In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Monday, February 25, 2013

Versus [6:70] : Cure to Heart-ache

Menjadi seorang Muslim dan seorang penganut Islam tidak mudah dan bukan senang. tidak segampang yang dilihat oleh mereka-mereka yang merasakannya sebagai perkara remeh umpama petik jari. hakikat sebenar menjadi golongan yang Allah pilih untuk disinari cahayaNya dalam kegelapan rupanya tak semudah yang dibayangkan.

Bila kita (aku sendiri) diberi fahaman istimewa untuk memahami hakikat sebenar seorang hamba pada tuhan, maka automatik fahaman tersebut cuba diwarisi pada insan sekeliling, lebih-lebih lagi insan rapat dan disayangi. dalam kata mudahnya, dakwah. dan sebab mudahnya untuk berdakwah itu adalah kerana kita mahu mereka dapat apa yang kita dapat, faham apa yang kita faham. dan paling utama, kita nak ajak mereka ke syurga bersama-sama (walaupun sebenarnya kita pun belum pasti syurga itu kita dapat jejak atau tidak). tapi, bukankah syurga itu impian semua tidak kira sehina apa pun kita di dunia ini. 

Namun, kadangkala yang kita rancang, yang kita hajatkan tidak kesampaian. dan saat itu satu perasaan bernama kecewa atau sedih akan datang mengetuk pintu hati. hatta kita (aku jugak sebenarnya) berguling-guling dalam tab mandi sekalipun belum tentu jadi tenang. kadang terasa payah nak husnuzon dengan Dia. tapi benarlah kata para pendokong agama, kitab terhebat tu punya segala macam penyembuh dan penawar untuk mereka yang sakit. tidak kira sakit luar atau sakit dalam. ayat-ayat cinta dariNya memang tidak pernah mengecewakan..

Dan aku sendiri tersenyum di saat mata menatap beberapa baris ayat terjemahan beberapa hari lalu. Nah, rupanya mentadabbur 'novel cinta' ini lebih mudah dari berguling dalam tab mandi.  =D


Sunday, February 24, 2013

Versus [8:11] : Sleeping Dose

Memandangkan seminggu dua ni hati kurang stabil, emosi senget benget, dan iman pula huyung-hayang, maka kadang-kadang diri terasa bagai hampir tumbang. bila teringat balik kes semalam, lucu juga. hanya kerana satu masalah kecil, air mata jadi begitu murah. tak padan dengan jiwa taiko yang selalunya boleh redah main buat tak tau je. hihi

Aku percaya tiap orang ada cara tersendiri untuk selesaikan masalah. untuk tenangkan hati dan fikiran. mungkin bila aku cakap macam ni akan ada yang bagi cadangan: bace quran, solat, amik wuduk, lean to shoulders you can rely on, bersiar-siar or even makan coklat. tapi aku lebih memilih untuk tidur. yeahh! no matter how sad i am, how big the problem is, or how many pails the tears aku tadah, tidur adalah ubat yang mujarab. and believe me, once bila dah wake up from the sleeping, kepala memang serius ringan dan ada kebarangkalian untuk lupa masalah sebelum tidur.

Dan semalam, ada akhawat yang berkongsi satu ayat ni yang buat aku terlopong beberapa saat. ternyata formula tidur aku rupanya punya sokongan kukuh dari 'novel cinta'. heh, rupanya aku tidak membuat kesimpulan sendiri. hee


" (Ingatlah) ketika Allah membuat kamu mengantuk untuk memberi ketenteraman dariNya, dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu dengan (hujan) itu dan menghilangkan gangguan-gangguan setan dari dirimu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguh telapak kakimu (teguh pendirian)." [8:11]

Thursday, February 21, 2013

"Advice To My Son"

This article was shared from Omar Mahmood via facebook. This issue particularly concerns on women and girls. Well, mr. gentlemen, you may read this. You have to.  :)


Dear son,

Many of the following points apply to ALL people. But I am specifically focusing here on your interaction with women and girls. We live in a world where, unfortunately, there is a bias against females that takes the form of unequal opportunities, pay/compensation discrepancies, unfair judgments, objectification, etc that tends to benefit males… It is frequently demonstrated that although a female may be more deserving or more qualified… she may unjustly end up with less than she deserves.

Try your best to be aware of this bias. Be kind and chivalrous to women (even if chivalry seems dead in the people around you). Do not hesitate to offer help to a woman. But, if she declines your help, then respect that also and don't assume that all females are in need of rescuing. Some of the strongest, most intelligent, most inspiring people you will meet in your life will be women. Look to history for some examples of great women. Study the great women of our ummah, Fatima az Zahrah and the Mothers of the Believers (may God be pleased with them). Look around you in the present time to see and learn from great women. The first person who ever taught me the ahkam of tajweed (rules for Quranic recitation) was a learned woman. Many of your teachers and professors will be women. And of course, reflect on the rank of your own mother, and ponder why the Prophet (peace be upon him) said that Paradise is at her feet.

Understand that the Prophetic tradition demands love, honor, and respect for women. The Prophet (peace be upon him) valued the contribution of women to society, and he valued their presence, their opinions, and their beauty.

Keep in mind that every person has something beautiful about them. Treat everyone with respect and acknowledge their beauty. They are the children of Adam and Eve and were all ennobled by God… even if they may not know it or may have forgotten it. Because of this reality, all women are beautiful. Whether they are your classmates during your school years, or your professional colleagues later in life, you should remember that each and every female you encounter is a beautiful person.

You will start to notice, early on (even in grade school), that some girls are treated "better," some are ignored, and some are treated quite badly all based on other people's opinions of what is "pretty" or what is "ugly." Don't fall into this shallow way of thinking. Each and every girl you interact with deserves your respect and should be treated with kindness. Don't ever make fun of someone for having certain characteristics or traits. You will be faced with a lot of social pressure to conform to these judgments of people's outward characteristics. Other guys will try to convince you of this.. even some of the women will play along with these notions of defining beauty through a limited and superficial lens. You must defend anyone who is ridiculed for these reasons, and never participate in hurting someone's feelings. 

Remember that there are some people who outwardly seem "pretty" but inwardly are horrible. Likewise, there are people who maybe don't have all the stereotypical features that are deemed "beautiful" by others, but inwardly they have personalities that will cause your heart to shake in awe of the grace and beauty God can put in a human being. Most people have a mixture of attractive and unattractive qualities, inwardly and outwardly… and we are all imperfect beings with a breath of the Divine in our lives. While remembering this, it is your job to keep an open mind and heart when dealing with others.

If you can do this, you will start to see beauty where you may not have expected it. You will be amazed by the number of beautiful women and girls (and more generally, beautiful people) that God has placed on this Earth.


Thursday, February 7, 2013

Murobbi dan Hafazan

Sudah seminggu masuk bulan februari. cepat benar masa terbang meninggalkan kita yang masih merangkak di lantai bumi. masuk bulan ni dah tiga kali aku liqa' dengan murobbi baru, pengganti kak naia yang dah habis belajar tahun lepas. ditakdirkan Allah selalu menghantar murobbi yang subhanallah, bagi aku mereka adalah murobbi yang sangat ohsem!

Jika kak naia dengan semangat dakwahnya jelas terlihat dari tiap butir huruf dalam bicara beliau, murobbi baru aku iaitu kak jui dilihat tidak terlalu dizahirkan semangatnya melalui kata-kata. semangatnya tu ada di sisi lain, tapi susah untuk aku gambarkan di sin. dari dulu aku selalu kagum dengan golongan profesional yang aktif dalam dakwah dan tarbiah, lebih-lebih lagi profesional bidang kritikan macam kak jui. menjadi seorang doktor tidak mudah aku kira. mana nak jaga pesakit lagi, nak on-call lagi, nak jaga diri sendiri lagi. tapi tengok kak jui buat aku kagum. pulang dari hospital sudah hampir 6.30 petang, kemudian selepas maghrib disambung pula dengan tarbiah untuk kami mutarobbinya. Allahuakbar!

kak naia dalam ingatan :')

Cara kak jui agak berbeza dengan kak naia. kak naia dulu agak tegas dengan kami, sebabnya kalau tak tegas kami ni jadi terlebih manja dan malas. hihi. manakala cara kak jui lebih lembut namun masih terselit ketegasan dalam setiap dakwahnya. Allah datangkan kak jui dalam halaqah kami dengan pakej yang pada aku, cukup lengkap dan mantap. dan pakej kak jui itu benar-benar buat aku cemburu. fasih berbahasa arab, fasih sejarah Nabi dan sahabat dan fasih juga dalam ilmu D&T nya. dalam liqa' terakhir hari tu, kak jui mengajak kami membincangkan tentang sebuah hadis yang panjangnya   berhelai-helai kertas. sebuah hadis tentang Ka'ab bin Malik yang tercicir dalam perang Badar dan Tabuk, dan bagaimana kecewanya Rasulullah dengan tindakan Ka'ab (jzkk izzati sebab remind balik cerita ni). panjang ceritanya. kami yang mendengar terlopong kekhusyukan mendengar cerita kak jui. yang mengantuk jadi cerah biji mata. yang bosan rasa macam nak melompat-lompat. hoho.

Maka tak hairanlah kalau kak jui boleh bercerita dengan semangatnya tentang kisah tersebut. tengok rak buku kak jui yang dipenuhi kitab-kitab dan buku-buku tebal sudah cukup buat aku terasa ngeri. betapa aku ingin jadi seperti kak jui yang ilmunya sentiasa segar, yang mungkin dibawa dari bumi Jordan atau di Malaysia ini sendiri. 

Hafazan pertama yang kak jui bagi adalah surah an-Naba' iaitu surah terawal juz amma. again, caranya dengan kak naia amat berbeza. cara kak jui lebih mengganggu ketenangan kami. dia sentiasa dengan kejutan. sesi tasmik hari tu memaksa kami mengeluarkan peluh-peluh yang berlebihan, dan suhu tangan juga tiba-tiba berkurang. huhu. walau masih merangkak-rangkak melancarkan setiap ayat, kak jui masih setia menunggu dan mendengar. andai para akhawat tidak mampu membetulkan bacaan si pembaca, barulah dia akan menegur. dalam ketegangan sesi tasmik itu, ada satu perkongsian dari kak jui yang buat kami dihempap batu besar. rasa macam dapat pelempang tawar kat pipi. hehe

Aku tak ingat sepenuhnya kata-kata dia tapi kalau tak silap ianya hadis yang diriwatkan oleh siapa aku tak ingat. bunyinya lebih kurang begini - bahawasanya syurga itu punya tingkat-tingkat yang tertentu. dan duduknya kita pada tingkat-tingkat tersebut bergantung pada kadar hafalan al-quran kita. atau dalam kata lain, semakin banyak hafalan kita semakin tinggi kedudukan kita di syurga. subhanallah subhanallah. 

Ini perkara serius!!

Aku harus kembali pada hafalan yang aku dah tinggal entah berapa lama. kerja-kerja hafalan masa zaman sekolah dulu sudah jadi kebiasaan sebenarnya. tapi sejak habis sekolah, yang dah hafal pun entah kemana. dan bila nak refresh balik sekarang pada umur yang semakin tua ni, mula lah liat. otak pun dah tak macam dulu, hafal sekejap sudah lekat di kepala. sebab tu kena menghafal bermula dari kecil lagi, supaya otak mudah nak terima. bila besar otak dah tercemar dengan segala macam toksik dan sampah sarap, makin payah la otak nak serap hafalan.

Dan cerita kak jui dengan kak naia ni sebenarnya tidak hanya itu. i believe everyone has the potential to express himself in his own unique way. jadi isu nak membanding beza kedua-dua murobbi aku sebenarnya tidak wujud. masing-masing punya kelebihan mereka sendiri. kak naia mungkin hebat di sisi lain, kak jui pula mungkin hebat di sisi yang lain pula. yang pasti, nak menjadi seperti mereka aku tahu tidak mudah. hanya orang yang benar-benar kuat sahaja mampu menjadi hebat. how i wish i could be one of them. insyaAllah biiznillah.  :)


Saturday, February 2, 2013

Penang Pac + Bina Insan Guru (pics)

Performing Arts Center of Penang (Penang Pac)
Bina Insan Guru (benchmark)
at Straits Quay
-30th January 2013-




 with Dato' Faridah Merican- one of the actresses in the theater















the half-standing guy in front is radhi khalid- one of the actors in the theater



gambar ihsan compact cam sendiri- s2 kymah- s3 shea