In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Friday, February 17, 2012

Tadabbur

“Kitab al-Quran yang Kami turunkan kepadamu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sehat mendapat pengajaran.” [38:29]


t.a.d.a.b.b.u.r
suatu masa dahulu aku tidak mengerti akan istilah ini
walhal selalu mndengar, namun enggan bertanya
padanlah engkau tersesat jalan wahai fadhliah
T__T

secara mudahnya, tadabbur~ memahami erti al-Quran dan mengkaji setiap hikmah di sebalik kalam Allah, yakni tersurat mahupun tersirat.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebutkan tentang Allah maka bergementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, maka bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka berserah." [8:2]

apabila disebutkan tentang Allah gementar hati mereka_gementar_beruntunglah mereka yang gementar hatinya saat hati menyebut nama Allah. beruntung kerana dilembutkan hati dengan mudahnya. berapa ramai umat Muhammad hari ini yang menangis kerana Allah? atau yang menangis kerana kekasih, keluarga dan sahabat?
terus terang, pemilik jasad ini sendiri pernah begitu- menangis sungguh2 kerana sesuatu atau seseorang yang tak pantas untuk diberikan air mata ini.
bila diingat balik, alangkah ruginya aku menangis kerana mereka. sedangkan air mata untuk Allah itu lebih bernilai sebagai kafarah dosa dan pengubat lara.

teringat suatu kisah dalam sebuah buku bertajuk "Bertanya Tentang Tuhan" karya Ibnu Rijal milik seorang sahabat, mengisahkan seorang khalifah iaitu Saidina Umar Al-Khattab r.a ketika beliau mula memeluk Islam. Beliau yang pada sebelumya itu dikenali sebagai seorang yang amat bengis dan garang sehinggakan anak perempuannya sendiri ditanam hidup-hidup. jika dikira, hati yang keras itu tidak akan gentar dengan segala apa, termasuk kalam Allah sekalipun. namun, suatu saat, hatinya gentar hanya kerana 5 ayat suci al-Quran, hingga akhirnya beliau sujud menyungkurkan hati.

"Tahaa. Kami tidak akan menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah, diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Tuhan yang Maha Pengasih, yang bersemayam di atas Arsy." [20:1-5]

Kata Saidina Umar, beliau tahu semuanya soal sastera Arab, akan tetapi ayat2 suci tersebut begitu indah dan mempersona, hingga beliau yakin bahawa ia bukan dari tulisan para manusia, tetapi kalam Allah yang Maha Agung.

Sungguh, terasa malu dengan Saidina Umar. Kita yang lebih lembut hati dan tidak berbunuhan seperti beliau tidak bisa menjadi sepertinya. Hanya kerana 5 ayat al-Quran. Sedangkan kita sejak dari lahir lagi dikenalkan dengan Islam, dan tika masih kecil lagi sudah kenal rupa al-Quran. Setiap tahun, ribuan ayat yang dibaca namun hanya sekadar baca. itupun kadangkala kerana dipaksa. Berapa kali hati kita gementar saat menyebut kalam2 Allah itu? Allahurabbi. Mungkin pernah, atau mungkin juga tidak.

Pemilik hati ini sendiri juga begitu. membaca hanya kerana "aku orang Islam", tapi tidak memahami apa yang Allah nak sampaikan. walhal, al-Quran itulah pedoman dan petunjuk jalan bagi kita yang hidup di dunia ini. al-Quran itulah pengubat segala penyakit dan musibah. Tapi, aku lupa. Terjemahan di tepi mukasurat tidak dipandang. Ku kira, alunan ayat2 suci itu sudah cukup buatku. tak faham pun takpe. Khatam al-Quran sudah berkali-kali tapi sayang, aku sendiri jahil dengan apa yang aku baca.

Alhamdulillah, suatu saat Allah jentik hati ini untuk bertadabbur. Cuba memahami pada setiap ayat. Dan kesannya sangat berbeza. Terasa bagai lebih indah dari membaca novel2 cinta yang sering dihadap sebelum ini. Benar kata Wardina Safiyyah, tiap kali kita memahami terjemahan itu, tak kira berapa kali sudah dikhatam, rasanya tetap tidak sama. seolah-olah mendapat kisah cinta yang baru dari Allah. Subhanallah. He's the Greatest and will always be. Make al-Quran your closest companion. The one that will always be there for you when you need it. Kerana di situ, punya segala yang kita perlukan.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” [10:57]


2 comments:

khadijah said...

wahh... never thought of it, u mention pasal umar tu, baru me tersedar. he's so keras hati, superduper garang etc etc tapi dengan 5 ayat, biiznillah, lembut hatinya untuk beriman. agak terpukul dengan fakta itu...haha yang me sebelum ni, grew up as a muslim, dengar cukup banyak bacaan al-Quran, baca pun reti, tapi...=.="

tadabbur reminds me of this one ayat dimana memang Allah suruh kita tadabbur. perkataan yg digunakan memang 'tadabbur'. cari punya cari tadi baru jumpa - 38:29 :)

:: ciK TeaChEr :: said...

huhu.. i know psal umar yg bengis tu, but never know the reason why he embrace islam.. tibe2 bace sal tu, looks so simple tp the impact tu sgt besarr.. sme la kite, tahu bace jer, phmnye dak.. ari tu tgk quran u, i jeles gilerrr...waarggh

bcoz of u reminding me with that verse, i edit blik n put it on top..huhu..tenkiuu :D