In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Thursday, October 11, 2012

Doa buat Adam

Alhamdulillah masih diberi nikmat hidup yang melimpah ruah.
masih mampu menatap langit kesukaan dari sudut pandangan yang menjadi rutin.
masih diberi peluang menatap senja di ufuk barat yang memancar jingga.
ditambah lagi dengan nikmat oksigen dan bermacam nikmat yang tak terhitung jumlahnya.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
juga tak lupa dengan nikmat kelapangan sehingga Allah mengizinkan entri hari ini dibuat, yang insyaAllah sempat tiba ke penghujungnya.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.


bercakap soal nikmat buat aku terfikir, apakah manusia ini hanya bersyukur bilamana mereka melihat manusia lain ditarik nikmatnya, tanpa sedar nikmat mereka yang ditarik itu masih kita mengecap indah, tidak seperti mereka.

jujurnya, entri malam ini sebenarnya bertitik tolak dari sebuah kisah duka insan kecil tak berdosa. sungguh aku berasa terpanggil untuk berkongsi di sini. kalau sebelum ini aku masih mampu membutakan mata tidak melihat penderitaan insan lain, tapi semalam airmata tak mampu aku tahan. bermula dengan beberapa status dari saudara fedtri yahya yang aku ikuti di laman sosial, hingga tersingkap sebuah kisah sedih dari kota samarahan. kerana tahap curiosity yang memuncak, laman tonton.com aku buka lalu carian MHI terus dibuat. hingga akhirnya yang dicari aku ketemu.

Lama aku tenung bingkisan kisah itu. hingga tanpa sedar mutiara jernih gugur jua. ditambah lagi dengan melihat mutiara si pengacara sendiri, aku jadi tenggelam dalam kesedihan.


Diberi nama Hypoxic Ischemic Encephalopathy, atau nama kampungnya dikenali sebagai penyakit kerosakan saraf pada otak, ia telah memilih insan suci tanpa dosa sebagai penerima virusnya. bayi kecil 7 bulan, hingga kini hidupnya bergantung kepada 4 buah mesin. dilahirkan normal seperti bayi lain dan mampu tersenyum malu pada yang memandang, lalu pada umur 3 bulan tangisan kecil itu tiba-tiba sepi. dia disahkan menghidapi penyakit yang menyebabkan kerosakan teruk pada otaknya, sehingga lama kelamaan akan memberi kesan kepada organ-organ badan yang lain. pertambahan umurnya kini hanya mampu dilihat dari susuk tubuh yang kian mengecut, hingga tulang-tulang jelas kelihatan. dia kini tidak mampu menelan air liur sendiri sehinggak terpaksa dibantu oleh mesin suction untuk menyedut air liur dalam setiap 15 minit. kedua-dua matanya juga sudah rosak dan menyebabkannya hilang kudrat untuk menatap wajah ibu yang tetap setia menjaganya.

ikut kata doktor, peluang untuk dia hidup normal sangat tipis dan dia hanya mampu terlantar seumur hidup. Allahu.. melihatnya kaku tidak ubah bagaikan robot yang hanya digerakkan oleh si bonda yang setia bercakap memberi semangat untuknya hidup. bayi malang ini hanya dipakaikan pampers kerana kulit badannya yang kian bernanah akan meninggalkan kesan pada baju andai dipakaikan padanya.

Allahuakbar. aku jadi kagum dengan semangat si ibu yang tidak putus-putus menjaga rapi satu-satunya anak yang Allah amanahkan untuknya. pernah keguguran sebanyak 2 kali dan menunggu selama 3 tahun untuk melahirkan si kecil ini, ia benar-benar menguji kesabaran si ibu. hanya tidur selama satu jam sehari, dia tidak pernah renggang dari anaknya. kata ibu ini, anak itu amanah Allah untuknya dan dia terima. walaupun keadaan si anak yang sebegitu, ia bukan menjadi beban untuk si ibu untuk menatang bagai minyak yang penuh. ibu mana yang tidak mahu anaknya memanggil "Mama". ibu mana yang tidak rindu mendengar rengekan tangis si anak kecil. aku mungkin masih bukan seorang ibu, tapi melihat penderitaannya sudah cukup buat aku mengerti.

"Saya akan jaga Adam selagi mana Allah pinjamkan dia untuk saya. Saya bangga diberi peluang untuk menjaga seorang ahli syurga." 
 ='(



Jom semua, kita doakan adik Ahmad Adam Shukri ni. Doakan moga dia diberi kekuatan untuk terus hidup dan melihat dunia. Moga dia diberikan apa yang terbaik untuknya, dan si ibu ayah redha dengan segala ketentuan. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. kalau kita tak mampu hulurkan sumbangan, hulurlah doa dalam solat kita. dalam bingkisan kisah Adam, katanya mereka memerlukan RM800 sebulan untuk membiyai kos elektrik di rumahnya. itu belum masuk lagi kos rawatan untuk Adam.. Sesiapa yang nak bagi sumbangan, boleh tengok details kat bawah.

Noraisah bt Mohamed Malena
Lot 432 Taman Susur Jambu
Jln Jambu Selatan
96100 Sarikei, Sarawak.
cimb: 02040007292201



























2 hari lepas datang good news- got new cousin
yesterday, dapat tahu pasal Adam
ironic. 
"maka nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan?"

No comments: