In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Friday, September 16, 2011

Kisah Si Peminta Sedekah

Pagi tadi, saya telah hadiri satu ceramah ilmu yang sering diadakan setiap minggu di pusat Bandar. Sape yang pernah pergi mungkin dah boleh teka tempat tu kat mane. Tapi kat sini biarlah rahsia. Baru saje duduk beralaskan
surat khabar, terlihat 3 orang peminta sedekah yang duduk berdekatan dengan saya. Yang memisahkan saya dengan mereka hanyalah laluan oraang ramai yang melintas di depan kami. Seakan ada sesuatu yang menarik saya untuk melihat 2 orang daripada mereka yang duduk berdekatan antara satu sama lain. Yang sorang lagi agak jauh di hujung jalan.

Seorang wanita tua yang sihat sejahtera tetapi lengan kirinya kudung hingga ke paras siku. Dan yang sorang lagi seorang pakcik tua yang buta matanya, dan mulut serta hidungnya sumbing. Subhanallah.. melihat keadaan mereka membuat saya berfikir, dan bersyukur betapa bertuahnya saya dilahirkan sempurna tanpa sebarang cacat cela, malah tidak perlu bersusah payah meminta seperti mereka. Alhamdulillah!

Namun ada sesuatu yang lebih menarik daripada itu. Beberapa ketika selepas itu, ada seorang hamba Allah yang menghulurkan sekeping not RM10 kepada lelaki tua tersebut tanpa mengambil ape2 dari bekas di depan pakcik. Barangkali pakcik tu ade barang-barang kecil untuk dijual. Lalu not tersebut di simpan di dalam poket. Makcik yang berhampiran tu pulak dari tadi memerhatikan si lelaki menerima rezeki sedangkan dia tidak. Lalu dengan sepantas mungkin, wanita tua ini bangun mengejar hamba Allah tadi yang sudah berjalan meninggalkan pakcik itu. Wanita tersebut, entah apa yang dia cakap kat hamba Allah tersebut, kemudiannya menerima sekeping not seringgit.

MasyaAllah..! Terpaku seketika saat melihat keadaan tersebut. Tidak pernah saya melihat peminta sedekah yang cemburu melihat peminta yang lain menerima huluran. Nasib baik makcik tu tak pergi ambik duit dalam poket pakcik tu. Yang tu paling saya takutkan. Terasa macam nak pergi kat pakcik tu and berbisik kat dia, “Pakcik simpan elok-elok yer duit pakcik. Lagipun poket baju pakcik dah macam nak transparent je ni.” Heee..

Bukankah rezeki masing-masing tu Allah dah tentukan? Mungkin rezeki yang Allah bagi tu setimpal dengan keadaan kita dan apa yang kita buat atau usaha kita. Tidak perlu untuk cemburu atau rasa tak adil dengan rezeki yang kita dapat. Allah dah kurniakan tubuh badan dan akal untuk kita bekerja dan berusah mencari rezeki. Maha terpulanglah pada masing-masing bagaimana untuk mencari rezeki, samada dengan cara baik atau tak baik, halal atau haram. Jika rezeki kita pada hari ni sedikit, bersangka baiklah dengan Allah. Mungkin hari esok, lusa dan seterusnya rezeki kita lebih banyak dari hari ni, malah mungkin jua melimpah-ruah dari orang lain. Apepun, bersyukurlah dengan nikmat Allah, dengan apa yang kita ada sekarang kerana masih ada insan yang lain yang kurang bernasib baik daripada kita. Bersyukur kerana kita masih bisa makan kenyang dan dapat tidur dengan selesa. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan Dia Maha Tahu apa keperluan kita untuk hidup. Jaga hubungan dengan Allah, InsyaAllah dipermudahkan segala apa yang kita inginkan. Wallahua’lam. :)

2 comments:

FiQa said...

ado jugok peminta sedekah camtu,,,,,

sadis sungguh....

:: ciK TeaChEr :: said...

huhu..tu la psl..xpnh lg jpo..
rzeki msing2..xprlu dengki2.. :)