Dalam seminggu aku buat dua jenis dessert, gara-gara terlalu excited dan rajin terlebih. Haha.. Dengan penuh bersemangat aku pergi kedai cari bahan sebelum hantu malas bertandang. Resepi kek ni juga aku amik dari blog Kak Ana, sama macam pavlova hari tu. Sebab aku tengok bahannya sikit dan senang nak cari. Tapi tak dinafikan kosnya agak tinggi, especially kalau guna cream cheese brand Philadelphia tu. Tapi apakan daya, hampir setengah jam aku bertapa di dapur supermarket tu dilema untuk memilih cream cheese yang pelbagai, akhirnya yang mahal tu juga aku ambil. Bukan apa, takut tak jadi sebab baru first time buat.
Hasilnya boleh dikira sedap la sebab cepat je licin satu loyang tu. Cuma warna cheese tu dah berubah jadi greyish sebab masa masukkan oreo hancur tu patutnya aku gaul guna spatula je, tapi aku bantai putar sekali dengan mesin tu. Heheh.. Lagi satu aku rasa cheese tu kurang gebu dan terlebih padat. Dan bila letak dalam peti kek tu macam terlebih keras pulak. So bila nak makan aku biarkan dulu pada suhu bilik untuk seketika sebelum ditelan.
Aku sudah berkira-kira nak cuba resepi lain lagi sebab tak puas hati. Well, aku bukanlah amatur maka memang berguru dengan pakcik google lah jawabnya. Aku belajar sesuatu dari proses pembikinan kek ini. Pendapat aku, kalau nak yang terbaik jangan mudah mengalah dan putus asa. Kena banyak usaha dengan pelbagai resepi lain. Memang tak aci la kalau lidah cuma mahu enak menjilat sedangkan tangan malas berusaha. Sama seperti hidup kita di dunia yang inginkan syurga di akhirat. Nak merasa keindahan syurga bukan hanya dengan menyebut-nyebut dalam doa sahaja, sebaliknya anggota badan jasad dan hati yang perlu digerakkan dengan usaha. Usaha mencari syurga dengan pelbagai amal ibadat dan kebaikan, insyaAllah.
Dan aku sebagai penelan tegar kek keju tidak akan berhenti di sini untuk mencari rasa keju yang terbaik. Buktinya kotak "document" dalam lappy aku sudah terisi dengan pelbagai resepi untuk cheese cake. Cuma tunggu masa nak jadi objek konkrit je. heheh
No comments:
Post a Comment