_Dua jam yang lalu_
Jejari menekan url Unit Peperiksaan, bersama putaran minda ligat mengingati butiran password.
Url yang dicari terpampang jua, namun larian tetikus terhenti di situ.
Ah, biarlah dulu. Kejap lagi, kejap lagi.
Dan hala tetikus menuju pada yang lain. Facebook!
_Beberapa minit sebelum entri ini_
Hati tekad. Mimpi ngeri atau mimpi indah kedua-duanya harus aku akhiri walau apa yang berlaku.
Url yang dicari tadi disambung cariannya hingga ke page yang terakhir
Yang pada akhirnya aku scroll down sedikit, dan sedikit lagi...
Hingga diri sendiri tersengih keseorangan sambil lap air mata, dan mulut mengucap syukur.
Mimpi ngeri rupanya tak se-ngeri yang dimimpikan.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
----------------------------------
Itulah kronologi seorang pelajar yang fobia dengan result exam. Always be the last among the lasts to peep on the screen. Itupun baru tahu lewat petang semalam menerusi sms dari classmate bahawasanya result sudah dikeluarkan bermula semalam. Unexpected, sebab hari tu upp kata result keluar 21hb. So memang patutlah aku goyang kaki bersenang-lenang pulun cuti sem, walaupun sedar diri bahawa sem ni memang tough sebab amik 5 subjek. =p And lagi satu, memang sebolehnya soal result ni selalunya aku buat tak ingat dan tak ambil tahu sebab takut nak hadapi kenyataan takut keluar dakwat merah. Heh, penakut bukan?
After all, kenyataan itu harus jua ditelan walau sepahit mana sekalipun. Kalau semanis madu Alhamdulillah. Kekadang, we expect more sebab kita rasa kita dah bagi yang terbaik dan kekadang, we expect less but we get more. Semuanya rezeki atas ihsan Allah. Tanpa rahmat Dia, kita tak punya apa-apa. Hidup ini begitulah. Hakikatnya semua sudah punya aturan sendiri yang awal-awal lagi sudah Allah tetapkan. Teringat perbualan dengan murabbi masa tengah 'hangat' dengan exam dulu.
"Sebenarnya result exam tu memang dah ada. Dah tersedia di tangan Allah. Tapi kenapa kita still kena usaha? Sebabnya Allah nak tengok usaha dan daya kita setakat mana. Yang Allah nilai bukan keputusan akhir peperiksaan itu, tapi usaha yang kita beri untuk peperiksaan itu. Usaha itulah yang boleh jadi ukuran iman dan amal seseorang. Allah nak tengok sebanyak mana kebergantungan kita pada-Nya. Apa guna dapat result gempak kalau Allah tak redha."
I couldn't exactly remember what she said, tapi isinya lebih kurang begitu.
Dan exam ni sebenarnya gives us opportunity to grab extra pahala, dalam kita tidak sedar. Ok soal ibadat sepanjang exam tu aku tolak tepi. Yang tu basically kita buat secara sedar. Yang tak sedarnya adalah apabila tengah gigih menjawab dalam hall tu, especially bila soalan yang keluar tu Allahuakbar rasa macam tak pernah belajar sebelum ni. Nah, kesabaran menghadapi soalan susah tu pun sebenarnya pahala. Ber-husnuzon dengan soalan yakni husnuzon dengan Allah. Kesukaran yang dilalui diiringi dengan selawat dan istighfar bersilih ganti, sambil memeras otak mencari jawapan yang terbaik. Itu lebih baik dibandingkan dengan cacian dan carutan &#@$# yang pastinya mengundang murka Allah. Even kalau dapat result gempak lepas maki hamun tu pun rasanya tak berbaloi untuk dibanggakan sebab kita tak treat ujian dari Allah dengan sepatutnya.
Well, last but not least. Adalah sebaiknya ketika solat hajat dalam tempoh peperiksaan itu kita panjatkan doa semoga ilmu yang kita pelajari tu bukan hanya bermanfaat untuk peperiksaan dan hidup semata, bahkan bermanfaat untuk agama dan akhirat. Orang kata biar berjaya dunia dan akhirat. Kalau ilmu itu hanya untuk peperiksaan, maka usai sahaja peperiksaan itu nanti, maka berterbanganlah segala ilmu keluar dari memori.. Then, what for kita pulun belajar selama ni?
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya)
footnote #: nama je minor matematik, tapi tak pernah score the best grade. kalau dah nama pun anti-matematik, memang payah laa~~ =.='
No comments:
Post a Comment