Sudah seminggu masuk bulan februari. cepat benar masa terbang meninggalkan kita yang masih merangkak di lantai bumi. masuk bulan ni dah tiga kali aku liqa' dengan murobbi baru, pengganti kak naia yang dah habis belajar tahun lepas. ditakdirkan Allah selalu menghantar murobbi yang subhanallah, bagi aku mereka adalah murobbi yang sangat ohsem!
Jika kak naia dengan semangat dakwahnya jelas terlihat dari tiap butir huruf dalam bicara beliau, murobbi baru aku iaitu kak jui dilihat tidak terlalu dizahirkan semangatnya melalui kata-kata. semangatnya tu ada di sisi lain, tapi susah untuk aku gambarkan di sin. dari dulu aku selalu kagum dengan golongan profesional yang aktif dalam dakwah dan tarbiah, lebih-lebih lagi profesional bidang kritikan macam kak jui. menjadi seorang doktor tidak mudah aku kira. mana nak jaga pesakit lagi, nak on-call lagi, nak jaga diri sendiri lagi. tapi tengok kak jui buat aku kagum. pulang dari hospital sudah hampir 6.30 petang, kemudian selepas maghrib disambung pula dengan tarbiah untuk kami mutarobbinya. Allahuakbar!
kak naia dalam ingatan :')
Cara kak jui agak berbeza dengan kak naia. kak naia dulu agak tegas dengan kami, sebabnya kalau tak tegas kami ni jadi terlebih manja dan malas. hihi. manakala cara kak jui lebih lembut namun masih terselit ketegasan dalam setiap dakwahnya. Allah datangkan kak jui dalam halaqah kami dengan pakej yang pada aku, cukup lengkap dan mantap. dan pakej kak jui itu benar-benar buat aku cemburu. fasih berbahasa arab, fasih sejarah Nabi dan sahabat dan fasih juga dalam ilmu D&T nya. dalam liqa' terakhir hari tu, kak jui mengajak kami membincangkan tentang sebuah hadis yang panjangnya berhelai-helai kertas. sebuah hadis tentang Ka'ab bin Malik yang tercicir dalam perang Badar dan Tabuk, dan bagaimana kecewanya Rasulullah dengan tindakan Ka'ab (jzkk izzati sebab remind balik cerita ni). panjang ceritanya. kami yang mendengar terlopong kekhusyukan mendengar cerita kak jui. yang mengantuk jadi cerah biji mata. yang bosan rasa macam nak melompat-lompat. hoho.
Maka tak hairanlah kalau kak jui boleh bercerita dengan semangatnya tentang kisah tersebut. tengok rak buku kak jui yang dipenuhi kitab-kitab dan buku-buku tebal sudah cukup buat aku terasa ngeri. betapa aku ingin jadi seperti kak jui yang ilmunya sentiasa segar, yang mungkin dibawa dari bumi Jordan atau di Malaysia ini sendiri.
Hafazan pertama yang kak jui bagi adalah surah an-Naba' iaitu surah terawal juz amma. again, caranya dengan kak naia amat berbeza. cara kak jui lebih mengganggu ketenangan kami. dia sentiasa dengan kejutan. sesi tasmik hari tu memaksa kami mengeluarkan peluh-peluh yang berlebihan, dan suhu tangan juga tiba-tiba berkurang. huhu. walau masih merangkak-rangkak melancarkan setiap ayat, kak jui masih setia menunggu dan mendengar. andai para akhawat tidak mampu membetulkan bacaan si pembaca, barulah dia akan menegur. dalam ketegangan sesi tasmik itu, ada satu perkongsian dari kak jui yang buat kami dihempap batu besar. rasa macam dapat pelempang tawar kat pipi. hehe
Aku tak ingat sepenuhnya kata-kata dia tapi kalau tak silap ianya hadis yang diriwatkan oleh siapa aku tak ingat. bunyinya lebih kurang begini - bahawasanya syurga itu punya tingkat-tingkat yang tertentu. dan duduknya kita pada tingkat-tingkat tersebut bergantung pada kadar hafalan al-quran kita. atau dalam kata lain, semakin banyak hafalan kita semakin tinggi kedudukan kita di syurga. subhanallah subhanallah.
Ini perkara serius!!
Aku harus kembali pada hafalan yang aku dah tinggal entah berapa lama. kerja-kerja hafalan masa zaman sekolah dulu sudah jadi kebiasaan sebenarnya. tapi sejak habis sekolah, yang dah hafal pun entah kemana. dan bila nak refresh balik sekarang pada umur yang semakin tua ni, mula lah liat. otak pun dah tak macam dulu, hafal sekejap sudah lekat di kepala. sebab tu kena menghafal bermula dari kecil lagi, supaya otak mudah nak terima. bila besar otak dah tercemar dengan segala macam toksik dan sampah sarap, makin payah la otak nak serap hafalan.
Dan cerita kak jui dengan kak naia ni sebenarnya tidak hanya itu. i believe everyone has the potential to express himself in his own unique way. jadi isu nak membanding beza kedua-dua murobbi aku sebenarnya tidak wujud. masing-masing punya kelebihan mereka sendiri. kak naia mungkin hebat di sisi lain, kak jui pula mungkin hebat di sisi yang lain pula. yang pasti, nak menjadi seperti mereka aku tahu tidak mudah. hanya orang yang benar-benar kuat sahaja mampu menjadi hebat. how i wish i could be one of them. insyaAllah biiznillah. :)
No comments:
Post a Comment