In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Saturday, March 2, 2013

Chocolate Cheese Cake


Ehemm!! baking kek lagi, lagi-lagi kek, asyik-asyik kek. haha. apa nak buat, tuannya suka makan kek. pulak tu suka baking kek, sebab rasa masak kek lagi senang dari masak benda lain dan tak kisah even kena tunggu berjam-jam sampai kek masak dan tunggu lagi berjam-jam untuk kek sejuk sepenuhnya. dan bila kek yang dibuat menjadi, itulah satu kepuasan. dan senyum melebar hingga belakang kepala kalau kek yang menjadi itu mendapat komentar baik dari para pemakan. sebiji kek ni habis tak sampai satu hari. hehe

Abah duk tanya "kek ni nama apa?" entah berapa kali, maklumlah orang-orang berumur bukannya tahu sangat nama kek-kek yang segala bagai tu. rasanya sepanjang terjebak dalam bidang buat kek ni, kek yang pertama kali dibuat dan terus sedap adalah kek ni. yeah, walaupun nampak macam lapisan kek tu tak 'flat and smooth' sangat macam kek para chef tu, just ignore that. rupa tak penting janji sedap. hewhew. 

Sejak berkecimpung dalam kerja baking ni, aku perasan tiap kali nak buat kek, masa yang akan aku ambil adalah waktu tengah malam. waktu yang orang lain dah enak beradu di kamar sementara aku masih ketung-ketang di dapur keseorangan. walaupun dah plan awal-awal nak baking, aku tetap lengah sana-sini nak tunggu waktu tengah malam. mungkin sebab aku tak suka orang tengok aku buat kerja kat dapur, dan aku sangat suka bila orang dalam rumah bangun tidur esoknya kek dah tadaaa depan mata. maksudnya di sini, bila diorang buka saji atas meja, makanan pertama yang ada depan mata adalah kek buatan aku. dan pastinya ummi orang pertama yang rasa kek tu sebab dia yang akan masuk dapur dulu. hehe

Walaupun sukatan gandum dan bahan-bahan berdebu yang lain aku tak ikut sukatan macam dalam resepi asal, Alhamdulillah still sedap. aku derhaka dengan resepi asal sebab aku sukat guna cawan besar, i mean cawan yang sedikit besar dari biasa, jadi kena pandai-pandai tolak tambah sukatan untuk bahan lain jugak. well, this is my firs time doing kek kukus. dan mungkin kesedapannya juga disebabkan kek ini dikukus, tak dibakar macam selalu. kek kukus ni teksturnya lawa, gebu dan lembut. jadi sapa-sapa yang nak try boleh la buat ye. oh ye, resepinya aku tiru bulat-bulat dari blog Kak Izah ni. tak tahu kenapa dalam banyak-banyak resepi yang aku cari, resepi dia yang terpilih. mungkin sebab bahan-bahannya mudah dan ada yang dah tersedia kat rumah. selamat mencuba! xD


3 comments:

Siti said...

sdpnya..salam knl :)

:: ciK TeaChEr :: said...

boleh cube buat.. :)

Dr. Asiah^Yusra said...

Okeh set,i kasi u karipap u kasi i cekelat ciis kek....aci kan...kan....