In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Sunday, November 20, 2011

Exam: Lulus atau Gagal??

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Dah selamat tiba di rumah, menandakan akan bermulanya cuti hujung sem selama sebulan lebih. And I have to think what to do for this sooo long holiday. Huhu. Maaf sebab tinggalkan taman saya ni terlalu lama hingga berdebu, tumbuh segala rumput lalang. Tuntutan masa yang telalu limited untuk menulis menghalang penulis untuk meluangkan masa walaupun idea banyak mencurah. For past two weeks, duk bergelumang dengan final exam yang mengubah rutin harian 360 degree. Fokus hanyalah untuk exam. Benda2 lain dah tak amik peduli. That is usual rite?


Sebut pasal exam ni, macam2 ragam macam2 karenah manusia boleh kita lihat bila buat preparation untuk exam. Tambah2 kalau yang jenis study last minute, kalut ribut cari buku dan notes sana sini. Makan minum dah tak peduli. Rutin biasa yang makan 3 kali sehari dah digabungkan jadi sekali. Mandi pun entah basah entah tidak. Tidur pun dah jadi luar biasa. Mana taknya, sanggup bergadai waktu tidur semata-mata nak habiskan silibus yang masih berbaki. Sanggup bangun awal2 pagi2 buta, tak pun burn the midnight oil tidur lambat. Even facebook pun yang selama ni sanggup ditinggalkan semata-mata nak hadap buku dan notes yang bertimbun. Dahsyat kan manusia ni? Sanggup buat apa saja asalkan dapat result gempak dalam exam. Yelah, sape yang rela hati berserah diri pada kegagalan bukan?


Tiap kali nak menghadapi exam, kuiz atau apa saja yang melibatkan penilaian atas diri kita, pasti sang manusia sanggup usaha gila2 sampai tahap maksima. EXAM. Salah satu perkara yang manusia takuti kat dunia ni. Tapi hakikatnya, kita lupa bahawa ada exam yang lebih penting daripada exam dunia ini. Exam yang tu jauh lebih penting dari segala exam kat dunia ni. Tahu exam ape? Exam kat akhirat. Exam kat padang mahsyar kelak. Exam yang akan tentukan kita lulus atau gagal. Exam yang akan bawa kita samada ke syurga atau ke neraka. Exam yang akan beri kita nikmat atau azab. Exam yang kalau gagal, tidak ada repeat paper atau tangguh sem lagi dah. Exam yang hanya akan menentukan pengakhiran hidup kita, setelah bertahun-tahun hidup senang-lenang kat dunia.


Sama seperti exam di dunia, exam kat akhirat pun perlukan persediaan. Malah persediaan yang jauh lebih rapi dan lebih banyak dari persediaan exam kat dunia ni. Cuma yang bezanya, kita tak tau bila exam akhirat tu akan tiba sebab Allah tak pernah bagitau. Cuba bayangkan kalau Allah bagitau bila tarikh exam akhirat, pasti kita akan prepare last minute macam exam dunia. Awal2 hidup kita syok enjoy sana sini, merasa segala nikmat dan kekayaan dunia. Bila dah dekat dengan exam akhirat, mula la sibuk beramal ibadat nak tambah pahala. Sebabnya nak lulus masa exam akhirat nanti, atau dengan kata lain nak msuk syurga. Betul tak?


Tapi Allah dah tetapkan yang sebaliknya. Allah tak pernah bagitau bila tarikh exam akhirat sebab nak kita selalu prepare dan tak lupa akan hakikat hidup kita kat dunia ni. Hidup kita bukan untuk senang-lenang tapi kita hidup untuk mati. Hidup untuk syurga atau neraka. Jadi, sebanyak mana preparation yang kita dah buat untuk exam akhirat nanti? Cukupkah nanti bekalan untuk dibawa? Adakah bekalan untuk akhirat nanti setanding dengan bekalan yang kita selalu buat kat dunia ni? Sejauh mana kita kutip ilmu dan ‘study’ untuk exam akhirat kelak?


Pernah tak makan minum kita tak terurus hanya kerana sibuk beribadat pada Allah? Pernah tak tidur kita tak cukup hanya kerana di malam hari kita sibuk bertungkus-lumus ‘study’ nota2 Allah? Pernah tak kita tinggalkan facebook semata-mata untuk bertemu Allah dalam solat 5 waktu? Lihatlah. Berapa ramai manusia yang sanggup bangun di malam hari untuk bermunajat memuji dan mengabdikan diri pada Allah. Berapa ramai manusia yang berkorban segalanya hanya untuk menambah ilmu, amal dan pahala untuk akhirat kelak. Ada, tapi mungkin hanya segelintir saja. Hanya mereka yang benar2 faham akan hakikat hidup sanggup buat apa saja untuk Allah, tapi tidak untuk dunia. Kenapa manusia sanggup buat apa saja untuk kejayaan di dunia tapi tidak untuk kejayaan akhirat.


Gagal di dunia tidak mengapa, kerana masih ada sinar kebahagiaan yang mendatang. Gagal di dunia tidak bermakna gagal segala-galanya. Tapi, gagal di akhirat tidak akan ada pengubatnya lagi. Hanya azab yang menanti. Saat itu tidak ada lagi peluang untuk kembali ke dunia, untuk menambah amal ibadat. Tidak ada lagi peluang yang Allah akan berikan, sebab Allah dah bagi peluang yang tak terhingga masa hidup kat dunia. Peluang untuk belajar demi mendapatkan result yang cemerlang di akhirat nanti. Dan berapa ramai manusia yang benar2 memanfaatkan peluang2 yang Allah beri secara percuma itu? Peluang yang Allah bagi tanpa sebarang yuran pendaftaran atau deposit untuk memasuki institut atau universiti kehidupan kat dunia ini.


So, apa tunggu lagi? Masih belum terlambat untuk kita buat persiapan untuk exam akhirat kelak. Tempoh masa untuk buat preparation exam kat akhirat jauh lebih lama daripada tempoh masa untuk preparation exam kat dunia. Bukan 1 sem, bukan 1 tahun. Tapi, 1 hayat seumur hidup kita. Lama bukan? Manfaatkanlah msa yang kita ada ini sebaiknya. Jangan nanti nak menyesal, meraung dan meratap pun dah tak guna. Entri ni bukan untuk menyindir sesiapa, tapi untuk peringatan diri dan anda semua kerana kita hanyalah manusia yang sering lalai dan lupa. Lupa bahawa hidup ini sementara, dan apa yang kita pelajari dalam hidup ini akan ada ganjaran dan balasannya di akhirat kelak. Wallhua’lam.

No comments: