Alhamdulillah 'ala kulli hal
hari ni masuk hari ke-5 puasa
tidak berkesempatan untuk membuat entri khas Ramadhan di awal waktu lantaran kekangan masa dan connection internet yang tak mengizinkan
alhamdulillah juga atas kesempatan menyambut Ramadhan bersama keluarga tercinta di kampung
puas walaupun cuma sebentar saja
Marhaban Ya Ramadhan!! Ahlan Wasahlan Wamarhaban bikum!
saat Ramadhan membuka tirai, hati mula mencongak sesuatu.
minda mula merencana azam dan agenda sepanjang Ramadhan.
saban tahun aku begini, merencana untuk berbuat itu dan ini
walaupun tak semuanya termakbul dengan jayanya
dek kerana kekangan waktu, komitmen lain dan keuzuran yang membantutkan perancangan
tapi sekurang-kurangnya perancangan itu harus ada
perancangan agar Ramadhan penuh barakah ini tidak sama seperti bulan-bulan lain
agar 30 hari bersamanya tidak sama seperti 30 hari yang lain
segala-galanya harus lebih, dan lebih, dan lebih lagi
dengan harapan pahala dan keberkatan juga akan lebih InsyaAllah
jujur aku akui, sejak menyandang gelaran mahasiswa 3 tahun lalu
Ramadhan yang dilalui banyak yang berubah, jika dibandingkan dengan zaman bangku sekolah dulu
30 juzuk Al-Quran masih sempat dikhatamkan, malah solat terawih juga tidak ditinggalkan.
cuma bezanya, Ramadhan dulu lebih kepada penghayatan yang disampaikan melalui ajaran ummi abah
tidak sepenuhnya faham tapi hanya tahu mengikut
ingat lagi dulu-dulu, tiap kali tibanya Ramadhan jari kecilku sibuk menghisab ganjaran yang bakal diterima
satu juzuk satu ringgit dari ummi, manakala satu juzuk dua ringgit dari abah
dan mataku mula juling membayangkan duit di pagi raya nanti
tapi Ramadhan kini jauh bezanya dengan yang dulu
usia semakin meningkat dewasa, seiring dengan kematangan jiwa dan pemikiran
tiada guna bersungguh menikmati Ramadhan andai mengharapkan ganjaran dunia semata-mata
membuta tuli tidak mengerti erti sebenar sebuah bulan mulia
kalaulah dulu aku lebih mengerti Ramadhan yang sebenar
kalaulah dulu usiaku tidak hanya sia-sia :(
teringat pertanyaan dari Kak Naia masa Ihya' Ramadhan seminggu yang lalu
"siapa yang excited nak sambut puasa tahun ni?
siapa yang rasa puasa tahun ni tak sama dengan tahun-tahun lepas?"
terasa.
tersentuh dengan pertanyaan itu. hati hanya mengiyakan.
beza jiwa yang ditarbiah dan tidak ditarbiah tatkala menyambut Ramadhan itu tak sama.
kalau sama, maka rugi sekali orang yang ditarbiah itu.
tidak mahu bercoleteh panjang soal ini
biar aku sendiri menikmatinya dahulu
kelak ada rezeki akan aku khabarkan kembali pada kalian
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
yang paling latest adalah pagi tadi
"Undangan Majlis Perkahwinan si Adam dan si Hawa"
yeahhh. almost everyday dapat event invitation untuk wedding dalam fb
nampaknya lebaran ini penuh dengan undangan
and hampir semuanya dari sahabat2 sebangku sekolah dahulu. sebaya. seumur. seangkatan.
dan semuanya secara mengejut tak ada tak ada ribut
pandai benar mereka berahsia ya.
yang paling terkesan adalah sahabat baik sendiri
yang kini menjadi mahasiswa Egypt
kesedihan melampaui kegembiraan yang sepatutnya dikongsi bersama
apakan daya, bukanku pinta rasa itu untuk hadir
bukan tidak senang melihat sahabat bahagia, aku senang.
masakan aku dapat menghalangnya untuk menyempurnakan sebagian dari agamanya
kelak nanti giliranku juga pasti tiba jika jodoh masih ada
sehari sebelum bertemu Ramadhan hari itu, sempat bertemu mata dengan sahabat ini
bergurau senda bertepuk tampar bergelak ketawa
mungkin itu yang terakhir sebelum dia menjadi Puan
di tengah keriuhan itu, acap kali sepasang mata ini terasa panas
namun ditahan seteguh mungkin khuatir akan merosakkan kegembiraan insan tersayang
saat ditanya olehnya mengapa aku sedih
sekali lagi mata ini panas, berkaca-kaca
dipandang dua lagi sahabat yang menemani mohon dibantu
bernasib baik bila ada yang membantu memberi jawapan ringkas
yang mungkin bukan jawapan yang diperlukan oleh si penanya
lantas aku terus diusik tentang ke-sensitif-an emosi yang makin kronik dan tragis
aku bukan fadh yang dulu
yang keras dan berhati batu
yang airmata itu bukan kegemarannya, malah mungkin sesuai dijadikan musuhnya
fadh yang kini pantang diusik dan dicucuk
maka airmata mula tewas pada senyuman palsu di bibir
juga turut disindir manja oleh mereka
saat melihat kasut pink tersarung di kaki
bukan kasut yang menjadi soalnya, tetapi pink itu
pink yang paling aku benci suatu ketika dulu
kini menjadi koleksi peribadi
aku tahu ramai yang memandang aneh meminta jawapan dariku
jawapannya ada pada Dia yang telah mengubahku hingga begini
dengan rahmat dan taufiq yang telah Dia hamparkan padaku
aku menjadi seperti hari ini
apapun, sekalung tahniah dariku buat sahabat sekalian
moga kalian menjadi wanita solehah idaman mujahid untuk menghuni bahtera rumahtangga kelak
dan bidadari penghias syurga hendaknya
barakallahulakum
asiah_asilah_najiha_kak najwa_kak azimah_kak suzila
=))
maaf entri kali ini agak merapik
lebih kepada luahan emosi lagaknya
pantang ditinggal lama, pasti aku kekok untuk menulis
maklum saja bukan penulis hebat
aku cemburu melihat cik farmasi gigih benar menulis hampir saban hari
hehehe..
No comments:
Post a Comment