Assalamualaikum w.b.t, hai hai hai semua…heee ^^,
Setelah sekian lama blog ini ditinggalkan berdebu, dapat juga hari ni si pemilik datang membersih. Hehe.. bukan tak ingin menulis, tapi kekangan masa yang sangat terhad langsung tak memberi peluang untuk menjengah blog sendiri. Makin dekat nak raya, makin banyak la kerja2 dan esemen yang bertimbun. Gara2 esemen, ramadhan yang semakin berlalu terasa semakin jauh untuk dikejar. Hailah…
Alhamdulillah pagi tadi selamat mendarat di bumi Kelantan tanah air tercinta. Yahooo! Hoorayy!! Terasa hilang segala penat dan lelah dari maktab saat kaki menjejak negeri kesayangan. Betul la kata orang, nak dapat sesuatu kemanisan tu bukan senang, perlu susah payah dan berkorban dulu. So bagi saya dapat balik kampong especially time raya macam nie memang satu kemanisan. Tapi banyak halangan dan dugaan yang kena tempuh before dapat pulang dengan jayanya.
Semalam iaitu hari terakhir kuliah, lima esemen telah selamat dihantar. Fuhh..tak pernah lagi sepanjang duk kat maktab nie hantar lima sekaligus! Terasa longgar segala skru badan. Ringan bahu ini sebaik sahaja esemen terakhir dihantar. Mane taknya, malam semalam langsung tak tido gara2 menyiapkan esemen Phonetics yang langsung tak dijamah. Padan la muka sendiri! Buat lagi kerja last minit. Huhu..
Balik dari kelas tengahari semalam, terus menghadap esemen terakhir. Then, settle segala pakaian kotor dan cadar selimut. Nasib sangat tak menyebelahi coz hujan turun sepanjang hari. Memang tak sempat kering la semua tu. Hukhuk.. semalam dah pakat dengan Ana tak nak beli juadah berbuka coz nak habiskan stok beras, telur dan sardin yang ada. Alkisahnya, nasi macam tak cukup untuk 2 orang. Nak g beli dah tak sempat, plus malas nk jalan tengah2 hujan. Lalu makanla yang mana ada je. Then, decide nak buat Maggie untuk topup nasi yang tadi. Saya pulak masih belum selesai packing barang tapi berhajat nak berjemaah di surau untuk berterawih. Pesan pada kawan saya, Munira untuk mesej lepas jemaah solat Isya’ selesai, malangnya beliau terlupa sehinggalah terawih dah nak masuk rakaat ke-3. Ya Allah, ruginye rase. Tapi takpe, terus solat sendirian di bilik.
Maggi tak sempat nak makan. Sedekah kat si Syue sebab tak mau buang, bazir nanti. Sampai je kat stesen, dalam hujan renyai2, terasa perut mencucuk minta diisi. Tengok kedai burget tutup. Hemm..then dipaksa oleh Munira untuk mencari sesuatu sebagai alas perut coz dia tau saya ada gastrik. Baik punye kawan, thanks Munir! :D
Bas datang lambat sikit. Berlabuh je punggung di kerusi terus mata jadi layu dan kuyu. Penat. Letih. Tiba2 dapat mesej dari sorang membe yang hampir 3 minggu menyepi, yang buat saya sangat serabut memikirkannya. Alhamdulillah. Disangkakan sudah tidak mau bersahabat lagi hanya kerana perkara kecil, tapi ternyata Allah masih bagi peluang untuk kami. Di tengah perjalanan, tersedar dari tidur yang lena kerana gangguan tekak yang semakin loya. Ya Allah, habis keluar yang dimakan tadi. Nasib baik teman di sebelah tak sedar. Nampaknya ubat muntah was not so effective. Mungkin sebab badan terlampau letih + perut kosong.
Tepat jam 5 pagi saya sampai di KB. Umi dan abah sedia menunggu. Alhamdulillah sempat sahur di rumah. Yesss!.. lepas sahur terus tidur mati sampai pukul 3. Err..jangan salah faham. Saya bukan suka sangat nak tidur tapi sebab badan terlalu letih. Nak qada balik waktu rehat yang terlepas. Hehe..
Waktu berbuka sangat2 best! Kenapa? Sebab boleh makan satu family and juadah yang lebih menyelerakan. Makanan kat maktab tu dah muak menghadap hari2.. Abah pun cakap hari ni penuh selera nak makan. Siap tambah2 lagi. Haha.. macam tu la orang tua bile semua anak2 ada depan mata. Hilang segala rindu yang ditanggung walaupun zahiriah seorang lelaki tak pernah tunjuk semua tu. Malam ni terawih kat masjid. Rindu sangat nak terawih kat masjid tu. Dulu2 everyday pegi. Sepanjang Ramadhan ni baru malam ni first time buat 20 rakaat. Kalau kat surau buat 8 je.
Di tengah selang waktu untuk solat terawih seterusnya, nampak Abah di sebalik tabir. Itupun sebab kain tabir tu goyang2 ditiup angin. Sempat berbisik pada umi di sebelah bagitau nampak Abah. Teringat pulak masa tengah siap nak g masjid, umi cakap abah dalam rela terpaksa nak g masjid. Mungkin sebab segan dengan fizikal dia yang lain sikit dari orang lain. Tahun lepas abah tak pegi terawih kat masjid pun. Tapi dia tak pernah miss terawih kat rumah. Lepas beberapa ketika, masa tu imam bangun nak sambung solat lagi. Tiba2 nampak abah bangun berdiri. Terkejut!
Cakap kat umi, “Bukan abah la tu..”
“Kenapa pulak?”
“Tu nampak dia bangun berdiri tu..bukan abah la.” (Abah dah lame sembahyang duduk sejak dari dia eksiden dulu)
Umi pun senyum. “Laa..memang abah dah boleh sembahyang berdiri pun.”
“Hah?? Bile masa abah dah ok??” (Nampak sangat dah lama tak balik. 2 bulan 1 minggu kot.)
Umi senyum lagi and terus angkat takbir. Saya hanya mampu mengucap syukur Alhamdulillah dalam hati. Berterima kasih pada Dia yang Maha Penyembuh.
Rupanya banyak yang dah ter’miss’ sepanjang 2 bulan ni. Lepas ni entah ape lagi surprise yang akan terbongkar. Okay..macam dah panjang sangat nih. Better stop. Post hari ni tak nak cakap pape yang penting. Just nak share pengalaman hari semalam dan hari ni yang tak same dengan hari2 biasa. Hihi.. ok selamat mengejar malam lailatul qadar buat semua. Wslm.
No comments:
Post a Comment