hari semalam seolah-olah sangat mengecewakan.
mungkin bukan saja rezeki aku jikalau sudah memang Allah takdirkan begitu.
petang semalam, celik sahaja mata dari beradu, terlihat sekeping mesej dari seorang ukhti.
"tak datang usrah ke?"
"usrah?? tak tau pun ada usrah :'( " sungguh. langsung tidak punya maklumat soal usrah.
frust menonggeng.
tapi, bersyukur sangat kerana masih ada yang mengingati. lewat maghrib itu, ada delivery sepotong kek ke bilikku.
akhawat usrah sambut bufday Mira, si gadis pemalu itu =p
alhamdulillah. syukran jazilan ukhti. malu sebenarnya nak makan kek itu.
batang hidung pun tak nampak, tiba-tiba dapat kek? huhu..
tapi ada orang tu cakap takpe, my rejeki. alhamdulillah.
then malam tu pulak, sampai ke surau saat imam dan para makmum dah nak selesai rakaat terakhir Isya'.
oh sedih sangat. tertanya pada diri sendiri, "aku yang lambat atau mereka yang cepat?"
maka berseoranganlah menyelesaikan rukun Islam itu. dan terkedek-kedek keseorangan pulang ke hostel. T.T
dua situasi tersebut mengundang persoalan. what's wrong with me today?
why Allah seems tak nak bagi aku merasai kemanisan berukhuwah dan kemanisan berjemaah itu?
eh salahkan Allah pula. Astaghfirullahalazim.
tidak. tidak.tidak. bukan salah Dia. bukan. bukan. ketuk kepala kang!
okay, mari belajar husnuzon dengan Allah. be positive.
He knows what is the best for you. what you should get and you shouldn't get. what is deserved for you and what is not?
mungkin saja Allah nak memberi pahala itu kepada mereka yang masih perlu lebih dari aku memerlukannya.
mungkin saja pahala untukku ada di destinasi yang lain, yang mungkin tidak pernah disangka-sangka.
mungkin itu dan mungkin ini. boleh jadi itu. boleh jadi ini.
mungkin hikmah yang Allah nak tunjuk masih belum terzahir semalam dan juga hari ini.
mungkin esok, lusa atau mungkin di akhirat kelak. wallahua'lam. He knows the best.
stop complaining, stop accusing and stop suuzon'ing' dengan Allah. stop it.
sepotong kek di dalam sebuah kotak yang besar.
yang mungkin tidak pantas untuk sepotong kek itu menghuni rumah sebesar itu.
aku ibaratkan sepotong kek itu sebagai diriku sendiri.
manakala sebuah kotak yang besar itu sebagai rahmat Allah dan juga manusia di sekelilingku.
aku hanya hamba kerdil yang hidup dalam kenikmatan Ilahi yang tiada kurangnya walau sedikit.
rahmat dan kasih sayangNya meluas tak terlangkau dek akal dan hatiku sendiri.
namun, di situ masih terselit aku yang kecil dan kerdil ini.
masih diberi peluang untuk mengecap nikmat dan barakah.
yang mungkin tidak diberi pada insan lain. siapa tahu.
lalu, apakah aku bersyukur dengan ruang dan nikmat sehebat ini?
jangan jadi takbur dengan Allah. He gives you everything for your comfort and happiness.
but, do you compensate Him for all His kindness? if yes, with what?
ukhuwah. especially ukhuwah dari akhawat bulatan bahagia.
tidak terbanding dengan wang ringgit atau apa sahaja material duniawi.
sangat manis bila ia disandarkan pada Rabbul Izzati.
dan aku insan kerdil ini, tenggelam dalam lautan kasih kalian.
jzkk untuk semuanya. InsyaAllah.
*semoga Allah redha. InsyaAllah*
*maaf, analogi sendiri yang entah pape* +_+
"dan Dia yang memersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana" [8:63}
2 comments:
Bie..sorry sgt sbb xmsj pon sal usrah smlm..i got to know about this since last week..so,igt dekat2 the day bru nk gtaw..tp..:'(
Feel bad k.. InsyaAllah lps ni akan saling m'ingati kembali..
what?? last week?? ok fine. makin tension lg. huk3..huwaa..sapa ati xoyp.. iqah pn xtw la kot, coz biasenye she got info thru me.. no wonder die leh g bli kt kdai dpn lg..
Post a Comment