In the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

Sunday, October 23, 2011

JATUH DITIMPA TANGGA

Khamis lalu, dah siap packing beg, cek bilik and everything okey, pintu bilik dikunci. Beg ditinggal di depan bilik sebab nak gi toilet dulu to see Kak Iqa and Kak Bie yang balik esok hari.Kitorang memang camtu. Before balik kena peluk cium siblings kitorang dulu. Then balik dari toilet, gi amik beg yang ditinggal tadi. 10.25 pm. Lagi 20 minit nak naik bas. Beg laptop disandang di belakang. Beg pakaian pulak dipeluk didepan. Bukan tak nak jinjing, tapi peluk beg rasa lebih ringan compare to jinjing. Kalau jinjing dari tingkat 3 sampai bawah alamatnya sakit pinggang nanti.


Beberapa anak tangga dilangkah satu persatu. Tak rushing pun. Tiba2.. gedebuk!! Beg dalam pelukan tercampak ke lantai. Serentak dengan itu, saya terduduk di atas anak tangga. Terlafaz kalimah 'Allahuakbar'. Saya diam. Masih dalam posisi jatuh. Dalam hati terlintas, "ah sudahlah aku kali nih..lumpuhkah? boleh bangun tak ni?" Then, right hip slowly rase pedih dan pijar. Kena bucu anak tangga masa jatuh tadi. Jerit panggil Kak Iqa dalam toilet since she was the nearest person there. Unfortunately, she couldn't hear my voice coz bunyi air yang menderu lebih kuat lagi. Dia tengah basuh kain. Kak Tie yang dah sampai bawah tiba2 panggil, "Fadh! Kenape? Kenape? Tunggu orang naik."


Sampai Kak Tie kat tempat kejadian, terkejut tengok saya yang terduduk. Beg masih disandang. Disuruh tanggal beg dulu. Kak Iqa and Kak Bie pun menjenguk. Diorang gelakkan saya. Lucu kot tengok saya masa tu. Tiba2 si jatuh ni mengalir air mata menangis. Bukan sebab sakit, tapi sebab sedih sangat2, sebab masuk kali ni dah bape kali jatuh. Yang saya ingat, ada la 5, 6 kali jugak. Terfikir, camne aku nanti esok2.. sekarang baru 20 tahun, lagi 40 tahun agaknya camne? Tu pun kalau Allah masih izinkan hidup. Sekarang pun dah selalu sakit belakang, sakit pinggang. Saat tu terucap satu ayat, "mati cepat la aku ni.." T.T


After some time, try bangun slow2. Nasib baik boleh jalan lagi. Alhamdulillah. Kak Sya suruh lompat sikit. Mungkin boleh betulkan tulang pinggul yang jatuh tadi. Then, sampai stesen bas. Penjaga kaunter cakap bas lewat sejam. Instead of standing, I decided to look for seat. Along sejam tu, belakang sangat2 lenguh since the seat takde tempat untuk sandar. My right hip dah begin to feel kebas and pain. Kak Tie bagi minyak mestika suruh sapu kot2 leh reduce the pain.


In the bus, the pain was getting more and more. Tambah2 aircond sejuk gila. Tak cukup dengan selimut yang ada. Dan saya sangat2 tidak selesa. Kejap2 ubah posisi to avoid the hip pain and backpain. Rasa macam tulang hip tu dah lebam2. Memang kalau jatuh camtu tak rasa sakit on the spot. Pain tu akan slowly comes, more and more.

Sampai di KB, dah nampak my parents were waiting in the car. Bila kete dah gerak jauh sikit, I told them about what happened. "Tadi masa nak turun tangga jatuh". That's it. Umi ape lagi, membebel marah2 manja. "Tu la, kalut sangat. Tebolah (careless)." I tried to defend myself. "Mana ada. Tak lari2 pun. Orang jalan slow je macam biasa. Tiba2 licin." My parents diam and I pun terlelap. Sampai rumah, baru sedar yang cara jalan dah lain. Tak boleh jalan laju2. And memang terasa sangat pain kat hip tu. Allah.. rasanya yang penah jatuh sebelum ni, yang ni paling sakit. Dah la masa prank bufday Gee bulan 4 ari tu dah jatuh with the same body posture. Terpijak syampu. Pun kena kat right hip. Agaknya sakit tu berganda campur dengan ari tu la kot. Hmm

Saya tak salahkan sesiapa. Saya dah baca Bismillah masa nak keluar bilik tu, then saya tak rushing pun masa turun tangga tu. Kasut saya pun tak salah sebab dia tak tau saya nak pijak bucu anak tangga tu. Kebetulan masa tu dia basah sikit je. Dan saya tak salahkan Allah sebab bagi saya ujian kecil ni. Saya redha. Dah tertulis dalam 'catatan' Allah yang saya akan jatuh pada malam tu, pada detik itu, dan injured my right hip. Saya redha. Dia berhak nak uji saya sebab saya hambaNya. Mungkin Dia nak ingatkan saya pasal sesuatu. Mungkin lepas ni saya kena selalu ingat dekat Dia, malah lebih lagi. Walaupun saya dah seronok nak balik rumah, tapi saya tetap tak boleh lupakan Dia. And lepas ni saya kena lebih hati-hati. Terima kasih Ya Allah atas ujian ini. :)

No comments: