In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Sunday, October 30, 2011

PENAWAR HATI :)


“Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, kan kau jumpakan permata.

sweet nyeee~~ (^^,)



_copy from Rusydee Artz_

REMEDY~~

I told you: Do not leave me
You said:
'So remember Me; I will remember you. And be grateful to Me and do not deny Me.' (2:152)

I told you: I'm facing a lot of difficulties in life
You said:
'And whoever fears Allah – He will make for him a way out' (65:2)

I told you: Oh Lord I need hope
You said:
'Indeed, with hardship [will be] ease.' (94:6)

I told you: I have many dreams that I want to come true
You said:
'Call upon Me; I will respond to you.' (40:60)

I told you: Many people hurt me
You said:
'So pardon them and ask forgiveness for them' (3:159)

I told you: I feel I'm alone
You said:
'We are closer to him than [his] jugular vein' (50:16)

I told you: My sins are so many
You said:
'And who can forgive sins except Allah?' (3:135)


_copy from fb_

Saturday, October 29, 2011

TERIMA KASIH ABAH

Tadi tiba2 tengok ada majalah Solusi kat ruang tamu. Latest edition! Bulan 11 punya edition. Sape yang beli? Then, tanya umi.


“Umi, sape beli majalah Solusi tu?”

“Abah la beli.. untuk anak dia nak baca..”


Rupanya Abah ingat yang anak dia yang sorang ni suka kumpul majalah ni tiap2 bulan. Hari tu masa dalam kereta sibuk suruh Abah stop tepi jalan semata-mata nak beli majalah ni. Alang-alang boleh pau duit Abah, hehe.. terima kasih Abah. Takpe Abah, jangan risau. Ini barang baik punyaaaa >.<


*cebisan pena: psstt.. sape yang belum berkenalan dengan Solusi, silalah taaruf. InsyaAllah tak rugi :DD

Friday, October 28, 2011

FAMILY DAY WITH CIKGU2


My Abah punya sekolah, which is also my ex-primary school buat gathering family day untuk family cikgu2 sekolah tu, so of course I'm included. Heee.. tapi yang peliknya, why Jerang Mengaji jadi sasaran lokasi? Tempat tu jauuuhhhhh ke dalam pelusuk hutan, di penghujung jalan sebuah kampung, bau alam yang sangat harum (bau najis lembu,hik3) dan jalan pun tak berapa nak smooth. Tempat tu kat area Pasir Puteh actually. Nak sampai ke destinasi tu buat kami rasa naik jenuh, tak sampai2.. memang patut la sebab jerang tu at the end of the road.


parking lot kat atas sana, so kereta kena cross sungai kecil ni
and I managed to cross it. sape suruh Abah tinggal kereta kat seberang ni
dia jalan kaki redah air, hehe..


Sampai je kat sana, baru tahu kat situ ada air terjun. Waaa..rindunya nak main air! Tapi sayang, tak bawa extra baju, so hanya berputih mata tengok budak2 main seronak2. Takpelah, lagipun segan nak masuk air depan cikgu2, husband cikgu2, anak2 cikgu dan macam2 orang lagi ada kat situ. Nak suruh singsing kaki seluar, buang stokin and rendam kaki dalam air? Heh no no nooo.. kesudahannya, tengok saje.

mangsa-mangsa yang sempat diselamatkan


Walaupun tak enjoy sangat masa gethering tu, sebab I was alone (ingatkan ada geng tapi dia tak cuti) and sebab I am a big girl, so tak rasa keseronokan macam zaman kanak-kanak dulu. Huhu. Plus, the gathering was not so-like gathering lah, takda semangat bersatu within the families. Jadi macam agak boring la juga. Tapi, yang bestnya, dapat rilek tenangkan jiwa kat tempat macam ni. Last pergi waterfall masa kecik2 dulu kot, almost satu dekad dah tu. Ish3.. I told Umi nanti nak pergi waterfall lagi, tapi dengan family je.. baru boleh lompat2 dalam air, hahaha..

comel je little kid ni main tepuk2 air
sampai terketar-ketar sejuk
tapi tetap excited tak nak naik,huhu



i'm a big girl yet still a kid :D

10 WASIAT IMAM HASSAN AL-BANNA


1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, taapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring dari kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang member kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

INSAN INI TELAH TERPILIH


Mengapa kini bertudung dan berubah?


“Saya dapat rasakan hari kiamat semakin dekat dan saya dah nak mati…

Saya masih belum kahwin. Jadi dosa saya masih dalam tanggungjawab ibu bapa saya (something like that, I almost miss this part). Mak ayah saya selalu suruh saya buat baik tapi saya tak ikut…

Kita selalu inginkan keredhaan Allah. Kita nak Allah ingat kita, tapi kita tak ingat Allah.”

~~Artis Diana Amir dalam rancangan Sofiyya tv9~~


(=.=)


Tuesday, October 25, 2011

MONOLOG SEORANG HAMBA

Suatu saat, Allah turunkan hidayah dan petunjuk buat hamba ini. Dan hamba ini sedar bahawa dia harus berubah. Dia masih seorang yang jahil soal agama dan ilmu akhirat. Dia masih belum mengerti matlamat hidupnya. Dan dia masih tak kenal siapa penciptanya, yakni Allah.

“Aku tau apa yang aku buat salah. Aku tak ikut apa yang Tuhan suruh. I should change. Tapi bukan sekarang. Nanti2 laa…”


Lalu, Allah turunkan lagi petunjuk agar hamba ini berubah.

“Bestnyer tengok orang yang baik2, sejuk je mata memandang. Bila aku nak jadi macam tu?”


Sekali lagi Allah beri kesedaran padanya untuk berubah.

“Rasa macam nak berubah laa. Tapi tak tau nak start dari mana. Malu la nanti kalau orang tengok aku tiba2 jadi baik.”


Dan Allah terus membuka pintu hatinya agar kembali ke pangkal jalan.

“Hidup lama lagi. Masih banyak masa untuk berubah. Biarla aku enjoy dulu dulu waktu muda ni.”


Hamba ini masih belum berubah. Tiada lagi petunjuk dan hidayah dari Allah. Dia tidak bersyukur dengan pemberian Allah sehinggalah maut menjemputnya. Tidakkah rugi?

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.

(Surah Az-Zumar: 23)


Nota kaki: setelah beberapa minggu post ini dibuat, i found a post related to this post, which made me to edit this post again. Here, saya sertakan link post tersebut. Sangat bermakna :]

HATI PUN PERLU MAKAN :)


"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)

Pernah tak bagi makanan kat hati?

Tak pernah? ish tipu la tak pernah..
Tu hari2 duk solat 5 waktu, baca al-quran lagi.. makanan hati la tu!

Hati ibarat perut. Makanan ruji untuk perut adalah nasi (makanan asas orang Malaysia). Perut andai tak diisi, mula la meragam. Yang kita selalu cakap perut tengah nyanyi la, joget la, tu semua sebab perut perlukan makanan. Kalau selalu dibiarkan perut tak terisi, lama kelamaan perut jadi gastrik. Walaupun makanan asas perut adalah nasi, tapi perut masih perlukan bahan lain untuk bantunya proses. Contohnya air, buah, sayur, bijirin and so on. Kalau takde additional foods yang ni perut akan lebih memberontak. Masalah sembelit and macam2 lagi masalah akan muncul. Kalau perut diberi makan dengan makanan yang tak sesuai dengannya, pasti perut akan meragam bukan?

Sama juga dengan hati. Makanan ruji hati adalah solat 5 waktu, puasa, zakat, baca al-quran dan yang lain yang wajib kita jadikan makanan untuk hati. Tapi tak cukup dengan itu. Hati pun perlukan additional foods atau supplement untuk berfungsi dengan baik. Zikir, selawat, ilmu agama, majlis ilmu, solat sunat, muhasabah diri dan benda2 yang kita jarang buat tu la makanan tambahan untuk hati. Bila hati tak cukup zat, mulalah dia membuat onar. Hati marah dan mengamuk sebab dia tak sihat. Lalu dia pandu pemilik hati itu ke arah maksiat dan kejahatan. Hati akan hasut tuannya agar cari makanan yang tak elok. Yang tak elok tu contohnya umpat, dendam, hasad dengki, lalai dengan ibadat, maksiat dan zina. Hati tak kisah asalkan dia kenyang.



Oleh itu, pemilik hati kena la pandai jaga pemakanan hati. Selalu bagi hati makan yang sihat2. Tengah syok layan fesbuk suap la sikit hati tu dengan artikel2 ilmiah yang berkisah soal agama, nabi2, alam akhirat dan etc. Tengah syok nyanyi riang sana sini suap la sikit hati dengan zikir2 taubat, selawat untuk nabi. Tengah enjoy watching movie, suap la sikit untuk hati ceramah2 agama yang ditayang kat TV atau internet. Tengah gembira keluar shopping sana sini, suap la hati tu dengan menghadiri majlis2 ilmu. Tak banyak, sikit pun jadilah. Lama2 boleh jadi bukit.


Bila hati dah cukup zat dan makanan, mesti hati happy. Hati dah takkan bawak pemiliknya cari makanan yang tak sihat kat tempat2 yang kotor. Hati hanya bawak pemiliknya ke tempat2 suci jauh dari kejahatan sebab dia dah biasa makan makanan yang sihat dan bersih. Hati tahu bila dia makan makanan yang tak sihat, hati akan jatuh sakit. Bila sakit, hati jadi tak waras dan mula nak buat bukan2. Everything comes from hati. Baik buruknya adalah hati. Hati tu degil sikit, susah nak dengar nasihat orang.. Jadi, pandai2 la jaga hati. Jangan biar hati sakit, nanti susah nak rawat. :D



Monday, October 24, 2011

SECEBIS INGATAN BUAT DIRI

Tanyalah Ustaz tv9:

“Mempermainkan hukum dan agama Allah.

Contohnya tidak menutup aurat.

Rambut di kepala tak tutup.

Main bola kepala lutut tak tutup.

Bila main tak ingat Allah.

Sudah tahu tapi buat lagi.

Main-mainkan lagi Allah itu!

Ingat, mempermainkan agama itu mendedahkan diri ke arah mati kafir.”

DIA TAHU




And We have already created man and know what his soul whispers to him, and We are closer to him than [his] jugular vein [50:16]
Allah Maha Mengetahui segala apa yang tersembunyi dan terbuka. Sekalipun sekelumit rasa terlintas di hati, Dia tahu. Lalu apa yang mahu dimalukan lagi? Luahkan seluruh isi hatimu. Dia hanya ingin mendengar rintihanmu, sekalipun Dia sudah mengetahui segalanya tentangmu. Kerana Dia hanya mahukanmu sentiasa mengingatiNya.


THE VERY LITTLE TEST FROM HIM

A few days dah berlalu. Sakit yang jatuh hari tu masih lagi terasa. Mana taknya, from right hip, the pain moves to my right leg. Terasa kaki berat sebelah. Sakit bertambah lagi. Right hand pun rasa sakit. And worst, sakit kat right hip naik ke tulang belakang. Terasa longgar skru2 kat pinggang dan tulang belakang. Nak duduk lama2 pun tak boleh. Tak sampai 5 minit dah lenguh. Even nak baring sekalipun kena slow2, dah tak boleh lompat sesuka hati ke tempat baringan. Sedih sangat rasa bila Allah tarik nikmat sihat tu.. tapi takpe. Ni ujian kecil dari Dia. Sabar.

Umi bawak pegi mengurut dengan sedara. Masa tu ya Allah Tuhan saja yang tau sakitnya bila makcik tu urut kat bahagian yang sakit. Katanya part yang kena tu lebih panas dari tempat lain. Urat kat situ dah demam sebab jatuh. Lepas mengurut dah rasa ringan sikit. Tapi sakit lagi. Rasanya cam sakit tulang. Then, yesterday I had an x-ray to scan my backbone. Actually, I was hoping the doctor to detect certain parts kalau2 boleh dikaitkan dengan backpain yang ditanggung selama ni. However, none. Doctor said nothing is wrong with my backbone, only nampak bengkok sikit. Maybe tu salah satu sebabnya. I always forget to sit straightly with right body posture. Wuwu.. umi pun selalu bebel time tengok saya duduk bongkok. Pasni kena aware time nak duduk.

Tapi saya tak puas hati dengan result x-ray tu. Rasa memang ada something wrong somewhere la. Rasa nak buat x-ray lagi sekali. Tapi sah2 umi tak bagi sebab tak elok x-ray banyak kali. Now, I only can do some preventions and precautions; kena jaga body posture time nak duduk, baring, amik barang kat lantai and even nk sujud time solat. Then umi suruh amalkan minum susu kambing Hi-Goat tu everyday. She said it really works for her sebab umi pun sakit belakang jugak. I don't mind if kena minum susu berliter-liter sehari pun as long as my pain can be cured.

Actually backpain ni dah lame menjadi igauan hidup saya. I couldn't remember since when. Maybe dah setahun lebih kot. Mula-mula sakit and lenguh biasa je. Lama-lama the pain becomes worse and worst. Dah tak boleh bawak barang berat. Even bawak laptop sendiri pun kadang2 terpaksa bear with the pain. Nak jalan lama-lama pun tak boleh. Jangan harap la kalau nak window shopping kat mall tu lama-lama. Mula la rasa lenguh belakang even jalan lenggang lenggok tak bawak barang pape. Other than that, dah tak boleh drive lama-lama. Bila lama sikit mula la encik tulang belakang buat hal. Another thing, why I always pile up my clothes in the whole week and wait for until weekend to wash them with washing machine. The reason is, I can't do handwash in a large quantity except for my tudungs and other stuffs that shouldn't be washed using machine. Tu pun dah rasa lenguh pinggang and backpain. It's not about laziness actually. hmm

To my dear friends, I'm sorry for always bothering you guys.
Sometimes, I need you to help me carry the things.
Sometimes, I need you give me little massages when I can't stand with my pain.
Sometimes, I need you to understand my condition that I can't accompany you to go out for a walk or shopping.
Sometimes, I can't help you when you need my help.
and sometimes, I really hope that you could feel how the pain is and how I wish to do everything together with you guys. It's just I can't. Bukan saja2 nak mengada atau bermanja. Bukan saja-saja tapi terpaksa.

If anyone has any suggestions on how to reduce my pain, kindly please share with me okay. And please do me a favor. Doakan saya sihat sentiasa dan panjang umur. Doakan saya boleh lompat sana-sini and cergas sentiasa. Doakan saya sentiasa kuat, tabah dan redha dengan ujian kecil ini. Dan doakan saya agar diberi kesempatan untuk jadi seorang zaujah dan ummi buat zuriat2 saya kelak. InsyaAllah. :)

Sunday, October 23, 2011

JATUH DITIMPA TANGGA

Khamis lalu, dah siap packing beg, cek bilik and everything okey, pintu bilik dikunci. Beg ditinggal di depan bilik sebab nak gi toilet dulu to see Kak Iqa and Kak Bie yang balik esok hari.Kitorang memang camtu. Before balik kena peluk cium siblings kitorang dulu. Then balik dari toilet, gi amik beg yang ditinggal tadi. 10.25 pm. Lagi 20 minit nak naik bas. Beg laptop disandang di belakang. Beg pakaian pulak dipeluk didepan. Bukan tak nak jinjing, tapi peluk beg rasa lebih ringan compare to jinjing. Kalau jinjing dari tingkat 3 sampai bawah alamatnya sakit pinggang nanti.


Beberapa anak tangga dilangkah satu persatu. Tak rushing pun. Tiba2.. gedebuk!! Beg dalam pelukan tercampak ke lantai. Serentak dengan itu, saya terduduk di atas anak tangga. Terlafaz kalimah 'Allahuakbar'. Saya diam. Masih dalam posisi jatuh. Dalam hati terlintas, "ah sudahlah aku kali nih..lumpuhkah? boleh bangun tak ni?" Then, right hip slowly rase pedih dan pijar. Kena bucu anak tangga masa jatuh tadi. Jerit panggil Kak Iqa dalam toilet since she was the nearest person there. Unfortunately, she couldn't hear my voice coz bunyi air yang menderu lebih kuat lagi. Dia tengah basuh kain. Kak Tie yang dah sampai bawah tiba2 panggil, "Fadh! Kenape? Kenape? Tunggu orang naik."


Sampai Kak Tie kat tempat kejadian, terkejut tengok saya yang terduduk. Beg masih disandang. Disuruh tanggal beg dulu. Kak Iqa and Kak Bie pun menjenguk. Diorang gelakkan saya. Lucu kot tengok saya masa tu. Tiba2 si jatuh ni mengalir air mata menangis. Bukan sebab sakit, tapi sebab sedih sangat2, sebab masuk kali ni dah bape kali jatuh. Yang saya ingat, ada la 5, 6 kali jugak. Terfikir, camne aku nanti esok2.. sekarang baru 20 tahun, lagi 40 tahun agaknya camne? Tu pun kalau Allah masih izinkan hidup. Sekarang pun dah selalu sakit belakang, sakit pinggang. Saat tu terucap satu ayat, "mati cepat la aku ni.." T.T


After some time, try bangun slow2. Nasib baik boleh jalan lagi. Alhamdulillah. Kak Sya suruh lompat sikit. Mungkin boleh betulkan tulang pinggul yang jatuh tadi. Then, sampai stesen bas. Penjaga kaunter cakap bas lewat sejam. Instead of standing, I decided to look for seat. Along sejam tu, belakang sangat2 lenguh since the seat takde tempat untuk sandar. My right hip dah begin to feel kebas and pain. Kak Tie bagi minyak mestika suruh sapu kot2 leh reduce the pain.


In the bus, the pain was getting more and more. Tambah2 aircond sejuk gila. Tak cukup dengan selimut yang ada. Dan saya sangat2 tidak selesa. Kejap2 ubah posisi to avoid the hip pain and backpain. Rasa macam tulang hip tu dah lebam2. Memang kalau jatuh camtu tak rasa sakit on the spot. Pain tu akan slowly comes, more and more.

Sampai di KB, dah nampak my parents were waiting in the car. Bila kete dah gerak jauh sikit, I told them about what happened. "Tadi masa nak turun tangga jatuh". That's it. Umi ape lagi, membebel marah2 manja. "Tu la, kalut sangat. Tebolah (careless)." I tried to defend myself. "Mana ada. Tak lari2 pun. Orang jalan slow je macam biasa. Tiba2 licin." My parents diam and I pun terlelap. Sampai rumah, baru sedar yang cara jalan dah lain. Tak boleh jalan laju2. And memang terasa sangat pain kat hip tu. Allah.. rasanya yang penah jatuh sebelum ni, yang ni paling sakit. Dah la masa prank bufday Gee bulan 4 ari tu dah jatuh with the same body posture. Terpijak syampu. Pun kena kat right hip. Agaknya sakit tu berganda campur dengan ari tu la kot. Hmm

Saya tak salahkan sesiapa. Saya dah baca Bismillah masa nak keluar bilik tu, then saya tak rushing pun masa turun tangga tu. Kasut saya pun tak salah sebab dia tak tau saya nak pijak bucu anak tangga tu. Kebetulan masa tu dia basah sikit je. Dan saya tak salahkan Allah sebab bagi saya ujian kecil ni. Saya redha. Dah tertulis dalam 'catatan' Allah yang saya akan jatuh pada malam tu, pada detik itu, dan injured my right hip. Saya redha. Dia berhak nak uji saya sebab saya hambaNya. Mungkin Dia nak ingatkan saya pasal sesuatu. Mungkin lepas ni saya kena selalu ingat dekat Dia, malah lebih lagi. Walaupun saya dah seronok nak balik rumah, tapi saya tetap tak boleh lupakan Dia. And lepas ni saya kena lebih hati-hati. Terima kasih Ya Allah atas ujian ini. :)

Saturday, October 15, 2011

CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)


TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.


GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.


TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.


OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya..:-)


cc: Oleh Ustaz Zawawi Yusof


Thursday, October 13, 2011

:: WAYS TO TOP UP OUR PAHALA # 1




hey people! opps.. assalamualaikum.. :D
just want to share the simplest thing among the simplest, which I got from my fb.. tengoklah.. :)



Dialogue Pic 1: assalamualaikum

Dialogue Pic 2: Jazakallahu khairan kathira

Dialogue Pic 3: fi amaanillah

Dialogue Pic 4: subhanallah

Dialogue Pic 5: please send my regard to your son
InsyaAllah.

Dialogue Pic 6: How are you doing?
alhamdulillah


SAYANGKAH KALIAN PADA MEREKA?


“selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke NERAKA. selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke NERAKA.”


Entry kali ini saya tujukan buat kaum HAWA di luar sana, khususnya buat insan2 yang saya sayangi..

Kalian tahu tak, kaum HAWA termasuk saya adalah penyebab kepada ramainya kaum ADAM yang menghuni NERAKA. Dan tahukah kalian, majoriti penghuni NERAKA adalah kaum kita sendiri.

Antara golongan ADAM yang menghuni NERAKA kerana HAWA ada 4:

AYAH, SUAMI, ABANG DAN ANAK LELAKI

Tapi kat sini saya nak fokus pasal ayah dan abang sebab saya pasti pembaca saya adalah dari kalangan yang masih belum bergelar isteri dan ibu bukan? Pasti anda sangat sayangkan mereka. Itu saya yakin kerana saya juga sayangkan mereka.


“selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah jua ayahnya menghampiri NERAKA”

Tidak terasa sayukah kamu wahai HAWA melihat ungkapan itu? Tidak sedihkah kamu andai kamu menjadi penyebab ayahmu berada di NERAKA? Tegarkah kamu melihat ayah yang kamu sayangi melangkah ke NERAKA keranamu?


Allahurabbi.. saat menulis entry ni, perasaan saya bercampur baur. Sedih kerana tak sanggup melihat Abah kesayangan melangkah ke NERAKA. Sebak kerana melihat kaum HAWA di luar sana lupa akan kepentingan ayahnya di akhirat kelak. Usah diungkap sayang kalian andai balasan kalian tak seperti yang diharapkan mereka.


Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah duhai sang HAWA, tutuplah auratmu. Longgarkanlah pakaianmu. Peliharalah akhlakmu. Peliharalah pergaulanmu. Dan janganlah kamu menghampiri maksiat dan penzinaan. Aku tahu kalian seronok dengan nikmat dunia ini. Aku tahu kalian seronok dengan teman2 di sisi dan juga sang kekasih yang dicintai. Aku tahu apa yang kalian rasakan kerana aku juga pernah merasakannya. Tapi, sedarkah kamu bahawa ayah di rumah telah kau abaikan?


Wahai HAWA, tak kasihankah kamu melihat ayahmu yang berpenat lelah membesarkanmu, memberi makan pakai yang cukup buatmu dan mencurahkan kasih sayang yang tak terhingga untukmu, semakin hari semakin hampir ke NERAKA hanya keranamu yang setiap hari tidak menutup aurat dan menghampiri kemungkaran.


Iya. Mungkin ayahmu tidak terlalu menekankan agama pada dirimu dan membiarkan dirimu bebas seperti sang rama-rama di taman. Anggaplah ayahmu itu lupa akan tanggungjawabnya yang ini. Mungkin saja dia juga lalai untuk mengingati hukum Allah ini. Kerana dia juga tidak lari dari melakukan dosa. Kerana juga punya dosa sendiri untuk ditanggung. Apatah lagi dosa anak gadisnya.


Lalu, tidak inginkah kamu menyelamatkan ayahmu dari NERAKA? Kasihanilah ayahmu. Layakkah segala jasa dan pengorbanannya untukmu dibalas dengan NERAKA? Mengapa tidak kamu sendiri berubah ke arah kebaikan demi melindungi ayahmu dari NERAKA?


“Awak sape nak halang saya? Mak bapak saya sendiri tak pernah halang saya untuk buat ape yang saya suka. Tahu tak?!”


Saya bukan sesiapa. Saya tak punya pertalian darah dengan anda. Saya hanya seorang saudara yang ingin saudaranya yang lain menikmati SYURGA di akhirat kelak. Dirimu sudah besar panjang. Sudah punya akal yang waras dan hati yang matang. Perlukah ibu bapamu sentiasa mengingatkanmu akan setiap perkara di dunia ini? Tidak bukan. Jadi, fahami sendiri wahai gadis.


Abang--- sama seperti seorang ayah. Saat ayahmu tiada di dunia, abanglah yang akan menggalas tanggungjawab melindungi keluarga. Abang yang akan menjaga ibu dan adik-adiknya. Memberi makan pakai yang secukupnya. Sama seperti ayah. Walau dia tidak pernah menegur kesalahanmu, jauh di sudut hatinya sudah tentu dia inginkan adiknya bahagia di dunia dan akhirat kelak. Dia juga punya keluarga dan tanggungjawab lain untuk diuruskan. Fahamilah abangmu ini wahai adik.


Andai insan2 yang kamu sayangi ini sudah tiada di dunia ini, pasti mereka bersedih melihatmu. Pasti mereka menangis di alam sana melihatmu di dunia yang lupa akan mereka. Lupa akan hak kamu pada mereka. Lupa bahawa setiap perlakuanmu di dunia meletakkan siapa mereka di akhirat kelak. Wahai HAWA, inikah balasanmu pada mereka? Ayah, abang, suami dan anak. Mereka adalah pelindungmu di dunia ini. Lalu tidak inginkah kamu menjadi pelindung mereka di akhirat kelak? JANJIKANLAH SYURGA BUAT MEREKA.




Tulus kasih dari hamba yang penuh dengan noda.

Aku faham kemelut jiwamu duhai Hawa kerana aku juga pernah merasakannya.

Namun, aku kini ingin membenci semua dosaku itu kerana aku sayang Abahku. :’(


Monday, October 10, 2011

FARDHU AIN - EPISOD 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Ehemm.. tengok tajuk kat atas tu memang episod 1, tapi sebenarnya dah banyak episod saya terlepas. Malam tadi first time saya pegi kelas Fardhu Ain, organized by BADAS. Kelas nie khusus untuk mereka yang bukan dari option Pendidikan Agama (PA) dan budak2 PA tidak digalakkan join kelas ni. So kelas malam tadi baru episod 1 untuk saya lah. Heee~~

So saya nak share dengan you all ape yang saya dapat daripada kelas tu, which was conducted by abang senior PA, Abang Mat. Our discussion not only focus on one main topic, tapi lebih kepada umum dan tak terlalu spesifik. Nanti kan bagi spesifik sangat, takut otak tak boleh terima. Jadi biarlah secara slow2 dan relax.


First thing first, he talked about HIDAYAH.

When it comes to what we called ‘majlis ilmu’, some people sangat2 anti dan kalau boleh tak nak dengar nama tu sebab kononnya ia hanya untuk mereka yang alim dan kuat agama. Orang yang hadir majlis ilmu sebenarnya adalah insan terpilih sebab bukan

semua orang nak hadiri majlis tu. Jadi, hidayah Allah tu sangat mahal dan tidak ternilai harganya. Hidayah tu hanya untuk mereka yang terbukak hatinya untuk mendalami ilmu agama.


Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dengannya kebaikan, maka diberi kefahaman kepadanya tentang agama.”


Ayat di atas adalah sebuah hadis yang kurang pasti dari sumber yang mana, kalau tidak silap diriwayatkan oleh Muslim. Correct me if I am wrong.

Maksud ‘diberi kefahaman’ tu bukan sahaja ilmu, malah merangkumi perasaan ingin tahu atau rasa sensitiviti dan cinta terhadap agama. Orang yang ade rasa macam ni sangat beruntung sebab insyaAllah usahanya untuk belajar agama akan dipermudahkan. Sama seperti student yang bukan dari aliran agama, tidak salah bukan kalau diorang pun nak tahu pasal agama? Sebab ISLAM itu untuk semua.


IBADAH

Jangan salah sangka bahawa ibadah itu hanyalah perkara2 yang Allah suruh. Contohnya, solat, puasa, sedekah dan lain2. Apa sahaja perkara baik yang diniatkan kerana Allah itu akan dikira sebagai ibadah. InsyaAllah selagi mana tidak bercanggag dengan syariat Islam. Jadi walau kita nak gosok gigi sekalipun, jangan lupa niatkannya kerana Allah :D


RIAK, UJUB dan TAKBUR

Bertentangan dengan konsep ibadah. 3 sifat mazmumah ni adalah sesuatu yang tidak baik dan sia-sia. Biasanya manusia yang termasuk dalam golongan ini hanya nak tunjuk kehebatan mereka dan bukan kerana Allah. Cuba anda bayangkan, sebuah guni diambil dan diisi bata-bata ke dalamnya. Lalu guni tersebut dibawa ke pasar melalui jalan yang jauh dan berliku-liku. Apabila sampai di pasar, pulanglah kembali ke rumah. Apa yang kita dapat? Hanya letih dan penat sahaja bukan? Segala usaha kita sepanjang ke pasar itu hanyalah sia-sia.


TUJUAN MANUSIA HIDUP?

Tujuan utama manusia diberi kehidupan di dunia ini pastilah untuk beribadah dan taat kepada penciptanya. Antara pelbagai makhluk yang ada kat alam ni, manusia dan jin adalah makhluk yang paling degil. Sebab mereka tak mahu taat pada Allah. Cuba kita lihat benda-benda di sekeliling kita, contohnya seperti kipas. Memang ianya tidak bernyawa, tapi ianya juga adalah makhluk Allah. Makhluk2 ni selalu taat pada Allah. Macam mana boleh taat sedangkan tak bernyawa? Allah dah ciptakan kipas untuk berpusing dan berfungsi untuk menyejukkan keadaan yang panas. Maka, sang kipas tetap taat menjalankan tugasnya dan tak pernah berpaling dari Allah. Pernah tak kita tengok kipas yang tidak berpusing, sebaliknya mengeluarkan api yang menambah bahang kepanasan. Sudah tentu tidak pernah bukan? Sedangkan planet yang besar itu juga taat pada perintah Allah yang menyuruhnya berpusing mengikut paksi. Kalau tidak taat, barangkali sudah lama planet Bumi ini berpecah belah. Lalu bagaimana pula kita sebagai manusia yang punya akal dan bernyawa ini?


KENAPA PERLU IBADAH?

Konsep ni boleh diibaratkan seperti anak yang derhaka dan tak mengenang jasa kedua ibu bapanya. Ibu bapa menjaganya sejak kecil dengan penuh kasih sayang. Walau nyamuk seekor tidak dibiarkan hinggap pada badan anaknya. Apabila besar, si anak lupa akan jasa mereka. Jadi, dalam hidup ini apa yang Allah dah bagi kat kita? Bermula dengan planet Bumi, hujan, udara, cahaya matahari, makanan, kasih sayang dan sehinggalah sekecil-kecil benda seperti biji sawi sekalipun. Tengok, Allah bagi macam2 kat manusia tapi adakah manusia tu balas segala jasa Allah pada dia? Apa yang manusia bagi pada Allah?


BUKTI KEWUJUDAN ALLAH

Setiap apa yang diciptakan dalam alam ini adalah mengikut aturan dan proses yang telah ditetapkan oleh Allah. Contohnya, proses hujan yang bermula dengan penghasilan wap dan kemudiannya hujan tersebut mencurahkan rezeki kepada penduduk bumi melalui makanan, pakaian dan harta benda. Ibarat seperti sebatang pen, antara pen dan penciptanya (manusia), yang mana lebih berkuasa? Sudah pasti jawapannya adalah pencipta pen tersebut. Lalu, antara manusia dan penciptanya bagaimana pula? Pasti jawapan yang sama iaitu pencipta manusia tersebut yakni ALLAH s.w.t.


CAMNE NAK RASA SERONOK UNTUK SOLAT? (KEMANISAN SOLAT)

1. Kena tahu dengan siapa kita nak jumpa dalam solat nanti.

2. Semasa takbir “Allahuakbar” di awal solat, panjangkan sedikit tempoh takbir tersebut.

3. Jangan fikir nak solat cepat dan nak cepat siap. Solatlah secara tenang dan rileks.

4.Apabila rukuk, kita akan menampung seluruh berat badan kita dengan menekan tangan pada lutut. Resepinya, jangan kenakan daya tersebut pada lutut sebaliknya ringankan tangan daripada menekan lutut tersebut. Andai terasa lengguh di bahagian pinggang atau punggung, insyaAllah cara itu betul dan rasa seronok akan hadir. Then, amik masa yang lama sikit time rukuk tu.

5. Sama juga time kita nak sujud. Jangan tekan sangat lantai untuk tahan berat kita. Sebaliknya tumpukan seluruh berat badan pada dahi ketika kita sujud. Bernafas secara normal dan lancar. Andai ada terasa lenguh kat leher, maka cara anda sujud itu insyaAllah betul

6. Last sekali, senyum terlebih dahulu before solat supaya rasa seronok akan hadir ketika solat. Anggaplah solat itu adalah sesuatu yang dinantikan untuk kita lakukan.


DAKWAH

Bila sebut sahaja pasal dakwah, orang yang kurang dekat pada agama akan terasa lain macam. Seolah-olah dakwah itu suatu keganjilan dan kesalahan. Padahal, ianya wajib ke atas umat islam untuk berdakwah sesama saudaranya. Lihatlah dunia kini,yang hidup dalam suasana songsang. Masing-masing sibuk pertahankan hukum yang mereka sendiri buat. Bila jadi camtu, susah nak tukar benda yang salah untuk jadi baik apabila benda salah itu dianggap baik. contoh yang berlaku kat Malaysia sekarang, HUDUD. Orang yang tak nak terima nasihat, ceramah atau teguran ini hatinya keras. Sama seperti Firaun pada zaman dahulu yang ingkar pada Allah.



Note: Perkongsian di atas tu adalah hasil kefahaman saya sendiri. Maaf andai ada kekhilafan dalam mana-mana bahagian. Teguran dan tunjuk ajar dari pembaca sangat saya harapkan. Wallahua’lam.


Saturday, October 8, 2011

NAK BERUBAH KE TAK NAK?



Last week, I had a conversation with my besfren via text messages regarding the latest book of Fatimah Syarha titled Sebarkan CintaMu.. in the middle of the talks, her words cause me to have a deep thought.

Saya: u dh bce sume ke buku dye?

Sahabat: Almost all except seindah mwar brduri n yg da latest ni.. bez banget!
U pom follow dia k?
Saya: I br nk follow dye. Sblm nie dgr nme tp xtake note pn dye spe,huhu..trlmbt btol..
Sahabat: Baguih2 fadh, bez hbes la nvel2 dia.. syok ngn sweet rminder! Nt leh share ngn kengkwn len.. wt koleksi tau! Cm u kmpul nvel hlovate J
Saya: hehe.. insyaAllah.. em on my way to be a better person actly.. tp hlovate hk bli tu pn xbce lg,hua3
Sahabat: insyaAllah u akn sntuh sume bku tu nt..waah~ jeles la ngn u.. I nk follow ur way gak! Bagus u fadh, hdup ni cm naek tngga, step by step, jgn lngkah luas sgt, nt mudah jtuh blebok,haha.. insyaAllah sume bleh sapa d punck, Cuma bza msa n cra je! U can do it!


Take note on her last few sentences.
“Hidup ni macam naik tangga. Step by step. Jangan langkah luas sangat, nanti mudah jatuh bedebuk! InsyaAllah semua boleh sampai di puncak. Cuma beza masa dan cara saje”.

MasyaAllah.. ayatnye sangat simple tapi sangat menyentuh hati. Based on my observation, people in my surroundings change themselves in different ways. Betul la sahabat cakap. Ada yang drastik benar perubahannya dan ada yang seperti kanak-kanak baru belajar bertatih. Saya percaya walau apa pun caranya untuk berubah, sifat istiqamah dan iman amat penting to make sure what we plan takes place smoothly.

Ada yang kata, perubahan yang drastik tu diragui kerana mungkin saja si dia dengan mudahnya akan kembali kepada keadaan sebelumya. Maksudnya perubahan itu hanyalah sementara. Ada pula sebilangan yang menganggap perubahan step by step itu turut diragui kerana waktu yang diambil sangat panjang dan people tend to give up easily. Kalau ditakdirkan maut menjemput di kala mereka masih belum berubah sepenuhnya, tidakkah rugi?

Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan jika kaum itu berusaha untuk mengubah apa yang ada di dalam dirinya” (Ar-Ra’d ayat 11).

Kata saya, biarlah macam mane sekalipun caranya, cepat atau lambat. Semuanya bergantung pada seseorang itu. Dia tahu dirinya sendiri. Hati, nafsu, iman dan akal semuanya boleh dikawal. Jadi dia tahu setakat mana limit dirinya sendiri. Kalau berubah secara drastik, mungkin dia dah bersedia untuk hadapi pelbagai dugaan dan hasutan. Dan kalau berubah slow2, mungkin dia tak yakin dan tak kuat nak hadapi semuanya sekaligus. The decision is your choice.

Berubah itu pasti. Sampai bila kita nak berada di takuk yang lama. Kalau rase Allah dah jauh sangat dengan kita, maka usahakanlah untuk dekati Dia. Jangan kata tak nak berubah sebab kita dah selesa dengan keadaan kita sekarang, coz kita tak tau selesa sekarang adakah sama dengan selesa bilamana Allah di hati kita. Sungguh, ianya tak sama. Belum cuba belum tahu. Memang nak berubah tu bukan suatu usaha yang senang. Amat susah. Ianya perlukan kesabaran dan kekuatan, ditambah dengan usaha berterusan dan sifat tak mudah putus asa. Mujahadahlah! Nak jadi baik memang lambat. Ibarat nak membina sebuah bangunan. Untuk membina memerlukan masa tapi untuk meruntuh hanya sekelip mata. Tutuplah pintu maksiat dan dekatilah kebaikan. Bersahabatlah dengan orang baik-baik. Usaha, doa, dan terus usaha dan doa. Jadi jangan tangguh lagi. Jangan nak tunggu hidayah Allah baru nak berubah.Hidayah tu perlu dicari bukan dinanti. Wallahua’lam.



p/s: post nie untuk perubahan ke arah kebaikan je okey! tidak ada kena mengena dengan perubahan ke arah keburukan. huhu.. saya ada terjumpa artikel menarik berkaitan dengan post ni. Klik la. By the way, syukran buat sang sahabat. :D