In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Tuesday, November 27, 2012

Overweight


"Berat badan adalah aurat daie" 

Memetik kata-kata dari Ustaz Hasrizal yang aku lihat pada satu gambar yang di'share' oleh seorang rakan fb. Sebelum ni dah pernah dengar sebaris ayat ini, kalau tak silap masa awal-awal ustaz tengah bersemangat nak turunkan berat badan. Dan aku memang tabik hormat kat ustaz ni sebab berjaya dengan misinya walaupun umurnya dah berusia lebih dari aku. Selalunya hanya orang muda sahaja yang kalut nak kurus segala bagai.

"Berat badan adalah aurat daie" 


Sebaris ayat ini aku tenung lama kerana gagal mencari kaitan antara berat badan, aurat dan juga daie. Heh, kalau difikir secara logiknya tiga elemen ini dalam kategori berlainan. Satu soal kesihatan, dan dua lagi soal agama dan dakwah.


Maka, interpretasi yang paling mudah dapat aku gambarkan adalah, lebihan berat badan adalah satu faktor penghalang kepada usaha seorang daie untuk membangunkan agama. Berat badan yang berlebihan akan menghalang seorang daie tegar untuk sujud di sepertiga malamnya lantaran kepayahan untuk bangun duduk berulangkali yang mungkin memberi penat dan lelah. Lalu, bagaimana seorang daie itu bisa terus mujahadah jika kekuatan seorang Muslim itu ada pada tahajjudnya, ada pada rintihan dan harapannya pada sang Pencipta. Jadi, untuk meringankan anggota untuk beribadat, jasad yang ringan memang sangat diperlukan oleh seorang daie.


Kata Ustaz lagi, lebihan berat badan adalah tanda kegagalan lifestyle yang susah untuk disorok dari tatapan umum. Betul. Melihat kepada saiz dan ukuran tubuh sahaja kita mampu membuat interpretasi sendiri tanpa perlu bertanya. Jadi, bagaimana kalau seorang daie itu sendiri gagal menguruskan gaya hidupnya sendiri, sedangkan dalam masa yang sama dia juga harus menunjuk ajar para mad'u untuk hidup aman tenteram dan selesa dunia akhirat. Sepertimana sujud di sepertiga malam itu adalah sunat dalam agama, maka berat badan juga adalah sunat. Islam itu syumul dan lengkap. Soal pemakanan dan kesihatan juga menjadi satu kepentingan dalam agama.

Kalau lebihan berat atau obesiti itu boleh mengundang pelbagai penyakit merbahaya buat manusia, maka ia juga boleh mengundang bahaya buat para penganut Islam. Lebihan berat badan berpotensi membantutkan pertumbuhan sel-sel iman dalam jasad, sekaligus menghalang perkembangan Islam secara menyeluruh dalam diri setiap Muslim. 

Dan kalau dipandang dari sudut kehidupan manusia sendiri, lebihan berat badan itu punca ketidakharmonian sesebuah institusi rumahtangga atau perhubungan antara manusia. Jika keadaan ini berlaku dalam sebuah baitul muslim, apa akan jadi kepada agama bilamana akar yang menyokong mula mereput dan gagal menghasilkan pucuk-pucuk addin yang mekar dan tumbuh melata di bumi Allah ini?


err.. siapa yang punya pendapat lebih bernas boleh hulurkan bantuan mungkin. Aku sehingga kini masih belum mampu membuat connection yang stabil antara ketiga elemen itu. =.='



No comments: