In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Sunday, February 24, 2013

Versus [8:11] : Sleeping Dose

Memandangkan seminggu dua ni hati kurang stabil, emosi senget benget, dan iman pula huyung-hayang, maka kadang-kadang diri terasa bagai hampir tumbang. bila teringat balik kes semalam, lucu juga. hanya kerana satu masalah kecil, air mata jadi begitu murah. tak padan dengan jiwa taiko yang selalunya boleh redah main buat tak tau je. hihi

Aku percaya tiap orang ada cara tersendiri untuk selesaikan masalah. untuk tenangkan hati dan fikiran. mungkin bila aku cakap macam ni akan ada yang bagi cadangan: bace quran, solat, amik wuduk, lean to shoulders you can rely on, bersiar-siar or even makan coklat. tapi aku lebih memilih untuk tidur. yeahh! no matter how sad i am, how big the problem is, or how many pails the tears aku tadah, tidur adalah ubat yang mujarab. and believe me, once bila dah wake up from the sleeping, kepala memang serius ringan dan ada kebarangkalian untuk lupa masalah sebelum tidur.

Dan semalam, ada akhawat yang berkongsi satu ayat ni yang buat aku terlopong beberapa saat. ternyata formula tidur aku rupanya punya sokongan kukuh dari 'novel cinta'. heh, rupanya aku tidak membuat kesimpulan sendiri. hee


" (Ingatlah) ketika Allah membuat kamu mengantuk untuk memberi ketenteraman dariNya, dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu dengan (hujan) itu dan menghilangkan gangguan-gangguan setan dari dirimu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguh telapak kakimu (teguh pendirian)." [8:11]

No comments: