In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Thursday, July 5, 2012

15 Hari Mendatang

lewat asar tadi handphone berbunyi membawa khabar dari ummi
bukan khabar sebenarnya tapi lebih kepada ingatan
ingatan pada si anak

"nanti jangan lupa baca yasin."

:)

untung punya ibu seperti ummi
di rumah selalu sahaja menerima ingatan dari beliau
tiap kali tiba hari-hari penting dalam kalendar hijrah.
jika waktu maghrib tadi aku di rumah
pasti diajak untuk bersamanya di kamar solat
demi memastikan si anak turut serta melantun ayat-ayat Allah.

hingga hari ini
hampir 3 tahun aku di perantauan
beliau tidak pernah lupa memberi ingatan, panduan dan nasihat
paling kurang dengan menitipkan pesanan ringkas menerusi sms

jika tiada ummi, pasti aku lebih banyak membuta tuli dalam agama.
buat itu dan ini hanya kerana melihat ramai orang menghebah di sana sini
jika tiada ummi, aku seringkali lupa dan alpa
untung ada ummi
harapnya imamku kelak seperti ummi juga
yang sering mengingatkan di saat Allah memberi tawaran istimewa seperti hari ini
di saat Allah tawarkan pahala yang berganda-ganda dari sediakala
dan yang paling penting,
dia mengingatkan aku pada setiap saat dan hela nafas hidup ini
bahawa rahmat dan cinta dan redha Rabb itu pasti ada di setiap waktu
hanya tinggal kita yang mahu atau tidak.
:)


+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +


hari ini ada yang berkelakuan lain dari biasa, tidak sedikit mungkin sahaja ramai
tidak seperti hari-hari biasa.

hari ini ada yang sibuk menggeledah almari atau kotak
semata-mata ingin mencari senaskhah surat cinta
yang selama ini dibiar berdebu atau masih berbau kedai
semata-mata hari ini sedikit lebih istimewa dari hari lain
kononnya telinga mereka menangkap khabar
bahawa hari ini hari yang penuh barakah dan rahmah

tadi mata penulis sempat terpaku pada status facebook milik seseorang
katanya naskhah surat cinta itu sudah berdebu
kerana tiada yang memaksanya untuk melontar ayat pada naskhah itu
tidak seperti ketika dia di halaman kampung
sering ada yang memaksa.

lalu aku jadi berfikir,
mengapa harus ada yang memaksa sedangkan jasad sendiri sudah mampu membuat keputusan sendiri
memaksa tidak sama dengan ertinya dengan menegur atau menasihati
memaksa itu seolah-olah kita terlalu sombong untuk melakukannya
walhal itu adalah kewajipan setiap hamba
paksaan akan hanya meletakkan naskhah suci itu di ingatan
bahawa hanya pada waktu sekian-sekian kita butuh akan ia
waktu-waktu istimewa seperti hari ini
tetapi jika naskhah itu sentiasa lekat di hati
tidak perlu lagi ada yang memaksa
kerana hati kita sentiasa perlu akan ia
ia yang sentiasa menjadi kompas untuk menunjuk arah hidup
yang bilamana ia ditinggalkan, hati mula terasa rindu.
bukan hanya untuk hari ini.


On This Night! 
By Abdullah Rasool
via Mufti Ismail Menk


Strange how on this night we seek forgiveness yet we are supposed to be doing so every night. 


Strange how on this night we read extra prayers yet every night we don't even read what is obligatory.

Strange how on this night we become good Muslims yet we are supposed to be so throughout our lives.

Strange how on this night we remember that Allah descends to the lowest heaven yet He does so every single night.

Strange how on this night the Masjid is full yet it should be full every night.

Strange how on this night we go to the lecture but never attend the shorter lectures every week.

Strange how on this night we spread that seven types of people won't achieve Mercy of Allah yet it is the case every night.

Strange how on this night we make so much duaa yet we are supposed to be doing so every night.

Strange how on this night we visit graveyards and remember the dead yet we are supposed to be doing that throughout the year.

Strange how on this night we ask Allah to free us from hell yet we are supposed to be asking that every night.

Strange how on this night we spread that the books are renewed for the year yet we know that that happens on laylatul qadar.

Strange how on this night we cling to the most strongly debated narration yet everyday we ignore the unanimously agreed ones!

Strange how we have become seasonal Muslims, clinging onto innovated big nights yet every night is a BIG NIGHT.

Strange how we become angry and furious when reminded to be true every single day and not just one day yet we are happy to forward fabrications without clarifying.

Forgive me today and every single day.




dan hari ini genap 15 hari untuk kita bertemu Ramadhan
peluang untuk mensuci diri dari lumur dosa dan maksiat
untuk membalut jasad dan hati dengan iman setebal yang mungkin
setelah taubat dan keampunan dipohon dariNya

hari ini Nisfu Syaaban :)

subhanallah. alhamdulillah. laailaahaillallah. allhuakbar walillahil hamd.
astaghfirullahallazi lailaha illa huwalhayyul qayyum wa atubuilaih.




berpuisi entah ape2 di tengah pagi buta ni
mungkin kerana sejuk hujan membasahi bumi
dan salakan anjing yang menemani
buat aku jadi begini  =.=



No comments: