In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Monday, October 3, 2011

Jangan hina Tuhan saya!

Sangat terkilan dengan mereka yang tidak memahami hukum Allah.

Lebih terkilan pabila yang mengikut hukum Allah dihina dan dipermainkan.

Hanya kerana menutup aurat tersebut dilihat seperti orang tua atau makcik2.

Ingatlah, hina mereka yang taat melaksanakan perintah Allah, ibarat menghina Allah itu sendiri. Sebaik-baik peraturan adalah daripada Allah.

Mungkin, berbaju besar dan bertudung labuh dilihat agak serabai dan selekeh. Lalu, Nampak seperti tak sesuai dengan umur sebenar. Apatah lagi jika si pemakai masih lagi muda remaja. Hilanglah keayuan, kemodenan dan kerampingan badan. Walhal, itu jauh lebih baik dari yang seksi sana, ketat sini.

Kepada yang masih belum memahami erti sebenar hokum Allah, jangan sesekali anda mempermainkan mereka yang berada di jalan yang benar. Jangan sesekali mempertikaikan mereka. Kerana anda suatu hari nanti, mungkin ya atau mungkin tidak dapat merasai nikmat tersebut. Jika ya, Alhamdulillah anda masih diberi peluang dan tika itulah baru anda faham bagaimana perasaan mereka. Jika tidak, jangan pernah menyesal andai tatkala maut datang menjemput sebelum anda sempat memperbaiki diri sendiri.



p/s: saya tidak kisah dihina atau diketawakan, kerana saya yakin Allah sedang tersenyum melihat saya yang InsyaAllah akan mendapat rahmat dari-Nya kerana tetap sabar melangkah arus kehidupan berlandaskan Islam. Tapi, pesan saya, hormatilah orang walau siapa pun mereka. Saya hormat anda, tetapi dengan teguran ‘manis’ agar anda bisa melangkah bersama saya demi menegakkan undang-undang Islam. Wallahua’lam. :)

No comments: