In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Saturday, October 6, 2012

Syahadatul Haq


"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah."


Semalam aku berpeluang menambah ilmu baru yang mencelikkan mata yang selama ini mungkin tertutup rapat, atau mungkin saja hanya separa terbuka. Bagaimana lafaz kalimah syahadah itu perlu dilestarikan dan ia bukan semata-mata hanya simbolik pembebasan manusia dari kekufuran dan jahiliah. Syahadah itu tidak hanya sebagai imigresen atau kastam untuk masuk ke daerah Islam, hakikatnya saat iman berada dalam daerah itu, ada amanah besar yang menunggu. Tapi, tidak bermaksud Islam itu agama yang membebankan. Tidak. Kata Abu A'la Al-Maududi, ia bukan sekadar mengimani bahawa rukun iman itu ada enam, dan rukun islam itu rupanya lima. Kalimah syahadah hanya akan terlaksana apabila orang beriman menyampaikan kalimah haq ke seluruh bangsa manusia yakni berupa tiga macam cara; amal soleh, akhlak terpuji dan pemerintahan yang adil.

Remember, setiap apa yang diberi oleh Islam itu ada pulangan yang akan kembali kepada tuannya. Semalam, ukhti Izzati mengumpamakan SH ini dengan kisah si ibu menyuruh anaknya ke kedai membeli susu pekat. Lalu si ibu berkali-kali mengulangi pesanan yang sama, hatta sehingga si anak di hadapan pagar rumah ingin berangkat pergi. Si ibu cuma khuatir susu pekat yang dipesan itu tidak sampai di tangannya. Jadi, jelas di situ si anak perlu menunaikan amanah si ibu untuk membawa pulang susu pekat tersebut. Fahamkah kalian? Okey, kisah tersebut jika disamakan dengan realitinya, ibarat Tuhan dengan sang hamba. Allah hantar manusia ke muka bumi bukan untuk seronok suka-suka, tapi dihantar dengan amanah yang perlu kita bawa kembali padaNya suatu saat nanti. Dan, pernah tak kita fikir betapa Allah sedang menunggu-nunggu amanah yang dipesan. Pernahkah kita berusaha menunaikan hak-hak saudara kita yang lain yang masih kabur arah tujunya.

Jika direflek kembali keadaan dunia masa kini, wajarlah jika warga dunia yang lain sibuk memperkotak-katikkan Islam, menghina, mencarci dan sebagainya. Jika dilihat kembali siapa kita saat ini, wajarlah mereka seperti itu. Kita hari ini tidak seperti yang dianjurkan Islam, bahkan kadangkala lebih teruk dari mereka yang tidak menganut Islam. Ouch! Kena batang hidung sendiri. Perasankah kita bagaimana pandangan mereka terhadap kita? Kita yang bernama Muslim ini dilihat kotor, miskin, ganas, jumud, raging and barbaric. Apa tidaknya, saat Islam dihina, umat kita sibuk berdemonstrasi secara zalim sehinggakan para kafir melihat kita sebagai terrorists. Di negara Islam sendiri penduduknya tidak pandai menjaga kebersihan sehinggakan ada yang membuang tinja di jalanan. Sedangkan negara para kafir jauh lebih bersih hinggakan segumpal kertas pun tidak kelihatan. Maafkan aku sedikit tidak senonoh. Tapi itulah realiti, dan realiti tersebut perlu kita ubah. Selagi yang buruk itu tidak dijadikan yang baik, selagi itu yang baik dipandang buruk. Eh, faham ke? Sebenarnya alasan mengapa imej kita dilabel buruk adalah kerana puncanya dari kita sendiri. Tapi kita pula habis-habisan membela diri menyalahkan mereka yang kononnya tak tahu hormat agama kita. Imej yang kita bawa itulah alat pengukur mereka untuk mengenali siapa kita yang bernama Muslim ni. Kalau yang buruk itu kita tunjukkan, wajarkah mereka memandang kita sebagai  yang mulia? So, siapa yang perlu mengubah? Jawapannya saya dan awak. Ha awak! Awaklah yang saya maksudkan.

Okey berbalik kepada Syahadatul Haq tadi. Secara ringkasnya, kita punya tanggungjawab besar yang harus ditunaikan. Lihat sekeliling kita. Apakah masih ada manusia yang masih hilang arah, yang masih seronok dengan nikmat palsu duniawi, yang masih keras hati menolak kewujudan Pencipta dan akhirat, yang masih menangguh waktu untuk bertaubat kerana masih muda, yang masih yakin dunia ini masih panjang, yang tidak merasai bahawa tiap perbuatan yang dilakukan itu ada balasannya, dan mereka yang masih dalam 'comfort zone' membutakan tuli memekakkan telinga. Kalau ada, bantulah. Kalau ada, bertindaklah. Dakwah itu ada dimana saja tak kira waktu tak kira situasi. Dan para daie itu adalah kita. Kita yang sudah Allah celikkan mata hati. Jangan kita pula yang menjadi si pekak dan bisu membiarkan mereka hanyut. Jangan kita pula yang menyesal tak sudah di akhirat nanti bilamana Allah meminta amanah itu ditunjukkan padaNya. Jangan nanti saudara kita menyalahkan kita kerana tidak memberi peringatan pada mereka ketika di dunia. Ayuh! Yosh!


Diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi perang dan mengajak orang lain makan bersama."
Maka para sahabat r.a. pun bertanya,  
"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW :
"Bahkan masa itu mereka (umat Islam) lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi,
"Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW,
"Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi,
"Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda :
"Cintakan dunia dan takut akan kematian."



"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu..."
[2:143]



- Penyaksian Kepada Kebenaran -

No comments: