In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Monday, January 30, 2012

Bulatan Bahagia Saya

Alhamdulillah. Petang tadi selamat sempurna penglibatan pertama saya dan sahabat2 dalam bulatan gembira kami; usrah. Usrah ni special sikit bagi saya, sebab memang diwujudkan untuk geng TESL. Tujuannya untuk elak dari rasa tak selesa, segan and so on sebab usrah yang surau selalu buat tu budak agama yang handle. well, budak tesl dan pa susah nak capai chemistry yang sebati.

Bulatan gembira tadi benar2 buat saya gembiraaa, sebab.. sebab.. ramai member2 join sekaki dua kaki. Terima kasih awak semua sebab tak menolak ajakan saya. walaupun saya rasa ada yang terpaksa. Macam kakak naqibat tadi cakap, kadang2 benda baik macam ni perlu dipaksa sebelum ia jadi tabiat dan kesukaan kita.


Pertemuan pertama tadi hanya diisi dengan ‘ice breaking’ dan perkongsian hebat dari kakak naqibat. Kisah beliau pada zaman ‘jahiliahnya’ yang tidak jauh beza dengan manusia sekeliling kita sekarang ni. Bagaimana beliau boleh berubah sehingga menjadi seperti hari ini, dan apa perasaan bila jatuh cinta dengan Allah. Airmata sesalan yang insyaAllah dapat menghapus dosa lalu laju mengalir di pipi. Saya sebak dalam hati. Melihat pada sahabat2 yang mengelap perlahan pelupuk mata masing-masing, buat saya bersyukur dalam diam. Bersyukur kerana dilembutkan hati mereka untuk menerima kebenaran walaupun hanya melalui cerita seorang insan biasa. Tapi saya yakin kakak itu hebat tempatnya di mata Allah. Kata beliau, dirinya islam pada usia 20. Dan saya mengiyakan dalam hati.Kita sama kakak.


Kisah kakak tadi tak kurang lebih dengan kisah saya. My old times yang dulu hanya berdiri atas nama ad-Din, tapi hakikatnya penuh dengan kepalsuan dan kepura-puraan. Kononnya tahu soal agama itu dan ini, namun berapa kerat sahaja yang benar2 difahami dan dipraktikkan. Astaghfirullahalazim! :'(

Oleh itu pemilik jasad ini nekad, tak mahu lagi ringan pada lidah tapi berat pada anggota lain. Sungguh, saya tak nak jadi hipokrit- tahu baik buruk sesuatu itu, tapi enggan mengakui dan kadang2 buat2 tak tahu. Menerima dalam hati tapi menolak pada luaran, hanya semata-mata kerana sayangkan manusia dan duniawi. Sayang akan kehilangan apa yang disayangi. Walhal, Allah yang harus diletakkan pada yang utama.


Saya tak kisah kalau orang lain tak suka dengan apa yang saya buat, sebab saya tahu Allah suka.


Saya tak kisah kalau awak semua tak nak ikut serta bersama saya. Saya faham. Saya tak marah. Saya okey. Walaupun dalam hati saya Allah je yang tahu. Tapi saya mohon, jangan awak semua pandang enteng pada orang lain yang ingin bersama saya. Masih punya usaha untuk jadi yang terbaik. Saya tak suka tengok cara awak memandang mereka dan kami, yang seolah-olah sampah masyarakat. Kalau tak berkenan, simpan dalam hati awak. Jangan memuji dengan kiasan, sindiran dan pandangan sinis pada mereka. Mereka baru nak bertatih. Jangan patahkan semangat mereka ye awak. Tak malukah awak semua pada diri sendiri? Pada mereka? Sekurang-kurangnya mereka masih ada usaha nak gapai syurga,dibandingkan dengan awak yang rugi tak dapat apa2. Tak teringinkah awak untuk merasa nikmat kemanisan itu?


Sunday, January 29, 2012

Revolusi

revolusi. revolusi. revolusi.


entah kenapa sejak akhir2 ni saya suka sangat dengan perkataan berhuruf lapan ni.
ops! bukan saya sedang taksub dengan sejarah, yang macam kita pernah belajar suatu ketika dulu. itu sejarah Barat. sejarah komunis dan sejarah penjajah.

'revolusi' yang saya selalu sebut pada kawan2 dua tiga menjak ni, adalah revolusi istimewa yang insyaAllah ganjarannya hebat dari Allah s.w.t. revolusi yang mungkin boleh disamakan dengan transformasi atau metamorfosis atau inovasi. dengan kata mudahnya penambahbaikan atau perubahan. ada apa dengan revolusi ni?

haa.. berkisahkan beberapa orang hamba Allah yang berhijrah ke alam baru, bukan alam rumahtangga, tapi alam ad-Din yang lebih telus dan membuka hati2 yang dulu dalam kegelapan hingga Sang Pencipta dibiar bersendiri tanpa ingatan dari hambaNya.


“Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi.” [7:178]
alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

hati penulis berbunga riang gembira memanjat syukur saat melihat manis si dara bertudung labuh menutup segala apa yang terlarang. sahabat mana yang tak terharu gembira saat melihat saudara seagamanya sama2 ingin melangkah mencari cinta hakiki.

yang lebih menggembirakan penulis lagi, hamba2 istimewa ini adalah dari kalangan cohort-mates sendiri, pastinya dari opsyen TESL yang dilihat seperti kebaratan dan jauh dari agama sendiri. ayuh sahabat! kita buka mata mereka yang gelap dan cetek akalnya. masih ingat saat pertama kali menjejak kaki di bumi IPSAH ini, hanya 3 orang muslimat yang berhijab labuh dalam cohort. kini, jumlahnya sudah mencecah 12 orang (kalau tak salah kira).


seriously, saya sangat cemburu melihat hamba2 Allah ini yang saya kira amat lembut hatinya menerima hidayah Allah. sangat mudah untuk terima kebenaran dan mengakui khilaf diri. sebab tu saya kata mereka ini buat revolusi.

perubahan dalam masa yang sangat singkat tetapi insyaAllah akan istiqamah sepanjang masa.

nak dibandingkan dengan diri saya sendiri yang sepatutnya, hmm.. patutnya dah bertahun-tahun dulu lagi dah berubah. berubah menjadi manusia yang sepatutnya saya jadi. aduh! maluuu bila mengingat sebuah penyesalan yang tiada noktah ini.


“Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMu.” [HR Muslim]

ape pun, hati2 manusia itu Allah yang pegang. Dia yang membolak-balikkan hati kita dan Dia jualah yang menarik kita dari pesongan. Ya Allah, jangan Engkau bolak-balikkan lagi hati kami setelah Engkau tunjukkan kebenaran pada kami. Peganglah hati kami agar teguh terpahat pada akarnya. Amin.

yeah.. to begin the first step is not easy, walaupun yang memandang melihatnya sangat gampang.

saya faham perasaan kalian yang cuak + nervous nak face the public for the very first time of hijrah. tapi step pertama itu perlu dilangkah dan digagahi, kerana langkah pertama itulah yang akan membawa kita kepada langkah2 yang seterusnya. Baby steps i guess. yang kemudian hari nanti akan jadi big steps untuk hidup yang mendatang. baby steps yang akhirnya akan diingati sampai bila2... *kitakenakuat*

“ Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.” [2:8]

Sunday, January 15, 2012

Mengejar Kemanisan Hijrah

# Jangan jadi orang yang rugi. Usah bina tembok keegoan dengan Allah. Usah berlagak angkuh bahawa anda boleh hidup tanpa Allah. Jangan biarkan hidayah Allah itu ibarat angin lalu yang menyapa anda. Jangan biarkan sinar hidayah itu menjadikan hati anda sebagai sebuah persinggahan, sebaliknya taklukilah ia dan pagarilah ia dengan benteng iman dan taqwa yang teguh. Hidayah itu hanya singgah sebentar sebelum ia menyambung perjalanan ke hati yang lain. Kalau tidak ditangkap dan diikat kemas2, entah bila lagi ia akan menyinggah. Apakah ketika itu anda masih bernafas atau tidak? Jangan terlalu memuja cinta manusia dan dunia, kerana semua itu akan pudar ditelan bumi suatu hari kelak. Carilah yang kekal. Carilah cinta yang boleh membuka pintu syurga buat anda di akhirat kelak. Usah risau untuk kehilangan dunia kerana akhirat telah tersedia untuk anda. Andai kebahagiaan dunia yang anda pilih, azab akhirat menanti di akhirat.Tetapi, andai kebahagiaan akhirat dikejar, kebahagiaan dunia juga akan jadi milik anda. #

again, the article below was copied from here. :)


Di keheningan fajar ini, aku rasakan seluruh tubuh dan jiwaku berada dalam situasi yang damai dan menenangkan. Selama ini tidak pernah sekelumit pun ku rasakan perasaan seindah ini.

Terima kasih Allah, kerana Engkau masih memberi ruang kepada hamba-Mu yang sangat hina ini untuk menikmati perasaan ini. Saat inilah baru aku tersedar bahawa diriku ini sangat mencintai dan merindui-Mu.

Saat ini baru ku rasakan betapa nikmat dan manisnya cinta dan rindu kepada-Mu. Baru kini ku merasakan hebatnya kuasa cinta ini, Ya Allah.

Syukur pada-Mu ya Allah kerana Engkau telah memilih diri ini untuk menerima hidayah dan cinta-Mu. Sesungguhnya aku benar-benar menyedari betapa hinanya aku pada pandangan-Mu.

Betapa dosaku luas meliputi ruang langit dan bumi. Kosongnya amalanku ini untukku persembahkan kepada-Mu nanti. Terlalu banyak sifat mazmumah dalam diriku sehinggakan tidak mampu ku perhitungkan lagi. Kerasnya hatiku sehingga hidayah-Mu sukar untukku menerimanya. Ku tahu tiada nilaianku di sisi-Mu, ya Allah.

Namun sesungguhnya, Engkau Maha Pengasih ya Allah. Engkau masih memberi peluang kepada diriku ini untuk melakukan transformasi diri. Rahmat-Mu Maha Luas ya Allah. Syukur yang tidak terhingga ku panjatkan kepada-Mu.

Di kesunyian fajar ini, air mataku laju menuruni sejadah. Kesilapan lampau terbayang-bayang mengisi ruang ingatan satu persatu. Episod silam membawaku ke lembah kehinaan yang membuatkan aku digelumangi debu-debu dosa.

Betapa menyesalnya aku ya Allah. Kenapa selama ini aku leka dan lalai? Kenapa selama ini hatiku buta ya Allah. Terlalu banyak masa yang telah aku persia-siakan. Selama ini aku mempermainkan taubat kepada-Mu ya Allah. Selama ini ibadatku bukanlah untuk-Mu ya Allah, tetapi kerana sifat menunjuk-nunjuk dan riak yang hadir dalam diriku. Aku terlalu menyesal ya Allah.

Aku pohon kepada-Mu ya Allah, kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk melakukan hijrah ini. Aku ingin berhijrah ya Allah, hijrah kerana-Mu. Bukanlah hijrah kerana manusia, bukan juga hijrah untuk mendapatkan dunia tapi hijrah yang sebenar-benarnya.

Aku ingin berhijrah untuk mendapatkan cinta dan redha-Mu. Sambutlah cinta dan rinduku ini ya Allah. Akan ku tatang hidayah-Mu ini dengan ilmu. Ilmu yang akan aku manfaatkan untuk memperbaiki hati dan diriku, yang dapat memberi cahaya kepada jiwa dan hidupku.

Ilmu yang akan aku persembahkan untuk-Mu adalah ilmu yang akan membawa diriku menuju cinta-Mu. Ilmu yang dapat menjadikan hatiku ini lembut dan syahdu. Ilmu yang dapat mengubah seluruh kehidupanku. Kurniakanlah kepadaku ilmu yang dapat membuat diriku semakin mencintai-Mu ya Allah.

Semoga kita digolongkan dalam golongan manusia yang dipilih Allah untuk menerima hidayah-Nya. Betapa bertuahnya kita seandainya dipilih. Membuktikan betapa luasnya rahmat dan kasih sayang Allah. Lihatlah betapa kerdilnya kita di muka bumi ini, tetapi sayangnya dalam kalangan kita masih ada manusia yang sombong.

Marilah kita sama-sama melakukan hijrah diri. Hijrah yang dapat mengubah hati dan jiwa kita. Hijrah yang dapat meruntuhkan keegoan dan sikap takbur manusia. Hijrah yang dapat meruntuhkan hati dan jiwa yang keras. Hijrah yang memberi kesedaran kepada kita bahawa segala yang kita lakukan di dunia ini adalah semata-mata untuk mendapatkan cinta dan redha Allah.

Lakukanlah hijrah diri ini ketika kita masih mampu melakukan amal ibadat. Lakukan hijrah tatkala Allah memberi kelapangan masa dan kesihatan kepada kita. Lakukan hijrah diri ini ketika diri masih diberi peluang. Lakukan hijrah diri ketika diri masih muda. Lakukan hijrah diri ini tatkala nyawa kita masih belum sampai di halkum. Kelak, jika hijrah diri ini tidak disambut, kitalah manusia yang paling rugi dan paling malang di dunia dan di akhirat.

Hikmah Di Sebalik Sebuah Pengorbanan~ ISK

Alhamdulillah. Cuti hujung minggu dihabiskan dengan aktiviti yang sangat berfaedah. Ada hikmah kenapa saya tak balik rumah. Rupa- rupanya Allah nak bagi sebuah hadiah besar yang tak semua orang boleh dapat. Bagai mendapat durian runtuh walaupun diundang last minute. Seorang sahabat mengajak ke sebuah program, Ini Sejarah Kita [ISK] yang beliau sendiri pada awalnya tidak pasti apa benda program tu. Ia adalah sebuah daurah, hampir sama dengan konsep usrah tapi melibatkan kumpulan yang besar. Tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. Boleh santai2 dan guling2 dengan kawan2. Hee..


ukhuwah itu indah bila ia kerana Allah

Saya adalah salah seorang hamba Allah yang terpilih untuk join ISK. Salah seorang insan yang hatinya telah disentuh dengan sebuah hidayah, yang teramat manis bila disambut dengan keikhlasan dan ketaqwaan. Lebih menggembirakan, saat melihat wajah2 yg tidak disangka akan turut sama menyertai terlebih dahulu menanti bersama senyuman. Alhamdulillah atas izin Dia, hati2 yang dahulu jauh kini bersatu demi menggapai sebuah keredhaan. Paling buat saya terharu, bila melihat rakan2 coursemates yang memonopoli ISK ini. Rakan2 dari course TESL yang sering diumpat dan dihina kerana kononnya bersikap kebaratan , sosial dan jauh dari agama. Hey! Maaf, tanggapan anda salah! Mungkin ada insan yang termasuk dalam golongan yang dimaksudkan, tapi InsyaAllah bukan kami.
Dan Alhamdulillah, hasil dari daurah tersebut, hati2 yang telah disentuh oleh Allah dilihat bertambah iman dan taqwanya. Mereka ini insan yang paling bertuah, kerana dengan rela hati menerima tarbiah dari kakak2 fasilitator tanpa paksaan dan rungutan. Mungkin ada menghadirkan diri dengan kekeliruan atau seribu pertanyaan, tapi at least mereka cuba. Cuba untuk mencari erti hidup sebenar, erti islam yang bukan hanya sekadar pada nama atau ic semata-mata.


Walaupun hati sangat kecewa dengan sesetengah hamba Allah yang menolak mentah2 saat diajak untuk menyertai, namun terubat jua saat hati ditarbiah dengan hidayah Allah. Bila diajak ke program berbentuk islamik, seolah-olah fobia dan trauma untuk mendengarnya. Lantas, jawapan “tidak” terus diberikan. Kata sahabat saya, tak sampai ke hati hidayah Allah tu. Lalu, pelbagai alasan dicipta untuk membela diri. Bagaimana mahu sampai, jika belum apa2 lagi sudah menolak bulat2 tanpa ada usaha untuk mendekati. Seolah-olah diletakkan sebuah benteng antara diri sendiri dan Allah.
Sebelum mencoret tadi, terasa banyak yang ingin diceritakan. Tapi kini, lidah kelu tanpa kata. Tidak tahu bagaimana ingin dihebah akan nikmatnya perasaan bila jatuh cinta dengan Allah. Sungguh. Sukar untuk diungkap. Hanya mereka yang melaluinya akan memahami rasa yang ditanggung ini. Pesan saya pada anda, jangan pernah menolak andai di hadapan anda terbentang luas jalan untuk mendekati Allah. Kata Kak Teh, nak jadi orang baik, nak jadi lain daripada biasa bukan kerja senang. Susah. Tapi, kalau Allah yang jadi sandaran, insyaAllah yang susah akan jadi senang dan manis. Okey, sampai sini je entri kali ini. Kalau nak tahu cerita pasal ISK ni, boleh datang jumpa saya. Guna mulut lagi senang rasanya daripada keyboard ni. Hehe..



mereka insan terpilih. anda bila lagi?



here saya kongsikan cerita sahabat2 lain yg bersama saya dalam daurah tersebut. :D
ini dan ini.
p/s: seriously, rasa macam takde bakat nak jadi penulis. ayat tunggang langgang =.=

Thursday, January 12, 2012

Jangan, Jangan, dan Jangan

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.


copy from here.

Jangan berikan padaku hati yang lain saat aku tidak mampu menjaga hati sendiri

Jangan berikan padaku jasad yang lain andai jasadku sendiri tidak terjaga

Kerana aku tak mungkin bisa menjaganya dengan baik

Di saat diriku sendiri masih memerlukan kompas untuk menunjuk jalan


Wednesday, January 11, 2012

O Allah, Gimme Strength


Bismillahirrahmanirrahim..

entri kali ini terasa bagai ingin mencoret luahan hati

yang kadangkala menggelupur meronta minta diisi dengan iman yang teguh

hati yang kadangkala menangis dalam diam kerana terlalu kecewa

melihat insan2 tersayang bagai tidak endah akan teguran yang diberi

seolah-olah dunia yang dihiasi keindahan palsu ini milik mereka

hanyut dengan hidup yang kononnya "aku bahagia"


hati mana yang tidak kecewa andai jentikan nasihat yang diberi dianggap remeh

sedangkan kita terlalu menyayangi mereka

kalau tak sayang, lebih baik usah ditegur

hanya melihat butakan mata pekakkan telinga

"biarlah dia, bukan urusan aku, kubur lain2, bla..bla.."

hakikatnya, aku bukan seperti itu

kerana padaku walau ilmu yang dimiliki tidak seluas lautan atau setinggi langit

namun tanggungjawab untuk menegur itu masih di tanganku

jangan nanti di penghujung hidup kelak

aku ditanya "mengapa tidak menegur mereka walhal kamu lebih mengetahui dari mereka"

"mengapa dibiarkan mereka hanyut memuja dosa?"

sungguh! aku tidak mahu membutakan mata dan memekakkan telinga

yang Allah kurniakan indah tanpa cacat cela ini


mungkin saja bicara pemilik tinta ini kadangkala tajam menusuk kalbu

hingga menimbulkan rasa bengkek di hati yang mendengar

namun padaku, itu lebih baik dari menegur secara lembut

kerana yang ditegur bukan budak kecil yang masih berhingus

yang memerlukan budi bicara yang lemah lembut untuk memujuk

yang ditegur itu bukan lagi dari usia belasan tahun

sudah bergelar teruna dan dara

yang sebenarnya sedar akan khilaf diri tetapi

sengaja berpura-pura tidak mengetahui

lantaran enggan kehilangan apa yang disayangi

kalau Allah juga boleh berpura-pura tidak melihat dosa mereka

pasti senang sekali hidup kita bukan?

hairan dengan manusia seperti ini


lantaran itu

pena ini menulis bukan kerana ilmu yang terlampau meninggi

bukan kerana inginkan publisiti murahan

atau follower yang beratus ribu

bukan kerana "aku lebih tahu semuanya"

atau kerana "aku lebih baik dan alim dari mereka"

tidak tidak tidak

hakikatnya, aku tidak mahu berada dalam orang yang kerugian

rugi kerana tidak berpesan-pesan sesama saudaranya

seperti nukilan Allah dalam novel cintaNya

bahawa tanggungjawab untuk menegur itu wajib atas setiap mukmin

yang pada akhirat kelak akan ditanya akan amanah tersebut


pena ini melakar tinta untuk perkongsian

kerana hati ini juga sentiasa leka dan alpa dengan nikmat dunia

lantas, mengingatkan kalian sama seperti mengingatkan iman sendiri

agar sentiasa teguh berdiri tanpa goyahan nafsu

dek kerana rasa yang ditanggung

pemilik tinta kadangkala memilih kanvas maya sebagai alternatif

sebagai medan dakwah untuk menegur dan menyebar

kerana tidak semua bisa terluah melalui mulut

khuatir ada yang meledak kerana tajamnya lidah ini

siapa tahu, penulisan pena ini dapat membantu

menyampaikan apa yang tersirat terpendam di hati


dakwah itu pasti

meski tak dibalas dengan kebaikan

keburukan atau hinaan

meski ia sepi tanpa respon

biarlah, itu adalah lumrah

yang harus diterima

oleh setiap daie


Ya Allah

moga setiap bicara dari pemilik pena ini

diilhamkan dari petunjukMu

diberkati dengan redhaMu

agar hati2 yang penuh dengan dosa dapat dilentur

agar sama2 mendaki meredah hawa dan nafsu

demi mencapai surgaMu

insyaAllah dengan izinMu Ya Rabb


Wordless Wed #2 Innallaha ma'ana~


Sunday, January 8, 2012

Cetusan Tinta Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Entri pertama untuk tahun 2012. Maaf kerana lama menyepi. Cuti panjang selama sebulan lebih menghalang otak dari berfungsi dengan baik, secara langsung menjejaskan minda untuk mencerna idea. In short, empty!

Today, almost seminggu masuk sem baru- sem 3. Masih memaksa otak dan badan untuk bersedia dengan apa saja kemungkinan dalam masa beberapa bulan akan datang. Alhamdulillah, result sem lepas dah dapat. I was expecting to see “GAGAL” on my screen, yet Allah sentiasa Maha Penolong. Bukan nak sangat fail, tapi menilai pada usaha yang tidak mencapai tahap optimum dan ditambah dengan kecuaian dan juga terlepas pandang dalam exam hari tu. Alhamdulillah. Allah masih bagi peluang untuk tambah usaha dan doa pada Dia.

Tiap kali tahun baru menjengah, pasti hampir semua orang sibuk mencanang azam baru, yang mungkin ya atau mungkin tidak akan terlaksana dalam tempoh setahun tersebut, melainkan jika diiringi dengan niat + usaha + tekad + istiqamah + ikhlas. Why I said hampir semua orang? Yes, because saya tidak ada azam baru. Jangan salah sangka. Jangan kata saya takda perancangan hidup. Adaaa.. Tapi, saya tak yakin dengan diri sendiri. I just want to live my life as usual, and expecting myself to have new habit everyday. Err.. tak faham? I mean, diharap setiap hari akan ada benda baru yang saya boleh buat or achieve. Something good for the sake of Allah. InsyaAllah. Dan moga something new itu akan bertambah dari hari ke hari until at the end, I want to see them as a mountain of my deeds. Biar hujung tahun nanti, saya berbangga dengan diri sendiri.

Walaupun takde azam, tapi perubahan akan dibuat bit by bit. Why not total changes? Sebab saya masih belum kuat untuk itu. :( Begin with changes in my appearance and attire, I start doing that on my first day in this sem. And, hoping for the people to acknowledge my transformasi is sometimes sounds like ‘riak’. I have my reasons for that. Bila orang tegur, tu maknanya orang perasan dan selalu perhatikan saya selama ni. And for that, saya kena selalu aware dengan apa yang saya buat. Dan bila orang perasan, dengan harapan moga ia jadi contoh untuk orang lain berubah juga. Kata seorang sahabat, if people just zip their mouths and give no comments, tu maknanye they accept and agree with what I’m doing. Alhamdulillah. Seeing them smile give me some comfort and peace. Thanks for your support! :)

Orang kata, kalau kita berniat baik Allah akan selalu lindungi dan tolong kita. Moga hambaMu ini tetap tegar dan teguh berdiri menebar langkah mencari redhaMu, tetap istiqamah meredah mehnah. Allahuakbar walillahil hamd.