In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Thursday, November 22, 2012

#Pray4Gaza - Boikot


Bismillahirrahmanirrahim..
Pertama sekali secara jujurnya kalau nak cakap soal Palestin, Gaza, Israel, Yahudi and so on sebenarnya memang aku rasa tak layak. Sangat terlalu tidak layak.

Kenapa?

Kerana terasa diri ini terlalu hipokrit. Penuh kepura-puraan. Jujur aku kata, kesedaran terhadap kekejaman Israel pada warga Palestin dan usaha untuk membantah sekeras-kerasnya itu masih tiada pada aku. Kalau ada, cuma secubit saja mungkin. Kadang aku hanya terikut dengan keadaan sekeliling, orang sekeliling yang jiwa mereka mungkin jauh lebih lembut dari jiwa aku yang sekeras batu ini. Orang lain sibuk mempertahankan Palestin, maka aku juga sibuk turut serta.

Tapi sebenarnya, untuk berbuat baik atau melakukan sesuatu kebaikan itu kadangkala memerlukan paksaan. Kelak paksaan itu dengan izin Allah akan sebati dengan sendiri dalam jiwa, hingga melahirkan satu rasa bernama ikhlas. Dan apa sokongan dan dokongan aku untuk mereka di tanah Palestin hingga saat ini pada awalnya tercetus daripada satu paksaan. Paksaan untuk menghadirkan sedikit rasa sensitiviti terhadap saudara sendiri yang walaupun pada hakikatnya bukan saudara seibu sebapa. Tapi, andai dipandang dari sudut Islam itu sendiri, kita semua asalnya dari ayah bonda yang sama yakni Adam dan Hawa bukan?


Kalau ditanya apa usahaku untuk membantu mereka di sana, jawapan aku insyaAllah cuma tiga.

1. Derma, yakni sedekah. Boleh jadi dalam dua bentuk iaitu derma harta atau derma doa dari jauh.
2. Sharing with others. Salah satunya adalah menerusi apa yang sedang aku lakukan sekarang ini. 
3. Boikot

Dan aku di sini ingin bicara lebih soal boikot. Banyak aku dengar suara sumbang memprotes kenapa perlunya kita boikot barangan Israel, yang mana yang paling utamanya adalah McD. Ada juga yang kata, kalau boikot McD, Milo dan Nestle, bagaimana dengan barangan lain yang masih berlambakan di pasaran? Sudah la barangan Israel semuanya hebat, terbaikk dan syok untuk diguna pakai, kalau semuanya nak boikot lepas ni kita nak makan apa nak pakai apa?

Allahu.. tarik nafas dalam-dalam dan istighfar.

Ini pendapat aku sendiri. Memang hampir kesemua barangan kat pasaran tu dimonopoli oleh Israel dan kebanyakan isi barang dalam rumah kita pun berjenama Israel. Dan kalau nak boikot semua sekali tu mungkin agak mustahil la. Tapi boleh jadi tak mustahil juga, atas keupayaan masing-masing. Jadi solusinya di sini, walaupun bukan solusi terakhir, tapi insyaAllah masih lagi efektif, adalah dengan memboikot setakat mana yang kita mampu. Daripada langsung tiada usaha, sikit pun jadilah. 

Setakat McD tu kalau tak makan masih lagi boleh hidup sebab setahu aku makanan ruji rakyat Malaysia sekarang masih lagi beras, dan bukan ayam daging potato segala bagai tu. 

Milo tu pulak sebenarnya hanyalah sejenis serbuk minuman berasaskan koko, dan nama 'milo' itu sendiri hanyalah brand nya sahaja. Jadi, kalau tengok kat pasaran tu masih ada berkilo-kilo lagi serbuk koko lain yang lebih sedap dari Milo. Cuma kita yang duk kata tak sedap tu sebenarnya sebab kita masih belum cuba masuk tekak sendiri, dan hanya pegang pada buah mulut orang.

Dan barangan lain keluaran Israel tu kalau dinilai dengan baik sebenarnya ada yang baik untuk kesihatan, dan ada yang membahayakan. Tapi aku rasa yang bahaya lagi banyak dari yang baik. Contoh yang tak baik salah satunya Maggie. Dah sah benda tu membahayakan kesihatan, apa salahnya kita boikot terus. Takdak rugi apa-apa pun haih.

Sebenarnya kita tak sampai hati nak boikot barangan Israel ni sebab barangan mereka adalah the best.Yang the best tu sebenarnya adalah hasil dari propaganda super-awesome dan advertisement yang gah-gah di media dan pasaran. So kita sebenarnya tertipu dengan helah licik mereka, bukan jatuh cinta dengan rasa dan kuasa sesuatu produk tu. Orang melayu kata ibarat indah khabar dari rupa. 


Hmm.. kalau nak ulas isu ini memang tak berkesudahan sebenarnya. So, better stop here.
Maaf atas segala kegurisan jiwa. Till then, jumpa lagi.
Wallahu'alam.  :)


No comments: