In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Monday, February 25, 2013

Versus [6:70] : Cure to Heart-ache

Menjadi seorang Muslim dan seorang penganut Islam tidak mudah dan bukan senang. tidak segampang yang dilihat oleh mereka-mereka yang merasakannya sebagai perkara remeh umpama petik jari. hakikat sebenar menjadi golongan yang Allah pilih untuk disinari cahayaNya dalam kegelapan rupanya tak semudah yang dibayangkan.

Bila kita (aku sendiri) diberi fahaman istimewa untuk memahami hakikat sebenar seorang hamba pada tuhan, maka automatik fahaman tersebut cuba diwarisi pada insan sekeliling, lebih-lebih lagi insan rapat dan disayangi. dalam kata mudahnya, dakwah. dan sebab mudahnya untuk berdakwah itu adalah kerana kita mahu mereka dapat apa yang kita dapat, faham apa yang kita faham. dan paling utama, kita nak ajak mereka ke syurga bersama-sama (walaupun sebenarnya kita pun belum pasti syurga itu kita dapat jejak atau tidak). tapi, bukankah syurga itu impian semua tidak kira sehina apa pun kita di dunia ini. 

Namun, kadangkala yang kita rancang, yang kita hajatkan tidak kesampaian. dan saat itu satu perasaan bernama kecewa atau sedih akan datang mengetuk pintu hati. hatta kita (aku jugak sebenarnya) berguling-guling dalam tab mandi sekalipun belum tentu jadi tenang. kadang terasa payah nak husnuzon dengan Dia. tapi benarlah kata para pendokong agama, kitab terhebat tu punya segala macam penyembuh dan penawar untuk mereka yang sakit. tidak kira sakit luar atau sakit dalam. ayat-ayat cinta dariNya memang tidak pernah mengecewakan..

Dan aku sendiri tersenyum di saat mata menatap beberapa baris ayat terjemahan beberapa hari lalu. Nah, rupanya mentadabbur 'novel cinta' ini lebih mudah dari berguling dalam tab mandi.  =D


No comments: