In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Saturday, March 31, 2012

Manisnya Kejahatan, Pahitnya Kebaikan


Wabisah bin Ma'bad melaporkan, "Saya pernah datang bertemu dengan Rasulullah SAW. Kemudian beliau bertanya kepada saya, 'Saudara datang ini hendak bertanya berkaitan kebaikankah?' Saya menjawab, 'Benar'. Lantas Baginda berkata, 'Tanyalah hati saudara. Sebenarnya kebaikan itu adalah perkara yang apabila saudara melakukannya, jiwa dan hati saudara berasa tenang. Walaupun saudara bertanyakan hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan perkara yang saudara rasakan itu. Manakala kejahatan dan dosa itu pula adalah apabila saudara tidak tenang dan saudara berasa teragak-agak dan risau dalam hati. Walaupun saudara bertanya hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan apa yang saudara rasakan itu." 

*terjumpa kata2 ini dalam blog Rusydee Arts

Kebaikan itu adalah apabila kita melakukannya, jiwa dan hati menjadi tenang. Manakala kejahatan dan dosa itu pula adalah apabila kita tidak tenang dan berasa teragak-agak dalam hati.

hmm. true. sepatutnya itu yang kita rasa bila nak buat baik or buat jahat. tapi kalau tengok zaman sekarang ni, berapa kerat je yang betul2 rasa macam tu? rasanya tak salah kalau saya tukar tempat perkataan "kebaikan" tu duk kat tempat perkataan "kejahatan" dan sebaliknya. sebab ape saya kata macam tu? sebab manusia di sekeliling saya sekarang punya pelbagai ragam. yang benar2 seperti bicara Rasulullah itu tidak mengapa. Yang dibimbanginya yang tidak seperti itu. yang melakukan kebaikan dalam keterpaksaan dan melakukan kejahatan dalam kerelaan.

Ada orang bila diajak berbuat kebaikan, diajak berjuang di jalan Allah, diajak sama2 mengumpul saham pahala untuk akhirat, terus teruja wajahnya. Berebut-rebut mengambil tempat takut tidak sempat sampai kepadanya. Tak perlu dipujuk, diayat bahkan dipaksa. Tak perlu. Semuanya dengan rela, ikhlas dengan senyuman terhias indah. Dan orang seperti ini saat diajak ke arah kejahatan, hatinya mula berbelah bagi. Gentar dan takut. Sebolehnya dicuba untuk memberi pelbagai alasan untuk menolak dengan baik, dalam masa yang sama ingin menjaga hati manusia lain. Berbahagialah orang seperti ini. Bukan mudah untuk mencari golongan ini. Hanya terselit satu di antara sepuluh mungkin. Aku harapkan diriku juga berada di sini.

Golongan yang lain pula, saat diajak berbuat kebaikan, akalnya pantas mencari helah. Memikirkan seribu satu alasan yang kadangkala alasan itu kedengaran seperti memperbodohkan diri sendiri. Diri sendiri dimalukan oleh tuannya sendiri. Alasan2 cliche yang sudah lapuk ditelan zaman diluput generasi masih diguna pakai hingga sekarang. Pasti hebat sekali golongan ini. Ideanya yang konon bernas dapat menyelamatkan diri dari ditarbiah atau didakwah. Tetapi mengapa saat anggota badan ingin melakukan kejahatan, mereka tidak pernah cuba untuk berhenti? Sebaliknya sangat suka untuk meneruskan, enjoy katanya. Boleh release tension katanya. Lagi macam2 katanya. Tidak pernah mereka cuba untuk mencari alasan untuk menolaknya, walau hanya satu. Usah terlalu sombong dengan Allah. Usah terlalu sombong untuk menabur bakti pada jalan ad-Din seolah-olah dunia ini kita yang punya. Tidak ada satu pun di dunia ini milik kita yang hina ini, melainkan hanya amal yang akan dibawa ke akhirat nanti.

Entah mengapa terasa mahu bicara soal ini hari ini. Saya pernah berada dalam golongan kedua ini. Dan tidak dinafikan sekarang mungkin masih belum terhapus bersih, tapi insyaAllah sebelah kaki sudah berada dalam golongan pertama. Pokok pangkalnya tanya pada hati kita, iman kita. Berfikir dengan akal sahaja tidak cukup, jika tidak disandarkan dengan iman dan hati. Teringat pengisian ISK dari kakak fasi semalam. Katanya, Allah dah beri hidayah pada kita, cuma kita yang tak ingin mengambilnya. Lalu mengapa kita masih menyalahkan Allah kerana tidak memberi hidayah? Pada saya, hidayah itu bukan hanya 'sesuatu' yang datang dalam keadaan yang 'dushdush' sahaja, ajakan atau undangan untuk berbuat kebaikan juga adalah hidayah. Setiap kebaikan itu adalah hidayah. Hidayah yang mana telah Allah sampaikan melalu perantara seperti sahabat, keluarga atau mungkin orang yang tak pernah kita kenali.


"Aku tidak pernah rasa sedih ketika matahari terbenam kecuali kerana aku

risau umurku ini makin meningkat tapi amalku masih belum bertambah.."

(Imam Al-Ghazali)




Friday, March 30, 2012

Makaroni Bakar Cheese

salam to all.
dah lama tak update taman hati ni. kebizian + kemalasan.
idea kadang2 sudah berjuntai-juntai, namun lenyap ditelan masa dek kerana kemalasan itu.
sehari sebelum balik ipsah hari tu, tiba2 rasa gatal nak berperang kat dapur. cuba resepi baru.
i'm not a person who knows everything about kitchen and cooking, although i realize that i suppose to know everything since i'm gonna be a solehah wife to my soleh huby and a solehah ummi to my mujahid mujahidah children.
solehah kononnn. masuk dapur pun tak mau. ceh!
but at least sentuh jugak kuali periuk pinggan mangkuk daripada tidak langsung. hee
menerima komen dari chef terhebat a.k.a my beloved ummi describing my food as "sedapp! sedapp! jadi doh ni" buat hidung jadi kembang kempis sudahnya. haha
ummi jarang puji-pujian when her daughter cooks, normally she redah masuk perut jer. kehkeh
si adik pun sibuk nak berbekal ke hostel.
Alhamdulillah. moga Allah redha sebagai satu ibadat dan saham di akhirat kelak.
so, after berguru dengan encik google dan bertangguh berhari-hari, akhirnya misi tercapai.
ni semua gara-gara tak puas hati beli kat kantin tu ha, RM 1.60 for a small piece of that. tapi benda tu memang mahal kan?
tapi bila buat kat rumah masih tak puas hati sebab tak sempat nak menikmati dek kerana sibuk dengan assignment and packing the bag. sobs
so now, inilah hasilnya yang tak seberapa. comot pulak tu. main campak je bahannya.

tadaaaa! >>> MAKARONI BAKAR CHEESE






Monday, March 19, 2012

New Interface

ok. testing interface baru and size photo baru- extra large
photo hanyalah contoh sahaja
tapi mungkin sangat bermakna =.=
btw, thanx my dear qis :)

Saturday, March 10, 2012

Hadiah Untuk Hari Ini

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Terasa segala urusan hari ni Allah permudahkan, walaupun tak dirancang dari awal.
Tadi pagi, sempat menjengah Perpustakaan Awam Negeri Kelantan dengan hajat untuk menatap wajah manis suci bersih si muslimah Oki Setiana Dewi a.k.a Anna Althafunnisa dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Mungkin Allah bagi peluang tersebut, memandangkan malam tadi sudah terlepas menghadiri "Bicara Selebriti" bersama beliau dan selebriti lain. Puas dipujuk si Abah untuk menemani, namun hampa. hukhuk..
Tapi tadi, saje cuba2 menjenguk dan tak sangka boleh tengok Oki depan mata. Sebelum ni, pernah tengok wajah manis ni dalam filem tu, tapi tak pernah pula tengok filem tu sampai habis. Okey nampaknya kena godek2 external kalau2 filem tu ada lagi.
Anyway, beliau muslimah pilihan yang boleh menjadi contoh pada wanita lain. =)
Nah! berbaloi juga bersesak-sesak nak minta autograf tadi. I bought her books which belum pernah ku temui kat mana2 bookstore kat Malaysia ni. Ada ke?

Another book kat belah kanan tu pun baru beli tadi. "Fanzuru" karya akhi Hilal Asyraf. Rasa macam nak borong je semua buku beliau yang ada tadi, tapi kondisi uwang tak mengizinkan. hehe..Seriously, saya memang addicted bila tengok buku2 camni. Terus jadi tamak nak borong. Haha. Rasanya itu lebih baik, dibandingkan rasa tamak waktu sebelum 'sekarang' yang hanya menggelupur saat melihat novel2 cinta jiwang dan romantik, yang pasti tidak ada tarbiahnya di situ dan hanya melalaikan jiwa yang rapuh.
Pada saya, biar bertimbun buku yang dibeli, biar beribu wang ringgit dihabiskan, biar masa terlalu cemburu untuk membiar kita menatap buku2 itu, biar bertahun buku itu dijadikan hiasan... ia tetap berharga dan punya ilmu yang bermanfaat. Suatu saat nanti, saya akan memerlukan buku2 itu. Pasti.


"Untuk menyempurnakan sesuatu proses itu, ia perlu dilakukan step by step, tidak boleh langsung menuju ke puncak. Pabila kita sudah sampai ke puncak, mengingat kembali langkah2 kita yang terdahulu itu adalah suatu nikmat nan indah." [Oki, 2012]

2 buah buku ni pun masih belum khatam. untuk stok di rumah. stok kat ipsah ada bertimbun lagi yang tak tersentuh. "Denyut Kasih Medik" tu mungkin paling sesuai untuk tatapan bakal2 doktor yang jihadnya demi agama Allah. kenapa saya baca? err..sebab..masih teringatkan cita-cita dahulu yang tak menjadi kenyataan, malah bersimpang jauh dari jalannya. =.=




Notakaki: tadi jadi cikgu ganti kat karisma. unexpected. ajar pupils year 2 and 3. sains. sedari itu, aku belajar bahawa menjadi guru itu bukannya mudah. susah.

Friday, March 9, 2012

Kempen Sunnah Jumaat

proposed by Fattabiouni Malaysia






Nota kaki: mood untuk mencurahkan kata2 masih belum terlahir. hanya gambar mampu berkata-kata. salam jumaat to all :)

Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wed #6 Dunya vs Akhirat



dunia ini tak seberapa jika dibandingkan dengan akhirat.
malangnya, yang tak seberapa itulah yang diagungkan manusia.