In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Tuesday, December 18, 2012

Ending With A Smile

_Dua jam yang lalu_
Jejari menekan url Unit Peperiksaan, bersama putaran minda ligat mengingati butiran password.
Url yang dicari terpampang jua, namun larian tetikus terhenti di situ.
Ah, biarlah dulu. Kejap lagi, kejap lagi.
Dan hala tetikus menuju pada yang lain. Facebook!

_Beberapa minit sebelum entri ini_
Hati tekad. Mimpi ngeri atau mimpi indah kedua-duanya harus aku akhiri walau apa yang berlaku.
Url yang dicari tadi disambung cariannya hingga ke page yang terakhir
Yang pada akhirnya aku scroll down sedikit, dan sedikit lagi...
Hingga diri sendiri tersengih keseorangan sambil lap air mata, dan mulut mengucap syukur.
Mimpi ngeri rupanya tak se-ngeri yang dimimpikan.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.


----------------------------------
Itulah kronologi seorang pelajar yang fobia dengan result exam. Always be the last among the lasts to peep on the screen. Itupun baru tahu lewat petang semalam menerusi sms dari classmate bahawasanya result sudah dikeluarkan bermula semalam. Unexpected, sebab hari tu upp kata result keluar 21hb. So memang patutlah aku goyang kaki bersenang-lenang pulun cuti sem, walaupun sedar diri bahawa sem ni memang tough sebab amik 5 subjek. =p And lagi satu, memang sebolehnya soal result ni selalunya aku buat tak ingat dan tak ambil tahu sebab takut nak hadapi kenyataan takut keluar dakwat merah. Heh, penakut bukan?

After all, kenyataan itu harus jua ditelan walau sepahit mana sekalipun. Kalau semanis madu Alhamdulillah. Kekadang, we expect more sebab kita rasa kita dah bagi yang terbaik dan kekadang, we expect less but we get more. Semuanya rezeki atas ihsan Allah. Tanpa rahmat Dia, kita tak punya apa-apa. Hidup ini begitulah. Hakikatnya semua sudah punya aturan sendiri yang awal-awal lagi sudah Allah tetapkan. Teringat perbualan dengan murabbi masa tengah 'hangat' dengan exam dulu.

"Sebenarnya result exam tu memang dah ada. Dah tersedia di tangan Allah. Tapi kenapa kita still kena usaha? Sebabnya Allah nak tengok usaha dan daya kita setakat mana. Yang Allah nilai bukan keputusan akhir peperiksaan itu, tapi usaha yang kita beri untuk peperiksaan itu. Usaha itulah yang boleh jadi ukuran iman dan amal seseorang. Allah nak tengok sebanyak mana kebergantungan kita pada-Nya. Apa guna dapat result gempak kalau Allah tak redha."

I couldn't exactly remember what she said, tapi isinya lebih kurang begitu.

Dan exam ni sebenarnya gives us opportunity to grab extra pahala, dalam kita tidak sedar. Ok soal ibadat sepanjang exam tu aku tolak tepi. Yang tu basically kita buat secara sedar. Yang tak sedarnya adalah apabila tengah gigih menjawab dalam hall tu, especially bila soalan yang keluar tu Allahuakbar rasa macam tak pernah belajar sebelum ni. Nah, kesabaran menghadapi soalan susah tu pun sebenarnya pahala. Ber-husnuzon dengan soalan yakni husnuzon dengan Allah. Kesukaran yang dilalui diiringi dengan selawat dan istighfar bersilih ganti, sambil memeras otak mencari jawapan yang terbaik. Itu lebih baik dibandingkan dengan cacian dan carutan &#@$# yang pastinya mengundang murka Allah. Even  kalau dapat result gempak lepas maki hamun tu pun rasanya tak berbaloi untuk dibanggakan sebab kita tak treat ujian dari Allah dengan sepatutnya.

Well, last but not least. Adalah sebaiknya ketika solat hajat dalam tempoh peperiksaan itu kita panjatkan doa semoga ilmu yang kita pelajari tu bukan hanya bermanfaat untuk peperiksaan dan hidup semata, bahkan bermanfaat untuk agama dan akhirat. Orang kata biar berjaya dunia dan akhirat. Kalau ilmu itu hanya untuk peperiksaan, maka usai sahaja peperiksaan itu nanti, maka berterbanganlah segala ilmu keluar dari memori.. Then, what for kita pulun belajar selama ni?

Manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cintaNya.


Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

(Ibnu Majah dan Lain-lainnya)



footnote #: nama je minor matematik, tapi tak pernah score the best grade. kalau dah nama pun anti-matematik, memang payah laa~~  =.='

Thursday, December 6, 2012

Sotong Masak Serai

Hmm masak lagi. Tapi kali ni bukan nak masak kek atau dessert. Kali ni masak sotong. Tiba-tiba aku berubah rajin secara drastik memang di luar jangkaan. Selalunya aku tak suka dan tak minat untuk masak jenis yang lauk-pauk ni. Tapi ada sesuatu yang jadi booster untuk kerajinan ini. Sesuatu yang pada mulanya aku pekakkan telinga namun akhirnya aku sahut sebagai cabaran. Ceritanya aku hutang dulu.

Macam biasa, pakcik google adalah sumber utama aku kalau nak memasak sesuatu. Aku bukanlah cooking lady di dapur, jadi hanya masakan tertentu sahaja yang aku bisa masak dan kebanyakannya yang tidak melibatkan darah, lemak dan sewaktu dengannya. Kalau ada pun, orang lain yang bertanggungjawab menguruskannya dan tugas aku cuma asapkan dapur. Huhu.. Dan bila tengok abah bawak balik sotong semalam, carian google pantas menaip resepi untuk masakan sotong. Hasilnya, aku berjaya asapkan dapur dan hitamkan bontot kuali sehingga abah bertambah nasi bersama pesanan, "esok masak lagi macam ni." =D  Walaupun ini hasil pertama berasaskan sotong, alhamdulillah sangat berbaloi. =)

Resepi ni kalau tak lupa aku ambil dari laman My Resepi. Lupa pulak nak save link. Aku ubah sikit resepi ni dan tambah beberapa bahan lain.. So, here's the recipe.

Bahan-bahan:
300g sotong
3 biji cili padi
2 batang serai
200g asam jawa
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 ulas bawang besar*
sebiji tomato*
2 biji lada besar*
2 inci halia*
daun limau purut dihiris halus*
garam gula secukup rasa
ajinomoto


Cara-cara:
1. Bersihkan sotong.
2. Kisar cili padi, serai, bawang putih, bawang merah dan serai. Tumiskan.
3. Apabila naik bau, masukkan sotong, air asam jawa, daun limau purut, lada besar, bawang besar dan akhir sekali tomato.
4. Perasakan dengan garam dan gula.


Jadi kiranya resepi asal aku dah olah. Yang bertanda * tu bahan yang aku pandai -pandai tambah. Pak Haji Nomoto tu aku tak letak pun sebab tak elok untuk kesihatan. Manakala kuantiti untuk setiap bahan tu pun aku tak ikut langsung sebab aku buat kuantiti sendiri suka hati aku. Selepas segala perderhakaan terhadap resepi asal, rasanya lebih sedap alhamdulillah. Ummi tanya aku letak apa, aku kata main campak-campak aje, heheh..

Selamat mencuba!

Oreo Cheese Cake


Dalam seminggu aku buat dua jenis dessert, gara-gara terlalu excited dan rajin terlebih. Haha.. Dengan penuh bersemangat aku pergi kedai cari bahan sebelum hantu malas bertandang. Resepi kek ni juga aku amik dari blog Kak Ana, sama macam pavlova hari tu. Sebab aku tengok bahannya sikit dan senang nak cari. Tapi tak dinafikan kosnya agak tinggi, especially kalau guna cream cheese brand Philadelphia tu. Tapi apakan daya, hampir setengah jam aku bertapa di dapur supermarket tu dilema untuk memilih cream cheese yang pelbagai, akhirnya yang mahal tu juga aku ambil. Bukan apa, takut tak jadi sebab baru first time buat.

Hasilnya boleh dikira sedap la sebab cepat je licin satu loyang tu. Cuma warna cheese tu dah berubah jadi greyish sebab masa masukkan oreo hancur tu patutnya aku gaul guna spatula je, tapi aku bantai putar sekali dengan mesin tu. Heheh.. Lagi satu aku rasa cheese tu kurang gebu dan terlebih padat. Dan bila letak dalam peti kek tu macam terlebih keras pulak. So bila nak makan aku biarkan dulu pada suhu bilik untuk seketika sebelum ditelan.

Aku sudah berkira-kira nak cuba resepi lain lagi sebab tak puas hati. Well, aku bukanlah amatur maka memang berguru dengan pakcik google lah jawabnya. Aku belajar sesuatu dari proses pembikinan kek ini. Pendapat aku, kalau nak yang terbaik jangan mudah mengalah dan putus asa. Kena banyak usaha dengan pelbagai resepi lain. Memang tak aci la kalau lidah cuma mahu enak menjilat sedangkan tangan malas berusaha. Sama seperti hidup kita di dunia yang inginkan syurga di akhirat. Nak merasa keindahan syurga bukan hanya dengan menyebut-nyebut dalam doa sahaja, sebaliknya anggota badan jasad dan hati yang perlu digerakkan dengan usaha. Usaha mencari syurga dengan pelbagai amal ibadat dan kebaikan, insyaAllah.

Dan aku sebagai penelan tegar kek keju tidak akan berhenti di sini untuk mencari rasa keju yang terbaik. Buktinya kotak "document" dalam lappy aku sudah terisi dengan pelbagai resepi untuk cheese cake. Cuma tunggu masa nak jadi objek konkrit je. heheh

Semanis Pavlova

Cubaan untuk membuat pavlova akhirnya terhasil jua walaupun lidahku sendiri masih belum menyentuh rasanya. Tapi rata-rata yang aku dengar pavlova ini antara yang terhangat di pasaran. Bukan main beriya aku suruh abah beli baking paper, sekali dia bawa balik tiga gulung yang entah bila boleh habis. Haha. By the way, abah sangat sporting sokong anak dara dia ni masuk dapur. =p


Aku guna resepi yang sama macam cik adik khadijah qistina guna, sebab malas nak cari yang lain yang selalunya hanya buat aku jadi pening untuk memilih seterusnya terus putus angin untuk mencuba. Thanks cik adik  Resepi dari blog kak ana ini aku ikut sebijik-sebijik cuma whipping creamnya puas aku tenung peti ais di dapur supermarket tu, namun tak jumpa yang brand Richs tu. Cari kat kedai bakery pulak langsung takde whipping cream. Maka sudahnya aku beli whipping cream jenama Emborg tu. Natijahnya, whipping cream yang dah diputar tu macam kurang cantik wajahnya, berketul-ketul dan agak berair. Tak jadi soft peak pun. Mungkin sebabnya adalah Emborg tu yang diary punya. Tapi masih aku salutkan pada pavlova, dan biar keras dalam peti sejuk.

Oleh kerana kekurangan stok buah dalam peti dan yang tinggal cuma buah naga dan anggur sahaja, maka aku bantai letak buah naga dan anggur pada lapisan pertama, dan lapisan keduanya cuma buah anggur. Aku buat dua lapisan macam kak ana buat sebab tengok adunan telur  tu macam banyak kalau dibentuk cuma satu. Yang menghampakan, di saat adunan hampir masak kuning, tiba-tiba ia mengecut kecil, sudah tidak berbukit seperti awalnya.

Yang lucunya, keesokan harinya abah tanya pavlova tu sudah boleh dimakan atau belum kerana wajahnya seperti kurang masak. Sangkanya aku masih belum bakar lagi, padahal pavlova dah suku bahagian habis ditelan ummi. Kehkeh.. Rungut abah lagi, buah anggur atas bukit pavlova tu rupanya untuk hiasan sahaja, ingatkan ada pegang watak utama atau apa. Huhu.. Alasan aku buah anggur tu untuk hilangkan muak cream tu wahai abah.  =D


pavlova yang ditelan ternyata tidak menepati citarasa aku
untuk bikinnya kali kedua mungkin perlu difikir berulang kali
aku lebih suka kek  =D

Tuesday, November 27, 2012

Overweight


"Berat badan adalah aurat daie" 

Memetik kata-kata dari Ustaz Hasrizal yang aku lihat pada satu gambar yang di'share' oleh seorang rakan fb. Sebelum ni dah pernah dengar sebaris ayat ini, kalau tak silap masa awal-awal ustaz tengah bersemangat nak turunkan berat badan. Dan aku memang tabik hormat kat ustaz ni sebab berjaya dengan misinya walaupun umurnya dah berusia lebih dari aku. Selalunya hanya orang muda sahaja yang kalut nak kurus segala bagai.

"Berat badan adalah aurat daie" 


Sebaris ayat ini aku tenung lama kerana gagal mencari kaitan antara berat badan, aurat dan juga daie. Heh, kalau difikir secara logiknya tiga elemen ini dalam kategori berlainan. Satu soal kesihatan, dan dua lagi soal agama dan dakwah.


Maka, interpretasi yang paling mudah dapat aku gambarkan adalah, lebihan berat badan adalah satu faktor penghalang kepada usaha seorang daie untuk membangunkan agama. Berat badan yang berlebihan akan menghalang seorang daie tegar untuk sujud di sepertiga malamnya lantaran kepayahan untuk bangun duduk berulangkali yang mungkin memberi penat dan lelah. Lalu, bagaimana seorang daie itu bisa terus mujahadah jika kekuatan seorang Muslim itu ada pada tahajjudnya, ada pada rintihan dan harapannya pada sang Pencipta. Jadi, untuk meringankan anggota untuk beribadat, jasad yang ringan memang sangat diperlukan oleh seorang daie.


Kata Ustaz lagi, lebihan berat badan adalah tanda kegagalan lifestyle yang susah untuk disorok dari tatapan umum. Betul. Melihat kepada saiz dan ukuran tubuh sahaja kita mampu membuat interpretasi sendiri tanpa perlu bertanya. Jadi, bagaimana kalau seorang daie itu sendiri gagal menguruskan gaya hidupnya sendiri, sedangkan dalam masa yang sama dia juga harus menunjuk ajar para mad'u untuk hidup aman tenteram dan selesa dunia akhirat. Sepertimana sujud di sepertiga malam itu adalah sunat dalam agama, maka berat badan juga adalah sunat. Islam itu syumul dan lengkap. Soal pemakanan dan kesihatan juga menjadi satu kepentingan dalam agama.

Kalau lebihan berat atau obesiti itu boleh mengundang pelbagai penyakit merbahaya buat manusia, maka ia juga boleh mengundang bahaya buat para penganut Islam. Lebihan berat badan berpotensi membantutkan pertumbuhan sel-sel iman dalam jasad, sekaligus menghalang perkembangan Islam secara menyeluruh dalam diri setiap Muslim. 

Dan kalau dipandang dari sudut kehidupan manusia sendiri, lebihan berat badan itu punca ketidakharmonian sesebuah institusi rumahtangga atau perhubungan antara manusia. Jika keadaan ini berlaku dalam sebuah baitul muslim, apa akan jadi kepada agama bilamana akar yang menyokong mula mereput dan gagal menghasilkan pucuk-pucuk addin yang mekar dan tumbuh melata di bumi Allah ini?


err.. siapa yang punya pendapat lebih bernas boleh hulurkan bantuan mungkin. Aku sehingga kini masih belum mampu membuat connection yang stabil antara ketiga elemen itu. =.='



Thursday, November 22, 2012

#Pray4Gaza - Boikot


Bismillahirrahmanirrahim..
Pertama sekali secara jujurnya kalau nak cakap soal Palestin, Gaza, Israel, Yahudi and so on sebenarnya memang aku rasa tak layak. Sangat terlalu tidak layak.

Kenapa?

Kerana terasa diri ini terlalu hipokrit. Penuh kepura-puraan. Jujur aku kata, kesedaran terhadap kekejaman Israel pada warga Palestin dan usaha untuk membantah sekeras-kerasnya itu masih tiada pada aku. Kalau ada, cuma secubit saja mungkin. Kadang aku hanya terikut dengan keadaan sekeliling, orang sekeliling yang jiwa mereka mungkin jauh lebih lembut dari jiwa aku yang sekeras batu ini. Orang lain sibuk mempertahankan Palestin, maka aku juga sibuk turut serta.

Tapi sebenarnya, untuk berbuat baik atau melakukan sesuatu kebaikan itu kadangkala memerlukan paksaan. Kelak paksaan itu dengan izin Allah akan sebati dengan sendiri dalam jiwa, hingga melahirkan satu rasa bernama ikhlas. Dan apa sokongan dan dokongan aku untuk mereka di tanah Palestin hingga saat ini pada awalnya tercetus daripada satu paksaan. Paksaan untuk menghadirkan sedikit rasa sensitiviti terhadap saudara sendiri yang walaupun pada hakikatnya bukan saudara seibu sebapa. Tapi, andai dipandang dari sudut Islam itu sendiri, kita semua asalnya dari ayah bonda yang sama yakni Adam dan Hawa bukan?


Kalau ditanya apa usahaku untuk membantu mereka di sana, jawapan aku insyaAllah cuma tiga.

1. Derma, yakni sedekah. Boleh jadi dalam dua bentuk iaitu derma harta atau derma doa dari jauh.
2. Sharing with others. Salah satunya adalah menerusi apa yang sedang aku lakukan sekarang ini. 
3. Boikot

Dan aku di sini ingin bicara lebih soal boikot. Banyak aku dengar suara sumbang memprotes kenapa perlunya kita boikot barangan Israel, yang mana yang paling utamanya adalah McD. Ada juga yang kata, kalau boikot McD, Milo dan Nestle, bagaimana dengan barangan lain yang masih berlambakan di pasaran? Sudah la barangan Israel semuanya hebat, terbaikk dan syok untuk diguna pakai, kalau semuanya nak boikot lepas ni kita nak makan apa nak pakai apa?

Allahu.. tarik nafas dalam-dalam dan istighfar.

Ini pendapat aku sendiri. Memang hampir kesemua barangan kat pasaran tu dimonopoli oleh Israel dan kebanyakan isi barang dalam rumah kita pun berjenama Israel. Dan kalau nak boikot semua sekali tu mungkin agak mustahil la. Tapi boleh jadi tak mustahil juga, atas keupayaan masing-masing. Jadi solusinya di sini, walaupun bukan solusi terakhir, tapi insyaAllah masih lagi efektif, adalah dengan memboikot setakat mana yang kita mampu. Daripada langsung tiada usaha, sikit pun jadilah. 

Setakat McD tu kalau tak makan masih lagi boleh hidup sebab setahu aku makanan ruji rakyat Malaysia sekarang masih lagi beras, dan bukan ayam daging potato segala bagai tu. 

Milo tu pulak sebenarnya hanyalah sejenis serbuk minuman berasaskan koko, dan nama 'milo' itu sendiri hanyalah brand nya sahaja. Jadi, kalau tengok kat pasaran tu masih ada berkilo-kilo lagi serbuk koko lain yang lebih sedap dari Milo. Cuma kita yang duk kata tak sedap tu sebenarnya sebab kita masih belum cuba masuk tekak sendiri, dan hanya pegang pada buah mulut orang.

Dan barangan lain keluaran Israel tu kalau dinilai dengan baik sebenarnya ada yang baik untuk kesihatan, dan ada yang membahayakan. Tapi aku rasa yang bahaya lagi banyak dari yang baik. Contoh yang tak baik salah satunya Maggie. Dah sah benda tu membahayakan kesihatan, apa salahnya kita boikot terus. Takdak rugi apa-apa pun haih.

Sebenarnya kita tak sampai hati nak boikot barangan Israel ni sebab barangan mereka adalah the best.Yang the best tu sebenarnya adalah hasil dari propaganda super-awesome dan advertisement yang gah-gah di media dan pasaran. So kita sebenarnya tertipu dengan helah licik mereka, bukan jatuh cinta dengan rasa dan kuasa sesuatu produk tu. Orang melayu kata ibarat indah khabar dari rupa. 


Hmm.. kalau nak ulas isu ini memang tak berkesudahan sebenarnya. So, better stop here.
Maaf atas segala kegurisan jiwa. Till then, jumpa lagi.
Wallahu'alam.  :)


Wednesday, November 21, 2012

Babies

Jejari mula bertatih menekan papan kekunci. Kekok.
Gara-gara lama tak menulis. Saban hari hanya sibuk mengumpulkan idea, dikempal-kempal menjadi koleksi namun cuma terhenti pada memori kepala sahaja. Tak mampu terzahir pada abjad huruf di keyboard. Sudah seminggu lebih bertapa di rumah menghabiskan cuti, dan line internet yang kurang membantu membantutkan mood untuk menulis.

+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +

Setelah 39 hari, akhirnya diizinkan bertemu dengan si kenit halus mulus sepupu baruku. Anak kedua yang juga seorang hero. Tuan Aisy Furqan bin Tuan Mazlan. Furqan- indah namanya. Aku suka. Salah satu nama yang dimiliki novel agung karya Sang Pencipta, alquranulkarim. Moga si kecil comel ini sehebat namanya ~ pembeda salah dan benar. Moga dirimu kelak menjadi mujahid hebat di mata Islam, pembenar kepada kebenaran dan penolak pada yang salah. Moga Aisy bukan hanya hensem pada jasad dan fizikal, tapi juga hensem pada iman dan amal. InsyaAllah.














Beberapa hari lalu, aku sempat membeli sehelai baju comel buat si kecil. Dan tiba-tiba ada orang yang menumpang sama menyumbang topi arnab buat Aisy. Ah, beruntungnya Aisy. Aisy ucap terima kasih pada yang memberi.  =P


Sejak kebelakangan ni, selalu sahaja aku diketemukan dengan baby. Aku memang peminat baby. Nak menimang anak sendiri belum tentu kapan waktunya, apatah lagi nak menjadi seorang 'aunty'. Jadi, wajarlah aku kalau ketemu dengan baby, pantang melihat tangan aku laju mencuit pipi gebu para babies. Sampaikan anak orang di jalanan pun aku boleh main cuit-cuit. Heheh

Lambatnya nak ada baby  T.T



:D :D

Teringat 2 minggu lalu, ketika singgah di rumah seorang akhawat di Jitra, ada baby comel di rumahnya.
Muhammad Farhan. Tidurnya diusik oleh kami warga "aunty-aunty". kekeke
Seorang akhawat sibuk mencium baby, aku sangka dia juga peminat baby. Rupanya rahsia terbongkar apabila...

"aku sebenarnya tak suka sangat layan baby ni. cuma sekadar nak ambil sunnah Nabi."
 (mencium bau bayi adalah sunnah kerana bau bayi adalah bau dari syurga). Tayang gigi.

"dah tu, takkan nanti dapat anak sendiri mu nak buang anakmu?"
hahaha.. lol!



Situasi di ruangan baby di mall:
"geramnyee tengok baju babyyy. comellll
kalau aku ada anak sendiri, aku borong 1 kedai!"

"dah tu,kahwinla cepat. calon kan banyak kat maktab."
=.='

Friday, November 9, 2012

Once upon a time












































Tengah godek-godek fb, tergerak hati nak tengok album koleksi seorang classmates. rupanya banyak gambar sendiri yang tersimpan dalam koleksi beliau. itu semua mungkin kenangan 2 tahun lalu. dan kini, banyak yang berubah.

aku yang dulu tidak seperti sekarang. itu yang utama.
dan ku kira itu yang terbaik dan lebih Allah suka insyaAllah.
baik dari segi penampilan, mahupun segi lain yang mungkin hanya kalian yang bisa menghukum.

dan rakan sekelas yang dulu tidak seperti sekarang.
dulu kelompok besar. kini semakin kecil dan kecil.
mungkin kerana faktor kedewasaan dan kematangan, atau mungkin kerana masih kebudak-budakan.

bila diingati kembali memori lalu, senyuman terlakar sendiri di bibir. namun boleh jadi tiba-tiba senyuman itu terhenti dan diakhiri dengan sebuah keluhan. senyum kerana pernah bahagia. mengeluh kerana pernah tersasar. saat ketika aku masih di lorong yang gelap barangkali. saat ketika aku masih buta dengan kepalsuan dan tuli dari kebenaran. senang cerita, aku namakannya 'jahiliah'.

pernah aku bicara bersama seorang teman, yang dulu pernah berkongsi kegelapan denganku dan kini masih berkongsi dengan aku. tapi berkongsi cahaya dari Ilahi. aku katakan padanya, "kalau aku yang dulu itu seperti sekarang, pasti tidak akan aku lakukan perbuatan-perbuatan yang dulu aku lakukan."

jawab dia, "aku bersyukur Allah datangkan hidayah sedikit lewat dari masa lalu, sebab aku berpeluang untuk buat apa yang aku minat, apa yang aku suka. yang mana apa yang aku suka itu mungkin tidak bisa aku lakukan pada waktu kini."

terdiam. ada benarnya.


jahiliah itu mungkin suatu kepahitan dan kepalsuan. namun di sebalik sebuah kepahitan itu ada yang bisa buat kita tersenyum dan rindu. namun untuk mengulanginya, sama sekali tidak. kerana jahiliah dulu panduannya nafsu, tapi islam kini paksinya iman.

sungguh. banyak bezanya.



note 1: betapa aku berharap memori lalu dipadam dari tatapan awam.
        oh tuan punye album, please do something.  T_T
note 2: "tak perasan pun fadh dah pakai tudung bidang besar, sebab dulu fadh memang dah besarkan
            tudung bawal kecik tu" -- saiz tudung bukan ukuran iman dan islam. titik.

Monday, November 5, 2012

Menuju Ke Pengakhiran

bismillahirrahmanirrahim..
lama tak menulis panjang kat papan kekunci. macam biasa, tabiat aku yang suka menangguh-nangguhkan entri walaupun pada saat idea datang mencurah-curah, masih lagi aku menangguh. contengan petang ini tidak mahu membebel panjang, cuma mahu singgah sebentar melepas rindu dan kejanggalan.

18 Oktober hari tu adalah sesi interaksi terakhir bersama pensyarah, atau dengan kata lain kelas yang terakhir dalam sem ni. studyweek cuma seminggu dan kemudian diraikan dengan perayaan eilduladha. alhamdulillah masih dapat beraya bersama keluarga walau 2 hari cuma. hari sabtu sudah berangkat pulang ke maktab dek kerana tuntutan exam yang bermula hari isnin. maka diangkut lembu-lembu yang telah disembelih untuk disantap di maktab bersama teman-teman. makan besar yeah!

dan hari ini, aku masih punya 1 paper yang belum selesai. terasa beban di bahu sedikit ringan apabila paper terakhir subjek major which is english subjects selesai pagi tadi dengan licinnya (in bi- smoothly). menyandang gelaran sebagai seorang guru pelatih opsyen Tesl bukan sesuatu yang mudah. berat sebenarnya. perlu lebih struggle dalam pelajaran memandangkan pointer tinggi yang opsyen lain anggap sebagai pointer 'biasa' itu memang impian kami. yeah, mungkin disebabkan beberapa faktor yang tak perlu aku sebut di sini. ditambah pula dengan isu terbaru yang mana para lepasan maktab kini sudah tidak dijamin penempatan pekerjaannya buat kami huru-hara hinggakan mood nak study untuk exam pun melayang terbang.

dan esok, paper terakhir aku. paper elektif iaitu mathematics. subjek yang dari dulu aku anti sebab aku lemah kira-kira dan nombor. sobs. tapi nasib baik juga sebab paper ni tak melibatkan kira-kira, cuma lebih kepada teori dan pendekatan dalam pengajaran. fuh. dan batch kami batch terakhir yang tamat exam, bila mana para junior sudah enak bertapa di rumah.

and this weekend, aku mem'volunteer'kan diri untuk hadir ke sebuah program bersama akhawat yang insyaAllah akan menjadi booster untuk mendidik iman terutama sepanjang cuti panjang semester nanti. kenapa perlu booster? yeah sebab biasanya keadaan iman akan tak terurus bila berada di rumah. mungkin salah satu faktornya adalah kerana bi'ah yang tak berapa nak solehah. heheh


ape pun, sebaik-baik perancangan itu adalah dari Allah. after all my bebelan kat atas tu, bila fikir balik, bukan saja-saja Allah letak aku kat maktab ni, amik course ni, belajar itu dan ini. bukan sesuka hati Allah tak bagi aku raya lama-lama kat rumah dan bertungkus lumus bergomol dengan nota kat maktab ni. semuanya melainkan kerana takdir yang punya hikmah untuk aku dan kita semua. mungkin masih belum tersingkap hikmahnya sekarang, tapi insyaAllah suatu hari nanti pintu hati akan tunjukkan jalan untuk melihat.

Senyumlah dengan setiap apa yang langkah kita lalui, kelak nanti lumpur dan cela yang terpalit pada langkah itu akan menjadi saksi kepada segala usaha dan pengorbanan kita, lebih-lebih lagi bila ganjarannya ada di syurga kelak. wassalam.



Ouch! terbebel panjang pulak. heheh

Sunday, October 21, 2012

Chicken Chop


Here you go. It's chicken chop timeeeeee!
Heheh. Terlampau excited sebab benda-yang-boleh-ditelan-masuk-mulut ni dibuat hasil air tangan sendiri. Ewah, tu perasan namanya. No lah, actually, i went to a cooking course at Kolej Komuniti and the program was organized by JPP. So they named the course as "Beliawanis Bijak", yang secara tersuratnya mungkin ingin melahirkan wanita muda yang handal dan bijak di dapur. Kemudiannya, wanita muda itu akan bijak bermain di dapur regardless of the 'ketung ketang ketung ketang' sound and segala bahan bertaburan di lantai. Asalkan apa yang dimasak boleh dimakan. Haha. Jadi semalam, kami diajar untuk memasak chicken chop bersama beberapa komponennya iaitu coleslaw, mashed potato, mushroom sauce and black pepper sauce.


Jadi, aku malas nak cakap banyak. Biar saja gambar-gambar ini berbicara. Sometimes, pictures speak more than a thousand words. Takpe kalau ada pertanyaan boleh je tanya ye. 



Marinated The Chicken



Breaded procedure



Coleslaw



Mashed Potato



Mushroom Sauce & Black Pepper Sauce




Tadaaaa!

Chicken Chop!


Aku baru tahu bahawa nak buat chicken tu sebenarnya tak sepayah yang aku fikir. Senang, tapi it takes time jugak since ayam tu nak kena chill dulu. Coleslaw pun kena chill jugak. Yang sauces tu pulak kena kacau atas dapur lama sikit sebab kejap pekat kejap jadi cair kejap pekat balik kejap terlebih cair kejap kemudian buat sampai puas hati la senang cakap. Huhu. Well, yang paling best sekali masak kat kolej komuniti ni, semua orang akan dapat bahagian makanan masing-masing. So takkan ada yang berebut, malah ada extra lagi. Kumpulan aku empat orang, tapi ayamnya lima ketul. Hee

Oh ye, time masak tu jangan lupa baca few du'as untuk menambahkan kelazatan makanan tu. =)


"Lepas ni boleh la masak chicken chop untuk suami." 
(chef shawal, 2012)

errr...gulp gulp!  =.='




                            







p/s: ada dua tiga keping gambar tu aku kidnap dari pakcik google
        sebabnya takde dalam koleksi aku. :D

Friday, October 19, 2012

Kisah Saudara Baru

Salam sayyidul ayyam.. jangan lupa Al-Kahfi hari ni, nanti kena rotan! =P


Amaran!!! entri ini berjela panjang jadi sila luangkan masa sebaiknya untuk membaca. =D


Hari ahad hari tu, aku sempat ke sesi Hi-Talk (Hidayah Talk) bersama seorang saudara baru berbangsa cina. Itulah pertama kali aku dengan cerita dari seorang muallaf, tentang beliau semasa jahiliahnya dan juga ketika islamnya kini. sudah 5 tahun. Kita selalu kata orang muallaf ni baru peluk islam, tapi sebenarnya mereka kembali kepada islam yakni kembali kepada fitrah setiap insan. Jika dibandingkan dengan saudara baru yang lain, kisah wanita itu mungkin ada kebersamaannya, dan mungkin terlalu beza dengan yang lain. kisahnya bagiku terlalu tragis. Betapa Allah ingin uji keimanannya sehinggakan bertubi-tubi ujian yang Allah hamparkan untuk wanita itu. Betapa Allah sayang dan kasih pada wanita itu sehingga hari ini beliau masih dalam agama Allah ini, tidak pernah berputus asa malah semakin teguh dan gigih memperjuangkan agamanya.


Sungguh, aku cemburu dengan wanita itu.


"And Allah guides whom He wills to a straight path." [2:213]


Bagaimana beliau boleh kembali kepada Islam.

Kuasa Allah, ditakdirkan beliau mengucap lafaz syahadah pada tahun 2007 iaitu pada hari ulangtahun kelahiran anak lelaki tunggalnya yang kini berumur 13 tahun. Kata wanita itu, hari itu dirasakan serba tak kena bagai ada sesuatu yang mengganggu dan terasa bagai beliau kehilangan sesuatu. Sebelum berhijrah, wanita cina itu tak pernah tahu bahawa wujudnya akhirat dalam hidup ini. Disangkan hidup ini semata-mata hidup untuk mencari harta dan kebahagiaan yang penghujungnya hanya berakhir dengan kematian. Sebelum kembali pada agama fitrah ini, beliau tidak ambil tahu soal Islam dan tidak pernah diberi pendedahan tentang bagaimana Islam yang sebenarnya. Beliau hanya tahu bahawa para muslim punya sebuah buku tebal seperti sebuah kitab, dan di dalamnya berisi pelbagai panduan dan tunjuk ajar untuk kehidupan manusia. Pernah beliau ingin cuba menyentuhnya, tetapi dihalang oleh seorang hamba Allah yang mungkin tidak mengetahui bahawa tafsir al-quran boleh disentuh oleh non-muslim.

Sebelum tiba hari bersejarah itu, beliau pernah bermimpi selama 3 malam berturut-turut. Di dalam mimpinya ada sekumpulan manusia berjubah putih yang hanya diam tanpa suara, dan pada akhirnya hanya menyebut "puasa". Lalu wanita itu berfikir, bagaimana mungkin dia seorang yang bukan islam bisa puasa seperti orang islam.

Reaksi keluarga terhadap pengislamannya.

Seperti yang dijangkakan, keluarganya menolak bulat-bulat pengislamannya dan wanita itu dihalau dari rumah sehelai sepinggang melainkan bersama wang 5 ringgit dan sebuah kereta yang sempat diambil. Sungguh, kisahnya sangat tragis dan menyedihkan. Malam itu, hanya sendu hiba yang aku lihat di wajahnya namun kadangkala aku lihat beliau berusaha untuk nampak kuat di hadapan audience. Tidak cukup dihalau dari rumah, beliau dikejar oleh si suami dan konco-konco untuk membunuhnya dan memaksa beliau kembali pada kekafiran. Si suami juga memalsukan laporan kepada polis mengatakan beliau diculik oleh teman rapatnya sehinggakan polis membuat sekatan jalan raya untuk menahan. Hingga suatu saat, beliau pulang ke rumah untuk menyelesaikan masalah namun penyelesaian yang beliau perolehi hanyalah sepak terajang dan dikurung dalam sebuah bilik. Di luar bilik, para tok sami sibuk menjampi supaya beliau lembut hati kembali pada agama asal.

Aku tak mampu menceritakan semula kisah beliau, sebagaimana yang aku dengar dari bicara beliau. Cuma aku boleh simpulkan kisahnya itu tidak ubah seperti drama lakonan tv atau drama novel, yang kita sangkakan tak pernah menjadi realiti. Tapi hakikatnya, itu kisah benar hidup beliau.

Hidup sebelum menjadi muslim dan selepas muslim.

Sebelum muslim hidupnya penuh kekayaan. Dikhabarkan keluarganya adalah salah seorang jutawan, rumah besar, kereta besar. Tapi selepas penghijrahan, hidupnya berubah 360 degree. Beliau hanya tidur beralaskan tikar dan hanya makan roti kering. Kalau dulu makan ikan besar memang dah jadi lumrah hidup keluarganya, tapi kini hanya ikan temenung (eh betul ke eja?huhu) yang jadi pilihan atas dasar murah dan jimat. Kalau dulu ikan temenung hanya dibelikan untuk kucingnya makan. Tapi, apa yang menarik, wanita itu sempat berseloroh mengatakan apa guna hidup kaya kalau hati tak tenang dan berserabut. Lebih baik hidup miskin dengan hati yang aman. Tak perlu pening kepala nak fikir soal hutang, kad kredit dan sebagainya. Secara mudahnya, beliau kini lebih bersyukur dengan apa yang ada padanya dan tak pernah sesal meninggalkan kekayaannya dulu.

Hubungan dengan keluarga selepas keislaman.

Sejak beliau kembali pada islam, beliau tak pernah bertemu dengan anaknya hingga sekarang. Si  ayah tidak mengizinkan dan si anak juga tidak mahu bertemu. Kata si anak, selagi mamanya bertudung, selagi itu wanita itu bukan  mamanya. Saat beliau menceritakan perihal anaknya, air matanya tak henti mengalir. Ibu mana yang tak sayangkan anak. Ibu mana yang tak rindukan anak. Kita yang masih punya ibu bersyukurlah. Bersyukur kerana tali persaudaraan kita dengan ibu masih utuh dengan kasih sayang, bukan dengan kebencian.

Manakala ibu wanita itu pula, alhamdulillah kini semakin menerima keadaan anaknya yang beragama Islam. Dulu ibunya juga membenci hinggakan wajah si anak langsung tidak mahu dipandang. Lama-kelamaan, ego si ibu cair dengan budi pekerti si anak yang masih melayannya dengan kelembutan dan kasih sayang. Cuma satu hal saja, si ibu tidak mahu melihat anaknya bertudung. Si ibu malu dengan orang sekeliling. Hingga pada suatu saat ketika ibunya sakit di hospital dan dirawat dalam tempoh yang agak lama, ditakdirkan wanita itu menawarkan diri untuk menjaga ibunya di hospital dek kerana adik beradik yang lain enggan menjaga dengan pelbagai alasan. Di situ, beliau bertudung, bersolat dan berpuasa di hadapan ibunya tanpa segan. Sehinggakan ibunya pula yang sering mengejutnya untuk bangun sahur. Allahu.. betapa doa si anak menjadi kenyataan.

Pernah ketika Tahun Baru Cina, wanita itu pulang ke rumah ibunya untuk menyambut perayaan bersama. Di tengah malam saat semua ahli keluarga sedang nyenyak tidur, beliau bangun ke dapur dan menyamak semua periuk belanga pinggan mangkuk sudu garfu semata-mata untuk menambat hati ibunya keesokan hari. Supaya nanti beliau boleh berkongsi meja dan makan bersama tanpa ragu soal halal haram. Keesokan harinya, beliau bangun awal pagi untuk memasak kerana tak mahu kakak-kakaknya masuk dapur dahulu dan memasak makanan yang tak halal. Aku jadi terlalu kagum dengan wanita itu, yang sedaya upaya menambat hati keluarganya dan tak mahu mereka salah faham bahawa keislamannya akan memutuskan hubungan kekeluargaan mereka.

Persepsi terhadap Islam.

Jika ditanya wanita ini bagaimana beliau melihat Islam dan para penganutnya, jawapan yang diberikannya amat mudah. "Kalau bukan kerana hidayah, sorry ler nak masuk Islam." Ouch! Dush! Terasa batu besar menghempap muka. Bicara wanita itu memang terlalu jujur dan tak berselindung. Jika ingin menyindir, terus diberi ayat sindiran. Aku suka cara begitu. Menusuk tajam pada setiap antara kita yang sudah muslim sejak dari lahir.Malu tahu.

Tambah beliau lagi, kalau pergi ke supermarket melihat manusia di sana, jawabnya memang tak jadi nak peluk islam. Apa tidaknya, pelbagai gaya, fesyen dan tingkah laku yang para muslim duk tayang. Yang bertudung pun boleh cakap kasar maki hamun. Jadi, macam tu ke akhlak yang Rasulullah ajar? Pernah aku dengan somebody cakap dulu, katanya kalau nak tengok macam mana Islam yang sebenar, bacalah buku. Jangan tengok pada orang islam zaman sekarang. Sebabnya yang islam pun dah tak macam islam. Haishh..dah tu nak cakap apa lagi? anda setuju?

Hidup selepas penghijrahan

Kini hidupnya lebih tenang dan bahagia. Di sebalik kesedihan dibuang keluarga, beliau bahagia dengan Tuhannya yang baru. Allah. Menyara hidup dengan mengambil upah menjahit tudung labuh dan berkongsi rumah dengan sahabat baiknya yang sentiasa ada saat beliau susah dan senang. Sahabatnya juga pernah diugut bunuh oleh konco-konco suaminya suatu ketika dulu. Pekerjaan menjahit tudung itu sebenarnya bertitik tolak dari kisah wanita itu yang ingin memakai tudung ketika awal penghijrahannya. Melucukan apabila katanya, untuk memakai tudung pun sudah mengambil masa sejam. Kalau tak silap aku, tudung pertama yang beliau sarungkan adalah tudung bawal, dan beliau mengambil keputusan untuk menukar tudung bawal kepada tudung yang lebih tebal dek kerana tudung bawal yang menampakkan batang leher. So, siapa yang nak tempah tudung dengan beliau silalah ye. Tudung awning yang kainnya tebal dan labuh menutup dada. Alhamdulillah setakat ini rezekinya melimpah ruah dan bisnes pun berjalan lancar.


Meaningful quotes from Puan Aisyah Hidayah Tan binti Abdullah. Sesuai untuk renungan kita yang sudah muslim lebih senior dari beliau.

## Kalau tengok akhlak orang Islam kt malaysia, memang kita rasa tak jadi nak masuk islam.
## dalam hidup ni kalau takda ujian, maknanya Allah tak sayang kita
## Bila msuk islam takda duit pn hati tenang, kalau dulu duit banyak pun serabut je
## Pergi surau sedih tengok takda orang. tapi kat pasar malam orang ramai pula.
## Orang cina memang selalu kalut. selalu nk cepat. bila azan, saya cepat2 solat.
    selagi tak solat, selagi tu tak boleh buat kerja lain.
## Tiap kali sujud dalam tahajud, ada ketenangan. kalau pergi sembah pokok tak rasa apa-apa.
    hanya makan asap. yang menangis tu sebab asap masuk mata.
## Sebagai hamba Allah dan umat Nabi, saya rasa malu kalau tak bertudung.
## Jadi islam kena lengkap. islam pun ada uniform sendiri macam nurse, cikgu etc. So kita kena
    tunjuk Islam yang sebenar pada diri kita.
## Orang islam banyak terikut-ikut dengan orang kafir. contohnya, fesyen tudung yang macam2.
    Yang buat tudung tu orang kafir. kalau kita tak tahu, kena belajar. jangan main ikut je.
    Tapi ada je yang tahu tapi buat2 tak tahu.
## Yahudi memang banyak pengaruh. time maghrib tu la banyak cerita2 best kt tv.
    Sudahnya solat maghrib pun kita tinggal.
## Orang islam sekarang susah nak tolong saudara sendiri. Memang kena berdikari sendiri.
## Tudung labuh dan serban bukan ukuran keimanan seseorang.
## Nak dakwah orang tak semestinya pakai lidah sahaja. ada banyak lagi cara lain.
## Bukan orang Islam ganas, cuma kadang-kadang emosi kita disalah tafsirkan.


Konklusinya, bicara beliau pada malam itu banyak membuka mata terutamanya para muslim yang sememangnya diberi nikmat Islam sejak dari dalam perut ibu, namun gagal untuk menjadi contoh terbaik untuk orang lain. Aku malu dengan beliau. Sekian.



Maaf. Aku memang fail kalau bab jadi tukang cerita
=.=''

Friday, October 12, 2012

More Than Expected

hari nie aku buang tabiat. eh ke tebiat? haha. sory ler cikgu bm, betulkan if cikgu bi ni salah.
whatever.

dunno what's wrong with me lately. feel like want to go for a walk, window shopping and do something outside, away from my cage. biasanya aku tak begini. biasanya akulah makhluk paling malas bila diajak keluar, because bila pergi nanti ada sahaja yang aku bazirkan. bazir wang, waktu dan tenaga semestinya. ingat lagi kata-kata Kak Naia-my naqibah; kata beliau, kalau kita benar-benar sayangkan islam, kita tak akan sia-siakan masa yang kita ada untuk perkara sia-sia. beliau sendiri pernah kena sound dengan akhawatnya bilamana beliau bersiram agak lama di kamar mandi. kata si akhawat, "jangan mandi lama-lama sangat, islam sedang menunggu dan perlukan kita!" ohh dush dush dush!! betul la kan. kalau selama ni orang selalu kata kita buang masa dengan stuffs like facebooking, shopping, gayut-ing and etc, rupanya bab mandi pun betapa ia boleh jadi significant pada islam. cara fikir orang yang hatinya bulat-bulat untuk perjuangkan islam amat jauh beza dengan orang yang amik islam hanya half-half.

so today, i finally breached the agreement that i made with myself long days ago. bangun pagi ni, terus book kereta. then planning where to go since i have few places to go. and the most important, i should have my portuguese egg tart + blueberry cheese tart yang diimpikan siang malam. craving mengalahkan ibu mangandung,hoho. kebetulannya, tak ada yang sudi menemani jadi aku rela redah all the journey sorang-sorang as long as yang dihajati itu kesampaian.

tiada yang lebih melapangkan hati bila segala urusan Allah permudahkan. even the traffic also was smooth and the lights also were green all the way. lalu tak heran kalau aku bercakap sorang-sorang dalam kereta memuji Dia yang memudahkan urusan. actually, one of my intentions to go out is to check my dear printer, since few days ago for the first time beliau buat hal. puas disuap makanan namun masih enggan bekerja. sampai di kedai, the apek kata maybe my printer has something wrong with catridge and need to allocate about 100++. dalam minda aku sudah buat kira-kira while praying for the printer to be okay and what the apek said is wrong. haha.. so i left my printer to be checked for about 30 minutes until i got a call from the technician saying that my printer is just fine and only need some services. alhamdulillah senyum sorang-sorang lagi bila hanya sekeping not 10 yang melayang. oh ye, sebelum keluar dari cs tadi, aku sempat kidnap sehelai baju yang sepatutnya aku tidak beli dek kerana harganya yang bukan taste aku. tapi entah kenapa, aku beli juga. jatuh cinta barangkali. -.- buku pun aku beli sebiji. buang tabiat. pulak tu buku english. memang buang tabiattt.

kemudian aku ke tesco untuk mencari benda alah yang aku kempunan seminggu. padahal blueberry tart tu baru je beli last weekend, hari ni mau beli lagi. kehkeh. masuk tesco jumpa apa yang dicari lantas senyum melebar lagi. Alhamdulillah lagi. then keluar dari tesco ke kedai bakery, dari jauh dah nampak si bulat egg tart sedang bergelandangan. Allah.. senyum aku lebar lagi. terlintas juga di hati, mengapa urusanku hari ni mudah sekali? sebabnya bukan selalu boleh jadi smooth macam ni. jawapannya masih belum aku temui cuma aku pasti itu hadiah dari si Dia yang memerhati. =)

sebenarnya hari ini pertama kalinya aku sendirian di jalanan. selalunya berteman dengan si kembar siam aku tu. best jugak jalan sorang-sorang rupanya. bebas ke hulu ke hilir tiada yang menunggu. plus, aku kurang gemar bila ada yang menunggu aku menyelesaikan urusan aku. terasa diri ini menyusahkan orang. well, nak jadi berdikari tak susah. aku tak mahu dimanja begitu. kelak nanti bila tiada sesiapa di sisi, aku terkontang-kanting tak tahu bertindak. huu


ibrah dari hari ini, aku simpulkan bahawa bersangka baik dengan Allah itu perlu dan sangat perlu. because there are some people yang belum buat apa-apa sudah lemah semangat, sudah putus asa.

"jangan-jangan nanti traffic jam pulak.."
"aku takut kedai tu tutup la."
"nanti kalau aku pergi, benda yang aku cari tu takde macam mane?"
"takut nanti tak sempat la."

it's true. dulu aku pernah tidak yakin dengan Allah. tapi kemudiannya, aku cuba buat ujikaji sendiri di mana aku berikan senyuman dan prasangka baik sebelum aku melakukan sesuatu. nah memang terbukti nyata lagi sahih, Allah pun akan kirimkan berita baik untuk aku. Alhamdulillah. lu tak percaya? lu cuba.

kadang-kadang apa yang kita harapkan itu tidak terjadi. namun, ada jua waktu dan ketikanya, yang kita dapat itu lebih dari apa yang kita harapkan. we get more than what we expected. kita tak tahu Dia rancang apa untuk kita, jadi jangan pandai-pandai nak melakar takdir sendiri sesuka hati kita. tell Him what we want to do or what to have, then we'll see the results later. kalau apa yang kita mahu itu Allah bagi, insyaAllah itu memang dah ditakdirkan untuk kita. kalau tak dapat, usah gusar usah sedih sebab Dia masih punya perancangan yang lebih hebat untuk kita.

Mulakan dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.
=D



nota 1: aku suka tengok alam, dan tengok ragam manusia yang macam-macam warna. :)
 nota 2: abaikan bahasa rojak. abaikan grammar yang tunggang-langgang. bukan tak sedar, cuma malas peduli. :P





Thursday, October 11, 2012

Doa buat Adam

Alhamdulillah masih diberi nikmat hidup yang melimpah ruah.
masih mampu menatap langit kesukaan dari sudut pandangan yang menjadi rutin.
masih diberi peluang menatap senja di ufuk barat yang memancar jingga.
ditambah lagi dengan nikmat oksigen dan bermacam nikmat yang tak terhitung jumlahnya.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
juga tak lupa dengan nikmat kelapangan sehingga Allah mengizinkan entri hari ini dibuat, yang insyaAllah sempat tiba ke penghujungnya.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.


bercakap soal nikmat buat aku terfikir, apakah manusia ini hanya bersyukur bilamana mereka melihat manusia lain ditarik nikmatnya, tanpa sedar nikmat mereka yang ditarik itu masih kita mengecap indah, tidak seperti mereka.

jujurnya, entri malam ini sebenarnya bertitik tolak dari sebuah kisah duka insan kecil tak berdosa. sungguh aku berasa terpanggil untuk berkongsi di sini. kalau sebelum ini aku masih mampu membutakan mata tidak melihat penderitaan insan lain, tapi semalam airmata tak mampu aku tahan. bermula dengan beberapa status dari saudara fedtri yahya yang aku ikuti di laman sosial, hingga tersingkap sebuah kisah sedih dari kota samarahan. kerana tahap curiosity yang memuncak, laman tonton.com aku buka lalu carian MHI terus dibuat. hingga akhirnya yang dicari aku ketemu.

Lama aku tenung bingkisan kisah itu. hingga tanpa sedar mutiara jernih gugur jua. ditambah lagi dengan melihat mutiara si pengacara sendiri, aku jadi tenggelam dalam kesedihan.


Diberi nama Hypoxic Ischemic Encephalopathy, atau nama kampungnya dikenali sebagai penyakit kerosakan saraf pada otak, ia telah memilih insan suci tanpa dosa sebagai penerima virusnya. bayi kecil 7 bulan, hingga kini hidupnya bergantung kepada 4 buah mesin. dilahirkan normal seperti bayi lain dan mampu tersenyum malu pada yang memandang, lalu pada umur 3 bulan tangisan kecil itu tiba-tiba sepi. dia disahkan menghidapi penyakit yang menyebabkan kerosakan teruk pada otaknya, sehingga lama kelamaan akan memberi kesan kepada organ-organ badan yang lain. pertambahan umurnya kini hanya mampu dilihat dari susuk tubuh yang kian mengecut, hingga tulang-tulang jelas kelihatan. dia kini tidak mampu menelan air liur sendiri sehinggak terpaksa dibantu oleh mesin suction untuk menyedut air liur dalam setiap 15 minit. kedua-dua matanya juga sudah rosak dan menyebabkannya hilang kudrat untuk menatap wajah ibu yang tetap setia menjaganya.

ikut kata doktor, peluang untuk dia hidup normal sangat tipis dan dia hanya mampu terlantar seumur hidup. Allahu.. melihatnya kaku tidak ubah bagaikan robot yang hanya digerakkan oleh si bonda yang setia bercakap memberi semangat untuknya hidup. bayi malang ini hanya dipakaikan pampers kerana kulit badannya yang kian bernanah akan meninggalkan kesan pada baju andai dipakaikan padanya.

Allahuakbar. aku jadi kagum dengan semangat si ibu yang tidak putus-putus menjaga rapi satu-satunya anak yang Allah amanahkan untuknya. pernah keguguran sebanyak 2 kali dan menunggu selama 3 tahun untuk melahirkan si kecil ini, ia benar-benar menguji kesabaran si ibu. hanya tidur selama satu jam sehari, dia tidak pernah renggang dari anaknya. kata ibu ini, anak itu amanah Allah untuknya dan dia terima. walaupun keadaan si anak yang sebegitu, ia bukan menjadi beban untuk si ibu untuk menatang bagai minyak yang penuh. ibu mana yang tidak mahu anaknya memanggil "Mama". ibu mana yang tidak rindu mendengar rengekan tangis si anak kecil. aku mungkin masih bukan seorang ibu, tapi melihat penderitaannya sudah cukup buat aku mengerti.

"Saya akan jaga Adam selagi mana Allah pinjamkan dia untuk saya. Saya bangga diberi peluang untuk menjaga seorang ahli syurga." 
 ='(



Jom semua, kita doakan adik Ahmad Adam Shukri ni. Doakan moga dia diberi kekuatan untuk terus hidup dan melihat dunia. Moga dia diberikan apa yang terbaik untuknya, dan si ibu ayah redha dengan segala ketentuan. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. kalau kita tak mampu hulurkan sumbangan, hulurlah doa dalam solat kita. dalam bingkisan kisah Adam, katanya mereka memerlukan RM800 sebulan untuk membiyai kos elektrik di rumahnya. itu belum masuk lagi kos rawatan untuk Adam.. Sesiapa yang nak bagi sumbangan, boleh tengok details kat bawah.

Noraisah bt Mohamed Malena
Lot 432 Taman Susur Jambu
Jln Jambu Selatan
96100 Sarikei, Sarawak.
cimb: 02040007292201



























2 hari lepas datang good news- got new cousin
yesterday, dapat tahu pasal Adam
ironic. 
"maka nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan?"

Saturday, October 6, 2012

Syahadatul Haq


"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah."


Semalam aku berpeluang menambah ilmu baru yang mencelikkan mata yang selama ini mungkin tertutup rapat, atau mungkin saja hanya separa terbuka. Bagaimana lafaz kalimah syahadah itu perlu dilestarikan dan ia bukan semata-mata hanya simbolik pembebasan manusia dari kekufuran dan jahiliah. Syahadah itu tidak hanya sebagai imigresen atau kastam untuk masuk ke daerah Islam, hakikatnya saat iman berada dalam daerah itu, ada amanah besar yang menunggu. Tapi, tidak bermaksud Islam itu agama yang membebankan. Tidak. Kata Abu A'la Al-Maududi, ia bukan sekadar mengimani bahawa rukun iman itu ada enam, dan rukun islam itu rupanya lima. Kalimah syahadah hanya akan terlaksana apabila orang beriman menyampaikan kalimah haq ke seluruh bangsa manusia yakni berupa tiga macam cara; amal soleh, akhlak terpuji dan pemerintahan yang adil.

Remember, setiap apa yang diberi oleh Islam itu ada pulangan yang akan kembali kepada tuannya. Semalam, ukhti Izzati mengumpamakan SH ini dengan kisah si ibu menyuruh anaknya ke kedai membeli susu pekat. Lalu si ibu berkali-kali mengulangi pesanan yang sama, hatta sehingga si anak di hadapan pagar rumah ingin berangkat pergi. Si ibu cuma khuatir susu pekat yang dipesan itu tidak sampai di tangannya. Jadi, jelas di situ si anak perlu menunaikan amanah si ibu untuk membawa pulang susu pekat tersebut. Fahamkah kalian? Okey, kisah tersebut jika disamakan dengan realitinya, ibarat Tuhan dengan sang hamba. Allah hantar manusia ke muka bumi bukan untuk seronok suka-suka, tapi dihantar dengan amanah yang perlu kita bawa kembali padaNya suatu saat nanti. Dan, pernah tak kita fikir betapa Allah sedang menunggu-nunggu amanah yang dipesan. Pernahkah kita berusaha menunaikan hak-hak saudara kita yang lain yang masih kabur arah tujunya.

Jika direflek kembali keadaan dunia masa kini, wajarlah jika warga dunia yang lain sibuk memperkotak-katikkan Islam, menghina, mencarci dan sebagainya. Jika dilihat kembali siapa kita saat ini, wajarlah mereka seperti itu. Kita hari ini tidak seperti yang dianjurkan Islam, bahkan kadangkala lebih teruk dari mereka yang tidak menganut Islam. Ouch! Kena batang hidung sendiri. Perasankah kita bagaimana pandangan mereka terhadap kita? Kita yang bernama Muslim ini dilihat kotor, miskin, ganas, jumud, raging and barbaric. Apa tidaknya, saat Islam dihina, umat kita sibuk berdemonstrasi secara zalim sehinggakan para kafir melihat kita sebagai terrorists. Di negara Islam sendiri penduduknya tidak pandai menjaga kebersihan sehinggakan ada yang membuang tinja di jalanan. Sedangkan negara para kafir jauh lebih bersih hinggakan segumpal kertas pun tidak kelihatan. Maafkan aku sedikit tidak senonoh. Tapi itulah realiti, dan realiti tersebut perlu kita ubah. Selagi yang buruk itu tidak dijadikan yang baik, selagi itu yang baik dipandang buruk. Eh, faham ke? Sebenarnya alasan mengapa imej kita dilabel buruk adalah kerana puncanya dari kita sendiri. Tapi kita pula habis-habisan membela diri menyalahkan mereka yang kononnya tak tahu hormat agama kita. Imej yang kita bawa itulah alat pengukur mereka untuk mengenali siapa kita yang bernama Muslim ni. Kalau yang buruk itu kita tunjukkan, wajarkah mereka memandang kita sebagai  yang mulia? So, siapa yang perlu mengubah? Jawapannya saya dan awak. Ha awak! Awaklah yang saya maksudkan.

Okey berbalik kepada Syahadatul Haq tadi. Secara ringkasnya, kita punya tanggungjawab besar yang harus ditunaikan. Lihat sekeliling kita. Apakah masih ada manusia yang masih hilang arah, yang masih seronok dengan nikmat palsu duniawi, yang masih keras hati menolak kewujudan Pencipta dan akhirat, yang masih menangguh waktu untuk bertaubat kerana masih muda, yang masih yakin dunia ini masih panjang, yang tidak merasai bahawa tiap perbuatan yang dilakukan itu ada balasannya, dan mereka yang masih dalam 'comfort zone' membutakan tuli memekakkan telinga. Kalau ada, bantulah. Kalau ada, bertindaklah. Dakwah itu ada dimana saja tak kira waktu tak kira situasi. Dan para daie itu adalah kita. Kita yang sudah Allah celikkan mata hati. Jangan kita pula yang menjadi si pekak dan bisu membiarkan mereka hanyut. Jangan kita pula yang menyesal tak sudah di akhirat nanti bilamana Allah meminta amanah itu ditunjukkan padaNya. Jangan nanti saudara kita menyalahkan kita kerana tidak memberi peringatan pada mereka ketika di dunia. Ayuh! Yosh!


Diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi perang dan mengajak orang lain makan bersama."
Maka para sahabat r.a. pun bertanya,  
"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW :
"Bahkan masa itu mereka (umat Islam) lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi,
"Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW,
"Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi,
"Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda :
"Cintakan dunia dan takut akan kematian."



"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu..."
[2:143]



- Penyaksian Kepada Kebenaran -

Tuesday, October 2, 2012

Biru LangitMu

(ipsah, 2012)


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal." [3:190]



Beberapa jam yang lalu, when i was given a DSLR to snap pictures for pentauliahan Leftenan Muda for Unit Uniform Kadet Remaja Sekolah (supposely i was included in the list, but then digugurkan kerana tak hadir raptai semalam,haha), i focused the lens on the sky few times trying to get the best shots. Then, lidah sempat berbicara meluahkan betapa aku suka melihat langit dan kemudiannya disokong penuh oleh munira anis. Well, the above photo was kidnapped from her. Haha..

Sedar atau tidak, setiap saat kita berjalan di bawah bumbung langit itu, tiap saat itu jugalah wajahnya berubah. Kadang ku lihat ia biru, kadang ku lihat ia kelabu asap. Kadang ku lihat ia putih suci, kadang ia biru sama tompok-tompok putih gumpalan awan. Kadang ada ketika aku tidak mampu melihatnya dek kerana sang matahari cemburukan kami untuk bertatapan. Lalu ia sinarkan pancaran terik agar aku melihat jalan di hadapan. Dan si langit itu kadangkala menangis menghamburkan rasa yang terpendam. Iya, mungkin air matanya itu berupa rezeki buat warga bumi, atau mungkin juga satu tangisan kekecewaan melihat keletah warga bumi yang tidak ia sukai.

Dicampak ke bumi ipsah ni seharusnya buat aku bersyukur. Tiap hari Allah bentangkan untukku nikmat yang melimpah ruah untukku panjatkan kesyukuran. Apa tidaknya, bumbung langit di atas sana begitu indah hamparannya. Lalu tidak aneh kalau saat aku mengorak langkah, mataku seringkali kutancap pada langit. Pagi ke kelas wajahnya begitu hening dan mendamaikan bagai memberi semangat untuk memulakan hari. Petang kembali dari kelas pula ia bersinar cerah. Bahangnya bagai ingin menggamit jasad yang keletihan, namun tetap saja aku bisa tersenyum pada ia yang mendamaikan. Dan paling aku suka di sini, waktu senjanya. Dari jendela kamar mandi tingkat 3, ufuk senja di kaki langit ku lihat warna-warni. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Warna jingga memancar hebat memanggil burung pulang ke sarang dan sang mentari makin tenggelam ditelan ufuk.. Dan sekali lagi, tidak pelik kalau tiap kali melangkah ke kamar mandi, aku melencong terlebih dahulu melihat ke luar jendela. Huhu..



''(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.'' [3:191]


"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy {548}. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam." [7:54]

"Rasul-rasul mereka bertanya: Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Dia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu." [14:10]

"Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan." [57:4]





**
feel so stupid today
i wasn't aware that the DSLR is belong to
someone yang aku tahu tak patut untuk aku ada kaitan dengannya