bismillahirrahmanirrahim..
lama tak menulis panjang kat papan kekunci. macam biasa, tabiat aku yang suka menangguh-nangguhkan entri walaupun pada saat idea datang mencurah-curah, masih lagi aku menangguh. contengan petang ini tidak mahu membebel panjang, cuma mahu singgah sebentar melepas rindu dan kejanggalan.
18 Oktober hari tu adalah sesi interaksi terakhir bersama pensyarah, atau dengan kata lain kelas yang terakhir dalam sem ni. studyweek cuma seminggu dan kemudian diraikan dengan perayaan eilduladha. alhamdulillah masih dapat beraya bersama keluarga walau 2 hari cuma. hari sabtu sudah berangkat pulang ke maktab dek kerana tuntutan exam yang bermula hari isnin. maka diangkut lembu-lembu yang telah disembelih untuk disantap di maktab bersama teman-teman. makan besar yeah!
dan hari ini, aku masih punya 1 paper yang belum selesai. terasa beban di bahu sedikit ringan apabila paper terakhir subjek major which is english subjects selesai pagi tadi dengan licinnya (in bi- smoothly). menyandang gelaran sebagai seorang guru pelatih opsyen Tesl bukan sesuatu yang mudah. berat sebenarnya. perlu lebih struggle dalam pelajaran memandangkan pointer tinggi yang opsyen lain anggap sebagai pointer 'biasa' itu memang impian kami. yeah, mungkin disebabkan beberapa faktor yang tak perlu aku sebut di sini. ditambah pula dengan isu terbaru yang mana para lepasan maktab kini sudah tidak dijamin penempatan pekerjaannya buat kami huru-hara hinggakan mood nak study untuk exam pun melayang terbang.
dan esok, paper terakhir aku. paper elektif iaitu mathematics. subjek yang dari dulu aku anti sebab aku lemah kira-kira dan nombor. sobs. tapi nasib baik juga sebab paper ni tak melibatkan kira-kira, cuma lebih kepada teori dan pendekatan dalam pengajaran. fuh. dan batch kami batch terakhir yang tamat exam, bila mana para junior sudah enak bertapa di rumah.
and this weekend, aku mem'volunteer'kan diri untuk hadir ke sebuah program bersama akhawat yang insyaAllah akan menjadi booster untuk mendidik iman terutama sepanjang cuti panjang semester nanti. kenapa perlu booster? yeah sebab biasanya keadaan iman akan tak terurus bila berada di rumah. mungkin salah satu faktornya adalah kerana bi'ah yang tak berapa nak solehah. heheh
ape pun, sebaik-baik perancangan itu adalah dari Allah. after all my bebelan kat atas tu, bila fikir balik, bukan saja-saja Allah letak aku kat maktab ni, amik course ni, belajar itu dan ini. bukan sesuka hati Allah tak bagi aku raya lama-lama kat rumah dan bertungkus lumus bergomol dengan nota kat maktab ni. semuanya melainkan kerana takdir yang punya hikmah untuk aku dan kita semua. mungkin masih belum tersingkap hikmahnya sekarang, tapi insyaAllah suatu hari nanti pintu hati akan tunjukkan jalan untuk melihat.
Senyumlah dengan setiap apa yang langkah kita lalui, kelak nanti lumpur dan cela yang terpalit pada langkah itu akan menjadi saksi kepada segala usaha dan pengorbanan kita, lebih-lebih lagi bila ganjarannya ada di syurga kelak. wassalam.
Ouch! terbebel panjang pulak. heheh
No comments:
Post a Comment