In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Monday, October 10, 2011

FARDHU AIN - EPISOD 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Ehemm.. tengok tajuk kat atas tu memang episod 1, tapi sebenarnya dah banyak episod saya terlepas. Malam tadi first time saya pegi kelas Fardhu Ain, organized by BADAS. Kelas nie khusus untuk mereka yang bukan dari option Pendidikan Agama (PA) dan budak2 PA tidak digalakkan join kelas ni. So kelas malam tadi baru episod 1 untuk saya lah. Heee~~

So saya nak share dengan you all ape yang saya dapat daripada kelas tu, which was conducted by abang senior PA, Abang Mat. Our discussion not only focus on one main topic, tapi lebih kepada umum dan tak terlalu spesifik. Nanti kan bagi spesifik sangat, takut otak tak boleh terima. Jadi biarlah secara slow2 dan relax.


First thing first, he talked about HIDAYAH.

When it comes to what we called ‘majlis ilmu’, some people sangat2 anti dan kalau boleh tak nak dengar nama tu sebab kononnya ia hanya untuk mereka yang alim dan kuat agama. Orang yang hadir majlis ilmu sebenarnya adalah insan terpilih sebab bukan

semua orang nak hadiri majlis tu. Jadi, hidayah Allah tu sangat mahal dan tidak ternilai harganya. Hidayah tu hanya untuk mereka yang terbukak hatinya untuk mendalami ilmu agama.


Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dengannya kebaikan, maka diberi kefahaman kepadanya tentang agama.”


Ayat di atas adalah sebuah hadis yang kurang pasti dari sumber yang mana, kalau tidak silap diriwayatkan oleh Muslim. Correct me if I am wrong.

Maksud ‘diberi kefahaman’ tu bukan sahaja ilmu, malah merangkumi perasaan ingin tahu atau rasa sensitiviti dan cinta terhadap agama. Orang yang ade rasa macam ni sangat beruntung sebab insyaAllah usahanya untuk belajar agama akan dipermudahkan. Sama seperti student yang bukan dari aliran agama, tidak salah bukan kalau diorang pun nak tahu pasal agama? Sebab ISLAM itu untuk semua.


IBADAH

Jangan salah sangka bahawa ibadah itu hanyalah perkara2 yang Allah suruh. Contohnya, solat, puasa, sedekah dan lain2. Apa sahaja perkara baik yang diniatkan kerana Allah itu akan dikira sebagai ibadah. InsyaAllah selagi mana tidak bercanggag dengan syariat Islam. Jadi walau kita nak gosok gigi sekalipun, jangan lupa niatkannya kerana Allah :D


RIAK, UJUB dan TAKBUR

Bertentangan dengan konsep ibadah. 3 sifat mazmumah ni adalah sesuatu yang tidak baik dan sia-sia. Biasanya manusia yang termasuk dalam golongan ini hanya nak tunjuk kehebatan mereka dan bukan kerana Allah. Cuba anda bayangkan, sebuah guni diambil dan diisi bata-bata ke dalamnya. Lalu guni tersebut dibawa ke pasar melalui jalan yang jauh dan berliku-liku. Apabila sampai di pasar, pulanglah kembali ke rumah. Apa yang kita dapat? Hanya letih dan penat sahaja bukan? Segala usaha kita sepanjang ke pasar itu hanyalah sia-sia.


TUJUAN MANUSIA HIDUP?

Tujuan utama manusia diberi kehidupan di dunia ini pastilah untuk beribadah dan taat kepada penciptanya. Antara pelbagai makhluk yang ada kat alam ni, manusia dan jin adalah makhluk yang paling degil. Sebab mereka tak mahu taat pada Allah. Cuba kita lihat benda-benda di sekeliling kita, contohnya seperti kipas. Memang ianya tidak bernyawa, tapi ianya juga adalah makhluk Allah. Makhluk2 ni selalu taat pada Allah. Macam mana boleh taat sedangkan tak bernyawa? Allah dah ciptakan kipas untuk berpusing dan berfungsi untuk menyejukkan keadaan yang panas. Maka, sang kipas tetap taat menjalankan tugasnya dan tak pernah berpaling dari Allah. Pernah tak kita tengok kipas yang tidak berpusing, sebaliknya mengeluarkan api yang menambah bahang kepanasan. Sudah tentu tidak pernah bukan? Sedangkan planet yang besar itu juga taat pada perintah Allah yang menyuruhnya berpusing mengikut paksi. Kalau tidak taat, barangkali sudah lama planet Bumi ini berpecah belah. Lalu bagaimana pula kita sebagai manusia yang punya akal dan bernyawa ini?


KENAPA PERLU IBADAH?

Konsep ni boleh diibaratkan seperti anak yang derhaka dan tak mengenang jasa kedua ibu bapanya. Ibu bapa menjaganya sejak kecil dengan penuh kasih sayang. Walau nyamuk seekor tidak dibiarkan hinggap pada badan anaknya. Apabila besar, si anak lupa akan jasa mereka. Jadi, dalam hidup ini apa yang Allah dah bagi kat kita? Bermula dengan planet Bumi, hujan, udara, cahaya matahari, makanan, kasih sayang dan sehinggalah sekecil-kecil benda seperti biji sawi sekalipun. Tengok, Allah bagi macam2 kat manusia tapi adakah manusia tu balas segala jasa Allah pada dia? Apa yang manusia bagi pada Allah?


BUKTI KEWUJUDAN ALLAH

Setiap apa yang diciptakan dalam alam ini adalah mengikut aturan dan proses yang telah ditetapkan oleh Allah. Contohnya, proses hujan yang bermula dengan penghasilan wap dan kemudiannya hujan tersebut mencurahkan rezeki kepada penduduk bumi melalui makanan, pakaian dan harta benda. Ibarat seperti sebatang pen, antara pen dan penciptanya (manusia), yang mana lebih berkuasa? Sudah pasti jawapannya adalah pencipta pen tersebut. Lalu, antara manusia dan penciptanya bagaimana pula? Pasti jawapan yang sama iaitu pencipta manusia tersebut yakni ALLAH s.w.t.


CAMNE NAK RASA SERONOK UNTUK SOLAT? (KEMANISAN SOLAT)

1. Kena tahu dengan siapa kita nak jumpa dalam solat nanti.

2. Semasa takbir “Allahuakbar” di awal solat, panjangkan sedikit tempoh takbir tersebut.

3. Jangan fikir nak solat cepat dan nak cepat siap. Solatlah secara tenang dan rileks.

4.Apabila rukuk, kita akan menampung seluruh berat badan kita dengan menekan tangan pada lutut. Resepinya, jangan kenakan daya tersebut pada lutut sebaliknya ringankan tangan daripada menekan lutut tersebut. Andai terasa lengguh di bahagian pinggang atau punggung, insyaAllah cara itu betul dan rasa seronok akan hadir. Then, amik masa yang lama sikit time rukuk tu.

5. Sama juga time kita nak sujud. Jangan tekan sangat lantai untuk tahan berat kita. Sebaliknya tumpukan seluruh berat badan pada dahi ketika kita sujud. Bernafas secara normal dan lancar. Andai ada terasa lenguh kat leher, maka cara anda sujud itu insyaAllah betul

6. Last sekali, senyum terlebih dahulu before solat supaya rasa seronok akan hadir ketika solat. Anggaplah solat itu adalah sesuatu yang dinantikan untuk kita lakukan.


DAKWAH

Bila sebut sahaja pasal dakwah, orang yang kurang dekat pada agama akan terasa lain macam. Seolah-olah dakwah itu suatu keganjilan dan kesalahan. Padahal, ianya wajib ke atas umat islam untuk berdakwah sesama saudaranya. Lihatlah dunia kini,yang hidup dalam suasana songsang. Masing-masing sibuk pertahankan hukum yang mereka sendiri buat. Bila jadi camtu, susah nak tukar benda yang salah untuk jadi baik apabila benda salah itu dianggap baik. contoh yang berlaku kat Malaysia sekarang, HUDUD. Orang yang tak nak terima nasihat, ceramah atau teguran ini hatinya keras. Sama seperti Firaun pada zaman dahulu yang ingkar pada Allah.



Note: Perkongsian di atas tu adalah hasil kefahaman saya sendiri. Maaf andai ada kekhilafan dalam mana-mana bahagian. Teguran dan tunjuk ajar dari pembaca sangat saya harapkan. Wallahua’lam.


No comments: