In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Thursday, October 13, 2011

SAYANGKAH KALIAN PADA MEREKA?


“selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke NERAKA. selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke NERAKA.”


Entry kali ini saya tujukan buat kaum HAWA di luar sana, khususnya buat insan2 yang saya sayangi..

Kalian tahu tak, kaum HAWA termasuk saya adalah penyebab kepada ramainya kaum ADAM yang menghuni NERAKA. Dan tahukah kalian, majoriti penghuni NERAKA adalah kaum kita sendiri.

Antara golongan ADAM yang menghuni NERAKA kerana HAWA ada 4:

AYAH, SUAMI, ABANG DAN ANAK LELAKI

Tapi kat sini saya nak fokus pasal ayah dan abang sebab saya pasti pembaca saya adalah dari kalangan yang masih belum bergelar isteri dan ibu bukan? Pasti anda sangat sayangkan mereka. Itu saya yakin kerana saya juga sayangkan mereka.


“selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah jua ayahnya menghampiri NERAKA”

Tidak terasa sayukah kamu wahai HAWA melihat ungkapan itu? Tidak sedihkah kamu andai kamu menjadi penyebab ayahmu berada di NERAKA? Tegarkah kamu melihat ayah yang kamu sayangi melangkah ke NERAKA keranamu?


Allahurabbi.. saat menulis entry ni, perasaan saya bercampur baur. Sedih kerana tak sanggup melihat Abah kesayangan melangkah ke NERAKA. Sebak kerana melihat kaum HAWA di luar sana lupa akan kepentingan ayahnya di akhirat kelak. Usah diungkap sayang kalian andai balasan kalian tak seperti yang diharapkan mereka.


Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah duhai sang HAWA, tutuplah auratmu. Longgarkanlah pakaianmu. Peliharalah akhlakmu. Peliharalah pergaulanmu. Dan janganlah kamu menghampiri maksiat dan penzinaan. Aku tahu kalian seronok dengan nikmat dunia ini. Aku tahu kalian seronok dengan teman2 di sisi dan juga sang kekasih yang dicintai. Aku tahu apa yang kalian rasakan kerana aku juga pernah merasakannya. Tapi, sedarkah kamu bahawa ayah di rumah telah kau abaikan?


Wahai HAWA, tak kasihankah kamu melihat ayahmu yang berpenat lelah membesarkanmu, memberi makan pakai yang cukup buatmu dan mencurahkan kasih sayang yang tak terhingga untukmu, semakin hari semakin hampir ke NERAKA hanya keranamu yang setiap hari tidak menutup aurat dan menghampiri kemungkaran.


Iya. Mungkin ayahmu tidak terlalu menekankan agama pada dirimu dan membiarkan dirimu bebas seperti sang rama-rama di taman. Anggaplah ayahmu itu lupa akan tanggungjawabnya yang ini. Mungkin saja dia juga lalai untuk mengingati hukum Allah ini. Kerana dia juga tidak lari dari melakukan dosa. Kerana juga punya dosa sendiri untuk ditanggung. Apatah lagi dosa anak gadisnya.


Lalu, tidak inginkah kamu menyelamatkan ayahmu dari NERAKA? Kasihanilah ayahmu. Layakkah segala jasa dan pengorbanannya untukmu dibalas dengan NERAKA? Mengapa tidak kamu sendiri berubah ke arah kebaikan demi melindungi ayahmu dari NERAKA?


“Awak sape nak halang saya? Mak bapak saya sendiri tak pernah halang saya untuk buat ape yang saya suka. Tahu tak?!”


Saya bukan sesiapa. Saya tak punya pertalian darah dengan anda. Saya hanya seorang saudara yang ingin saudaranya yang lain menikmati SYURGA di akhirat kelak. Dirimu sudah besar panjang. Sudah punya akal yang waras dan hati yang matang. Perlukah ibu bapamu sentiasa mengingatkanmu akan setiap perkara di dunia ini? Tidak bukan. Jadi, fahami sendiri wahai gadis.


Abang--- sama seperti seorang ayah. Saat ayahmu tiada di dunia, abanglah yang akan menggalas tanggungjawab melindungi keluarga. Abang yang akan menjaga ibu dan adik-adiknya. Memberi makan pakai yang secukupnya. Sama seperti ayah. Walau dia tidak pernah menegur kesalahanmu, jauh di sudut hatinya sudah tentu dia inginkan adiknya bahagia di dunia dan akhirat kelak. Dia juga punya keluarga dan tanggungjawab lain untuk diuruskan. Fahamilah abangmu ini wahai adik.


Andai insan2 yang kamu sayangi ini sudah tiada di dunia ini, pasti mereka bersedih melihatmu. Pasti mereka menangis di alam sana melihatmu di dunia yang lupa akan mereka. Lupa akan hak kamu pada mereka. Lupa bahawa setiap perlakuanmu di dunia meletakkan siapa mereka di akhirat kelak. Wahai HAWA, inikah balasanmu pada mereka? Ayah, abang, suami dan anak. Mereka adalah pelindungmu di dunia ini. Lalu tidak inginkah kamu menjadi pelindung mereka di akhirat kelak? JANJIKANLAH SYURGA BUAT MEREKA.




Tulus kasih dari hamba yang penuh dengan noda.

Aku faham kemelut jiwamu duhai Hawa kerana aku juga pernah merasakannya.

Namun, aku kini ingin membenci semua dosaku itu kerana aku sayang Abahku. :’(


No comments: