In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan dan Undangan


Alhamdulillah 'ala kulli hal
hari ni masuk hari ke-5 puasa
tidak berkesempatan untuk membuat entri khas Ramadhan di awal waktu lantaran kekangan masa dan connection internet yang tak mengizinkan
alhamdulillah juga atas kesempatan menyambut Ramadhan bersama keluarga tercinta di kampung
puas walaupun cuma sebentar saja

Marhaban Ya Ramadhan!! Ahlan Wasahlan Wamarhaban bikum!

saat Ramadhan membuka tirai, hati mula mencongak sesuatu.
minda mula merencana azam dan agenda sepanjang Ramadhan.
saban tahun aku begini, merencana untuk berbuat itu dan ini
walaupun tak semuanya termakbul dengan jayanya
dek kerana kekangan waktu, komitmen lain dan keuzuran yang membantutkan perancangan
tapi sekurang-kurangnya perancangan itu harus ada
perancangan agar Ramadhan penuh barakah ini tidak sama seperti bulan-bulan lain
agar 30 hari bersamanya tidak sama seperti 30 hari yang lain
segala-galanya harus lebih, dan lebih, dan lebih lagi
dengan harapan pahala dan keberkatan juga akan lebih InsyaAllah

jujur aku akui, sejak menyandang gelaran mahasiswa 3 tahun lalu
Ramadhan yang dilalui banyak yang berubah, jika dibandingkan dengan zaman bangku sekolah dulu
30 juzuk Al-Quran masih sempat dikhatamkan, malah solat terawih juga tidak ditinggalkan.
cuma bezanya, Ramadhan dulu lebih kepada penghayatan yang disampaikan melalui ajaran ummi abah
tidak sepenuhnya faham tapi hanya tahu mengikut
ingat lagi dulu-dulu, tiap kali tibanya Ramadhan jari kecilku sibuk menghisab ganjaran yang bakal diterima
satu juzuk satu ringgit dari ummi, manakala satu juzuk dua ringgit dari abah
dan mataku mula juling membayangkan duit di pagi raya nanti

tapi Ramadhan kini jauh bezanya dengan  yang dulu
usia semakin meningkat dewasa, seiring dengan kematangan jiwa dan pemikiran
tiada guna bersungguh menikmati Ramadhan andai mengharapkan ganjaran dunia semata-mata
membuta tuli tidak mengerti erti sebenar sebuah bulan mulia
kalaulah dulu aku lebih mengerti Ramadhan yang sebenar
kalaulah dulu usiaku tidak hanya sia-sia  :(

teringat pertanyaan dari Kak Naia masa Ihya' Ramadhan seminggu yang  lalu

"siapa yang excited nak sambut puasa tahun ni?
  siapa yang rasa puasa tahun ni tak sama dengan tahun-tahun lepas?"

terasa.
tersentuh dengan pertanyaan itu. hati hanya mengiyakan.
beza jiwa yang ditarbiah dan tidak ditarbiah tatkala menyambut Ramadhan itu tak sama.
kalau sama, maka rugi sekali orang yang ditarbiah itu.
tidak mahu bercoleteh panjang soal ini
biar aku sendiri menikmatinya dahulu
kelak ada rezeki akan aku khabarkan kembali pada kalian



+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +

yang paling latest adalah pagi tadi

"Undangan Majlis Perkahwinan si Adam dan si Hawa"

yeahhh. almost everyday dapat event invitation untuk wedding dalam fb
nampaknya lebaran ini penuh dengan undangan
and hampir semuanya dari sahabat2 sebangku sekolah dahulu. sebaya. seumur. seangkatan.
dan semuanya secara mengejut tak ada tak ada ribut
pandai benar mereka berahsia ya.

yang paling terkesan adalah sahabat baik sendiri
yang kini menjadi mahasiswa Egypt
kesedihan melampaui kegembiraan yang sepatutnya dikongsi bersama
apakan daya, bukanku pinta rasa itu untuk hadir
bukan tidak senang melihat sahabat bahagia, aku senang.
masakan aku dapat menghalangnya untuk menyempurnakan sebagian dari agamanya
kelak nanti giliranku juga pasti tiba jika jodoh masih ada

sehari sebelum bertemu Ramadhan hari itu, sempat bertemu mata dengan sahabat ini
bergurau senda bertepuk tampar bergelak ketawa
mungkin itu yang terakhir sebelum dia menjadi Puan
di tengah keriuhan itu, acap kali sepasang mata ini terasa panas
namun ditahan seteguh mungkin khuatir akan merosakkan kegembiraan insan tersayang
saat ditanya olehnya mengapa aku sedih
sekali lagi mata ini panas, berkaca-kaca
dipandang dua lagi sahabat yang menemani mohon dibantu
bernasib baik bila ada yang membantu memberi jawapan ringkas
yang mungkin bukan jawapan yang diperlukan oleh si penanya

lantas aku terus diusik tentang ke-sensitif-an emosi yang makin kronik dan tragis
aku bukan fadh yang dulu
yang keras dan berhati batu
yang airmata itu bukan kegemarannya, malah mungkin sesuai dijadikan musuhnya
fadh yang kini pantang diusik dan dicucuk
maka airmata mula tewas pada senyuman palsu di bibir
juga turut disindir manja oleh mereka
saat melihat kasut pink tersarung di kaki
bukan kasut yang menjadi soalnya, tetapi pink itu
pink yang paling aku benci suatu ketika dulu
kini menjadi koleksi peribadi

aku tahu ramai yang memandang aneh meminta jawapan dariku
jawapannya ada pada Dia yang telah mengubahku hingga begini
dengan rahmat dan taufiq yang telah Dia hamparkan padaku
aku menjadi seperti hari ini

apapun, sekalung tahniah dariku buat sahabat sekalian
moga kalian menjadi wanita solehah idaman mujahid untuk menghuni bahtera rumahtangga kelak
dan bidadari penghias syurga hendaknya
barakallahulakum
asiah_asilah_najiha_kak najwa_kak azimah_kak suzila
=))



maaf entri kali ini agak merapik
lebih kepada luahan emosi lagaknya
pantang ditinggal lama, pasti aku kekok untuk menulis
maklum saja bukan penulis hebat
aku cemburu melihat cik farmasi gigih benar menulis hampir saban hari
hehehe..

Thursday, July 19, 2012

Infaq Pre-Ramadhan

"nak infaq wang ringgit pun dah susah, apa salahnya kita infaqkan darah sekali sekala"
[anonymous, 2012]


yup, so true.
kadang-kadang kita ni susah nak tolong orang especially dari segi harta dan wang ringgit.
bab nak sedekah barang-barang terpakai tu laju la pulak kan.
kita ni susah nak jadi hamba yang bersyukur sebenarnya.
bila sudah puas menikmati nikmat yang Allah bagi, senang-senang mau campak sana sini.
aku tidak anggap memberi yang terpakai itu hina. tidak.
tapi apa salahnya sekali sekala kita bagi orang benda baru, atau bagi wang ringgit supaya boleh dibeli yang baru.
agar nikmat yang Allah bagi fresh2 pada kita tu orang lain pun boleh rasa fresh2 macam yang kita rasa.
bukan hanya sekadar merasa sisa saki baki kita.


when it comes to donating the blood
it's not easy for those yang for me, i regard as "kurang sensitiviti" (no offence)
ops, kecuali mereka2 yang memang tak cukup syarat untuk menderma la
teringat siang tadi ada seorang lecturer tu tunjuk buku rekod derma darah beliau yang dah hampir lumat
yang latest beliau menderma direkodkan pada kedudukan senarai ke-38
Allah, tertampar bisu mata yang melihat.  o_o
katanya jadikan buku kecil miliknya itu sebagai pembakar semangat
dalam diam, aku mencanang azam sendiri.


ah, andai saja kalian di luar sana lebih mengetahui, betapa yang memerlukan itu sangat perlu akan kalian yang yang masih segar bugar Allah jaga dan pelihara.

"Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya." 
( Al-Maidah : 32)


bukankah Muslim sesama Muslim itu bersaudara dan saling membantu ketika kesusahan?
bukankah umat Muhammad itu umat yang penyayang dan tidak sombong dengan umat lain?
tapi apa yang aku lihat tadi bukanlah yang Muslim mendahului, malah yang Muslim inilah terlebih dahulu mengundur diri,
dan mata yang melihat ini terasa sangat malu untuk terus melihat.


well, boleh dikatakan aku sendiri kurang memberi pada yang memerlukan dari segi wang ringgit ni
and that is why aku memilih darah sebagai medium untuk memberi
padaku ia lebih mudah dan mungkin lebih bernilai
dan mungkin ianya sebaik-baik sedekah, insyaAllah.
sekantung darah itu mungkin saja mampu menyelamatkan banyak nyawa. siapa tahu itu.
walaupun aku sedar kelak nanti jasad ini akan bertambah kemontelannya
tidak mengapa selagi aku masih sihat.
walaupun Ummi selalu bising takut anak daranya ini mengembang
aku hanya memekakkan telinga dengan alasan tak apa boleh exercise. hehe
dan Ummi akhirnya hanya membiarkan aku sendiri.


tadi sementara menunggu giliran, sempat berbicara dengan seorang sahabat.
menghubungkaitkan soal darah dengan sedekah atau infaq.
sehingga amalan itu boleh jadi suatu keseronokan yang ditunggu-tunggu.
dan menjadi kesedihan bila niat suci murni kena 'reject' dek tuan doktor.
alangkah baiknya andai semua yang Allah suka kita pun suka
alangkah hebatnya hidup andai semua yang Allah suka menjadikan hidup kita hidup
katanya lagi, mana tahu di kedepan hari nanti kita pula yang memerlukan
jadi apa salahnya kita menabung dahulu selagi kita sihat, kelak nanti bila terbaring tabungan itu akan kembali membantu kita harapnya. InsyaAllah.



Sabda Rasulullah s.a.w yang dikhabarkan daripada 'Abdullah bin 'Umar r.a:
"Seorang muslim itu adalah saudara seorang muslim yang lain. Dia tidak boleh berbuat aniaya dan menyakiti saudaranya tersebut. Barangsiapa yang menanggung (menolong) hajat saudaranya, maka Allah pun akan menanggung (menolong) hajatnya. Barangsiapa yang melepaskan salah satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahannya di antara kesusahan-kesusahan hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim, maka pada hari Kiamat kelak Allah akan menutupi aibnya."
[hadis riwayat Bukhari]




























notakaki: 
mereka sangat-sangat memerlukan darah jenis negatif
sekian.


Tuesday, July 17, 2012

Jahiliyah


warning: entri ini terbengkalai sejak seminggu yang lalu dan disambung kembali pada hari ini.


alhamdulillah baru balik dari ditarbiah
kadang-kadang halaqah bersama ahli usrah sekali seminggu terasa tidak cukup
banyak yang perlu dibicarakan dan dikongsi
barangkali ada saja yang tidak menyenangi 'kegiatan' kami ni
yang tidak berkemudi dengan kapal yang sama dengan kami
kalian yang berkongsi nakhoda yang sama mungkin mengerti
bagaimana manisnya menikmati sebuah tarbiyah
yang tidak semua orang dapat merasa nikmatnya
kami yang merasainya suatu hari nanti boleh jadi terkena diabetes
dek kerana kehangatan cinta Allah dan ke'sweet'an bercinta denganNya
:D


tadi, belum sempat aku meletakkan hati dalam halaqah usrah
handphone bergetar membawa masuk satu panggilan dari seseorang

"hello assalamualaikum"
"waalaikumussalam.. you kat mana?"
"i ada usrah nie.. you call esok la.."
"usrah? hahaha.. klasik betul you nie. sejak bila main usrah2 nie?"
"laa dah lama la orang join."
"takpela kalau macam tu, ok ok baiiiiii.." tutt.. tutt.. tutt..

senyum dalam hati. sabar jela makcik ni.
aku tidak peduli sebenarnya apa yang diucap olehnya
sudah lali, sudah kebal dengan respon sebegini
biarlah mereka selagi mana mereka tidak menaiki bahtera bersamaku
selagi itu aku mengerti perasaan berada di tempat mereka
kerana aku juga pernah begitu
memandang enteng pada manusia yang hanyut berkasih dengan sang pencipta
namun sibuk memuji manusia yang lemas dalam cinta duniawi
aku tahu

ku titipkan doa agar mereka yang lemas itu akan hanyut dalam lautan Ilahi
lebih dari apa yang ku rasa.


+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +


pengisian usrah tadi menyentuh pelbagai isu
isu solat, dakwah, sahabat, tarbiah, nikmat dan jahiliah
tapi yang paling menyentap hati penulis adalah isu jahiliah

-jahiliah-

aku pernah terbaca sebuah artikel dalam majalah Jom! karya seorang penulis
beliau mengumpamakan jahiliah itu ibarat gula-gula getah yang melekat pada tapak kasut
sangat menjengkelkan bilamana kita melihat gula-gula getah tersebut melangkah bersama kita
terasa sangat 'annoyed' sewaktu berjalan
bila dibuang, sisa dan bekasnya masih lagi berbekas di tapak kasut
tidak banyak namun kita masih tidak selesa

begitulah jahiliah
melekatnya pada kita menjadikan kita semakin jauh dengan akhirat
jauh dengan perkara-perkara lagha dan melalaikan
seronok, happening, dan cool... tapi sia-sia
untuk mencari Tuhan jahiliah harus dilepaskan
bukan senang untuk membuang jahiliah dari hati kita
perlu pada mujahadah dan istiqamah yang sangat kental
proses penyucian 'gula-gula getah' itu perlukan waktu
hingga sisanya tidak melekat walau sebesar zarah

saban hari aku lihat bagaimana mereka yang mencari Allah ini menempuh hidup mereka dengan mujahadah
dan aku juga lihat bagaimana mereka yang lupa akhirat hanyut dengan dunia mereka

di saat orang lain gigih menepis hiburan lagha milik duniawi, kita pula sibuk mencari hiburan sesat untuk santapan rohani.
di saat orang lain berusaha mencari alternatif untuk mengisi ruang waktu dengan kebaikan, kita pula gigih merencana perkara sia-sia untuk diisi pada waktu kelapangan.
orang lain bermujahadah mengimarahkan masjid, kita pula senang-senang melangkah ke lembah hina.
orang lain sedaya upaya melawan nafsu iblis, kita dengan mudahnya menyerah diri pada iblis durjana itu.
mereka di sana tertutup indah, kita di sini masih tanpa segan silu dedah sana sini.

Allah.. bukan ingin mengeji atau memandang enteng, cuma sekadar membanding beza diri sendiri dengan mereka insan bertuah itu- bertuah dianugerahi 'hadiah' yang superduper hebat dari Rabb
dan aku mungkin masih jauh dari mereka
harapnya suatu saat nanti bisa melekat terus padanya
tapi bukan melekat dengan jahiliah, sebaliknya keredhaan dari si Dia.

kata Kak Naia, andai ada sesuatu yang masih mendekatkan kita dengan jahiliah, maka buanglah ia jauh-jauh.
jauh dari hati, iman dan jasad kita.

teringat pada pengalaman beberapa sahabat yang sanggup berkorban untuk membuang jahiliah dari diri mereka, yakni sesuatu yang sangat disayangi.
tidak semudah yang kita lihat. hakikatnya ia perlukan kekuatan semaksimum mungkin.
bukan senang nak nyahkan sesuatu yang dah jadi darah daging kita selama ini.
menangis berbaldi-baldi (exaggerate sikit,hee) pun tidak mungkin bisa menenangkan hati begitu mudah.

nak sesuatu yang hebat dari Dia kena la buat pengorbanan sikit.
tak rugi sikit pun sebab nanti akan Dia gantikan dengan yang jauh lebih baik dan terbaik.
music, movies, gadgets, cintan cintun etc tu sebenarnya tak sebaik hadiah dari Dia lagi.
sebab hadiah si Dia ni jauh lebih manis, mengasyikkan dan membuai perasaan.
tak caya?
cubalah! ^^




**
tadi baru sahaja men'cuci' lappy dari jahiliah
beratus-ratus files music dah selamat masuk recycle bin
Alhamdulillah
tu semua kenangan jahiliah yang tak akan aku kenang dengan kemanisan


last few weeks my phone rosak and kena repair
lepas dapat balik terkejut tengok isi phone suci bersih
rasa macam nak p cekik ja apek kat kedai tu
rasa nak nangis tengok phone kosong bagai baru dibeli
tapi bila fikir balik, ada baiknya juga
kalau harapkan aku untuk cuci sendiri memang tak la
sebabnya phone itu punya sentimental valuenya
but then, i was glad it wasn't there anymore
kerana ia adalah jahiliahku  T.T
Alhamdulillah 'ala kulli hal

Thursday, July 5, 2012

15 Hari Mendatang

lewat asar tadi handphone berbunyi membawa khabar dari ummi
bukan khabar sebenarnya tapi lebih kepada ingatan
ingatan pada si anak

"nanti jangan lupa baca yasin."

:)

untung punya ibu seperti ummi
di rumah selalu sahaja menerima ingatan dari beliau
tiap kali tiba hari-hari penting dalam kalendar hijrah.
jika waktu maghrib tadi aku di rumah
pasti diajak untuk bersamanya di kamar solat
demi memastikan si anak turut serta melantun ayat-ayat Allah.

hingga hari ini
hampir 3 tahun aku di perantauan
beliau tidak pernah lupa memberi ingatan, panduan dan nasihat
paling kurang dengan menitipkan pesanan ringkas menerusi sms

jika tiada ummi, pasti aku lebih banyak membuta tuli dalam agama.
buat itu dan ini hanya kerana melihat ramai orang menghebah di sana sini
jika tiada ummi, aku seringkali lupa dan alpa
untung ada ummi
harapnya imamku kelak seperti ummi juga
yang sering mengingatkan di saat Allah memberi tawaran istimewa seperti hari ini
di saat Allah tawarkan pahala yang berganda-ganda dari sediakala
dan yang paling penting,
dia mengingatkan aku pada setiap saat dan hela nafas hidup ini
bahawa rahmat dan cinta dan redha Rabb itu pasti ada di setiap waktu
hanya tinggal kita yang mahu atau tidak.
:)


+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +


hari ini ada yang berkelakuan lain dari biasa, tidak sedikit mungkin sahaja ramai
tidak seperti hari-hari biasa.

hari ini ada yang sibuk menggeledah almari atau kotak
semata-mata ingin mencari senaskhah surat cinta
yang selama ini dibiar berdebu atau masih berbau kedai
semata-mata hari ini sedikit lebih istimewa dari hari lain
kononnya telinga mereka menangkap khabar
bahawa hari ini hari yang penuh barakah dan rahmah

tadi mata penulis sempat terpaku pada status facebook milik seseorang
katanya naskhah surat cinta itu sudah berdebu
kerana tiada yang memaksanya untuk melontar ayat pada naskhah itu
tidak seperti ketika dia di halaman kampung
sering ada yang memaksa.

lalu aku jadi berfikir,
mengapa harus ada yang memaksa sedangkan jasad sendiri sudah mampu membuat keputusan sendiri
memaksa tidak sama dengan ertinya dengan menegur atau menasihati
memaksa itu seolah-olah kita terlalu sombong untuk melakukannya
walhal itu adalah kewajipan setiap hamba
paksaan akan hanya meletakkan naskhah suci itu di ingatan
bahawa hanya pada waktu sekian-sekian kita butuh akan ia
waktu-waktu istimewa seperti hari ini
tetapi jika naskhah itu sentiasa lekat di hati
tidak perlu lagi ada yang memaksa
kerana hati kita sentiasa perlu akan ia
ia yang sentiasa menjadi kompas untuk menunjuk arah hidup
yang bilamana ia ditinggalkan, hati mula terasa rindu.
bukan hanya untuk hari ini.


On This Night! 
By Abdullah Rasool
via Mufti Ismail Menk


Strange how on this night we seek forgiveness yet we are supposed to be doing so every night. 


Strange how on this night we read extra prayers yet every night we don't even read what is obligatory.

Strange how on this night we become good Muslims yet we are supposed to be so throughout our lives.

Strange how on this night we remember that Allah descends to the lowest heaven yet He does so every single night.

Strange how on this night the Masjid is full yet it should be full every night.

Strange how on this night we go to the lecture but never attend the shorter lectures every week.

Strange how on this night we spread that seven types of people won't achieve Mercy of Allah yet it is the case every night.

Strange how on this night we make so much duaa yet we are supposed to be doing so every night.

Strange how on this night we visit graveyards and remember the dead yet we are supposed to be doing that throughout the year.

Strange how on this night we ask Allah to free us from hell yet we are supposed to be asking that every night.

Strange how on this night we spread that the books are renewed for the year yet we know that that happens on laylatul qadar.

Strange how on this night we cling to the most strongly debated narration yet everyday we ignore the unanimously agreed ones!

Strange how we have become seasonal Muslims, clinging onto innovated big nights yet every night is a BIG NIGHT.

Strange how we become angry and furious when reminded to be true every single day and not just one day yet we are happy to forward fabrications without clarifying.

Forgive me today and every single day.




dan hari ini genap 15 hari untuk kita bertemu Ramadhan
peluang untuk mensuci diri dari lumur dosa dan maksiat
untuk membalut jasad dan hati dengan iman setebal yang mungkin
setelah taubat dan keampunan dipohon dariNya

hari ini Nisfu Syaaban :)

subhanallah. alhamdulillah. laailaahaillallah. allhuakbar walillahil hamd.
astaghfirullahallazi lailaha illa huwalhayyul qayyum wa atubuilaih.




berpuisi entah ape2 di tengah pagi buta ni
mungkin kerana sejuk hujan membasahi bumi
dan salakan anjing yang menemani
buat aku jadi begini  =.=



Tuesday, July 3, 2012

Jodoh dan Kahwin

scroll down... scroll down...
down.. and down..
news feed facebook penuh dengan gambar Irma Hasmie kahwin
undeniably, hati sedikit terusik melihat pasangan itu.
jeles? bukan. marah? bukan juga.
nak kahwin juga? ehh! pun bukan laaa.
dah tu? biarla. nothing.
=.="



nak cakap soal jodoh la sikit hari ni boleh? (maaf hari ni aku terlebih jiwang)


sekarang ni fenomena orang kahwin muda a.k.a kahwin awal
dan yang belum kahwin mesti terasa miang-miang padi juga
oucchh!!

minggu ni sahaja sudah 3 orang sahabat Maahad membina masjid.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Barakallahulakuma wa barakah 'alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair



ingat lagi masa kecik-kecik dulu
"awak nak kahwin dengan orang yang macam mana?"
"saya nak lelaki yang hensem, kaya, tinggi, smart, manis, bla.. bla.. bla.."

kalau lelaki pula, pasti dijawabnya
"aku nak perempuan cantik, cun melecun, putih melepak, ramping, cerdik, bla.. bla..."

dan sekarang, list tu entah kemana.
sekarang sudah dewasa, sudah matang, sudah boleh buat decision, sudah mampu bina masa depan.
sekarang hanya mahu seorang Islam, seorang mukmin yang beriman.
yang boleh bimbing untuk gapai syurga.
dan boleh tolong kita untuk capai redha Allah.
yang lain sudah dicampak tepi.
kalau dapat pun mungkin sebagai bonus untuk kita

nak hebat lagi, nak yang boleh digelar mujahid Islam.
tapi itu mungkin untuk mereka yang lebih istimewa, yang layak dipanggil mujahidah Islam.
tapi tak salah sebenarnya nak berangan lebih.
buat tambah semangat diri sendiri untuk jadi lebih baik.
agar suatu saat nanti kita tidak malu segan dan rendah diri pada si dia.

apa guna mengharap rembulan jatuh ke riba andai tempat jatuhnya tidak disiap rapi dan elok?
khuatir nanti berkecai jua rembulannya.


"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji pula, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." [24:26]



Allahurabbi..
soal jodoh kalau difikir dan didebat sampai bila tidak akan habis.
sampai nanti yang haram itu jadi yang halal.
sampai nanti separuh dari agamamu sempurna.
hingga akhirnya di syurga mereka bertemu.
itu yang terindah.

Jom!!
jom jadi yang terbaik. bukan hanya untuk dapat yang terbaik atau yang soleh solehah.
tapi untuk lahirkan yang terbaik, soleh dan solehah.

*tiba-tiba rasa sayu bila dengar background song blog ni* T.T





"awak couple ke sekarang?"
"tak. malas saya nak layan benda2 ni. diri saya pun tak betul, takut nanti saya sesatkan orang lain pulak. awak macam mane?"
"kan saya dah cakap dulu."
"cakap apa?"
"saya nak fokus belajar dulu. tak nak fikir lagi pasal ni semua."



Alhamdulillah. hati mereka Allah pelihara :)