In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Monday, January 30, 2012

Bulatan Bahagia Saya

Alhamdulillah. Petang tadi selamat sempurna penglibatan pertama saya dan sahabat2 dalam bulatan gembira kami; usrah. Usrah ni special sikit bagi saya, sebab memang diwujudkan untuk geng TESL. Tujuannya untuk elak dari rasa tak selesa, segan and so on sebab usrah yang surau selalu buat tu budak agama yang handle. well, budak tesl dan pa susah nak capai chemistry yang sebati.

Bulatan gembira tadi benar2 buat saya gembiraaa, sebab.. sebab.. ramai member2 join sekaki dua kaki. Terima kasih awak semua sebab tak menolak ajakan saya. walaupun saya rasa ada yang terpaksa. Macam kakak naqibat tadi cakap, kadang2 benda baik macam ni perlu dipaksa sebelum ia jadi tabiat dan kesukaan kita.


Pertemuan pertama tadi hanya diisi dengan ‘ice breaking’ dan perkongsian hebat dari kakak naqibat. Kisah beliau pada zaman ‘jahiliahnya’ yang tidak jauh beza dengan manusia sekeliling kita sekarang ni. Bagaimana beliau boleh berubah sehingga menjadi seperti hari ini, dan apa perasaan bila jatuh cinta dengan Allah. Airmata sesalan yang insyaAllah dapat menghapus dosa lalu laju mengalir di pipi. Saya sebak dalam hati. Melihat pada sahabat2 yang mengelap perlahan pelupuk mata masing-masing, buat saya bersyukur dalam diam. Bersyukur kerana dilembutkan hati mereka untuk menerima kebenaran walaupun hanya melalui cerita seorang insan biasa. Tapi saya yakin kakak itu hebat tempatnya di mata Allah. Kata beliau, dirinya islam pada usia 20. Dan saya mengiyakan dalam hati.Kita sama kakak.


Kisah kakak tadi tak kurang lebih dengan kisah saya. My old times yang dulu hanya berdiri atas nama ad-Din, tapi hakikatnya penuh dengan kepalsuan dan kepura-puraan. Kononnya tahu soal agama itu dan ini, namun berapa kerat sahaja yang benar2 difahami dan dipraktikkan. Astaghfirullahalazim! :'(

Oleh itu pemilik jasad ini nekad, tak mahu lagi ringan pada lidah tapi berat pada anggota lain. Sungguh, saya tak nak jadi hipokrit- tahu baik buruk sesuatu itu, tapi enggan mengakui dan kadang2 buat2 tak tahu. Menerima dalam hati tapi menolak pada luaran, hanya semata-mata kerana sayangkan manusia dan duniawi. Sayang akan kehilangan apa yang disayangi. Walhal, Allah yang harus diletakkan pada yang utama.


Saya tak kisah kalau orang lain tak suka dengan apa yang saya buat, sebab saya tahu Allah suka.


Saya tak kisah kalau awak semua tak nak ikut serta bersama saya. Saya faham. Saya tak marah. Saya okey. Walaupun dalam hati saya Allah je yang tahu. Tapi saya mohon, jangan awak semua pandang enteng pada orang lain yang ingin bersama saya. Masih punya usaha untuk jadi yang terbaik. Saya tak suka tengok cara awak memandang mereka dan kami, yang seolah-olah sampah masyarakat. Kalau tak berkenan, simpan dalam hati awak. Jangan memuji dengan kiasan, sindiran dan pandangan sinis pada mereka. Mereka baru nak bertatih. Jangan patahkan semangat mereka ye awak. Tak malukah awak semua pada diri sendiri? Pada mereka? Sekurang-kurangnya mereka masih ada usaha nak gapai syurga,dibandingkan dengan awak yang rugi tak dapat apa2. Tak teringinkah awak untuk merasa nikmat kemanisan itu?


Sunday, January 29, 2012

Revolusi

revolusi. revolusi. revolusi.


entah kenapa sejak akhir2 ni saya suka sangat dengan perkataan berhuruf lapan ni.
ops! bukan saya sedang taksub dengan sejarah, yang macam kita pernah belajar suatu ketika dulu. itu sejarah Barat. sejarah komunis dan sejarah penjajah.

'revolusi' yang saya selalu sebut pada kawan2 dua tiga menjak ni, adalah revolusi istimewa yang insyaAllah ganjarannya hebat dari Allah s.w.t. revolusi yang mungkin boleh disamakan dengan transformasi atau metamorfosis atau inovasi. dengan kata mudahnya penambahbaikan atau perubahan. ada apa dengan revolusi ni?

haa.. berkisahkan beberapa orang hamba Allah yang berhijrah ke alam baru, bukan alam rumahtangga, tapi alam ad-Din yang lebih telus dan membuka hati2 yang dulu dalam kegelapan hingga Sang Pencipta dibiar bersendiri tanpa ingatan dari hambaNya.


“Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi.” [7:178]
alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

hati penulis berbunga riang gembira memanjat syukur saat melihat manis si dara bertudung labuh menutup segala apa yang terlarang. sahabat mana yang tak terharu gembira saat melihat saudara seagamanya sama2 ingin melangkah mencari cinta hakiki.

yang lebih menggembirakan penulis lagi, hamba2 istimewa ini adalah dari kalangan cohort-mates sendiri, pastinya dari opsyen TESL yang dilihat seperti kebaratan dan jauh dari agama sendiri. ayuh sahabat! kita buka mata mereka yang gelap dan cetek akalnya. masih ingat saat pertama kali menjejak kaki di bumi IPSAH ini, hanya 3 orang muslimat yang berhijab labuh dalam cohort. kini, jumlahnya sudah mencecah 12 orang (kalau tak salah kira).


seriously, saya sangat cemburu melihat hamba2 Allah ini yang saya kira amat lembut hatinya menerima hidayah Allah. sangat mudah untuk terima kebenaran dan mengakui khilaf diri. sebab tu saya kata mereka ini buat revolusi.

perubahan dalam masa yang sangat singkat tetapi insyaAllah akan istiqamah sepanjang masa.

nak dibandingkan dengan diri saya sendiri yang sepatutnya, hmm.. patutnya dah bertahun-tahun dulu lagi dah berubah. berubah menjadi manusia yang sepatutnya saya jadi. aduh! maluuu bila mengingat sebuah penyesalan yang tiada noktah ini.


“Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMu.” [HR Muslim]

ape pun, hati2 manusia itu Allah yang pegang. Dia yang membolak-balikkan hati kita dan Dia jualah yang menarik kita dari pesongan. Ya Allah, jangan Engkau bolak-balikkan lagi hati kami setelah Engkau tunjukkan kebenaran pada kami. Peganglah hati kami agar teguh terpahat pada akarnya. Amin.

yeah.. to begin the first step is not easy, walaupun yang memandang melihatnya sangat gampang.

saya faham perasaan kalian yang cuak + nervous nak face the public for the very first time of hijrah. tapi step pertama itu perlu dilangkah dan digagahi, kerana langkah pertama itulah yang akan membawa kita kepada langkah2 yang seterusnya. Baby steps i guess. yang kemudian hari nanti akan jadi big steps untuk hidup yang mendatang. baby steps yang akhirnya akan diingati sampai bila2... *kitakenakuat*

“ Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.” [2:8]

Sunday, January 15, 2012

Mengejar Kemanisan Hijrah

# Jangan jadi orang yang rugi. Usah bina tembok keegoan dengan Allah. Usah berlagak angkuh bahawa anda boleh hidup tanpa Allah. Jangan biarkan hidayah Allah itu ibarat angin lalu yang menyapa anda. Jangan biarkan sinar hidayah itu menjadikan hati anda sebagai sebuah persinggahan, sebaliknya taklukilah ia dan pagarilah ia dengan benteng iman dan taqwa yang teguh. Hidayah itu hanya singgah sebentar sebelum ia menyambung perjalanan ke hati yang lain. Kalau tidak ditangkap dan diikat kemas2, entah bila lagi ia akan menyinggah. Apakah ketika itu anda masih bernafas atau tidak? Jangan terlalu memuja cinta manusia dan dunia, kerana semua itu akan pudar ditelan bumi suatu hari kelak. Carilah yang kekal. Carilah cinta yang boleh membuka pintu syurga buat anda di akhirat kelak. Usah risau untuk kehilangan dunia kerana akhirat telah tersedia untuk anda. Andai kebahagiaan dunia yang anda pilih, azab akhirat menanti di akhirat.Tetapi, andai kebahagiaan akhirat dikejar, kebahagiaan dunia juga akan jadi milik anda. #

again, the article below was copied from here. :)


Di keheningan fajar ini, aku rasakan seluruh tubuh dan jiwaku berada dalam situasi yang damai dan menenangkan. Selama ini tidak pernah sekelumit pun ku rasakan perasaan seindah ini.

Terima kasih Allah, kerana Engkau masih memberi ruang kepada hamba-Mu yang sangat hina ini untuk menikmati perasaan ini. Saat inilah baru aku tersedar bahawa diriku ini sangat mencintai dan merindui-Mu.

Saat ini baru ku rasakan betapa nikmat dan manisnya cinta dan rindu kepada-Mu. Baru kini ku merasakan hebatnya kuasa cinta ini, Ya Allah.

Syukur pada-Mu ya Allah kerana Engkau telah memilih diri ini untuk menerima hidayah dan cinta-Mu. Sesungguhnya aku benar-benar menyedari betapa hinanya aku pada pandangan-Mu.

Betapa dosaku luas meliputi ruang langit dan bumi. Kosongnya amalanku ini untukku persembahkan kepada-Mu nanti. Terlalu banyak sifat mazmumah dalam diriku sehinggakan tidak mampu ku perhitungkan lagi. Kerasnya hatiku sehingga hidayah-Mu sukar untukku menerimanya. Ku tahu tiada nilaianku di sisi-Mu, ya Allah.

Namun sesungguhnya, Engkau Maha Pengasih ya Allah. Engkau masih memberi peluang kepada diriku ini untuk melakukan transformasi diri. Rahmat-Mu Maha Luas ya Allah. Syukur yang tidak terhingga ku panjatkan kepada-Mu.

Di kesunyian fajar ini, air mataku laju menuruni sejadah. Kesilapan lampau terbayang-bayang mengisi ruang ingatan satu persatu. Episod silam membawaku ke lembah kehinaan yang membuatkan aku digelumangi debu-debu dosa.

Betapa menyesalnya aku ya Allah. Kenapa selama ini aku leka dan lalai? Kenapa selama ini hatiku buta ya Allah. Terlalu banyak masa yang telah aku persia-siakan. Selama ini aku mempermainkan taubat kepada-Mu ya Allah. Selama ini ibadatku bukanlah untuk-Mu ya Allah, tetapi kerana sifat menunjuk-nunjuk dan riak yang hadir dalam diriku. Aku terlalu menyesal ya Allah.

Aku pohon kepada-Mu ya Allah, kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk melakukan hijrah ini. Aku ingin berhijrah ya Allah, hijrah kerana-Mu. Bukanlah hijrah kerana manusia, bukan juga hijrah untuk mendapatkan dunia tapi hijrah yang sebenar-benarnya.

Aku ingin berhijrah untuk mendapatkan cinta dan redha-Mu. Sambutlah cinta dan rinduku ini ya Allah. Akan ku tatang hidayah-Mu ini dengan ilmu. Ilmu yang akan aku manfaatkan untuk memperbaiki hati dan diriku, yang dapat memberi cahaya kepada jiwa dan hidupku.

Ilmu yang akan aku persembahkan untuk-Mu adalah ilmu yang akan membawa diriku menuju cinta-Mu. Ilmu yang dapat menjadikan hatiku ini lembut dan syahdu. Ilmu yang dapat mengubah seluruh kehidupanku. Kurniakanlah kepadaku ilmu yang dapat membuat diriku semakin mencintai-Mu ya Allah.

Semoga kita digolongkan dalam golongan manusia yang dipilih Allah untuk menerima hidayah-Nya. Betapa bertuahnya kita seandainya dipilih. Membuktikan betapa luasnya rahmat dan kasih sayang Allah. Lihatlah betapa kerdilnya kita di muka bumi ini, tetapi sayangnya dalam kalangan kita masih ada manusia yang sombong.

Marilah kita sama-sama melakukan hijrah diri. Hijrah yang dapat mengubah hati dan jiwa kita. Hijrah yang dapat meruntuhkan keegoan dan sikap takbur manusia. Hijrah yang dapat meruntuhkan hati dan jiwa yang keras. Hijrah yang memberi kesedaran kepada kita bahawa segala yang kita lakukan di dunia ini adalah semata-mata untuk mendapatkan cinta dan redha Allah.

Lakukanlah hijrah diri ini ketika kita masih mampu melakukan amal ibadat. Lakukan hijrah tatkala Allah memberi kelapangan masa dan kesihatan kepada kita. Lakukan hijrah diri ini ketika diri masih diberi peluang. Lakukan hijrah diri ketika diri masih muda. Lakukan hijrah diri ini tatkala nyawa kita masih belum sampai di halkum. Kelak, jika hijrah diri ini tidak disambut, kitalah manusia yang paling rugi dan paling malang di dunia dan di akhirat.