In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Sunday, August 7, 2011

Rezeki Ramadhan

Selamat petang semua!! Hey.. Hey.. Hey.. tengah buat ape tu?? hehe..

Opps! Lupe nak bagi salam, Assalamualaikum w.b.t... Puasa hari ni macam mane? :D

Post hari ni nak citer pasal semalam (5 Ogos), iaitu saat berbuka puasa yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang berpuasa. Semalam adalah rezeki pertama saya sepanjang Ramadhan ni. Bukan nak cakap saya tak pernah dapat rezeki. Sebenarnya tiap2 hari sya dapat rezeki; makanan, pakaian, udara dan banyak lagi. Tapi rezeki pertama yang saya cakap ni adalah rezeki yang superb dan lain dari hari biasa. Ape ye? Saya dapat undangan berbuka puasa dari mak angkat. Hoyeaahh!! Alhamdulillah.. Bulan puasa macam ni kan selalu orang buat majlis berbuka ataupun bagi derma pada masjid untuk support majlis berbuka kat somewhere. Dan saya pula antara insan yang bertuah kerana terpilih untuk berbuka kat rumah mak angkat tu. Tak perlu rasanya untuk saya dedahkan siapa gerangan wanita yang baik hati tersebut. Cukup sekadar dikenali sebagai mak angkat saya.

Err... sebenarnya bukan mak angkat saya sorang tapi jugak mak angkat kawan baik saya. Dan bukan saya sorang yang diundang, kawan baik saya pun diundang jugak. Alkisah boleh jadi mak angkat ni sebenarnya bermula dengan kawan baik saya sebenarnya. Dia baik dengan makcik ni lalu seringkali dipelawa ke rumahnya yang tidak jauh dari tempat saya ni. Sudah nama pun kawan b aik, lalu saya secara automatik perlu menemani dia ke mana jua dia pergi. Jadi secara tak langsung, saya turut diangkat sama untuk jadi anak angkat makcik tu. Hehe...

Semalam adalah kali kedua saya pergi rumah makcik tu. Sebelum sampai di rumahnya, kami belikan sedikit kuih untuk diberikan pada mereka. Takkan nak pergi lenggang-lenggok bawak diri je kan. Dah la orang bagi makan free. Kami sampai rumah beliau dalam pukul 6.30 petang dan di meja makan sudah siap terhidang makanan yang ditudung. Nak tahu ape? NASI AYAM!hoho..makcik kata orang muda suka makan nasi ayam, sebab tu beliau pilih menu tu. Memandangkan makanan dah siap dan kami tak tahu nak buat apa, so makcik bagi remote tv dan majalah kat kami. Wahh..dah macam rumah sendiri pulak. Segan sangat rase time tu..

Biasanya ahli keluarga dia ada 4 orang; makcik, pakcik, anak lelaki bongsu (dah besar giler sebenarnya) dan nenek. Tapi tiba2 makcik cakap hari ni semua anak menantu dan cucu beliau balik berbuka kat sini, kecuali anak menantu beliau yang stay kat Melaka. Beliau ni ada 3 orang anak; 2 lelaki dan 1 perempuan. Saat beliau khabarkan berita tu, jantung kami seakan ingin melompat keluar dari tubuh. Alamak!! Ngeee..siyes segan gilerr..rase nak cabut lari balik je..huk3.. Then, beberapa ketika after that, balik la insan2 yang dikhabarkan tu yang datang dari Alor Star. Makcik pun intro la kitorang kat dorang. Bestfren saya tetibe cakap, "rocknye menantu dia...". Kenapa? Biarlah rahsia...lalalala~~

Sementara tunggu waktu berbuka, duduk la kami berborak-borak dan bertaaruf dengan family makcik. Sesungguhnya rase awkward sangat2, tak tahu nak muamalah macam mane. But we try our best to always smile and hide our shyness,huhu.. Tiba masa untuk berbuka, baca doa and ngap! ngap! ngap!. Time tu rase macam nak telan batu je. Paham2 la bila makan di tempat orang, plus mengadap pulak hero2 makcik tu. Pakcik kat tepi pulak sibuk suruh tambah itu ini.. ambik itu ini..dah tahu kami ni warga yang pemalu, tetap disuruh. Lagi lah rasa macam telan batu besar. Erk..tapi kan, nasi ayam makcik best la!! Teringat pulak nasi ayam umi buat, huk..huk..

Selesai makan, kaum lelaki selesai dulu baru diikuti oleh kaum perempuan. Biasalah, women eat slower than men I think. Masih banyak lagi makanan yang berbaki. Mungkin boleh buat sahur nanti. Selesai semuanya, berkira-kira untuk meminta diri namun tidak tahu camne nak cakap kat tuan rumah. Dikerling pada kawan di sebelah, menunjukkan signal agar dia memulakan dahulu namun terus digeleng kepala enggan mendahului. Kerling tengok jam di dinding, 8:15 malam. Aiyoo.. Isya' makin menghampiri lalu bertekad untuk bersuara.

Saya: Makcik, nak balik dulu. Dah lewat ni.

Makcik: Tak makan ke mihun goreng tu? Air cincau tu tak jamah lagi. Budak2 ni segan gamaknya nak makan.

(Geleng2 kepala menolak pelawaan. Bukan tak sudi tapi tangki sudah penuh. Bimbang nanti nak berterawih tak larat dan mengantuk).

Makcik: Takpelah. Amik bihun bawak balik buat sahur. Air pun nanti makcik bungkuskan.

Allahuakbar! Baik sangat2 makcik ni. Padahal baru je kenal. Memang murah la rezeki kami. Save bajet untuk puasa dan sahur. Hehee.. Macam biasa. Balik pakcik hantar. Walaupun boleh je jalan kaki tapi mungkin sebab kami ni anak dara sunti orang, takkan nak biar balik macam tu malam2 ni. Sempat lagi makcik berpesan agar berkunjung lagi ke rumah beliau di lain waktu nanti. "InsyaAllah makcik. Terima kasih banyak2".

Sabda baginda s.a.w:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: « مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا »

Maksudnya: Siapa yang memberi makan pada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa berkurangan walau sedikit pun. (riwayat Tirmizi)

OK! That is the end of my story. Bersyukur sangat2 sebab dipertemukan dengan makcik yang sebaik itu. Yela, ape taknye. Walaupun kami ni bukan sape2 bagi dia dan baru je kenal dalam tempoh yang sangat singkat saya kira, tapi layanan beliau langsung tidak berbelah bagi buat kami. Kami pulak yang konon2 malu alah,haha.. Semoga kebaikan beliau dan keluarganya mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Jauh di sudut hati saya berharap agar keluarganya sentiasa beroleh petunjuk dan nikmat yang tak terhingga dari Allah. Moga Allah melindungi mereka dari segala kesulitan dan musibah, serta dipermudahkan segala urusan. Amin..


ADAB-ADAB BERBUKA PUASA MENGIKUT SUNNAH NABI S.A.W:

1) Menyegerakan berbuka apabila masuk waktu.

Daripada Sahl bin Sa'ad bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Hadith RiwayatBukhari dan Muslim)


2) Berbuka dengan rutab (kurma kering), tamar atau air.

Daripada Anas r.a berkata:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.” (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi)


3) Menyegerakan berbuka sekiranya makanan belum dihidangkan.

“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).


4) Makan dengan kadar tidak berlebihan.

"Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan." (Surah al-`Araf:31).


5) Berdoa ketika berbuka.

“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” (Riwayat Ibn Majah)


6) Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka.

“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud)

Wallahua'lam.


*Note: Sebenarnya ada sorang lagi membe yang pergi rumah makcik tu, tapi takde rezeki beliau nak join sekali sebab keluar dari petang tak balik2 lagi..huhu.. Dear kamu--> Rugi kamu tak ikut, boleh makan free..hehek

p/s: sangat kecewa dan terkilan bila melihat segelintir umat Nabi yang masih bersenang-lenang bersantai selepas selesai berbuka. Walhal waktu Maghrib semakin meninggalkan dan waktu Isya' makin menghampiri. Masih sempat untuk ber'facebook' dan menonton TV.. MasyaAllah! Tidak sedarkah mereka tiap saat mereka melengahkan waktu itu, maka bertambahlah dosa mereka kerana melewatkan panggilan Allah itu. Sebaiknya, solatlah dahulu selepas berbuka dengan kurma atau air masak jika terasa sangat sayang untuk melepaskan tayangan TV dan facebook kesayangan mereka itu. Nauzubillahi minzalik.

No comments: