In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Saturday, March 10, 2012

Hadiah Untuk Hari Ini

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Terasa segala urusan hari ni Allah permudahkan, walaupun tak dirancang dari awal.
Tadi pagi, sempat menjengah Perpustakaan Awam Negeri Kelantan dengan hajat untuk menatap wajah manis suci bersih si muslimah Oki Setiana Dewi a.k.a Anna Althafunnisa dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Mungkin Allah bagi peluang tersebut, memandangkan malam tadi sudah terlepas menghadiri "Bicara Selebriti" bersama beliau dan selebriti lain. Puas dipujuk si Abah untuk menemani, namun hampa. hukhuk..
Tapi tadi, saje cuba2 menjenguk dan tak sangka boleh tengok Oki depan mata. Sebelum ni, pernah tengok wajah manis ni dalam filem tu, tapi tak pernah pula tengok filem tu sampai habis. Okey nampaknya kena godek2 external kalau2 filem tu ada lagi.
Anyway, beliau muslimah pilihan yang boleh menjadi contoh pada wanita lain. =)
Nah! berbaloi juga bersesak-sesak nak minta autograf tadi. I bought her books which belum pernah ku temui kat mana2 bookstore kat Malaysia ni. Ada ke?

Another book kat belah kanan tu pun baru beli tadi. "Fanzuru" karya akhi Hilal Asyraf. Rasa macam nak borong je semua buku beliau yang ada tadi, tapi kondisi uwang tak mengizinkan. hehe..Seriously, saya memang addicted bila tengok buku2 camni. Terus jadi tamak nak borong. Haha. Rasanya itu lebih baik, dibandingkan rasa tamak waktu sebelum 'sekarang' yang hanya menggelupur saat melihat novel2 cinta jiwang dan romantik, yang pasti tidak ada tarbiahnya di situ dan hanya melalaikan jiwa yang rapuh.
Pada saya, biar bertimbun buku yang dibeli, biar beribu wang ringgit dihabiskan, biar masa terlalu cemburu untuk membiar kita menatap buku2 itu, biar bertahun buku itu dijadikan hiasan... ia tetap berharga dan punya ilmu yang bermanfaat. Suatu saat nanti, saya akan memerlukan buku2 itu. Pasti.


"Untuk menyempurnakan sesuatu proses itu, ia perlu dilakukan step by step, tidak boleh langsung menuju ke puncak. Pabila kita sudah sampai ke puncak, mengingat kembali langkah2 kita yang terdahulu itu adalah suatu nikmat nan indah." [Oki, 2012]

2 buah buku ni pun masih belum khatam. untuk stok di rumah. stok kat ipsah ada bertimbun lagi yang tak tersentuh. "Denyut Kasih Medik" tu mungkin paling sesuai untuk tatapan bakal2 doktor yang jihadnya demi agama Allah. kenapa saya baca? err..sebab..masih teringatkan cita-cita dahulu yang tak menjadi kenyataan, malah bersimpang jauh dari jalannya. =.=




Notakaki: tadi jadi cikgu ganti kat karisma. unexpected. ajar pupils year 2 and 3. sains. sedari itu, aku belajar bahawa menjadi guru itu bukannya mudah. susah.

No comments: