Bismillahirrahmanirrahim..
entri kali ini terasa bagai ingin mencoret luahan hati
yang kadangkala menggelupur meronta minta diisi dengan iman yang teguh
hati yang kadangkala menangis dalam diam kerana terlalu kecewa
melihat insan2 tersayang bagai tidak endah akan teguran yang diberi
seolah-olah dunia yang dihiasi keindahan palsu ini milik mereka
hanyut dengan hidup yang kononnya "aku bahagia"
hati mana yang tidak kecewa andai jentikan nasihat yang diberi dianggap remeh
sedangkan kita terlalu menyayangi mereka
kalau tak sayang, lebih baik usah ditegur
hanya melihat butakan mata pekakkan telinga
"biarlah dia, bukan urusan aku, kubur lain2, bla..bla.."
hakikatnya, aku bukan seperti itu
kerana padaku walau ilmu yang dimiliki tidak seluas lautan atau setinggi langit
namun tanggungjawab untuk menegur itu masih di tanganku
jangan nanti di penghujung hidup kelak
aku ditanya "mengapa tidak menegur mereka walhal kamu lebih mengetahui dari mereka"
"mengapa dibiarkan mereka hanyut memuja dosa?"
sungguh! aku tidak mahu membutakan mata dan memekakkan telinga
yang Allah kurniakan indah tanpa cacat cela ini
mungkin saja bicara pemilik tinta ini kadangkala tajam menusuk kalbu
hingga menimbulkan rasa bengkek di hati yang mendengar
namun padaku, itu lebih baik dari menegur secara lembut
kerana yang ditegur bukan budak kecil yang masih berhingus
yang memerlukan budi bicara yang lemah lembut untuk memujuk
yang ditegur itu bukan lagi dari usia belasan tahun
sudah bergelar teruna dan dara
yang sebenarnya sedar akan khilaf diri tetapi
sengaja berpura-pura tidak mengetahui
lantaran enggan kehilangan apa yang disayangi
kalau Allah juga boleh berpura-pura tidak melihat dosa mereka
pasti senang sekali hidup kita bukan?
hairan dengan manusia seperti ini
lantaran itu
pena ini menulis bukan kerana ilmu yang terlampau meninggi
bukan kerana inginkan publisiti murahan
atau follower yang beratus ribu
bukan kerana "aku lebih tahu semuanya"
atau kerana "aku lebih baik dan alim dari mereka"
tidak tidak tidak
hakikatnya, aku tidak mahu berada dalam orang yang kerugian
rugi kerana tidak berpesan-pesan sesama saudaranya
seperti nukilan Allah dalam novel cintaNya
bahawa tanggungjawab untuk menegur itu wajib atas setiap mukmin
yang pada akhirat kelak akan ditanya akan amanah tersebut
pena ini melakar tinta untuk perkongsian
kerana hati ini juga sentiasa leka dan alpa dengan nikmat dunia
lantas, mengingatkan kalian sama seperti mengingatkan iman sendiri
agar sentiasa teguh berdiri tanpa goyahan nafsu
dek kerana rasa yang ditanggung
pemilik tinta kadangkala memilih kanvas maya sebagai alternatif
sebagai medan dakwah untuk menegur dan menyebar
kerana tidak semua bisa terluah melalui mulut
khuatir ada yang meledak kerana tajamnya lidah ini
siapa tahu, penulisan pena ini dapat membantu
menyampaikan apa yang tersirat terpendam di hati
meski tak dibalas dengan kebaikan
keburukan atau hinaan
meski ia sepi tanpa respon
biarlah, itu adalah lumrah
yang harus diterima
oleh setiap daie
Ya Allah
moga setiap bicara dari pemilik pena ini
diilhamkan dari petunjukMu
diberkati dengan redhaMu
agar hati2 yang penuh dengan dosa dapat dilentur
agar sama2 mendaki meredah hawa dan nafsu
demi mencapai surgaMu
insyaAllah dengan izinMu Ya Rabb
No comments:
Post a Comment