Assalamualaikum w.b.t dan salam Ramadhan buat semua..
Sebelum ni, pernah saya mencuba untuk memiliki blog sama seperti orang lain. Tetapi, diri masih belum bersedia untuk menukil kalam kerana saya percaya kebolehan untuk menulis bukan ada pada setiap individu dan tidak semua mampu untuk menzahirkan segala apa yang dirasakan,dilihat dan difikirkan dalam pena maya ini. Dan saya rasa seakan sudah bersedia untuk menjadi seorang penulis di waktu ini. Alamak! bunyi macam skema je ayat neh! haha..sory lah, saya budak baru belajar..Kalau salah tolong tunjukkan. :)
Lagi satu, masih konfius dan dilema untuk membahasakan diri sebagai apa..saya? aku? patik? hamba? huhu..yang mana lebih sesuai?hemm..
Okey..nampaknya pena ini terpaksa berhenti dari coretan memandangkan waktu tidak mengizinkan..tengah discussion dengan group untuk buat assignment sebenarnya ni..kih3..hingga bertemu lagi di lain waktu, InsyaAllah.
*Note: Hari ni hari pertama seluruh Muslim di dunia berpuasa. Semoga puasa pertama ini menjadi pemangkin untuk puasa yang lebih sempurna pada hari seterusnya dan diharap puasa kita terpelihara dari segala kejahatan, maksiat dan sebarang unsur mazmumah yang membawa kepada ketidaksempurnaan puasa kita. Amin..
3 comments:
ewahhhhh2...
rajin2 la update ye..hihihi...
=)
Fi_Qa: hehee..slow2..
good! ;)
Post a Comment