In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful
Saturday, December 3, 2011
Solat: Bertelekung Tetapi Tidak Berpakaian
Sunday, November 27, 2011
1 Muharram 1433H
Friday, November 25, 2011
The wound
“Dua perkara apabila dimiliki oleh seseorang dia dicatat oleh Allah sebagai orang yang bersyukur dan sabar. Dalam urusan agama dia melihat kepada yang lebih tinggi lalu meniru dan mencontohinya. Dalam urusan dunia dia melihat kepada yang lebih bawah lalu bersyukur kepada Allah bahawa dia masih diberi kelebihan.”
(Riwayat Tirmidzi)
" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim "
(Surah Al-Hujurat: ayat 11)
Tuesday, November 22, 2011
Hukum Allah Tiada Kompromi
Assalamualaikum w.b.t
Musim banjir dah tiba. Hujan turun tak mahu berhenti kerana ingin melimpahkan tanah yang gersang dengan air yang mampu meragut nyawa manusia. Oleh itu, hati-hati jaga diri masing2. :)
Okey. Sebenarnya tak nak cakap pasl banjir sebab langsung tak berkait dengan tajuk entri ni. Hehe. Kenapa saya kata hukum Allah tiada kompromi? Yelah, mana boleh tawar menawar macam kat pasar tu. Bila Allah dah kata itu, maka itulah dia. Manusia dah tak boleh pujuk rayu lagi dah untuk kurangkan hukuman atau seksaan. Kenapa Allah kejam sangat sampai tak boleh kompromi? Tidak. Tidak. Tidak. Allah tak pernah kejam terhadap hambaNya. Allah tak kompromi dengan hambaNya sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Walaupun manusia tak boleh terima sesuatu perkara kerana mungkin buruk di matanya, tapi belum tentu buruk di mata Allah. Siapa tahu, yang buruk di mata manusia itulah yang terbaik di mata Allah. Jadi, jangan pernah soal kenapa Allah suruh kita patuh arahan Dia, buat itu dan ini, sebab Allah tahu segalanya. Be positive dengan Allah. Mungkin tiada kompromi itu dapat mengelakkan kita dari perkara2 yang tak elok, contohnya maksiat atau kejahatan. Kita manusia hanya mampu melihat dan berfikir dengan keupayaan kita, tapi tidak mampu menandingi kekuasaan Allah. Dia Maha Melihat segala apa di muka bumi ini.
Cakap soal kompromi ni, ade certain perkara yang boleh Allah kompromi dengan kita. Contohnya soal solat yang mana ada rukhsah (kemudahan) yang diberikan dalam situasi tertentu seperti musafir atau sakit. Begitu juga dalam soal bersuci. Allah bagi rukhsah pada mereka yang sakit sampai tak boleh kena air, jadi terpaksa guna debu untuk bersuci. Allah tak kejam kan? Allah berkompromi dalam soal macam ni sebab Dia tahu memang hambaNya tak mampu nak buat dengan cara biasa. Kalau boleh buat pun mungkin kualiti ibadat tu akan terjejas. Lagi satu, Dia tak nak hambaNya terseksa sehingga mengabaikan ibadat dan kewajipan yang perlu dibuat.
Tapi, salah satu hal yang Allah tak kompromi adalah soal menutup aurat. Kenapa 2 3 hari ni saya asyik cakap pasal aurat je? Ntah la, mungkin sebab perihal tak menutup aurat ni makin menjadi-jadi sekarang. Ramai orang yang selalu buat undang-undang sendiri soal aurat ni. Pandai2 buat kompromi sendiri dengan hukum Allah. Contohnya, soal memakai sarung kaki atau tudung untuk menutup bahagian aurat wanita. Bila nak keluar dari rumah and pergi tempat terbuka tapi dekat sangat dengan rumah, mereka anggap “it’s okay” tak pakai tudung and sarung kaki. Bila pergi kelas, pergi jalan jauh2 boleh pulak nak tutup semua. Tapi, bila nak angkat jemuran di ampaian hilang habis segala yang menutup. Macam tu juga kalau nak pergi kedai dekat rumah. Tudung dah tak ingat nak tutup. Alasannya, “takpe dekat je..bukan ada orang tengok pun”.
Tak terkecuali umi saya sendiri. Bukan niat nak mengaibkan umi sendiri. Bukan. Bukan. Biasa la orang tua atau yang dah berumur, kesedaran soal hukum agama ni kurang sikit. Jadi, kita sebagai anak kena la pandai bagi tunjuk ajar sebab kita ni golongan berilmu, yang boleh belajar macam2 ilmu walau bukan dengan ustaz ustazah, tapi kita tak buta IT. Boleh saje belajar dengan IT. Lain la macam orang2 yang dah berumur, nak tengok skrin pun tak berapa nak nampak. Okey, back to my mom. Actually, umi pun pakai menutup aurat jugak from top to toe. Tapi bila nak keluar dekat2 je, dia dah tak pakai sarung kaki. I dunno what makes her to do so, since I tak pernah tanya. Heee… so, when it comes to my turn, kalau nak pergi dekat2 she always complaining “buat apa sibuk nak pakai sarung kaki, kita nak gi dekat je”. Dan saya hanya menyepi tak tahu nak jawab apa. Tapi, one day, the same thing happen kami siap2 nak balik kampung. Kali ni I decided to say something.
Umi: Alah..nak pakai sarung kaki jugak ke? Tak payah laa.
Anak: La biarla orang nak tutup aurat.
Umi: Tahu, tapi hujan2 ni tak payah la pakai. Nanti basah, kotor.
Anak: Takpela, bukan nak main hujan pun. Umi ni patut bersyukur la orang pakai tutup aurat. Bukan duk complain2 orang.
Umi: (smiling). Yelah umi bersyukur laa ada anak bejurus macam ni.
Then, saya tak menjawab. Umi pun senyap. I hope she understands. Nasib baik baik umi tak touching, kalau tak free2 je jadi anak derhaka. Huhu. Nak tegur orang2 tua kena la pandai guna ayat. Takut nanti ada yang tak boleh terima cara teguran kita. Well, you guys know your mom very well right? :)
Teringat pula satu incident tu, seorang hamba Allah wanita berniat baik untuk menegur sahabatnya yang berpakaian agak tidak proper, lalu beliau membetulkan kawasan leher dan tudung sahabatnya itu untuk menutup bentuk2 yang tidak sepatutnya ditunjukkan in public, sambil bergurau hamba Allah itu berkata, “ishh..tutup sikit dada ni, malu kat orang.” Lalu, si sahabat menjawab, “dah tutup la ni…” Tiba-tiba datang seorang lagi insan terus berkata, “takpela, dah malam ni orang tak nampak nak tengok pun.” Saya yang melihat incident tersebut hanya mampu menggeleng, istighfar banyak2. Terkelu. Kesian tengok mereka ni yang tak memahami sepenuhnya perintah Allah. Padahal, pada pemahaman saya, mereka bukan antara golongan yang jahil soal agama. Mereka tahu cuma tak nak buat. Tunggu hidayah datang katanya.
Kenapa soal malam yang dijadikan sebagai satu kompromi atau kelonggaran untuk menutup aurat? Pernahkah Allah menurunkan perintah bahawa undang2 menutup aurat ni berlainan mengikut waktu dan ketika? Pernahkah Allah kata waktu siang kena tutup dan waktu malam boleh bukak2? Astaghfirullahalazim.. Iya, memang malam tu gelap tapi waktu malam yang biasa kita alami ni, mustahil takde lampu sana sini. Kalau gelap gelita pasti manusia tak akan keluar dari kepompong mereka bukan? Adakah waktu malam itu menghalang mata2 ajnabi dari memandang? Adakah waktu malam itu mata2 mereka dibutakan dan para wanita bebas mendedahkan aurat sana sini? Semestinya tidak wahai wanita. Semoga Allah beri rahmat dan hidayah buat insan2 seperti mereka. Fitrah manusia, sangat suka menghalalkan yang haram dan menghalalkan yang haram. Apa yang Allah kata baik, dianggap buruk. Malah yang Allah terang-terangan kata buruk mereka bersungguh-sungguh menafikannya.
Pokoknya, hukum Allah tak mengira jarak, waktu dan ketika. Dekat atau jauh, Allah sentiasa melihat. Siang atau malam, ‘mata’ Allah sentiasa memerhati. Tak pernah terlepas walau sesaat. Mungkin kita boleh lepas dari mata manusia tapi tidak mata Allah. Pada yang benar2 memahami hukum Allah, janganlah sengaja dibutakan mata dipekakkan telinga. Khuatir nanti Allah menarik nikmat celik dan dengar itu, kerana tak dimanfaatkan sebaik mungkin. Pada yang masih belum memahami, dekatilah jalan yang lurus kerana jalan yang bengkang-bengkok hanya akan menambah kesulitan dalam hidupmu. Kenapa jalan itu yang kamu pilih sedangkan telah tersedia Allah bentangkan jalan yang benar buat kamu? Wallahu’alam.
p/s: penulis tak tahu isi entri match dengan tajuk atau tidak. Sebarang khilaf mohon ditegur ye :)
Sunday, November 20, 2011
Tutup Aurat vs Bungkus Aurat
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menambah entri.
Sebenarnya dah lama terfikir nak buat entri pasal ni, tapi tak tahu where to begin.
Tengah scroll down fb, suddenly someone's status menarik perhatian, which he quoted from other person.
It's about women and aurat, yang dah jadi fenomena umat akhir zaman kita sekarang.
Many women claim that they have covered all the forbidden part of the body perfectly, without acknowledging (or sometimes refuse to acknowledge) that they are actually wrapping their aurat, so tightly.
As we can always see around us, perempuan yang pakai short-sleeves tshirt akan cover their rest of the uncovered arm by wearing inner atau sarung lengan, or most people call it as "handsocks". Orang Kelantan regard this stuff as "stonge".
Bila dah pakai benda alah ni, of course that sarung lengan is ketat and attach to the skin.
Sama juga kalau pakai inner. Nama pun "inner" kan, mesti la dipakai sebelah dalam, bukan sebelah luar.
Begitu juga dengan stokin kaki, ada ke kita pakai stokin kaki yang longgar? Kalau ada pun mungkin hanya di bahagian getah tu je, bukan yang bahagian yang bungkus kaki tu.
Jadi, bila sarung lengan atau inner tersebut dah perfectly menutup lengan which is aurat, these women think that mereka dah selamat dari dosa mendedahkan aurat.
Walhal, fahaman mereka ini sangat2 salah dan tak betul.
Itulah yang kita panggil “bungkus aurat”, yang mana hukumnya sama sahaja seperti tak menutup aurat.
Salah satu sebab Allah suruh kaum wanita untuk tutup aurat adalah kerana nak tutup warna kulit, sekaligus saiz dan bentuk anggota badan tersebut.
Tujuannya supaya dapat halang mata2 yang tak sepatutnya memandang, which later on akan menyebabkan berlakunya zina, rogol, dan sebagainya.
Rasululloh SAW bersabda: “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak punuk onta. Mereka itu tidak masuk surga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau surga itu bisa tercium dari jarak sekian dan sekian.” (HR. Muslim)
So, kaedah bungkus aurat tu tidak benar sama sekali kerana ia tak menepati kehendak syarak agama kita.
Make sure kita “tutup aurat” dengan cara yang betul, yang mana tidak menampakkan warna kulit atau bentuk aurat tersebut.
Atau dengan kata lain, ianya tidak melekat pada kulit which is ketat.
Cara tutup aurat yang betul: longgar dan tidak jarang.
Maknanya, pemilihan sarung lengan atau inner tu adalah tidak tepat kerana tak menepati ciri2 tutup aurat yang Islam anjurkan.
Habis tu nak pakai apa? Adaaa banyakkk.. salah satunya adalah pakai tshirt lengan panjang di sebelah dalam.
"Eeeii nanti panas la pakai tebal2 banyak lapis." Hello awak, panas kat dunia ni apelah sangat. Takkan jadi arang la kalau terbakar kat dunia ni. Tapi, tak risaukah kita kalau di akhirat kelak kita akan jadi arang api neraka? Yang mana satu jadi pilihan?
"Alaaa, kalau pakai tebal2 nampak gemuk la saya. Nanti orang ingat saya memang gemuk, padahal saya kurus je." Again, hello awak, awak nak cantik di mata manusia ke di mata Allah? Atau awak takut takde lelaki yang nak masuk meminang awak? Ish3..Jangan risauuu la awak. Cantikkan diri awak di pandangan Allah dulu. Nanti insyaAllah manusia yang terpilih akan tengok awak jauh lebih cantik dari orang lain. Apa pun, pentingkan Allah dulu. Put Him as your number One my dear.
“Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini.” ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
Masih tak faham lagi apa beza bungkus dengan tutup aurat? Haa, baca simple analogy kat bawah ni. Saya dah minta izin dari akhi kat fesbuk tadi untuk copy status dia. Benda baik apa salahnya kita berkongsi. Here, perbezaan antara "tutup vs bungkus" aurat that should be take noted by all Muslim women outside. Kalau tak faham lagi tak tahu la nak cakap apa lagi. Wallahua’lam.
Kamu TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat? Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.
Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.
Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lg la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.
Maka pilihlah TUTUP.... :-)
Nota kaki: pssstt..dulu saya pun pakai juga handsocks tu sebab kat maktab, kalau nak buat tshirt memang sah akan buat short sleeves. Saya pun tak faham kenapa. Kalau ada long sleeves pun kadang2. But now, saya dah cari alternatif lain. Saya pakai another long sleeves tshirt inside. And I’m comfortable with it. Alhamdulillah. :D
Exam: Lulus atau Gagal??
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah. Dah selamat tiba di rumah, menandakan akan bermulanya cuti hujung sem selama sebulan lebih. And I have to think what to do for this sooo long holiday. Huhu. Maaf sebab tinggalkan taman saya ni terlalu lama hingga berdebu, tumbuh segala rumput lalang. Tuntutan masa yang telalu limited untuk menulis menghalang penulis untuk meluangkan masa walaupun idea banyak mencurah. For past two weeks, duk bergelumang dengan final exam yang mengubah rutin harian 360 degree. Fokus hanyalah untuk exam. Benda2 lain dah tak amik peduli. That is usual rite?
Sebut pasal exam ni, macam2 ragam macam2 karenah manusia boleh kita lihat bila buat preparation untuk exam. Tambah2 kalau yang jenis study last minute, kalut ribut cari buku dan notes sana sini. Makan minum dah tak peduli. Rutin biasa yang makan 3 kali sehari dah digabungkan jadi sekali. Mandi pun entah basah entah tidak. Tidur pun dah jadi luar biasa. Mana taknya, sanggup bergadai waktu tidur semata-mata nak habiskan silibus yang masih berbaki. Sanggup bangun awal2 pagi2 buta, tak pun burn the midnight oil tidur lambat. Even facebook pun yang selama ni sanggup ditinggalkan semata-mata nak hadap buku dan notes yang bertimbun. Dahsyat kan manusia ni? Sanggup buat apa saja asalkan dapat result gempak dalam exam. Yelah, sape yang rela hati berserah diri pada kegagalan bukan?
Tiap kali nak menghadapi exam, kuiz atau apa saja yang melibatkan penilaian atas diri kita, pasti sang manusia sanggup usaha gila2 sampai tahap maksima. EXAM. Salah satu perkara yang manusia takuti kat dunia ni. Tapi hakikatnya, kita lupa bahawa ada exam yang lebih penting daripada exam dunia ini. Exam yang tu jauh lebih penting dari segala exam kat dunia ni. Tahu exam ape? Exam kat akhirat. Exam kat padang mahsyar kelak. Exam yang akan tentukan kita lulus atau gagal. Exam yang akan bawa kita samada ke syurga atau ke neraka. Exam yang akan beri kita nikmat atau azab. Exam yang kalau gagal, tidak ada repeat paper atau tangguh sem lagi dah. Exam yang hanya akan menentukan pengakhiran hidup kita, setelah bertahun-tahun hidup senang-lenang kat dunia.
Sama seperti exam di dunia, exam kat akhirat pun perlukan persediaan. Malah persediaan yang jauh lebih rapi dan lebih banyak dari persediaan exam kat dunia ni. Cuma yang bezanya, kita tak tau bila exam akhirat tu akan tiba sebab Allah tak pernah bagitau. Cuba bayangkan kalau Allah bagitau bila tarikh exam akhirat, pasti kita akan prepare last minute macam exam dunia. Awal2 hidup kita syok enjoy sana sini, merasa segala nikmat dan kekayaan dunia. Bila dah dekat dengan exam akhirat, mula la sibuk beramal ibadat nak tambah pahala. Sebabnya nak lulus masa exam akhirat nanti, atau dengan kata lain nak msuk syurga. Betul tak?
Tapi Allah dah tetapkan yang sebaliknya. Allah tak pernah bagitau bila tarikh exam akhirat sebab nak kita selalu prepare dan tak lupa akan hakikat hidup kita kat dunia ni. Hidup kita bukan untuk senang-lenang tapi kita hidup untuk mati. Hidup untuk syurga atau neraka. Jadi, sebanyak mana preparation yang kita dah buat untuk exam akhirat nanti? Cukupkah nanti bekalan untuk dibawa? Adakah bekalan untuk akhirat nanti setanding dengan bekalan yang kita selalu buat kat dunia ni? Sejauh mana kita kutip ilmu dan ‘study’ untuk exam akhirat kelak?
Pernah tak makan minum kita tak terurus hanya kerana sibuk beribadat pada Allah? Pernah tak tidur kita tak cukup hanya kerana di malam hari kita sibuk bertungkus-lumus ‘study’ nota2 Allah? Pernah tak kita tinggalkan facebook semata-mata untuk bertemu Allah dalam solat 5 waktu? Lihatlah. Berapa ramai manusia yang sanggup bangun di malam hari untuk bermunajat memuji dan mengabdikan diri pada Allah. Berapa ramai manusia yang berkorban segalanya hanya untuk menambah ilmu, amal dan pahala untuk akhirat kelak. Ada, tapi mungkin hanya segelintir saja. Hanya mereka yang benar2 faham akan hakikat hidup sanggup buat apa saja untuk Allah, tapi tidak untuk dunia. Kenapa manusia sanggup buat apa saja untuk kejayaan di dunia tapi tidak untuk kejayaan akhirat.
Gagal di dunia tidak mengapa, kerana masih ada sinar kebahagiaan yang mendatang. Gagal di dunia tidak bermakna gagal segala-galanya. Tapi, gagal di akhirat tidak akan ada pengubatnya lagi. Hanya azab yang menanti. Saat itu tidak ada lagi peluang untuk kembali ke dunia, untuk menambah amal ibadat. Tidak ada lagi peluang yang Allah akan berikan, sebab Allah dah bagi peluang yang tak terhingga masa hidup kat dunia. Peluang untuk belajar demi mendapatkan result yang cemerlang di akhirat nanti. Dan berapa ramai manusia yang benar2 memanfaatkan peluang2 yang Allah beri secara percuma itu? Peluang yang Allah bagi tanpa sebarang yuran pendaftaran atau deposit untuk memasuki institut atau universiti kehidupan kat dunia ini.
So, apa tunggu lagi? Masih belum terlambat untuk kita buat persiapan untuk exam akhirat kelak. Tempoh masa untuk buat preparation exam kat akhirat jauh lebih lama daripada tempoh masa untuk preparation exam kat dunia. Bukan 1 sem, bukan 1 tahun. Tapi, 1 hayat seumur hidup kita. Lama bukan? Manfaatkanlah msa yang kita ada ini sebaiknya. Jangan nanti nak menyesal, meraung dan meratap pun dah tak guna. Entri ni bukan untuk menyindir sesiapa, tapi untuk peringatan diri dan anda semua kerana kita hanyalah manusia yang sering lalai dan lupa. Lupa bahawa hidup ini sementara, dan apa yang kita pelajari dalam hidup ini akan ada ganjaran dan balasannya di akhirat kelak. Wallhua’lam.
Saturday, November 12, 2011
Aku Tak Ingin Punya Hati Seperti Itu
Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.
Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.
Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.
Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.
Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.
Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.
Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.
Hati itu bukan hati aku lagi..
Heal my heart ya Allah..
Bless me with a new heart..
_copied from here_
Pesanan buat hati: Jaga diri hati. Cari rezeki yang halal. Hati-hati.
Wednesday, November 2, 2011
Wordless Wed # 1 Percaya padaNya
Sunday, October 30, 2011
PENAWAR HATI :)
“Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, kan kau jumpakan permata.”
sweet nyeee~~ (^^,)
REMEDY~~
I told you: Do not leave me
You said: 'So remember Me; I will remember you. And be grateful to Me and do not deny Me.' (2:152)
I told you: I'm facing a lot of difficulties in life
You said: 'And whoever fears Allah – He will make for him a way out' (65:2)
I told you: Oh Lord I need hope
You said: 'Indeed, with hardship [will be] ease.' (94:6)
I told you: I have many dreams that I want to come true
You said: 'Call upon Me; I will respond to you.' (40:60)
I told you: Many people hurt me
You said: 'So pardon them and ask forgiveness for them' (3:159)
I told you: I feel I'm alone
You said: 'We are closer to him than [his] jugular vein' (50:16)
I told you: My sins are so many
You said: 'And who can forgive sins except Allah?' (3:135)
_copy from fb_