In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Friday, January 4, 2013

One Year Anniversary

Happy Anniversary to me and him.
him? no not him, but HIM.
:')

Allahu Allah. terlalu cepat masa berlalu. pejam celik rupanya sudah setahun aku berkenalan dengan Dia. 

Dia yang banyak mengajar dan menunjuk jalan kepada haluan kebenaran.
Dia yang selalu ada di saat aku kehilangan bahu untuk bersandar.
Dia yang selalu mendamaikan aku di saat aku celaru dan serabut sana sini.
Dia yang menuntun aku agar tidak terpelanting jatuh ketika bertatih.
Dia yang sentiasa menyuluh cahaya dikala aku meraba dalam kegelapan.
Dia yang mencelikkan mata, hati dan jiwa untuk aku merasai dan bersyukur.
Dia, Dia, dan Dia.
banyak sangat perkara kalau nak cerita tentang Dia ni.


pertama kali hijab ini bersarung di mahkota setahun yang lalu, terasa sedikit janggal dan kekok. terasa seperti ada banyak mata-mata tajam yang memandang. terasa seperti ada bisik-bisik halus kedengaran di telinga. pertama kali hijab tersarung tidak bermaksud aku yang sebelumnya seorang 'free hair'. tidak tidak. cuma bezanya hijab yang umurnya setahun ini lebih istimewa, lebih tertutup, lebih melindungi dan lebih selamat insyaAllah.

well, transformation dari tudung kecik ke tudung besar is not as easy as people see. yang payahnya kita yang memakai. and the feeling while wearing it on your hair is Subhanallah susah nak gambar macam mana. be in my shoes, then only you know. tapi, kepayahan itulah sebenarnya yang manis.

alkisah sejarah salasilah pemakaian hijab baru ni sebenarnya bertitik tolak dari hati sendiri. bila tengok orang pakai tudung besar dan purdah, aku jadi kagum hingga kadangkala aku tenung mereka hingga hilang dari pandangan. dan cuti hujung tahun lepas, aku tekad selongkar almari ummi cari tudung letak atas kepala sendiri depan cermin. masa tu sengih sorang-sorang and puji diri sendiri sampai melompat-lompat.


"MasyaAllah comelnyaa akuuu". haha
seriously tak pernah puji diri sendiri sampai macam tu.


then, i propose to ummi, telling her about my intention to change tudung, at the same time hoping for her sponsorship too. hehe
ummi macam reluctant, tak yakin dengan aku takutnya hangat-hangat tahi ayam. sebabnya dulu masa secondary, aku pernah buat gatal nak pakai tudung besar dan suruh ummi belikan. at the end, aku duk dalam bilik sorang-sorang and finally potong itu tudung jadi saiz kecik balik. haha. 
tapi masa cakap kat ummi nak pakai tudung tu, jawapan aku tak berapa nak confident sangat la sebab i was malu-malu kucing nak cerita lebih kat ummi. cuma hasrat murni tu kemudiannya aku zahirkan ketika tengah belek-belek tudung kat medan ilmu di suatu pagi jumaat.

"ummi, belikan tudung ni. (sambil tunjuk kat tudung warna pink)."
"betul ke nak pakai ni? nanti beli tak pakai pulak, pastu gunting kecik pulak"
"betul la nak. (angguk sungguh-sungguh). beli la ummi, beli la."

finally i got the tudung. excited terlampau. balik rumah duk tayang tudung baru depan cermin. again, selongkar lagi almari ummi and cari tudung yang duk bawah-bawah, yang aku yakin ummi dah tak pakai. then sengih tayang gigi kat ummi.

"bagi orang la tudung ni ummi eh?"
ummi buat muka annoying, padahal dia bagi je sebenarnya. hehe


maka alkisahnya lagi, hari pertama kuliah semester tiga tahun dua ribu dua belas itu adalah hari pertama aku berimej baru. dan ditakdirkan period pertama pagi itu adalah mass lecture, yang mana merupakan suasana yang sangat digeruni. nak hadap orang ramai dalam keadaan adrenalin yang tak stabil bukanlah suatu benda yang menyeronokkan. tapi memang masa tu hati memang kena kuat. i keep telling myself to be strong, be strong, and be stronggg because this is what you want and this is what you have to do. maka segalanya aku redah dengan tabah.

dan Alhamdulillah hingga hari ini saat ini detik ini, aku mampu istiqamah. dan dengan adanya tudung ini, i tell you sebenarnya banyak yang berubah. berubah ke arah lebih baik la of course. perubahan ni aku sendiri yang rasa dan alami. kalau orang lain yang melihat rasa aku ini tetap sama tu terserahlah. pendapat masing-masing kan, i don't mind. yang lebih utama bagiku adalah di mata Allah.

'sesi bongkar' kisah aku terhenti di sini. selebihnya biarlah aku simpan sendiri. mohon kalian titipkan doa buat aku insan yang lemah ini agar tetap tsabat pada jalan yang aku pilih ini. doakan agar aku dan kalian juga tetap istiqamah dan mujahadah mencari redha dan menggapai syurga. moga kita tak pernah mengenal penat dan lelah untuk menambah amal dan kebaikan. insyaAllah. masakan syurga yang mahal itu boleh kita dapat dengan mudah-mudah bukan? =)



rasa macam nak buat entri khas untuk tips hijrah.
for sharing. sharing for goodness.
insyaAllah kalau ada ruang dan peluang. moga Allah izin.

No comments: