In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Wednesday, January 23, 2013

Unexpected Message

220113  07:45am
"Salam. kak fadh. doakan saya istiqamah dalam bertudung labuh. jangan tanya kenapa. but suddenly i want to write it first to you."

Dalam kekalutan bersiap untuk ke kelas jam lapan, ringtone lagu afghan memecah sunyi pagi. buat tak dengar. ingatkan cuma customer yang dalam kecemasan (sebab selalu awal pagi takde customer lagi), rupanya bukan. usai melabuhkan punggung pada kerusi empuk dalam lecture hall, baru teringat nk check balik phone.

Allahu. terpempan sesaat.

Takde angin ribut guruh petir, tiba-tiba didatangi mesej sebegitu. serius persoalan "kenapa" yang muncul dulu di kotak fikiran. diulang baca beberapa kali hingga yakin aku tidak salah mengeja. lantas, kekunci pantas ditekan menyusun perkataan, mengharapkan seribu persoalan berbalas jawapan. namun hampa.

Kenapa si dia tiba-tiba menyentuh isu tudung labuh?
Kenapa pula aku yang diberitahu?
Kenapa terlalu drastik?
Kenapa doa aku yang dia dambakan?
Ohh kenapa??

Tengahari tadi ada si dia menyinggah di bilik, namun tak sempat berbual panjang kerana aku kalut untuk bersolat. hanya sempat bertentang mata beberapa saat.

Mungkin ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan. ada sebab kenapa Allah hantar dia secara mengejut. ada sebab kenapa aku yang menerima mesej itu. ada sebab Allah biarkan aku tertanya-tanya. ada sebab. bukan saja-saja. Allahuakbar.

Sebabnya akan aku cari, insyaAllah. bersama penyelesaiannya juga.

Wallahu ta'ala a'lam.


Friday, January 18, 2013

Kisah Seorang Ayah

Petang semalam seperti rutin biasa, aku turun padang untuk turunkan lemak. eheh. dan terpandang pada suatu sudut, ada sepasang jasad kelihatan seperti sedang bermain sesuatu. oh rupanya seorang ayah bersama anak perempuannya yang ku kira masih dalam peringkat bawah 10 tahun. di tangan masing-masing ada sebatang kayu hoki, dan sebiji bola hoki di atas rumput. sangkaanku mereka bermain hoki, namun mana mungkin hoki dimain atas padang rumput. tak sempat melihat lebih lama, aku meneruskan perjalanan mengelilingi padang sehingga cukup satu pusingan, aku kembali melalui tempat mereka.

kali ini aku memperlahankan langkah untuk melihat gelagat mereka. lama mengamati, hingga akhirnya aku mengerti bahawa si anak sedang cuba melakukan aksi seperti bermain golf. kayu hoki dihayunnya tinggi, namun tidak mampu melontar bola besi itu jauh-jauh dek kerana rumput yang tebal dan bola yang berat. bola itu tidak menuju ke arah si ayah, mungkin hayunan gadis kecil itu sedikit tersasar lalu melencong ke tepi. lalu si ayah membongkok mengutip bola dan dilontar perlahan kepada si anak. padahal ayahnya juga punya kayu hoki sendiri, mengapa tidak dipukul bola itu dengan kayu tersebut? aku menggumam sendiri. barangkali si ayah khuatir pukulannya terlalu kuat hingga mungkin nanti si anak tidak mampu mengawal bola besi itu. lalu si ayah lebih memilih untuk melontar bola itu, perlahan, betul-betul terhenti di hadapan anaknya. dan episod hayunan bola si anak dan pungutan bola si ayah terus diulang tayang berkali-kalidi depan aku. dan aku jadi kagum dengan lelaki tua itu. dia tetap sabar melayan karenah anak kecilnya, meski kayu hoki itu tidak harus digunakan seperti gaya bermain golf. dia tetap sabar mengutip bola.

mungkin dia terasa mataku sedang memerhati, maka si lelaki tua itu berkalih pandang ke arahku. terpempan seketika. lantas cuma sebuah senyum tipis aku hadiahkan padanya. senyum yang aku harap dia mengerti.

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Juga kisah seorang ayah dan si anak.

Si anak menghubungi si ibu mengkhabarkan niatnya ingin pulang ke pangkuan keluarga memandangkan cuti hujung minggu depan punya extra satu hari. si anak sebenarnya sedang melanjutkan pelajaran di sebuah institut yang mana berlainan negeri dengan negeri kediaman keluarganya. lalu si ibu memberi jawapan yang kurang positif kerana si ibu punya perancangan yang lain dan khuatir kepulangan si anak ini akan mengganggu kelancaran urusannya itu. lantas, si anak mengalah dengan rasa hampa dan kecewa. 

Beberapa minit kemudian, kakak si anak itu pula yang menghubunginya, memberitahu bahawa si ayah telah membuat keputusan untuk ke institut melawat si anak pada minggu ini juga. maka terubatlah kekecawaan si anak tadi dengan berita gembira tersebut. si ayah sanggup berkorban waktu, tenaga dan wang untuk memandu beratus batu dari rumah merentasi negeri untuk melawat si anak. walhal. si ayah juga punya tuntutan kerja yang agak sulit untuknya mengambil cuti memandangkan dia adalah pemegang jawatan yang agak tinggi di tempat kerja. situasi ini aku perhatikan telah berulang beberapa kali, di mana si ayah sentiasa 'turun padang' untuk melawat anaknya. pernah suatu hari, si anak menghubungi keluarganya mengadu sakit mata. selepas beberapa jam, umpama magis, si ayah muncul di depan mata ingin membawa anaknya ke klinik. Allahuakbar.

                                         = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =


Dua kisah ini benar-benar mengingatkan aku pada abah di rumah. teringat kembali kenangan waktu kecilku. abah juga setia melayan kerenah aku bermain. bermain badminton utamanya. kadangkala hingga larut malam, kami berdua masih gigih bermain. apa tidaknya, ruang tamu rumah yang panjang cukup untuk menjadi sebuah gelanggang badminton. pukulan bulu tangkis aku kadangkala menghumban abah ke lantai. ah, kasar sekali aku bermain dengan abah. namun abah tetap setia melayanku. bila usia semakin meningkat dewasa dan abah pula semakin uzur, dia sudah tidak kuat dan aktif seperti dulu. dan sungguh, aku rindu pada waktu kecilku. aku rindu pada abah.


Betapa kita kadangkala lupa dengan kewujudan seorang ayah, dek kerana watak seorang ibu yang lebih menonjol. ibu yang melahirkan. ibu yang menyusukan. ibu yang memberi makan. ibu yang memandikan. ibu yang mengemas rumah. ibu yang membesarkan. itu ibu ini ibu. ibulah segalanya. lupa pada si ayah. kalau dibanding beza, peranan ibu dan ayah tidak jauh beza besar dan kecilnya. mungkin peranan si ibu lebih di bahagian itu, namun kurang di bahagian yang lain. manakala si ayah pula mungkin peranannya kurang di bahagian itu dan lebih pula pada yang sebaliknya.

namun kadangkala pengorbanan si ayah juga sama besarnya dengan si ibu. cuma pengorbanan masing-masing sesuai dengan fitrah jantina masing-masing. tidak mungkin si ayah melahirkan anak dan ibu pula mencari nafkah memanjat kelapa. eh!

ye, watak ayah mungkin agak terlindung si sebalik watak ibu. namun hakikatnya yang terlindung itulah tersembunyi pengorbanannya, penat lelahnya, keringatnya mencari rezeki menyuapkan anak-anak hingga kenyang. kadang si ibu tidak mampu memberi sesuatu yang kita kehendaki, ayah sentiasa bersedia menggembirakan kita. ayah kadangkala bisa jadi lebih dari seorang ayah. ayah, ayah superman!

hargai ayah anda selagi dia masih hidup. sebanyak mana anda sayangkan ibu, sebanyak itu juga anda harus sayangkan ayah. sebanyak mana anda luangkan masa untuk ibu, sebanyak itu juga untuk ayah. ayah mungkin tidak dapat menunjukkan emosinya seperti ibu, namun ayah juga punya hati dan perasaan seperti ibu. cuma fitrah seorang ayah itu lebih banyak menyimpan dari meluahkan.



burung ape?
   burung murai.
burung ape?
   burung murai..
burung ape?
   burung murai nak...

Saturday, January 5, 2013

GarisanMu


Ya Rabbi Ya.. Ya Rabbi Ya..

Ahh, menusuk kalbu menikam jiwa yang hitam lagi keras.
First time dengar lagu ni dalam suatu slot rancangan radio ikim semalam, terus tertanya-tanya tajuknya hingga akhirnya aku temui. Lalu, butang 'replay' diulang tekan berkali-kali hingga terasa seperti harus berhenti, takut nanti broadband habis limit. hehe

Serius, lagu ni menghempap pemilik telinga yang mendengar. garisan yang dituju masih jauh, masih samar, masih kabur. cuma kadangkala mata tertipu dek bayangan fatamorgana di depan sana. ah, rupanya aku masih jauh dengan Dia. semakin aku melangkah, semakin banyak onak duri yang menghalang laluan. dan onak duri itulah yang menentukan apakah aku ini bisa meneruskan perjalanan atau terhenti di situ.


Ya Rabbi Ya bantulah hambaMu
Ya Rabbi Ya luruskan hatiku
Ya Rabbi Ya ku pinta hidayahMu
Meneruskan sisa usiaku

Ya Rabbi Ya hanya kepadaMu
Ya Rabbi Ya tempatku mengadu
Ya Rabbi Ya ku pinta rahmatMu
Melimpahi kehidupanku