In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Sunday, October 21, 2012

Chicken Chop


Here you go. It's chicken chop timeeeeee!
Heheh. Terlampau excited sebab benda-yang-boleh-ditelan-masuk-mulut ni dibuat hasil air tangan sendiri. Ewah, tu perasan namanya. No lah, actually, i went to a cooking course at Kolej Komuniti and the program was organized by JPP. So they named the course as "Beliawanis Bijak", yang secara tersuratnya mungkin ingin melahirkan wanita muda yang handal dan bijak di dapur. Kemudiannya, wanita muda itu akan bijak bermain di dapur regardless of the 'ketung ketang ketung ketang' sound and segala bahan bertaburan di lantai. Asalkan apa yang dimasak boleh dimakan. Haha. Jadi semalam, kami diajar untuk memasak chicken chop bersama beberapa komponennya iaitu coleslaw, mashed potato, mushroom sauce and black pepper sauce.


Jadi, aku malas nak cakap banyak. Biar saja gambar-gambar ini berbicara. Sometimes, pictures speak more than a thousand words. Takpe kalau ada pertanyaan boleh je tanya ye. 



Marinated The Chicken



Breaded procedure



Coleslaw



Mashed Potato



Mushroom Sauce & Black Pepper Sauce




Tadaaaa!

Chicken Chop!


Aku baru tahu bahawa nak buat chicken tu sebenarnya tak sepayah yang aku fikir. Senang, tapi it takes time jugak since ayam tu nak kena chill dulu. Coleslaw pun kena chill jugak. Yang sauces tu pulak kena kacau atas dapur lama sikit sebab kejap pekat kejap jadi cair kejap pekat balik kejap terlebih cair kejap kemudian buat sampai puas hati la senang cakap. Huhu. Well, yang paling best sekali masak kat kolej komuniti ni, semua orang akan dapat bahagian makanan masing-masing. So takkan ada yang berebut, malah ada extra lagi. Kumpulan aku empat orang, tapi ayamnya lima ketul. Hee

Oh ye, time masak tu jangan lupa baca few du'as untuk menambahkan kelazatan makanan tu. =)


"Lepas ni boleh la masak chicken chop untuk suami." 
(chef shawal, 2012)

errr...gulp gulp!  =.='




                            







p/s: ada dua tiga keping gambar tu aku kidnap dari pakcik google
        sebabnya takde dalam koleksi aku. :D

Friday, October 19, 2012

Kisah Saudara Baru

Salam sayyidul ayyam.. jangan lupa Al-Kahfi hari ni, nanti kena rotan! =P


Amaran!!! entri ini berjela panjang jadi sila luangkan masa sebaiknya untuk membaca. =D


Hari ahad hari tu, aku sempat ke sesi Hi-Talk (Hidayah Talk) bersama seorang saudara baru berbangsa cina. Itulah pertama kali aku dengan cerita dari seorang muallaf, tentang beliau semasa jahiliahnya dan juga ketika islamnya kini. sudah 5 tahun. Kita selalu kata orang muallaf ni baru peluk islam, tapi sebenarnya mereka kembali kepada islam yakni kembali kepada fitrah setiap insan. Jika dibandingkan dengan saudara baru yang lain, kisah wanita itu mungkin ada kebersamaannya, dan mungkin terlalu beza dengan yang lain. kisahnya bagiku terlalu tragis. Betapa Allah ingin uji keimanannya sehinggakan bertubi-tubi ujian yang Allah hamparkan untuk wanita itu. Betapa Allah sayang dan kasih pada wanita itu sehingga hari ini beliau masih dalam agama Allah ini, tidak pernah berputus asa malah semakin teguh dan gigih memperjuangkan agamanya.


Sungguh, aku cemburu dengan wanita itu.


"And Allah guides whom He wills to a straight path." [2:213]


Bagaimana beliau boleh kembali kepada Islam.

Kuasa Allah, ditakdirkan beliau mengucap lafaz syahadah pada tahun 2007 iaitu pada hari ulangtahun kelahiran anak lelaki tunggalnya yang kini berumur 13 tahun. Kata wanita itu, hari itu dirasakan serba tak kena bagai ada sesuatu yang mengganggu dan terasa bagai beliau kehilangan sesuatu. Sebelum berhijrah, wanita cina itu tak pernah tahu bahawa wujudnya akhirat dalam hidup ini. Disangkan hidup ini semata-mata hidup untuk mencari harta dan kebahagiaan yang penghujungnya hanya berakhir dengan kematian. Sebelum kembali pada agama fitrah ini, beliau tidak ambil tahu soal Islam dan tidak pernah diberi pendedahan tentang bagaimana Islam yang sebenarnya. Beliau hanya tahu bahawa para muslim punya sebuah buku tebal seperti sebuah kitab, dan di dalamnya berisi pelbagai panduan dan tunjuk ajar untuk kehidupan manusia. Pernah beliau ingin cuba menyentuhnya, tetapi dihalang oleh seorang hamba Allah yang mungkin tidak mengetahui bahawa tafsir al-quran boleh disentuh oleh non-muslim.

Sebelum tiba hari bersejarah itu, beliau pernah bermimpi selama 3 malam berturut-turut. Di dalam mimpinya ada sekumpulan manusia berjubah putih yang hanya diam tanpa suara, dan pada akhirnya hanya menyebut "puasa". Lalu wanita itu berfikir, bagaimana mungkin dia seorang yang bukan islam bisa puasa seperti orang islam.

Reaksi keluarga terhadap pengislamannya.

Seperti yang dijangkakan, keluarganya menolak bulat-bulat pengislamannya dan wanita itu dihalau dari rumah sehelai sepinggang melainkan bersama wang 5 ringgit dan sebuah kereta yang sempat diambil. Sungguh, kisahnya sangat tragis dan menyedihkan. Malam itu, hanya sendu hiba yang aku lihat di wajahnya namun kadangkala aku lihat beliau berusaha untuk nampak kuat di hadapan audience. Tidak cukup dihalau dari rumah, beliau dikejar oleh si suami dan konco-konco untuk membunuhnya dan memaksa beliau kembali pada kekafiran. Si suami juga memalsukan laporan kepada polis mengatakan beliau diculik oleh teman rapatnya sehinggakan polis membuat sekatan jalan raya untuk menahan. Hingga suatu saat, beliau pulang ke rumah untuk menyelesaikan masalah namun penyelesaian yang beliau perolehi hanyalah sepak terajang dan dikurung dalam sebuah bilik. Di luar bilik, para tok sami sibuk menjampi supaya beliau lembut hati kembali pada agama asal.

Aku tak mampu menceritakan semula kisah beliau, sebagaimana yang aku dengar dari bicara beliau. Cuma aku boleh simpulkan kisahnya itu tidak ubah seperti drama lakonan tv atau drama novel, yang kita sangkakan tak pernah menjadi realiti. Tapi hakikatnya, itu kisah benar hidup beliau.

Hidup sebelum menjadi muslim dan selepas muslim.

Sebelum muslim hidupnya penuh kekayaan. Dikhabarkan keluarganya adalah salah seorang jutawan, rumah besar, kereta besar. Tapi selepas penghijrahan, hidupnya berubah 360 degree. Beliau hanya tidur beralaskan tikar dan hanya makan roti kering. Kalau dulu makan ikan besar memang dah jadi lumrah hidup keluarganya, tapi kini hanya ikan temenung (eh betul ke eja?huhu) yang jadi pilihan atas dasar murah dan jimat. Kalau dulu ikan temenung hanya dibelikan untuk kucingnya makan. Tapi, apa yang menarik, wanita itu sempat berseloroh mengatakan apa guna hidup kaya kalau hati tak tenang dan berserabut. Lebih baik hidup miskin dengan hati yang aman. Tak perlu pening kepala nak fikir soal hutang, kad kredit dan sebagainya. Secara mudahnya, beliau kini lebih bersyukur dengan apa yang ada padanya dan tak pernah sesal meninggalkan kekayaannya dulu.

Hubungan dengan keluarga selepas keislaman.

Sejak beliau kembali pada islam, beliau tak pernah bertemu dengan anaknya hingga sekarang. Si  ayah tidak mengizinkan dan si anak juga tidak mahu bertemu. Kata si anak, selagi mamanya bertudung, selagi itu wanita itu bukan  mamanya. Saat beliau menceritakan perihal anaknya, air matanya tak henti mengalir. Ibu mana yang tak sayangkan anak. Ibu mana yang tak rindukan anak. Kita yang masih punya ibu bersyukurlah. Bersyukur kerana tali persaudaraan kita dengan ibu masih utuh dengan kasih sayang, bukan dengan kebencian.

Manakala ibu wanita itu pula, alhamdulillah kini semakin menerima keadaan anaknya yang beragama Islam. Dulu ibunya juga membenci hinggakan wajah si anak langsung tidak mahu dipandang. Lama-kelamaan, ego si ibu cair dengan budi pekerti si anak yang masih melayannya dengan kelembutan dan kasih sayang. Cuma satu hal saja, si ibu tidak mahu melihat anaknya bertudung. Si ibu malu dengan orang sekeliling. Hingga pada suatu saat ketika ibunya sakit di hospital dan dirawat dalam tempoh yang agak lama, ditakdirkan wanita itu menawarkan diri untuk menjaga ibunya di hospital dek kerana adik beradik yang lain enggan menjaga dengan pelbagai alasan. Di situ, beliau bertudung, bersolat dan berpuasa di hadapan ibunya tanpa segan. Sehinggakan ibunya pula yang sering mengejutnya untuk bangun sahur. Allahu.. betapa doa si anak menjadi kenyataan.

Pernah ketika Tahun Baru Cina, wanita itu pulang ke rumah ibunya untuk menyambut perayaan bersama. Di tengah malam saat semua ahli keluarga sedang nyenyak tidur, beliau bangun ke dapur dan menyamak semua periuk belanga pinggan mangkuk sudu garfu semata-mata untuk menambat hati ibunya keesokan hari. Supaya nanti beliau boleh berkongsi meja dan makan bersama tanpa ragu soal halal haram. Keesokan harinya, beliau bangun awal pagi untuk memasak kerana tak mahu kakak-kakaknya masuk dapur dahulu dan memasak makanan yang tak halal. Aku jadi terlalu kagum dengan wanita itu, yang sedaya upaya menambat hati keluarganya dan tak mahu mereka salah faham bahawa keislamannya akan memutuskan hubungan kekeluargaan mereka.

Persepsi terhadap Islam.

Jika ditanya wanita ini bagaimana beliau melihat Islam dan para penganutnya, jawapan yang diberikannya amat mudah. "Kalau bukan kerana hidayah, sorry ler nak masuk Islam." Ouch! Dush! Terasa batu besar menghempap muka. Bicara wanita itu memang terlalu jujur dan tak berselindung. Jika ingin menyindir, terus diberi ayat sindiran. Aku suka cara begitu. Menusuk tajam pada setiap antara kita yang sudah muslim sejak dari lahir.Malu tahu.

Tambah beliau lagi, kalau pergi ke supermarket melihat manusia di sana, jawabnya memang tak jadi nak peluk islam. Apa tidaknya, pelbagai gaya, fesyen dan tingkah laku yang para muslim duk tayang. Yang bertudung pun boleh cakap kasar maki hamun. Jadi, macam tu ke akhlak yang Rasulullah ajar? Pernah aku dengan somebody cakap dulu, katanya kalau nak tengok macam mana Islam yang sebenar, bacalah buku. Jangan tengok pada orang islam zaman sekarang. Sebabnya yang islam pun dah tak macam islam. Haishh..dah tu nak cakap apa lagi? anda setuju?

Hidup selepas penghijrahan

Kini hidupnya lebih tenang dan bahagia. Di sebalik kesedihan dibuang keluarga, beliau bahagia dengan Tuhannya yang baru. Allah. Menyara hidup dengan mengambil upah menjahit tudung labuh dan berkongsi rumah dengan sahabat baiknya yang sentiasa ada saat beliau susah dan senang. Sahabatnya juga pernah diugut bunuh oleh konco-konco suaminya suatu ketika dulu. Pekerjaan menjahit tudung itu sebenarnya bertitik tolak dari kisah wanita itu yang ingin memakai tudung ketika awal penghijrahannya. Melucukan apabila katanya, untuk memakai tudung pun sudah mengambil masa sejam. Kalau tak silap aku, tudung pertama yang beliau sarungkan adalah tudung bawal, dan beliau mengambil keputusan untuk menukar tudung bawal kepada tudung yang lebih tebal dek kerana tudung bawal yang menampakkan batang leher. So, siapa yang nak tempah tudung dengan beliau silalah ye. Tudung awning yang kainnya tebal dan labuh menutup dada. Alhamdulillah setakat ini rezekinya melimpah ruah dan bisnes pun berjalan lancar.


Meaningful quotes from Puan Aisyah Hidayah Tan binti Abdullah. Sesuai untuk renungan kita yang sudah muslim lebih senior dari beliau.

## Kalau tengok akhlak orang Islam kt malaysia, memang kita rasa tak jadi nak masuk islam.
## dalam hidup ni kalau takda ujian, maknanya Allah tak sayang kita
## Bila msuk islam takda duit pn hati tenang, kalau dulu duit banyak pun serabut je
## Pergi surau sedih tengok takda orang. tapi kat pasar malam orang ramai pula.
## Orang cina memang selalu kalut. selalu nk cepat. bila azan, saya cepat2 solat.
    selagi tak solat, selagi tu tak boleh buat kerja lain.
## Tiap kali sujud dalam tahajud, ada ketenangan. kalau pergi sembah pokok tak rasa apa-apa.
    hanya makan asap. yang menangis tu sebab asap masuk mata.
## Sebagai hamba Allah dan umat Nabi, saya rasa malu kalau tak bertudung.
## Jadi islam kena lengkap. islam pun ada uniform sendiri macam nurse, cikgu etc. So kita kena
    tunjuk Islam yang sebenar pada diri kita.
## Orang islam banyak terikut-ikut dengan orang kafir. contohnya, fesyen tudung yang macam2.
    Yang buat tudung tu orang kafir. kalau kita tak tahu, kena belajar. jangan main ikut je.
    Tapi ada je yang tahu tapi buat2 tak tahu.
## Yahudi memang banyak pengaruh. time maghrib tu la banyak cerita2 best kt tv.
    Sudahnya solat maghrib pun kita tinggal.
## Orang islam sekarang susah nak tolong saudara sendiri. Memang kena berdikari sendiri.
## Tudung labuh dan serban bukan ukuran keimanan seseorang.
## Nak dakwah orang tak semestinya pakai lidah sahaja. ada banyak lagi cara lain.
## Bukan orang Islam ganas, cuma kadang-kadang emosi kita disalah tafsirkan.


Konklusinya, bicara beliau pada malam itu banyak membuka mata terutamanya para muslim yang sememangnya diberi nikmat Islam sejak dari dalam perut ibu, namun gagal untuk menjadi contoh terbaik untuk orang lain. Aku malu dengan beliau. Sekian.



Maaf. Aku memang fail kalau bab jadi tukang cerita
=.=''

Friday, October 12, 2012

More Than Expected

hari nie aku buang tabiat. eh ke tebiat? haha. sory ler cikgu bm, betulkan if cikgu bi ni salah.
whatever.

dunno what's wrong with me lately. feel like want to go for a walk, window shopping and do something outside, away from my cage. biasanya aku tak begini. biasanya akulah makhluk paling malas bila diajak keluar, because bila pergi nanti ada sahaja yang aku bazirkan. bazir wang, waktu dan tenaga semestinya. ingat lagi kata-kata Kak Naia-my naqibah; kata beliau, kalau kita benar-benar sayangkan islam, kita tak akan sia-siakan masa yang kita ada untuk perkara sia-sia. beliau sendiri pernah kena sound dengan akhawatnya bilamana beliau bersiram agak lama di kamar mandi. kata si akhawat, "jangan mandi lama-lama sangat, islam sedang menunggu dan perlukan kita!" ohh dush dush dush!! betul la kan. kalau selama ni orang selalu kata kita buang masa dengan stuffs like facebooking, shopping, gayut-ing and etc, rupanya bab mandi pun betapa ia boleh jadi significant pada islam. cara fikir orang yang hatinya bulat-bulat untuk perjuangkan islam amat jauh beza dengan orang yang amik islam hanya half-half.

so today, i finally breached the agreement that i made with myself long days ago. bangun pagi ni, terus book kereta. then planning where to go since i have few places to go. and the most important, i should have my portuguese egg tart + blueberry cheese tart yang diimpikan siang malam. craving mengalahkan ibu mangandung,hoho. kebetulannya, tak ada yang sudi menemani jadi aku rela redah all the journey sorang-sorang as long as yang dihajati itu kesampaian.

tiada yang lebih melapangkan hati bila segala urusan Allah permudahkan. even the traffic also was smooth and the lights also were green all the way. lalu tak heran kalau aku bercakap sorang-sorang dalam kereta memuji Dia yang memudahkan urusan. actually, one of my intentions to go out is to check my dear printer, since few days ago for the first time beliau buat hal. puas disuap makanan namun masih enggan bekerja. sampai di kedai, the apek kata maybe my printer has something wrong with catridge and need to allocate about 100++. dalam minda aku sudah buat kira-kira while praying for the printer to be okay and what the apek said is wrong. haha.. so i left my printer to be checked for about 30 minutes until i got a call from the technician saying that my printer is just fine and only need some services. alhamdulillah senyum sorang-sorang lagi bila hanya sekeping not 10 yang melayang. oh ye, sebelum keluar dari cs tadi, aku sempat kidnap sehelai baju yang sepatutnya aku tidak beli dek kerana harganya yang bukan taste aku. tapi entah kenapa, aku beli juga. jatuh cinta barangkali. -.- buku pun aku beli sebiji. buang tabiat. pulak tu buku english. memang buang tabiattt.

kemudian aku ke tesco untuk mencari benda alah yang aku kempunan seminggu. padahal blueberry tart tu baru je beli last weekend, hari ni mau beli lagi. kehkeh. masuk tesco jumpa apa yang dicari lantas senyum melebar lagi. Alhamdulillah lagi. then keluar dari tesco ke kedai bakery, dari jauh dah nampak si bulat egg tart sedang bergelandangan. Allah.. senyum aku lebar lagi. terlintas juga di hati, mengapa urusanku hari ni mudah sekali? sebabnya bukan selalu boleh jadi smooth macam ni. jawapannya masih belum aku temui cuma aku pasti itu hadiah dari si Dia yang memerhati. =)

sebenarnya hari ini pertama kalinya aku sendirian di jalanan. selalunya berteman dengan si kembar siam aku tu. best jugak jalan sorang-sorang rupanya. bebas ke hulu ke hilir tiada yang menunggu. plus, aku kurang gemar bila ada yang menunggu aku menyelesaikan urusan aku. terasa diri ini menyusahkan orang. well, nak jadi berdikari tak susah. aku tak mahu dimanja begitu. kelak nanti bila tiada sesiapa di sisi, aku terkontang-kanting tak tahu bertindak. huu


ibrah dari hari ini, aku simpulkan bahawa bersangka baik dengan Allah itu perlu dan sangat perlu. because there are some people yang belum buat apa-apa sudah lemah semangat, sudah putus asa.

"jangan-jangan nanti traffic jam pulak.."
"aku takut kedai tu tutup la."
"nanti kalau aku pergi, benda yang aku cari tu takde macam mane?"
"takut nanti tak sempat la."

it's true. dulu aku pernah tidak yakin dengan Allah. tapi kemudiannya, aku cuba buat ujikaji sendiri di mana aku berikan senyuman dan prasangka baik sebelum aku melakukan sesuatu. nah memang terbukti nyata lagi sahih, Allah pun akan kirimkan berita baik untuk aku. Alhamdulillah. lu tak percaya? lu cuba.

kadang-kadang apa yang kita harapkan itu tidak terjadi. namun, ada jua waktu dan ketikanya, yang kita dapat itu lebih dari apa yang kita harapkan. we get more than what we expected. kita tak tahu Dia rancang apa untuk kita, jadi jangan pandai-pandai nak melakar takdir sendiri sesuka hati kita. tell Him what we want to do or what to have, then we'll see the results later. kalau apa yang kita mahu itu Allah bagi, insyaAllah itu memang dah ditakdirkan untuk kita. kalau tak dapat, usah gusar usah sedih sebab Dia masih punya perancangan yang lebih hebat untuk kita.

Mulakan dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.
=D



nota 1: aku suka tengok alam, dan tengok ragam manusia yang macam-macam warna. :)
 nota 2: abaikan bahasa rojak. abaikan grammar yang tunggang-langgang. bukan tak sedar, cuma malas peduli. :P





Thursday, October 11, 2012

Doa buat Adam

Alhamdulillah masih diberi nikmat hidup yang melimpah ruah.
masih mampu menatap langit kesukaan dari sudut pandangan yang menjadi rutin.
masih diberi peluang menatap senja di ufuk barat yang memancar jingga.
ditambah lagi dengan nikmat oksigen dan bermacam nikmat yang tak terhitung jumlahnya.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
juga tak lupa dengan nikmat kelapangan sehingga Allah mengizinkan entri hari ini dibuat, yang insyaAllah sempat tiba ke penghujungnya.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.


bercakap soal nikmat buat aku terfikir, apakah manusia ini hanya bersyukur bilamana mereka melihat manusia lain ditarik nikmatnya, tanpa sedar nikmat mereka yang ditarik itu masih kita mengecap indah, tidak seperti mereka.

jujurnya, entri malam ini sebenarnya bertitik tolak dari sebuah kisah duka insan kecil tak berdosa. sungguh aku berasa terpanggil untuk berkongsi di sini. kalau sebelum ini aku masih mampu membutakan mata tidak melihat penderitaan insan lain, tapi semalam airmata tak mampu aku tahan. bermula dengan beberapa status dari saudara fedtri yahya yang aku ikuti di laman sosial, hingga tersingkap sebuah kisah sedih dari kota samarahan. kerana tahap curiosity yang memuncak, laman tonton.com aku buka lalu carian MHI terus dibuat. hingga akhirnya yang dicari aku ketemu.

Lama aku tenung bingkisan kisah itu. hingga tanpa sedar mutiara jernih gugur jua. ditambah lagi dengan melihat mutiara si pengacara sendiri, aku jadi tenggelam dalam kesedihan.


Diberi nama Hypoxic Ischemic Encephalopathy, atau nama kampungnya dikenali sebagai penyakit kerosakan saraf pada otak, ia telah memilih insan suci tanpa dosa sebagai penerima virusnya. bayi kecil 7 bulan, hingga kini hidupnya bergantung kepada 4 buah mesin. dilahirkan normal seperti bayi lain dan mampu tersenyum malu pada yang memandang, lalu pada umur 3 bulan tangisan kecil itu tiba-tiba sepi. dia disahkan menghidapi penyakit yang menyebabkan kerosakan teruk pada otaknya, sehingga lama kelamaan akan memberi kesan kepada organ-organ badan yang lain. pertambahan umurnya kini hanya mampu dilihat dari susuk tubuh yang kian mengecut, hingga tulang-tulang jelas kelihatan. dia kini tidak mampu menelan air liur sendiri sehinggak terpaksa dibantu oleh mesin suction untuk menyedut air liur dalam setiap 15 minit. kedua-dua matanya juga sudah rosak dan menyebabkannya hilang kudrat untuk menatap wajah ibu yang tetap setia menjaganya.

ikut kata doktor, peluang untuk dia hidup normal sangat tipis dan dia hanya mampu terlantar seumur hidup. Allahu.. melihatnya kaku tidak ubah bagaikan robot yang hanya digerakkan oleh si bonda yang setia bercakap memberi semangat untuknya hidup. bayi malang ini hanya dipakaikan pampers kerana kulit badannya yang kian bernanah akan meninggalkan kesan pada baju andai dipakaikan padanya.

Allahuakbar. aku jadi kagum dengan semangat si ibu yang tidak putus-putus menjaga rapi satu-satunya anak yang Allah amanahkan untuknya. pernah keguguran sebanyak 2 kali dan menunggu selama 3 tahun untuk melahirkan si kecil ini, ia benar-benar menguji kesabaran si ibu. hanya tidur selama satu jam sehari, dia tidak pernah renggang dari anaknya. kata ibu ini, anak itu amanah Allah untuknya dan dia terima. walaupun keadaan si anak yang sebegitu, ia bukan menjadi beban untuk si ibu untuk menatang bagai minyak yang penuh. ibu mana yang tidak mahu anaknya memanggil "Mama". ibu mana yang tidak rindu mendengar rengekan tangis si anak kecil. aku mungkin masih bukan seorang ibu, tapi melihat penderitaannya sudah cukup buat aku mengerti.

"Saya akan jaga Adam selagi mana Allah pinjamkan dia untuk saya. Saya bangga diberi peluang untuk menjaga seorang ahli syurga." 
 ='(



Jom semua, kita doakan adik Ahmad Adam Shukri ni. Doakan moga dia diberi kekuatan untuk terus hidup dan melihat dunia. Moga dia diberikan apa yang terbaik untuknya, dan si ibu ayah redha dengan segala ketentuan. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. kalau kita tak mampu hulurkan sumbangan, hulurlah doa dalam solat kita. dalam bingkisan kisah Adam, katanya mereka memerlukan RM800 sebulan untuk membiyai kos elektrik di rumahnya. itu belum masuk lagi kos rawatan untuk Adam.. Sesiapa yang nak bagi sumbangan, boleh tengok details kat bawah.

Noraisah bt Mohamed Malena
Lot 432 Taman Susur Jambu
Jln Jambu Selatan
96100 Sarikei, Sarawak.
cimb: 02040007292201



























2 hari lepas datang good news- got new cousin
yesterday, dapat tahu pasal Adam
ironic. 
"maka nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan?"

Saturday, October 6, 2012

Syahadatul Haq


"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah."


Semalam aku berpeluang menambah ilmu baru yang mencelikkan mata yang selama ini mungkin tertutup rapat, atau mungkin saja hanya separa terbuka. Bagaimana lafaz kalimah syahadah itu perlu dilestarikan dan ia bukan semata-mata hanya simbolik pembebasan manusia dari kekufuran dan jahiliah. Syahadah itu tidak hanya sebagai imigresen atau kastam untuk masuk ke daerah Islam, hakikatnya saat iman berada dalam daerah itu, ada amanah besar yang menunggu. Tapi, tidak bermaksud Islam itu agama yang membebankan. Tidak. Kata Abu A'la Al-Maududi, ia bukan sekadar mengimani bahawa rukun iman itu ada enam, dan rukun islam itu rupanya lima. Kalimah syahadah hanya akan terlaksana apabila orang beriman menyampaikan kalimah haq ke seluruh bangsa manusia yakni berupa tiga macam cara; amal soleh, akhlak terpuji dan pemerintahan yang adil.

Remember, setiap apa yang diberi oleh Islam itu ada pulangan yang akan kembali kepada tuannya. Semalam, ukhti Izzati mengumpamakan SH ini dengan kisah si ibu menyuruh anaknya ke kedai membeli susu pekat. Lalu si ibu berkali-kali mengulangi pesanan yang sama, hatta sehingga si anak di hadapan pagar rumah ingin berangkat pergi. Si ibu cuma khuatir susu pekat yang dipesan itu tidak sampai di tangannya. Jadi, jelas di situ si anak perlu menunaikan amanah si ibu untuk membawa pulang susu pekat tersebut. Fahamkah kalian? Okey, kisah tersebut jika disamakan dengan realitinya, ibarat Tuhan dengan sang hamba. Allah hantar manusia ke muka bumi bukan untuk seronok suka-suka, tapi dihantar dengan amanah yang perlu kita bawa kembali padaNya suatu saat nanti. Dan, pernah tak kita fikir betapa Allah sedang menunggu-nunggu amanah yang dipesan. Pernahkah kita berusaha menunaikan hak-hak saudara kita yang lain yang masih kabur arah tujunya.

Jika direflek kembali keadaan dunia masa kini, wajarlah jika warga dunia yang lain sibuk memperkotak-katikkan Islam, menghina, mencarci dan sebagainya. Jika dilihat kembali siapa kita saat ini, wajarlah mereka seperti itu. Kita hari ini tidak seperti yang dianjurkan Islam, bahkan kadangkala lebih teruk dari mereka yang tidak menganut Islam. Ouch! Kena batang hidung sendiri. Perasankah kita bagaimana pandangan mereka terhadap kita? Kita yang bernama Muslim ini dilihat kotor, miskin, ganas, jumud, raging and barbaric. Apa tidaknya, saat Islam dihina, umat kita sibuk berdemonstrasi secara zalim sehinggakan para kafir melihat kita sebagai terrorists. Di negara Islam sendiri penduduknya tidak pandai menjaga kebersihan sehinggakan ada yang membuang tinja di jalanan. Sedangkan negara para kafir jauh lebih bersih hinggakan segumpal kertas pun tidak kelihatan. Maafkan aku sedikit tidak senonoh. Tapi itulah realiti, dan realiti tersebut perlu kita ubah. Selagi yang buruk itu tidak dijadikan yang baik, selagi itu yang baik dipandang buruk. Eh, faham ke? Sebenarnya alasan mengapa imej kita dilabel buruk adalah kerana puncanya dari kita sendiri. Tapi kita pula habis-habisan membela diri menyalahkan mereka yang kononnya tak tahu hormat agama kita. Imej yang kita bawa itulah alat pengukur mereka untuk mengenali siapa kita yang bernama Muslim ni. Kalau yang buruk itu kita tunjukkan, wajarkah mereka memandang kita sebagai  yang mulia? So, siapa yang perlu mengubah? Jawapannya saya dan awak. Ha awak! Awaklah yang saya maksudkan.

Okey berbalik kepada Syahadatul Haq tadi. Secara ringkasnya, kita punya tanggungjawab besar yang harus ditunaikan. Lihat sekeliling kita. Apakah masih ada manusia yang masih hilang arah, yang masih seronok dengan nikmat palsu duniawi, yang masih keras hati menolak kewujudan Pencipta dan akhirat, yang masih menangguh waktu untuk bertaubat kerana masih muda, yang masih yakin dunia ini masih panjang, yang tidak merasai bahawa tiap perbuatan yang dilakukan itu ada balasannya, dan mereka yang masih dalam 'comfort zone' membutakan tuli memekakkan telinga. Kalau ada, bantulah. Kalau ada, bertindaklah. Dakwah itu ada dimana saja tak kira waktu tak kira situasi. Dan para daie itu adalah kita. Kita yang sudah Allah celikkan mata hati. Jangan kita pula yang menjadi si pekak dan bisu membiarkan mereka hanyut. Jangan kita pula yang menyesal tak sudah di akhirat nanti bilamana Allah meminta amanah itu ditunjukkan padaNya. Jangan nanti saudara kita menyalahkan kita kerana tidak memberi peringatan pada mereka ketika di dunia. Ayuh! Yosh!


Diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi perang dan mengajak orang lain makan bersama."
Maka para sahabat r.a. pun bertanya,  
"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW :
"Bahkan masa itu mereka (umat Islam) lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi,
"Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW,
"Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi,
"Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda :
"Cintakan dunia dan takut akan kematian."



"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu..."
[2:143]



- Penyaksian Kepada Kebenaran -

Tuesday, October 2, 2012

Biru LangitMu

(ipsah, 2012)


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal." [3:190]



Beberapa jam yang lalu, when i was given a DSLR to snap pictures for pentauliahan Leftenan Muda for Unit Uniform Kadet Remaja Sekolah (supposely i was included in the list, but then digugurkan kerana tak hadir raptai semalam,haha), i focused the lens on the sky few times trying to get the best shots. Then, lidah sempat berbicara meluahkan betapa aku suka melihat langit dan kemudiannya disokong penuh oleh munira anis. Well, the above photo was kidnapped from her. Haha..

Sedar atau tidak, setiap saat kita berjalan di bawah bumbung langit itu, tiap saat itu jugalah wajahnya berubah. Kadang ku lihat ia biru, kadang ku lihat ia kelabu asap. Kadang ku lihat ia putih suci, kadang ia biru sama tompok-tompok putih gumpalan awan. Kadang ada ketika aku tidak mampu melihatnya dek kerana sang matahari cemburukan kami untuk bertatapan. Lalu ia sinarkan pancaran terik agar aku melihat jalan di hadapan. Dan si langit itu kadangkala menangis menghamburkan rasa yang terpendam. Iya, mungkin air matanya itu berupa rezeki buat warga bumi, atau mungkin juga satu tangisan kekecewaan melihat keletah warga bumi yang tidak ia sukai.

Dicampak ke bumi ipsah ni seharusnya buat aku bersyukur. Tiap hari Allah bentangkan untukku nikmat yang melimpah ruah untukku panjatkan kesyukuran. Apa tidaknya, bumbung langit di atas sana begitu indah hamparannya. Lalu tidak aneh kalau saat aku mengorak langkah, mataku seringkali kutancap pada langit. Pagi ke kelas wajahnya begitu hening dan mendamaikan bagai memberi semangat untuk memulakan hari. Petang kembali dari kelas pula ia bersinar cerah. Bahangnya bagai ingin menggamit jasad yang keletihan, namun tetap saja aku bisa tersenyum pada ia yang mendamaikan. Dan paling aku suka di sini, waktu senjanya. Dari jendela kamar mandi tingkat 3, ufuk senja di kaki langit ku lihat warna-warni. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Warna jingga memancar hebat memanggil burung pulang ke sarang dan sang mentari makin tenggelam ditelan ufuk.. Dan sekali lagi, tidak pelik kalau tiap kali melangkah ke kamar mandi, aku melencong terlebih dahulu melihat ke luar jendela. Huhu..



''(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.'' [3:191]


"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy {548}. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam." [7:54]

"Rasul-rasul mereka bertanya: Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Dia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu." [14:10]

"Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan." [57:4]





**
feel so stupid today
i wasn't aware that the DSLR is belong to
someone yang aku tahu tak patut untuk aku ada kaitan dengannya