In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Tuesday, November 27, 2012

Overweight


"Berat badan adalah aurat daie" 

Memetik kata-kata dari Ustaz Hasrizal yang aku lihat pada satu gambar yang di'share' oleh seorang rakan fb. Sebelum ni dah pernah dengar sebaris ayat ini, kalau tak silap masa awal-awal ustaz tengah bersemangat nak turunkan berat badan. Dan aku memang tabik hormat kat ustaz ni sebab berjaya dengan misinya walaupun umurnya dah berusia lebih dari aku. Selalunya hanya orang muda sahaja yang kalut nak kurus segala bagai.

"Berat badan adalah aurat daie" 


Sebaris ayat ini aku tenung lama kerana gagal mencari kaitan antara berat badan, aurat dan juga daie. Heh, kalau difikir secara logiknya tiga elemen ini dalam kategori berlainan. Satu soal kesihatan, dan dua lagi soal agama dan dakwah.


Maka, interpretasi yang paling mudah dapat aku gambarkan adalah, lebihan berat badan adalah satu faktor penghalang kepada usaha seorang daie untuk membangunkan agama. Berat badan yang berlebihan akan menghalang seorang daie tegar untuk sujud di sepertiga malamnya lantaran kepayahan untuk bangun duduk berulangkali yang mungkin memberi penat dan lelah. Lalu, bagaimana seorang daie itu bisa terus mujahadah jika kekuatan seorang Muslim itu ada pada tahajjudnya, ada pada rintihan dan harapannya pada sang Pencipta. Jadi, untuk meringankan anggota untuk beribadat, jasad yang ringan memang sangat diperlukan oleh seorang daie.


Kata Ustaz lagi, lebihan berat badan adalah tanda kegagalan lifestyle yang susah untuk disorok dari tatapan umum. Betul. Melihat kepada saiz dan ukuran tubuh sahaja kita mampu membuat interpretasi sendiri tanpa perlu bertanya. Jadi, bagaimana kalau seorang daie itu sendiri gagal menguruskan gaya hidupnya sendiri, sedangkan dalam masa yang sama dia juga harus menunjuk ajar para mad'u untuk hidup aman tenteram dan selesa dunia akhirat. Sepertimana sujud di sepertiga malam itu adalah sunat dalam agama, maka berat badan juga adalah sunat. Islam itu syumul dan lengkap. Soal pemakanan dan kesihatan juga menjadi satu kepentingan dalam agama.

Kalau lebihan berat atau obesiti itu boleh mengundang pelbagai penyakit merbahaya buat manusia, maka ia juga boleh mengundang bahaya buat para penganut Islam. Lebihan berat badan berpotensi membantutkan pertumbuhan sel-sel iman dalam jasad, sekaligus menghalang perkembangan Islam secara menyeluruh dalam diri setiap Muslim. 

Dan kalau dipandang dari sudut kehidupan manusia sendiri, lebihan berat badan itu punca ketidakharmonian sesebuah institusi rumahtangga atau perhubungan antara manusia. Jika keadaan ini berlaku dalam sebuah baitul muslim, apa akan jadi kepada agama bilamana akar yang menyokong mula mereput dan gagal menghasilkan pucuk-pucuk addin yang mekar dan tumbuh melata di bumi Allah ini?


err.. siapa yang punya pendapat lebih bernas boleh hulurkan bantuan mungkin. Aku sehingga kini masih belum mampu membuat connection yang stabil antara ketiga elemen itu. =.='



Thursday, November 22, 2012

#Pray4Gaza - Boikot


Bismillahirrahmanirrahim..
Pertama sekali secara jujurnya kalau nak cakap soal Palestin, Gaza, Israel, Yahudi and so on sebenarnya memang aku rasa tak layak. Sangat terlalu tidak layak.

Kenapa?

Kerana terasa diri ini terlalu hipokrit. Penuh kepura-puraan. Jujur aku kata, kesedaran terhadap kekejaman Israel pada warga Palestin dan usaha untuk membantah sekeras-kerasnya itu masih tiada pada aku. Kalau ada, cuma secubit saja mungkin. Kadang aku hanya terikut dengan keadaan sekeliling, orang sekeliling yang jiwa mereka mungkin jauh lebih lembut dari jiwa aku yang sekeras batu ini. Orang lain sibuk mempertahankan Palestin, maka aku juga sibuk turut serta.

Tapi sebenarnya, untuk berbuat baik atau melakukan sesuatu kebaikan itu kadangkala memerlukan paksaan. Kelak paksaan itu dengan izin Allah akan sebati dengan sendiri dalam jiwa, hingga melahirkan satu rasa bernama ikhlas. Dan apa sokongan dan dokongan aku untuk mereka di tanah Palestin hingga saat ini pada awalnya tercetus daripada satu paksaan. Paksaan untuk menghadirkan sedikit rasa sensitiviti terhadap saudara sendiri yang walaupun pada hakikatnya bukan saudara seibu sebapa. Tapi, andai dipandang dari sudut Islam itu sendiri, kita semua asalnya dari ayah bonda yang sama yakni Adam dan Hawa bukan?


Kalau ditanya apa usahaku untuk membantu mereka di sana, jawapan aku insyaAllah cuma tiga.

1. Derma, yakni sedekah. Boleh jadi dalam dua bentuk iaitu derma harta atau derma doa dari jauh.
2. Sharing with others. Salah satunya adalah menerusi apa yang sedang aku lakukan sekarang ini. 
3. Boikot

Dan aku di sini ingin bicara lebih soal boikot. Banyak aku dengar suara sumbang memprotes kenapa perlunya kita boikot barangan Israel, yang mana yang paling utamanya adalah McD. Ada juga yang kata, kalau boikot McD, Milo dan Nestle, bagaimana dengan barangan lain yang masih berlambakan di pasaran? Sudah la barangan Israel semuanya hebat, terbaikk dan syok untuk diguna pakai, kalau semuanya nak boikot lepas ni kita nak makan apa nak pakai apa?

Allahu.. tarik nafas dalam-dalam dan istighfar.

Ini pendapat aku sendiri. Memang hampir kesemua barangan kat pasaran tu dimonopoli oleh Israel dan kebanyakan isi barang dalam rumah kita pun berjenama Israel. Dan kalau nak boikot semua sekali tu mungkin agak mustahil la. Tapi boleh jadi tak mustahil juga, atas keupayaan masing-masing. Jadi solusinya di sini, walaupun bukan solusi terakhir, tapi insyaAllah masih lagi efektif, adalah dengan memboikot setakat mana yang kita mampu. Daripada langsung tiada usaha, sikit pun jadilah. 

Setakat McD tu kalau tak makan masih lagi boleh hidup sebab setahu aku makanan ruji rakyat Malaysia sekarang masih lagi beras, dan bukan ayam daging potato segala bagai tu. 

Milo tu pulak sebenarnya hanyalah sejenis serbuk minuman berasaskan koko, dan nama 'milo' itu sendiri hanyalah brand nya sahaja. Jadi, kalau tengok kat pasaran tu masih ada berkilo-kilo lagi serbuk koko lain yang lebih sedap dari Milo. Cuma kita yang duk kata tak sedap tu sebenarnya sebab kita masih belum cuba masuk tekak sendiri, dan hanya pegang pada buah mulut orang.

Dan barangan lain keluaran Israel tu kalau dinilai dengan baik sebenarnya ada yang baik untuk kesihatan, dan ada yang membahayakan. Tapi aku rasa yang bahaya lagi banyak dari yang baik. Contoh yang tak baik salah satunya Maggie. Dah sah benda tu membahayakan kesihatan, apa salahnya kita boikot terus. Takdak rugi apa-apa pun haih.

Sebenarnya kita tak sampai hati nak boikot barangan Israel ni sebab barangan mereka adalah the best.Yang the best tu sebenarnya adalah hasil dari propaganda super-awesome dan advertisement yang gah-gah di media dan pasaran. So kita sebenarnya tertipu dengan helah licik mereka, bukan jatuh cinta dengan rasa dan kuasa sesuatu produk tu. Orang melayu kata ibarat indah khabar dari rupa. 


Hmm.. kalau nak ulas isu ini memang tak berkesudahan sebenarnya. So, better stop here.
Maaf atas segala kegurisan jiwa. Till then, jumpa lagi.
Wallahu'alam.  :)


Wednesday, November 21, 2012

Babies

Jejari mula bertatih menekan papan kekunci. Kekok.
Gara-gara lama tak menulis. Saban hari hanya sibuk mengumpulkan idea, dikempal-kempal menjadi koleksi namun cuma terhenti pada memori kepala sahaja. Tak mampu terzahir pada abjad huruf di keyboard. Sudah seminggu lebih bertapa di rumah menghabiskan cuti, dan line internet yang kurang membantu membantutkan mood untuk menulis.

+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +

Setelah 39 hari, akhirnya diizinkan bertemu dengan si kenit halus mulus sepupu baruku. Anak kedua yang juga seorang hero. Tuan Aisy Furqan bin Tuan Mazlan. Furqan- indah namanya. Aku suka. Salah satu nama yang dimiliki novel agung karya Sang Pencipta, alquranulkarim. Moga si kecil comel ini sehebat namanya ~ pembeda salah dan benar. Moga dirimu kelak menjadi mujahid hebat di mata Islam, pembenar kepada kebenaran dan penolak pada yang salah. Moga Aisy bukan hanya hensem pada jasad dan fizikal, tapi juga hensem pada iman dan amal. InsyaAllah.














Beberapa hari lalu, aku sempat membeli sehelai baju comel buat si kecil. Dan tiba-tiba ada orang yang menumpang sama menyumbang topi arnab buat Aisy. Ah, beruntungnya Aisy. Aisy ucap terima kasih pada yang memberi.  =P


Sejak kebelakangan ni, selalu sahaja aku diketemukan dengan baby. Aku memang peminat baby. Nak menimang anak sendiri belum tentu kapan waktunya, apatah lagi nak menjadi seorang 'aunty'. Jadi, wajarlah aku kalau ketemu dengan baby, pantang melihat tangan aku laju mencuit pipi gebu para babies. Sampaikan anak orang di jalanan pun aku boleh main cuit-cuit. Heheh

Lambatnya nak ada baby  T.T



:D :D

Teringat 2 minggu lalu, ketika singgah di rumah seorang akhawat di Jitra, ada baby comel di rumahnya.
Muhammad Farhan. Tidurnya diusik oleh kami warga "aunty-aunty". kekeke
Seorang akhawat sibuk mencium baby, aku sangka dia juga peminat baby. Rupanya rahsia terbongkar apabila...

"aku sebenarnya tak suka sangat layan baby ni. cuma sekadar nak ambil sunnah Nabi."
 (mencium bau bayi adalah sunnah kerana bau bayi adalah bau dari syurga). Tayang gigi.

"dah tu, takkan nanti dapat anak sendiri mu nak buang anakmu?"
hahaha.. lol!



Situasi di ruangan baby di mall:
"geramnyee tengok baju babyyy. comellll
kalau aku ada anak sendiri, aku borong 1 kedai!"

"dah tu,kahwinla cepat. calon kan banyak kat maktab."
=.='

Friday, November 9, 2012

Once upon a time












































Tengah godek-godek fb, tergerak hati nak tengok album koleksi seorang classmates. rupanya banyak gambar sendiri yang tersimpan dalam koleksi beliau. itu semua mungkin kenangan 2 tahun lalu. dan kini, banyak yang berubah.

aku yang dulu tidak seperti sekarang. itu yang utama.
dan ku kira itu yang terbaik dan lebih Allah suka insyaAllah.
baik dari segi penampilan, mahupun segi lain yang mungkin hanya kalian yang bisa menghukum.

dan rakan sekelas yang dulu tidak seperti sekarang.
dulu kelompok besar. kini semakin kecil dan kecil.
mungkin kerana faktor kedewasaan dan kematangan, atau mungkin kerana masih kebudak-budakan.

bila diingati kembali memori lalu, senyuman terlakar sendiri di bibir. namun boleh jadi tiba-tiba senyuman itu terhenti dan diakhiri dengan sebuah keluhan. senyum kerana pernah bahagia. mengeluh kerana pernah tersasar. saat ketika aku masih di lorong yang gelap barangkali. saat ketika aku masih buta dengan kepalsuan dan tuli dari kebenaran. senang cerita, aku namakannya 'jahiliah'.

pernah aku bicara bersama seorang teman, yang dulu pernah berkongsi kegelapan denganku dan kini masih berkongsi dengan aku. tapi berkongsi cahaya dari Ilahi. aku katakan padanya, "kalau aku yang dulu itu seperti sekarang, pasti tidak akan aku lakukan perbuatan-perbuatan yang dulu aku lakukan."

jawab dia, "aku bersyukur Allah datangkan hidayah sedikit lewat dari masa lalu, sebab aku berpeluang untuk buat apa yang aku minat, apa yang aku suka. yang mana apa yang aku suka itu mungkin tidak bisa aku lakukan pada waktu kini."

terdiam. ada benarnya.


jahiliah itu mungkin suatu kepahitan dan kepalsuan. namun di sebalik sebuah kepahitan itu ada yang bisa buat kita tersenyum dan rindu. namun untuk mengulanginya, sama sekali tidak. kerana jahiliah dulu panduannya nafsu, tapi islam kini paksinya iman.

sungguh. banyak bezanya.



note 1: betapa aku berharap memori lalu dipadam dari tatapan awam.
        oh tuan punye album, please do something.  T_T
note 2: "tak perasan pun fadh dah pakai tudung bidang besar, sebab dulu fadh memang dah besarkan
            tudung bawal kecik tu" -- saiz tudung bukan ukuran iman dan islam. titik.

Monday, November 5, 2012

Menuju Ke Pengakhiran

bismillahirrahmanirrahim..
lama tak menulis panjang kat papan kekunci. macam biasa, tabiat aku yang suka menangguh-nangguhkan entri walaupun pada saat idea datang mencurah-curah, masih lagi aku menangguh. contengan petang ini tidak mahu membebel panjang, cuma mahu singgah sebentar melepas rindu dan kejanggalan.

18 Oktober hari tu adalah sesi interaksi terakhir bersama pensyarah, atau dengan kata lain kelas yang terakhir dalam sem ni. studyweek cuma seminggu dan kemudian diraikan dengan perayaan eilduladha. alhamdulillah masih dapat beraya bersama keluarga walau 2 hari cuma. hari sabtu sudah berangkat pulang ke maktab dek kerana tuntutan exam yang bermula hari isnin. maka diangkut lembu-lembu yang telah disembelih untuk disantap di maktab bersama teman-teman. makan besar yeah!

dan hari ini, aku masih punya 1 paper yang belum selesai. terasa beban di bahu sedikit ringan apabila paper terakhir subjek major which is english subjects selesai pagi tadi dengan licinnya (in bi- smoothly). menyandang gelaran sebagai seorang guru pelatih opsyen Tesl bukan sesuatu yang mudah. berat sebenarnya. perlu lebih struggle dalam pelajaran memandangkan pointer tinggi yang opsyen lain anggap sebagai pointer 'biasa' itu memang impian kami. yeah, mungkin disebabkan beberapa faktor yang tak perlu aku sebut di sini. ditambah pula dengan isu terbaru yang mana para lepasan maktab kini sudah tidak dijamin penempatan pekerjaannya buat kami huru-hara hinggakan mood nak study untuk exam pun melayang terbang.

dan esok, paper terakhir aku. paper elektif iaitu mathematics. subjek yang dari dulu aku anti sebab aku lemah kira-kira dan nombor. sobs. tapi nasib baik juga sebab paper ni tak melibatkan kira-kira, cuma lebih kepada teori dan pendekatan dalam pengajaran. fuh. dan batch kami batch terakhir yang tamat exam, bila mana para junior sudah enak bertapa di rumah.

and this weekend, aku mem'volunteer'kan diri untuk hadir ke sebuah program bersama akhawat yang insyaAllah akan menjadi booster untuk mendidik iman terutama sepanjang cuti panjang semester nanti. kenapa perlu booster? yeah sebab biasanya keadaan iman akan tak terurus bila berada di rumah. mungkin salah satu faktornya adalah kerana bi'ah yang tak berapa nak solehah. heheh


ape pun, sebaik-baik perancangan itu adalah dari Allah. after all my bebelan kat atas tu, bila fikir balik, bukan saja-saja Allah letak aku kat maktab ni, amik course ni, belajar itu dan ini. bukan sesuka hati Allah tak bagi aku raya lama-lama kat rumah dan bertungkus lumus bergomol dengan nota kat maktab ni. semuanya melainkan kerana takdir yang punya hikmah untuk aku dan kita semua. mungkin masih belum tersingkap hikmahnya sekarang, tapi insyaAllah suatu hari nanti pintu hati akan tunjukkan jalan untuk melihat.

Senyumlah dengan setiap apa yang langkah kita lalui, kelak nanti lumpur dan cela yang terpalit pada langkah itu akan menjadi saksi kepada segala usaha dan pengorbanan kita, lebih-lebih lagi bila ganjarannya ada di syurga kelak. wassalam.



Ouch! terbebel panjang pulak. heheh