In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Tuesday, November 22, 2011

Hukum Allah Tiada Kompromi

Assalamualaikum w.b.t

Musim banjir dah tiba. Hujan turun tak mahu berhenti kerana ingin melimpahkan tanah yang gersang dengan air yang mampu meragut nyawa manusia. Oleh itu, hati-hati jaga diri masing2. :)


Okey. Sebenarnya tak nak cakap pasl banjir sebab langsung tak berkait dengan tajuk entri ni. Hehe. Kenapa saya kata hukum Allah tiada kompromi? Yelah, mana boleh tawar menawar macam kat pasar tu. Bila Allah dah kata itu, maka itulah dia. Manusia dah tak boleh pujuk rayu lagi dah untuk kurangkan hukuman atau seksaan. Kenapa Allah kejam sangat sampai tak boleh kompromi? Tidak. Tidak. Tidak. Allah tak pernah kejam terhadap hambaNya. Allah tak kompromi dengan hambaNya sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Walaupun manusia tak boleh terima sesuatu perkara kerana mungkin buruk di matanya, tapi belum tentu buruk di mata Allah. Siapa tahu, yang buruk di mata manusia itulah yang terbaik di mata Allah. Jadi, jangan pernah soal kenapa Allah suruh kita patuh arahan Dia, buat itu dan ini, sebab Allah tahu segalanya. Be positive dengan Allah. Mungkin tiada kompromi itu dapat mengelakkan kita dari perkara2 yang tak elok, contohnya maksiat atau kejahatan. Kita manusia hanya mampu melihat dan berfikir dengan keupayaan kita, tapi tidak mampu menandingi kekuasaan Allah. Dia Maha Melihat segala apa di muka bumi ini.


Cakap soal kompromi ni, ade certain perkara yang boleh Allah kompromi dengan kita. Contohnya soal solat yang mana ada rukhsah (kemudahan) yang diberikan dalam situasi tertentu seperti musafir atau sakit. Begitu juga dalam soal bersuci. Allah bagi rukhsah pada mereka yang sakit sampai tak boleh kena air, jadi terpaksa guna debu untuk bersuci. Allah tak kejam kan? Allah berkompromi dalam soal macam ni sebab Dia tahu memang hambaNya tak mampu nak buat dengan cara biasa. Kalau boleh buat pun mungkin kualiti ibadat tu akan terjejas. Lagi satu, Dia tak nak hambaNya terseksa sehingga mengabaikan ibadat dan kewajipan yang perlu dibuat.


Tapi, salah satu hal yang Allah tak kompromi adalah soal menutup aurat. Kenapa 2 3 hari ni saya asyik cakap pasal aurat je? Ntah la, mungkin sebab perihal tak menutup aurat ni makin menjadi-jadi sekarang. Ramai orang yang selalu buat undang-undang sendiri soal aurat ni. Pandai2 buat kompromi sendiri dengan hukum Allah. Contohnya, soal memakai sarung kaki atau tudung untuk menutup bahagian aurat wanita. Bila nak keluar dari rumah and pergi tempat terbuka tapi dekat sangat dengan rumah, mereka anggap “it’s okay” tak pakai tudung and sarung kaki. Bila pergi kelas, pergi jalan jauh2 boleh pulak nak tutup semua. Tapi, bila nak angkat jemuran di ampaian hilang habis segala yang menutup. Macam tu juga kalau nak pergi kedai dekat rumah. Tudung dah tak ingat nak tutup. Alasannya, “takpe dekat je..bukan ada orang tengok pun”.


Tak terkecuali umi saya sendiri. Bukan niat nak mengaibkan umi sendiri. Bukan. Bukan. Biasa la orang tua atau yang dah berumur, kesedaran soal hukum agama ni kurang sikit. Jadi, kita sebagai anak kena la pandai bagi tunjuk ajar sebab kita ni golongan berilmu, yang boleh belajar macam2 ilmu walau bukan dengan ustaz ustazah, tapi kita tak buta IT. Boleh saje belajar dengan IT. Lain la macam orang2 yang dah berumur, nak tengok skrin pun tak berapa nak nampak. Okey, back to my mom. Actually, umi pun pakai menutup aurat jugak from top to toe. Tapi bila nak keluar dekat2 je, dia dah tak pakai sarung kaki. I dunno what makes her to do so, since I tak pernah tanya. Heee… so, when it comes to my turn, kalau nak pergi dekat2 she always complaining “buat apa sibuk nak pakai sarung kaki, kita nak gi dekat je”. Dan saya hanya menyepi tak tahu nak jawab apa. Tapi, one day, the same thing happen kami siap2 nak balik kampung. Kali ni I decided to say something.


Umi: Alah..nak pakai sarung kaki jugak ke? Tak payah laa.

Anak: La biarla orang nak tutup aurat.

Umi: Tahu, tapi hujan2 ni tak payah la pakai. Nanti basah, kotor.

Anak: Takpela, bukan nak main hujan pun. Umi ni patut bersyukur la orang pakai tutup aurat. Bukan duk complain2 orang.

Umi: (smiling). Yelah umi bersyukur laa ada anak bejurus macam ni.


Then, saya tak menjawab. Umi pun senyap. I hope she understands. Nasib baik baik umi tak touching, kalau tak free2 je jadi anak derhaka. Huhu. Nak tegur orang2 tua kena la pandai guna ayat. Takut nanti ada yang tak boleh terima cara teguran kita. Well, you guys know your mom very well right? :)


Teringat pula satu incident tu, seorang hamba Allah wanita berniat baik untuk menegur sahabatnya yang berpakaian agak tidak proper, lalu beliau membetulkan kawasan leher dan tudung sahabatnya itu untuk menutup bentuk2 yang tidak sepatutnya ditunjukkan in public, sambil bergurau hamba Allah itu berkata, “ishh..tutup sikit dada ni, malu kat orang.” Lalu, si sahabat menjawab, “dah tutup la ni…” Tiba-tiba datang seorang lagi insan terus berkata, “takpela, dah malam ni orang tak nampak nak tengok pun.” Saya yang melihat incident tersebut hanya mampu menggeleng, istighfar banyak2. Terkelu. Kesian tengok mereka ni yang tak memahami sepenuhnya perintah Allah. Padahal, pada pemahaman saya, mereka bukan antara golongan yang jahil soal agama. Mereka tahu cuma tak nak buat. Tunggu hidayah datang katanya.


Kenapa soal malam yang dijadikan sebagai satu kompromi atau kelonggaran untuk menutup aurat? Pernahkah Allah menurunkan perintah bahawa undang2 menutup aurat ni berlainan mengikut waktu dan ketika? Pernahkah Allah kata waktu siang kena tutup dan waktu malam boleh bukak2? Astaghfirullahalazim.. Iya, memang malam tu gelap tapi waktu malam yang biasa kita alami ni, mustahil takde lampu sana sini. Kalau gelap gelita pasti manusia tak akan keluar dari kepompong mereka bukan? Adakah waktu malam itu menghalang mata2 ajnabi dari memandang? Adakah waktu malam itu mata2 mereka dibutakan dan para wanita bebas mendedahkan aurat sana sini? Semestinya tidak wahai wanita. Semoga Allah beri rahmat dan hidayah buat insan2 seperti mereka. Fitrah manusia, sangat suka menghalalkan yang haram dan menghalalkan yang haram. Apa yang Allah kata baik, dianggap buruk. Malah yang Allah terang-terangan kata buruk mereka bersungguh-sungguh menafikannya.


Pokoknya, hukum Allah tak mengira jarak, waktu dan ketika. Dekat atau jauh, Allah sentiasa melihat. Siang atau malam, ‘mata’ Allah sentiasa memerhati. Tak pernah terlepas walau sesaat. Mungkin kita boleh lepas dari mata manusia tapi tidak mata Allah. Pada yang benar2 memahami hukum Allah, janganlah sengaja dibutakan mata dipekakkan telinga. Khuatir nanti Allah menarik nikmat celik dan dengar itu, kerana tak dimanfaatkan sebaik mungkin. Pada yang masih belum memahami, dekatilah jalan yang lurus kerana jalan yang bengkang-bengkok hanya akan menambah kesulitan dalam hidupmu. Kenapa jalan itu yang kamu pilih sedangkan telah tersedia Allah bentangkan jalan yang benar buat kamu? Wallahu’alam.



p/s: penulis tak tahu isi entri match dengan tajuk atau tidak. Sebarang khilaf mohon ditegur ye :)

No comments: