hari nie aku buang tabiat. eh ke tebiat? haha. sory ler cikgu bm, betulkan if cikgu bi ni salah.
whatever.
dunno what's wrong with me lately. feel like want to go for a walk, window shopping and do something outside, away from my cage. biasanya aku tak begini. biasanya akulah makhluk paling malas bila diajak keluar, because bila pergi nanti ada sahaja yang aku bazirkan. bazir wang, waktu dan tenaga semestinya. ingat lagi kata-kata Kak Naia-my naqibah; kata beliau, kalau kita benar-benar sayangkan islam, kita tak akan sia-siakan masa yang kita ada untuk perkara sia-sia. beliau sendiri pernah kena sound dengan akhawatnya bilamana beliau bersiram agak lama di kamar mandi. kata si akhawat, "jangan mandi lama-lama sangat, islam sedang menunggu dan perlukan kita!" ohh dush dush dush!! betul la kan. kalau selama ni orang selalu kata kita buang masa dengan stuffs like facebooking, shopping, gayut-ing and etc, rupanya bab mandi pun betapa ia boleh jadi significant pada islam. cara fikir orang yang hatinya bulat-bulat untuk perjuangkan islam amat jauh beza dengan orang yang amik islam hanya half-half.
so today, i finally breached the agreement that i made with myself long days ago. bangun pagi ni, terus book kereta. then planning where to go since i have few places to go. and the most important, i should have my portuguese egg tart + blueberry cheese tart yang diimpikan siang malam. craving mengalahkan ibu mangandung,hoho. kebetulannya, tak ada yang sudi menemani jadi aku rela redah all the journey sorang-sorang as long as yang dihajati itu kesampaian.
tiada yang lebih melapangkan hati bila segala urusan Allah permudahkan. even the traffic also was smooth and the lights also were green all the way. lalu tak heran kalau aku bercakap sorang-sorang dalam kereta memuji Dia yang memudahkan urusan. actually, one of my intentions to go out is to check my dear printer, since few days ago for the first time beliau buat hal. puas disuap makanan namun masih enggan bekerja. sampai di kedai, the apek kata maybe my printer has something wrong with catridge and need to allocate about 100++. dalam minda aku sudah buat kira-kira while praying for the printer to be okay and what the apek said is wrong. haha.. so i left my printer to be checked for about 30 minutes until i got a call from the technician saying that my printer is just fine and only need some services. alhamdulillah senyum sorang-sorang lagi bila hanya sekeping not 10 yang melayang. oh ye, sebelum keluar dari cs tadi, aku sempat kidnap sehelai baju yang sepatutnya aku tidak beli dek kerana harganya yang bukan taste aku. tapi entah kenapa, aku beli juga. jatuh cinta barangkali. -.- buku pun aku beli sebiji. buang tabiat. pulak tu buku english. memang buang tabiattt.
kemudian aku ke tesco untuk mencari benda alah yang aku kempunan seminggu. padahal blueberry tart tu baru je beli last weekend, hari ni mau beli lagi. kehkeh. masuk tesco jumpa apa yang dicari lantas senyum melebar lagi. Alhamdulillah lagi. then keluar dari tesco ke kedai bakery, dari jauh dah nampak si bulat egg tart sedang bergelandangan. Allah.. senyum aku lebar lagi. terlintas juga di hati, mengapa urusanku hari ni mudah sekali? sebabnya bukan selalu boleh jadi smooth macam ni. jawapannya masih belum aku temui cuma aku pasti itu hadiah dari si Dia yang memerhati. =)
sebenarnya hari ini pertama kalinya aku sendirian di jalanan. selalunya berteman dengan si kembar siam aku tu. best jugak jalan sorang-sorang rupanya. bebas ke hulu ke hilir tiada yang menunggu. plus, aku kurang gemar bila ada yang menunggu aku menyelesaikan urusan aku. terasa diri ini menyusahkan orang. well, nak jadi berdikari tak susah. aku tak mahu dimanja begitu. kelak nanti bila tiada sesiapa di sisi, aku terkontang-kanting tak tahu bertindak. huu
ibrah dari hari ini, aku simpulkan bahawa bersangka baik dengan Allah itu perlu dan sangat perlu. because there are some people yang belum buat apa-apa sudah lemah semangat, sudah putus asa.
"jangan-jangan nanti traffic jam pulak.."
"aku takut kedai tu tutup la."
"nanti kalau aku pergi, benda yang aku cari tu takde macam mane?"
"takut nanti tak sempat la."
it's true. dulu aku pernah tidak yakin dengan Allah. tapi kemudiannya, aku cuba buat ujikaji sendiri di mana aku berikan senyuman dan prasangka baik sebelum aku melakukan sesuatu. nah memang terbukti nyata lagi sahih, Allah pun akan kirimkan berita baik untuk aku. Alhamdulillah. lu tak percaya? lu cuba.
kadang-kadang apa yang kita harapkan itu tidak terjadi. namun, ada jua waktu dan ketikanya, yang kita dapat itu lebih dari apa yang kita harapkan. we get more than what we expected. kita tak tahu Dia rancang apa untuk kita, jadi jangan pandai-pandai nak melakar takdir sendiri sesuka hati kita. tell Him what we want to do or what to have, then we'll see the results later. kalau apa yang kita mahu itu Allah bagi, insyaAllah itu memang dah ditakdirkan untuk kita. kalau tak dapat, usah gusar usah sedih sebab Dia masih punya perancangan yang lebih hebat untuk kita.
Mulakan dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah.
=D
nota 1: aku suka tengok alam, dan tengok ragam manusia yang macam-macam warna. :)
nota 2: abaikan bahasa rojak. abaikan grammar yang tunggang-langgang. bukan tak sedar, cuma malas peduli. :P
No comments:
Post a Comment