Wabisah bin Ma'bad melaporkan, "Saya pernah datang bertemu dengan Rasulullah SAW. Kemudian beliau bertanya kepada saya, 'Saudara datang ini hendak bertanya berkaitan kebaikankah?' Saya menjawab, 'Benar'. Lantas Baginda berkata, 'Tanyalah hati saudara. Sebenarnya kebaikan itu adalah perkara yang apabila saudara melakukannya, jiwa dan hati saudara berasa tenang. Walaupun saudara bertanyakan hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan perkara yang saudara rasakan itu. Manakala kejahatan dan dosa itu pula adalah apabila saudara tidak tenang dan saudara berasa teragak-agak dan risau dalam hati. Walaupun saudara bertanya hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan apa yang saudara rasakan itu."
Kebaikan itu adalah apabila kita melakukannya, jiwa dan hati menjadi tenang. Manakala kejahatan dan dosa itu pula adalah apabila kita tidak tenang dan berasa teragak-agak dalam hati.
hmm. true. sepatutnya itu yang kita rasa bila nak buat baik or buat jahat. tapi kalau tengok zaman sekarang ni, berapa kerat je yang betul2 rasa macam tu? rasanya tak salah kalau saya tukar tempat perkataan "kebaikan" tu duk kat tempat perkataan "kejahatan" dan sebaliknya. sebab ape saya kata macam tu? sebab manusia di sekeliling saya sekarang punya pelbagai ragam. yang benar2 seperti bicara Rasulullah itu tidak mengapa. Yang dibimbanginya yang tidak seperti itu. yang melakukan kebaikan dalam keterpaksaan dan melakukan kejahatan dalam kerelaan.
Ada orang bila diajak berbuat kebaikan, diajak berjuang di jalan Allah, diajak sama2 mengumpul saham pahala untuk akhirat, terus teruja wajahnya. Berebut-rebut mengambil tempat takut tidak sempat sampai kepadanya. Tak perlu dipujuk, diayat bahkan dipaksa. Tak perlu. Semuanya dengan rela, ikhlas dengan senyuman terhias indah. Dan orang seperti ini saat diajak ke arah kejahatan, hatinya mula berbelah bagi. Gentar dan takut. Sebolehnya dicuba untuk memberi pelbagai alasan untuk menolak dengan baik, dalam masa yang sama ingin menjaga hati manusia lain. Berbahagialah orang seperti ini. Bukan mudah untuk mencari golongan ini. Hanya terselit satu di antara sepuluh mungkin. Aku harapkan diriku juga berada di sini.
Golongan yang lain pula, saat diajak berbuat kebaikan, akalnya pantas mencari helah. Memikirkan seribu satu alasan yang kadangkala alasan itu kedengaran seperti memperbodohkan diri sendiri. Diri sendiri dimalukan oleh tuannya sendiri. Alasan2 cliche yang sudah lapuk ditelan zaman diluput generasi masih diguna pakai hingga sekarang. Pasti hebat sekali golongan ini. Ideanya yang konon bernas dapat menyelamatkan diri dari ditarbiah atau didakwah. Tetapi mengapa saat anggota badan ingin melakukan kejahatan, mereka tidak pernah cuba untuk berhenti? Sebaliknya sangat suka untuk meneruskan, enjoy katanya. Boleh release tension katanya. Lagi macam2 katanya. Tidak pernah mereka cuba untuk mencari alasan untuk menolaknya, walau hanya satu. Usah terlalu sombong dengan Allah. Usah terlalu sombong untuk menabur bakti pada jalan ad-Din seolah-olah dunia ini kita yang punya. Tidak ada satu pun di dunia ini milik kita yang hina ini, melainkan hanya amal yang akan dibawa ke akhirat nanti.
Entah mengapa terasa mahu bicara soal ini hari ini. Saya pernah berada dalam golongan kedua ini. Dan tidak dinafikan sekarang mungkin masih belum terhapus bersih, tapi insyaAllah sebelah kaki sudah berada dalam golongan pertama. Pokok pangkalnya tanya pada hati kita, iman kita. Berfikir dengan akal sahaja tidak cukup, jika tidak disandarkan dengan iman dan hati. Teringat pengisian ISK dari kakak fasi semalam. Katanya, Allah dah beri hidayah pada kita, cuma kita yang tak ingin mengambilnya. Lalu mengapa kita masih menyalahkan Allah kerana tidak memberi hidayah? Pada saya, hidayah itu bukan hanya 'sesuatu' yang datang dalam keadaan yang 'dushdush' sahaja, ajakan atau undangan untuk berbuat kebaikan juga adalah hidayah. Setiap kebaikan itu adalah hidayah. Hidayah yang mana telah Allah sampaikan melalu perantara seperti sahabat, keluarga atau mungkin orang yang tak pernah kita kenali.
"Aku tidak pernah rasa sedih ketika matahari terbenam kecuali kerana aku
risau umurku ini makin meningkat tapi amalku masih belum bertambah.."
(Imam Al-Ghazali)
No comments:
Post a Comment