In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Friday, June 29, 2012

Orang Lama Cerita Baru


25 Julai 2012
tengok tarikh tu, buat kiraan then baru sedar betapa lama tak jengah blog.
betapa lama tak buat coretan.
natijahnya sekarang, otak jem =.=


sudah menjengah semester baru di IPSAH, yakni semester empat.
cepat benar jam berdetik. masih teringat saat kaki pertama kali menjejak IPSAH suatu saat dulu

13 JULAI 2009
masih segar sejarah dulu
bilamana seorang budak itu menangis guling-guling enggan mendaftarkan diri.
ketika orang lain menangisi sebuah kegembiraan menerima tawaran
dia menangis tidak mahu meninggalkan matrik
dan hari ini, sudah separuh tempoh pengajian dia habiskan
masih berbaki lagi 2 tahun. cepat benar.

jujurnya dia masih belum sepenuhnya menerima takdir ini.
tertanya-tanya mengapa di sini dia dihantar, di saat cita-citanya pada yang lain.
ah biarlah. biar dia belajar untuk menerima dan belajar untuk redha dengan Allah.
sekurangnya-kurangnya dia punya banyak hadiah hebat disini.
yang belum tentu dia perolehi andai cita-citanya pada yang lain dulu disambung.
biar. hikmah itu pasti terzahir suatu hari nanti.

oh ya, result exam semester lepas masih belum dapat.
ditangguh dan ditangguh lagi.
hingga akhirnya aku menjadi tawar hati untuk mengambil tahu
syukurlah aku bukan antara yang mengambil ulangan
moga mereka tetap kuat menerima dugaan kecil itu sebagai sebuah tarbiah.






masuk sem baru ramai yang menegur
'makin tembam' 'makin cute' 'nampak lain' 'berbeza' itu la ini laa
aku faham. aku harus bertindak.
wahai diri, sila rajinkan diri untuk turun padang. exercise!



+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +


awal semester ni masih belum kalut ribut dengan assignments dan presentation.
masih boleh bergoyang kaki, mencari bahan untuk menghibur hati
dan kerana itu, kenangan manis 3 minggu lalu kerap terlintas di minda.
sebuah percutian hebat yang tak pernah aku impikan menjadi kenyataan pada umur ini.

Allah. Allah.
diundang menjadi tetamu Dia di sana.
itu impian semua. aku tahu.
dan ramai yang mencemburui, memuji dan menangisi percutian ini.

sabarlah kalian. kelak pasti tiba rezeki kalian. InsyaAllah

kali ini rezekiku mungkin. di usia semuda ini.
masih ingat ketika penghujung tahun lalu, ibu saudara mengajukan soal ini.
memberi tawaran pada ummi untuk sama menyertai.
saat itu, aku tidak mengambil tahu. hanya terbias di cuping telinga sahaja.
segalanya diuruskan oleh ibu saudara.

kata ummi, alang-alang ada yang mengajak, lebih baik turut serta. ditambah dengan keadaan kesihatan ummi yang tidak mengizinkan, khuatir makin lama makin uzur. makin susah untuk berjalan jauh.
untung nanti andai ummi perlukan kerusi roda di sana, ramai yang muda-mudi boleh menolaknya.

dan alhamdulillah sepanjang di sana tidak sekalipun kerusi roda itu diduduki ummi.

tempoh 12 hari di sana terasa sangat singkat
terlalu sekejap. kata orang malaysia, menunggu kami pulang ketika itu bagai suatu penyeksaan.
dan kami di sana mengira detik kepulangan ke malaysia juga suatu seksaan.
seksa tidak mahu meninggalkan bumi sana.
sayang sekali rasanya.
berat hati T.T

dan saat jasad kembali ke tanah air, aku mula menangisi kerinduan pada tanah gersang di sana.

maaf pada yang marah, touching atau kurang senang saat mengetahui soal pemergianku
maaf juga kerana tidak berkongsi cerita
dan maaf juga kerana lama menyepi tanpa khabar berita
bukan ku tidak sudi berkongsi. bukan jua kerana sombong
tapi aku punya sebab sendiri untuk berahsia
maaf :'(

ikut hati, aku mahu mencoret lagi. ingin ku kongsi kenangan manis itu
tapi nantilah, bersambung di lain waktu.
hari ini sebagai pencetus inspirasi untuk menulis kembali.


salam jumaat buat kalian.
wassalam.
:)