In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Monday, August 29, 2011

Bye2 Ramadhan.. Hye2 Syawal..

Assalamualaikum…
Huh! Baru selesai kemas2 barang kat dapur. Umi sibuk masak nasi tomato untuk tetamu esok. Saya pula bahagian kuih raye dan permaidani di ruang tamu. Hehe.. tahun ni saya tak buat pape kuih raya pun, sebabnye malas dan tak sempat. Huhu.. eh chupp!! Tapi saya ade buat dadih untuk esok, siap 2 jenis lagi tu..haha
Sebenarnya tak rase macam esok nak raya pun. Tak tau la kenapa. Serious. Rase macam hari2 biasa je. Kalau ikutkan tak nak kemas rumah tapi tetap paksa diri sebab orang lain nak raye, saya je takde perasaan. huhu..
Tibanya 1 Syawal menandakan berakhirnya Ramadhan. Tahun ni kita puasa 29 hari je, tak cukup sebulan. Entah kenapa, terasa sayu hati untuk meninggalkan Ramadhan. Berat hati untuk menyambut Syawal yang menjelma. Sungguh, selama ni tak pernah lagi rase macam ni. Apakah masih ada lagi Ramadhan untukku Ya Allah? Pengakhiran Ramadhan tahun ni disambut dengan kekesalan dan kekecewaan. Frust sangat sebab tak dapat menikmati bulan mulia ni dengan ibadat dan amal soleh semaksimum mungkin. Bukan tidak mahu tetapi tuntutan tanggujawab sebagai pelajar yang disesakkan dengan homework dan esemen mengganggu gugat kualiti ibadah puasa tahun ni. Tapi Alhamdulillah.. ada satu yang tercapai. Azam saya untuk Ramadhan tahun ni tak nak miss terawih walau hanya sekali, err..kecuali waktu yang memang tak boleh tu la. At least yang tu dah tercapai. Yang lain agak hampeh jugak la. Sobs..

Kalau diberi peluang, rasa macam nak sambut Ramadhan lagi sekali tahun ni tapi itu memang mustahil la. Hukhuk.. By the way, bila masuk Syawal je orang sibuk hias rumah, beli perabot baru, pakaian baru, buat biskut dan blab la bla so on. Lagu raya pulak berkumandang sana sini. Semua happy2 tak ingat dunia sampai shopping pun tak cukup duit. Ish3.. Manusia2 ni lupa erti sebenar ketibaan Syawal tu macam mane. Syawal disambut bukan sebab saje2 nak sambut, tapi sebagai tanda kemenangan bagi umat Islam yang dah selamat pose selama sebulan. Kenapa nak celebrate pose Ramadhan je? Pose Isnin Khamis tu tak pulak? Sebabnya puasa Ramadhan tu bukan sekadar senang2 nak puasa, bukan semua orang boleh buat, dan bukan semua orang boleh laluinya dari awal hingga akhir dengan jayanya dan dapat merasa nikmat yang Allah bagi pada bulan Ramadhan. Allahuakbar! Adakah anda pasti anda salah seorang dari mereka? Saya sendiri tak dapat nak nilai sebanyak mana amal ibadat saya yang Allah terima. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segala apa yang kita lakukan. So kalau ikutkan orang yang tak puasa tu tak boleh la sambut raya sebab dia tak berjuang ape2 sepanjang Ramadhan, habis nak menang untuk ape? Haish..
Jadi, tiap kali datangnya Syawal, kita tak sepatutnya gembira excited sangat. Sebaliknya berdukacitalah wahai umat Islam sekalian, kerana Ramadhan telah meninggalkan kita dan entah kita akan bertemunya lagi atau tidak. Hilangnya Ramadhan bermakna terlepaslah syaitan2 yang dirantai dan bersambung kembali segala seksaan di kubur. Maka makin mudahlah diri kita untuk melakukan dosa dan makin susah untuk menginsafi kesalahan diri. Ramadhan adalah bulan yang paling mulia, bulan keampunan Allah. Tiap ibadat sunat yang kita buat sepanjang Ramadhan pahalanya seperti ibadat wajib yang kita lakukan hari2. Alangkah ruginya bagi sape2 yang miss bulan tu. Bulan yang penuh dengan ganjaran pahala dan nikmat dari Allah, yang takkan dapat di bulan2 lain.
“Ya Allah ya tuhanku, ampunkanlah segala dosa dan salah silapku. Aku hanyalah seorang hamba yang tidak pernah lari dari membuat dosa Ya Allah. Izinkanlah aku untuk hidup lebih lama di dunia ini. Izinkanlah aku untuk bertemu lagi Ramadhan-Mu Ya Allah. Sesungguhnya bekalanku untuk akhirat kelak masih tidak memadai dengan sisa hidupku yang ada ini. Aku rindu untuk bertemu Ramadhan Ya Allah. Aku rindu untuk merasai nikmat dan ketenangan bulan itu Ya Allah”.
Okey! Sampai di sini je malam ni. Dah lewat sangat nih. Kang esok terlepas semayang raye pulak. Hehe.. saya nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk sume yang mengenali. Saya menyusun 10 jari tangan + 10 jari kaki memohon maaf dari hujung rambut hinggan hujung kaki atas segala salah dan silap. Halalkan segala makan dan minum saya. Taqabbalullahu minna waminka. =)

No comments: