan bersama2 menggapai mardhatillah. Namun siapa aku untuk memaksa, melainkan hanya menasihati dan memotivasi dengan penuh hikmah. Doaku agar hati mereka jua disentuh dengan cahaya Allah, agar mereka tahu betapa indah bercinta dengan Allah. Kata seorang ustaz, bila bicara soal hijrah ini, ramai manusia ingin berubah namun lupa untuk menitikberat dua perkara; mencari keredhaan Allah dan bersahabat dengan mereka yang sentiasa di jalan Allah. Hati mengiyakan, mengakui. Mujahadah itu perlukan teman. Teman untuk menegur dan mengingati saat diri hanyut dengan duniawi. Alhamdulillah. Aku punya teman seperti itu.
Allahuakbar. Salam keinsafan. Salam perubahan. Salam hijrah. :D

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”. [Surah Al-Ahqaf: 15]

No comments: