In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Friday, February 24, 2012

Mehnah Dari Allah


Salam sayyidul ayam. Penghulu bagi segala hari.

Jangan lupa hari ni baca surah al-Kahfi.

Keterbasan waktu pada hari2 biasa membantutkan niat untuk menulis walhal idea sentiasa ada mencurah-curah.

Bila lama tertangguh, semua yang dicanang luput ditelan masa dan kesibukan.

Namun hari ini, terasa bagai harus menulis. Harus. Kerana ana (tiba2 rasa nak guna ‘ana’) tidak mampu lagi untuk memendam rasa dan gelora di jiwa.

These past few days, I’m having a problem which seems to make my life uneasy and tak tenang. Masalah dengan manusia. And that person also seems to have problem with me, which I can see from the way she treats me. Awkward and so pretending. The same thing goes to me. Terpaksa coz it might affect our studies, and also assignments. I try to follow beliau punya kepala sebab nak jaga hati and hormat. But at the end, my inner part was trembling and throwing tantrum. Tu maknanya, I can’t bear with beliau anymore. Ana ni sebenarnya jenis spesis yang punya the super high level of patience and memang susah nak marah2 ni. Tapi, bila dah jadi macam ni maknanya my patience has achieve its limit. Astaghfirullahalazim.

Sharing dengan member2 dah make me lessen the burden, because they also know what I feel because they also terkena. Seriously, feel like to face that person to clarify everything. Tapi, I’m afraid the thing will become worse and worst since I can’t predict beliau punya response. Maybe I’ll find the suitable time to confront beliau, but before that I have to prepare myself to accept whatever consequences coming. I know beliau very well!

Last night, terpaksa ponteng latihan sebab tak nak spoil mood orang lain memandangkan my mood dah ting tong. Semuanya bercelaru and I decided to go out, perhaps can help me in cooling down my hati. Alhamdulillah, ana masih punya sahabat2 yang menceriakan hati ini. Thanks a lotttt. Feels better. And thanks juga to those yang allowed me to ponteng. Thanks kerana memahami. And sorry to those yang bertanya pasal me and perhaps ada yang tak puas hati. I have to.

Malam tadi ana burn the midnight oil. Bukan buat esemen, tapi sibuk mencari penawar untuk hati. Google sana, Youtube sini. At the end, stuck kat youtube and watching some videos of Pertandingan Video Osem APG 2011. I found some yang boleh consult my hati. Senyum and tearing the eyes. Senyum bila jumpa part yang sweet and calming, especially bila terimbau my harmonic circle. That circle yang now dah jadi part of my life, dahan untuk me berpaut bila diri hampir lemas dalam dunia manusia dan material. Circle yang dulunya ana anti sangat2. Yang part tearing the eyes tu pula, bilamana terkena batang hidung sendiri. Ouch! Macam tau2 aje kan.

Kebetulan at that time, my friend ‘K’ also tengah online. Suddenly she said, “fadh sabar ok. Mungkin Allah dah lama tak bagi ujian kat fadh. Dia tahu fadh tabah sebab tu Dia uji fadh. He loves you. Allah tu Maha Penyanyang and Maha Mengetahui. Mungkin Dia nak uji fadh and beliau sekali.” Masa baca text K, tiba2 sentap. So trueee. Subhanallah. She never gives her advice the way she said last night, and I never expect her to say that actually. Alhamdulillah, I’m happy for her. You have changed my dear! Saya shuke.. hehe

Okay. K said Allah dah lama tak bagi ujian kat ana. Bila fikir balik, maybe she was right. Rasanya dah lama Allah tak bagi ujian bab hati dan perasaan macam ni. Bila Dia tarik balik nikmat ketenangan tu, baru la rasa huru-hara. Me ni jenis yang cool and relak selamba je sentiasa. Orang tengah ada masalah stress segala bagai, ana masih lagi bisa tersengih-sengih macam takda apa. Pernah my group member untuk presentation tanya, “ko ni tak rasa ape2 ke? Aku tengok ko macam tak amik kisah je..” Sebab masa tu diorang tengah nervous nak present something yang sangat tak confident kesahihannya. Then I said to her, “nak buat camne, aku memang camni,” Senyum lagi. Haha

Before this, I used to say those words (ayat K tu) to the others when they have problems. Tapi, bila kena kat diri sendiri, MasyaAllah ana lupa nak comfort hati sendiri. Ana lupa yang Allah sayang ana. Ingat lagi kakak naqibat kata, Allah timpakan kesusahan dan kesakitan pada kita bukan sebab saja2 Dia nak bagi. Tapi, sebab Allah sayang kita lebih dan selalu keep watching on us. Bila kita susah, tu maknanya Allah nak bagi perhatian Dia kat kita. Allahuakbar. Allah tu sweet kan? Dia uji kita sebab sayang kita, and Dia nak tengok samada kita sayang Dia atau tak. Masa diuji, kita cari Dia atau tak. Atau manusia lain yang kita cari dulu sebelum Dia. Ada kita mengadu masalah kita kat Dia? Ada kita minta solusi dari Dia? Atau kita hanya menyalahkan Dia kerana menyusahkan kita. Mana satu?

“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?, dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu, yang memberatkan punggungmu, dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.” [94:1-8]

Secara konklusinya, musibah yang melanda ana ni ada banyak hikmahnya. Ana kena banyak muhasabah dan reflek hati sendiri. Apa yang ana dah buat sebelum ni atau dalam masa terdekat ni, yang mungkin buat Allah ‘touching’ dengan ana. Mungkin ana lupa, ana lalai. Mungkin juga ana sombong dan angkuh, riak dengan nikmat yang Allah bagi. Mungkin ana kena salahkan diri sendiri dulu sebelum sibuk salahkan orang lain. Mungkin dan segala macam kemungkinan lagi. Ana selalu dengar orang kata, bila hubungan kita dengan Allah baik, maka hubungan kita dengan manusia juga akan baik. Oleh itu, ana kena baiki hubungan dengan Allah dulu. Mungkin dari status ‘divorced’ boleh change to ‘married’. InsyaAllah akan diusahakan. Soal beliau tu nanti ana fikirkan, and tanya Allah apa solusi terbaik dan berhikmah. Ana tak nak masam muka dengan sapa2, sebab semuanya saudara ana. Masakan kita nak putuskan hubungan dengan saudara sendiri bukan? Wallahua’lam.

Kepada beliau, kalau anda terbaca entry ini

Ana mohon maaf kerana mendedahkannya di sini

Tapi, izinkan ana untuk beri peringatan kepada diri sendiri, anda dan juga orang lain.

Dan ana amat bersyukur kalau entri ini dibaca oleh anda

2 comments:

fatihah azemi said...

*smile*

inshaALLAH after raining, there will be rainbow. beautiful one.

himne!!!

:: ciK TeaChEr :: said...

Himne?? apekah itu?
insyaAllah..pray 4 me supaya kuat! :'(